Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAKA BAB 23



23


FAIRUZ sedang menyiapkan kerjanya dengan mengira jumlah keuntungan bersendirian di library sambil menonton berita secara online di laptop.

            Nasib 140 orang penumpang dari Malaysia terlibat dalam nahas ngeri apabila penerbangan yang dinaiki mereka tidak dapat dikawal dengan sebaik mungkin dan telah terhempas di kawasan gunung Himalaya tepat pada jam 12:50 minit tengah hari.  Penerbangan ke England itu telah mengakibatkan ratusan penumpang hampir kesemuanya maut.

Mengigil tubuhnya apabila mendengar berita itu dan dia terfikirkan Farhan yang ada menghubunginya sebelum itu dan mengatakan dia akan berangkat pada jam 11:30 pagi.  Bukan ke Farhan ingin ke England pada hari ini.
            “Ya Allah!”  dengan pantas dia membuat panggilan telefon.


SUDAHLAH matanya bengkak dengan air mata siang tadi, sebaik sahaja mereka bertiga menonton berita bersama-sama, dan berita mengenai kapal terbang MH111 yang telah terhempas di kawasan pergunungan membuatkan air matanya mencurah-curah.
            “Abang..”  dia berbisik perlahan lalu mencekup mulutnya.  Ya Allah, Kau ambil orang yang aku sayang.
            Ibu yang duduk disebelahnya membuat panggilan terus kepada Puan Marina, dan kedengaran hanya suara tangisan Puan Marina sahaja yang kedengaran.  Benar itu adalah kapal terbang yang dinaiki oleh Farhan pagi tadi.  Penerbangan ke England.  Penerbangan yang pertama.
            Qisya dibelenggu dengan rasa sedih yang teramat.  Dadanya mula rasa sakit.  Ayahnya terkaku di tempat duduknya dan kemudian bangun mungkin mahu menemui Tuan Badrul.  Kini tinggal Qisya bersama ibu.  Qisya menangis, ibu yang melihat dan merasai apa yang anaknya rasa, dia turut menumpahkan air mata.  Dipeluknya Qisya dalam dakapannya.  Sambil itu dia memujuk Qisya.
            Keesokkan harinya, cuaca di awal pagi itu tampak mendung sahaja.  Ibu dan ayah ke rumah Tuan Badrul.  Qisya bersendirian di rumah.  Dia tidak mahu ke mana-mana.  Bila dia teringatkan Farhan air matanya akan mulai mengalir semula.  Semua kerja yang dilakukannya tidak menjadi.  Dia memohon untuk bercuti buat beberapa hari.  Dia tidak mampu bekerja dalam keadaannya yang sedih sebegini.
            Hatinya sakit.  Dan tiba-tiba seperti orang yang tidak betul dia bercakap sendirian seperti Farhan wujud dihadapannya ketika itu.  Bila bersendirian seperti itu bermacam-macam perkara yang dia fikirkan.
            Fairuz datang menjenguknya di rumah ketika ibu pulang ke rumah.  Qisya langsung tidak mahu menemui sesiapa pun.  Dia terperuk sahaja di dalam biliknya.  Dia yakin yang Farhan masih hidup selagi mayatnya tidak diketemui.  Walaupun peratusan jumlah angka kematian hampir keseluruhannya, tetapi dia yakin yang Farhan sebenarnya masih hidup dan terselamat dalam nahas kemalangan itu.
            “Dia masih ada…dia masih ada…dia masih ada…”  dia memeluk lutut dan duduk di atas katilnya.  Bunyi ketukan pintu langsung tidak dihiraukannya.
            “Qisya akan tunggu abang.  Qisya janji akan tunggu abang”
            Kini sudah masuk hari ke empat.  Mayat Farhan atau identiti Farhan masih belum ditemui.  Dan itu menyakinkan Qisya yang Farhan masih lagi hidup.  Mungkin dia selamat.  Ya dia selamat dan dia telah dijaga oleh orang yang tidak dikenali.
            “Qisya nampak kurus sangat”  tegur Fairuz yang datang ke rumah gadis itu buat sekian kalinya.  Dia melihat ada tanda gelap di bawah mata Qisya.  Mungkin gadis itu tidak cukup tidur kerana memikirkan tentang Farhan.
            Qisya diam.  Dia kurang bercakap dan lebih kepada termenung sambil bermain dengan rambut pendeknya.  Menarik-narik rambutnya yang hujung sekali.
            “Minum Fairuz”  ibu datang dengan menghidangkan minuman buat Fairuz.  Kemudiannya dia mengambil tempat duduk di sebelah anaknya itu.  Wajahnya muram sahaja apabila melihat anak gadisnya itu menjadi seorang yang pendiam sepanjang masa ini.  Sudah masuk hari yang ke lima.  Pasukan penyelamat sedang mencari penumpang-penumpang MH111.
            “Mak cik kalau Qisya masih macam ni lagi saya  nak beri kelonggaran cuti tanpa gaji kepada dia mak cik.  Kasihan pula saya tengok Qisya mak cik”  kata Fairuz.
            “Mak cik baru nak cakap tentang hal yang sama.  Hati seorang ibu manalah yang tak risau kalau anak gadis dia jadi macam ni.  Makan tak lalu, tidur  tak lena.  Asyik termenung sana, termenung sini teringatkan abang dia.  Qisya terlalu rapat dengan Farhan.  Bila dengar yang Farhan..”  dia tidak meneruskan kata-katanya apabila Qisya tiba-tiba sahaja bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke jalan raya.
            “Qisya!”  ibu cuba mengejar dan kemudiannya dihalang oleh Fairuz.
            “Biar saya yang jagakan Qisya.  Mak cik jangan risau”  dia memberitahu dan mendapatkan Qisya selepas itu.
            Qisya berjalan sahaja tanpa arah yang pasti.  Fairuz mengekor belakangnya dari jarak sederhana dekat.  Dia tidak mahu gadis itu melakukan sesuatu hal yang bodoh.  Lama dia mengikut  dan akhirnya Qisya berhenti di tepi tasik dan duduk di bangku yang telah disediakan.  Fairuz turut mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.
            “Kenapa abang ikut Qisya?”  tanya Qisya tanpa memandang muka Fairuz.  Matanya kuyu sahaja.  Suaranya kelihatan lemah.
            “Abang risaukan Qisya”  beritahu Fairuz. “Qisya, jangan terlalu bersedih macam ni.  Jaga kesihatan Qisya sama.  Abang tahu semua orang risaukan Farhan.  Abang yakin yang Farhan masih hidup.  Abang yakin Qisya”
            Qisya diam.  Dia menarik nafas panjang dan kemudiannya melepaskan perlahan.
            “Qisya nak bersendirian dekat sini, boleh abang pergi?”  beritahunya.
            “Berapa lama Qisya nak terus jadi macam ni, termenung sana, termenung sini.  Macam patung tak bernyawa.  Kalau Qisya sayangkan ibu dan ayah Qisya jangan buat mereka risau.  Mana Qisya yang abang kenal sebelum ni.  Seorang yang kuat dan tabah”
            “Abang tak berada di tempat Qisya dan abang tak akan faham apa yang Qisya rasa selama ni.  Abang tak faham”
            “Fahamkan abang kalau Qisya nak abang memahami Qisya.  Bukannya dengan cara yang macam ni.  Menangis meraung menunggu seseorang yang mungkin..”
            “ABANG JANGAN CAKAP YANG FARHAN MATI!.. DIA BELUM MATI!  ABANG FAHAM TAK YANG DIA BELUM MATI!”  dia menjerit sepuas hatinya.  Dadanya berombak.  Terkesima Farhan.
            “Ya, abang tahu yang dia belum mati dan itu apa yang abang cakapkan dari awal.  Qisya jangan jadi macam ni.  Qisya kena kuat”  dia  memujuk lagi.
            Qisya menoleh ke tempat lain.  Dia menjadi benci dengan cara Fairuz memujuknya.  Hatinya sakit.
            “Qisya tak nak abang kisahkan Qisya.  Biarkan Qisya bersendirian.  Itu lebih baik daripada abang berada di sini”
            “Qisya walau apa pun yang abang ada untuk temankan Qisya.  Qisya jangan risau abang sentiasa ada bila Qisya perlukan abang”
            Memandangkan gadis itu tidak mahu dia berada di situ, dia mengambil keputusan untuk pergi dari situ. Semakin dia jauh dia menoleh ke belakang dan melihat gadis itu sedang mengesat air matanya.  Dia akur dan pergi.


MARSHA menolak pintu bilik yang tidak berkunci itu dan melihat Qisya sedang berada di tepi tingkap.  Dia berjalan dengan perlahan dan menghampiri Qisya.  Pada mulanya dia hendak melakukan kejutan dengan kepulangannya itu namun, apabila dia menerima berita buruk mengenai Farhan terus dia membatalkan niatnya.
            “Awak?”  dia memanggil.
            Qisya menoleh ke arahnya.  Wajahnya jelas masih dalam kesedihan.  Ada air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.
            “Awak janganlah menangis seorang diri”  dia terus memeluk Qisya daripada belakang.  Dia turut dihiba dengan perasaan sebak.  Qisya memegang belakang tangan Marsha yang memeluk bahunya daripada belakang ketika dia sedang duduk.
            Lama Marsha menangis sambil memeluk bahunya.  Dan kemudiannya dia melepaskan Qisya.  Qisya tersenyum.  Dia menghulurkan sapu tangan kepada Marsha.  Marsha mengambil dan mengesat air matanya.
            “Kenapa awak tak hubungi saya.  Saya boleh temankan awak ketika awak macam ni.  Apa guna BFF macam saya ni kalau saya biarkan awak bersedih macam ni”
            “Saya tak apa-apa  awak tak perlu risaukan saya.  Saya kena kuatkan semangat saya”
            “Hmm, betul tu. Awak kena kuatkan semangat awak.  Saya yakin yang Farhan masih hidup.  Mungkin dia ada di mana-mana yang kita tak tahukan.  Awak janganlah risau.  Saya ada k”  dia mengosok kepala Qisya.
            Qisya membalas senyuman Marsha.
            “Terima kasih Marhsa”
            “Hmm, tapi untuk apa?”
            “Sebab sanggup balik ke sini semula”
            “Awak janganlah cakap macam tu.  Saya gembira dapat balik semula.  Saya nak habiskan saki baki cuti sem saya yang ada dengan awak.  Saya akan temankan awak okay”
            Qisya mengangguk.   Marsha memeluknya lagi.  Melepaskan rasa rindu mungkin.
            “I miss you my friend”  kata Marsha.
            Qisya diam sahaja dan mengangguk.
            “Awak saya laparlah”  beritahu Marsha sambil membuat muka manjanya itu.  Qisya ketawa kecil.
            “Saya tak sempat nak makan apa-apa.  Saya risaukan awak dan terus ke sini.  Mama pun tak tahu yang saya dah balik”
            Qisya bangun.  Dia membetulkan bajunya.
            “Marilah.  Saya masakkan sesuatu untuk awak”
            “Saya nak makan roasted chicken”  Marsha membuat permintaannya.
            Qisya mengangguk sahaja dan mengajak Marsha keluar.


SEMINGGU telah berlalu, Qisya ingin membuat perubahan baru dalam dirinya.  Dia kena bersemangat untuk menempuh hari yang akan datang.  Dia tidak boleh terlalu lemah dan biarkan kesedihan membelenggui dia.  Farhan pun sudah tentu tidak mahu dia bersedih seperti itu.  Demi Farhan dia akan kuatkan hatinya dan tabah menjalani kehidupan harian.
            Hari itu, Qisya masuk kerja semula.  Wajahnya ceria sahaja.  Fairuz tidak mahu menegur kenapa mudahnya Qisya berubah, biarkan sahajalah.  Kalau ditanya lebih-lebih dia risau yang gadis itu akan berubah kelaku pula.  Cuaca nampak segar sahaja.  Tidak mendung seperti beberapa hari yang lepas.
            “Qisya, selamat pagi”  tiba-tiba Intan memeluknya daripada belakang dan meletakkan dagu di atas bahunya.  Qisya tersentak dan pantas menolak Intan perlahan.
            “Haih, jangan main gila kat sini”  beritahu Qisya dalam nada menegur dan tidak suka dengan perbuatan Intan.
            “Ala, my boy ni..”  Intan bersuara merajuk.
            “Kejap!  Awak panggil saya apa?”  terkejut sebenarnya dia dengan panggilan itu.
            “My Boy?  Kenapa?”
            “Saya ni perempuan”
            “Yalah.  Perempuan pun tapi awak nampak cool dan smart.  Saya suka”  hampir-hampir dia nak  melompat di situ.
            Qisya mengeleng tidak faham niat tersembunyi Intan.  Macam dah habis lelaki kat Malaysia ni.  Getus hatinya tidak senang.
            “Qisya jomlah keluar lepas habis kerja ni”  Intan masih mahu mencuba nasib.
            “Keluar nak pergi mana?  Tak reti penat ke ha?”  dia sedang mengelap tingkap.  Intan turut membantu, tetapi lebih kepada ‘menganggu’.
            “Ala, pergi KLCC ke?  Pergi mana-mana yang awak suka.  Jomlah!”
            “Tak nak!  Saya nak balik rumah.  Penat”  beritahunya dengan nada tegas.
            Intan menarik muka masam.  Bukan sekali ni dia mengajak dan Qisya menolak tetapi dah  banyak kali Qisya menolak untuk keluar bersama.  Susah betul budak ni!   Nasib muka comel.  Ergh!
            “Dah la.  Pelanggan dah mula masuk tu.  Pergi ambil pesanan”  suruh Qisya dan Intan membentak kakinya dahulu sebelum beredar pergi dengan muka monyok.
            Jam sudah pun menunjukkan pukul 12 tengah hari.  Waktu orang makan dan berehat.  Qisya mengambil peluang untuk membeli makanan di luar.   Dan tiba-tiba dia terkejut apabila seseorang memeluk lengannya.
            INTAN!
            “Apa awak ni?”  dia pantas menarik lengannya dan menjauhkan sedikit dirinya daripada gadis itu.  Intan tersenyum sahaja.  Berpura-pura tidak kisah kerana dia ingin kelihatan cool di hadapan mata Qisya.
            “Ala, bukan salah pun kan.  Awakkan ‘perempuan’,”
            “Ya memang saya perempuan tapi saya tak suka orang pegang-pegang saya macam tu.  Rimas tahu tak”  bila dengan Intan dia tidak menyorok sikapnya yang sebenar.  Dia mahu Intan tahu yang dia tidak suka diperlakukan seperti itu.
            “Awak nak beli  makanan kat mana?  Saya nak ikut”  kata Intan langsung menukar topik perbualan.
            Qisya diam.  Macam-macam yang dia fikirkan.  Dia mahu larikan diri daripada Intan yang nampak macam ‘berminat’ dengannya itu.
            Intan tak tahu apa yang berlaku.  Sedang dia berjalan sedikit ke hadapan dia ternampak sebuah restoren di situ dan kemudiannya  dia ingin mengajak Qisya ke situ.  Sebaik sahaja dia  menoleh belakang, Qisya sudah hilang!  Bingung dia mencari di semerata tempat.  Manalah gadis itu telah pergi.  Susahnya kalau nak keluar berdua dengan Qisya.  Gadis itu pandai mengelakkan diri dalam sekelip mata sahaja.
            Intan meremuk geram.
            “Sabar Intan, sabar!”  dia kemudiannya pergi sahaja ke restoren tersebut bersendirian.
            Selepas membungkus makanan, Intan kembali semula ke café.  Dia melihat Qisya sedang bercakap dengan dua orang pekerja yang lain.   Nampak macam seronok sahaja perbualan mereka bertiga.  Terus dia menghampiri mereka.
            “Hai.  Borak pasal apa ni?”  dia tidak terus memandang muka Qisya.  Dia ingin merajuk dengan gadis itu kerana menghilangkan diri secara tiba-tiba.  Fikirnya Qisya akan kisah dengan merajuknya itu.  Qisya kemudian menghilangkan diri ke dapur.  Tidak mahu Intan ada bersama dengan mereka.
            Intan mencuri pandang ke arah Qisya yang  buat tidak tahu sahaja dengannya.
            Geramnya!
            Sepanjang hari dia membuat kerja, matanya asyik mencuri-curi memandang ke arah Qisya.  Dia berharap Qisya akan datang dekat dengannya dan cakap,
            “Saya minta maaf sebab tinggalkan awak tadi”
            Ya, mungkin ayat itu yang dia mahukan daripada Qisya.  Namun semuanya macam tak akan berlaku sahaja.
            Kerasnya hati dia!
            Arghhh!          
            Seorang pelanggan muda masuk.  Gadis yang berambut panjang dan kelihatan lemah-lembut itu kelihatan sedang mencari-cari seseorang.  Dia berdiri di muka pintu dan kemudiannya Intan melihat gadis itu duduk di meja kosong.  Dia berjalan ke arah pelanggan itu namun kemudiannya terhenti apabila, Qisya terlebih dahulu sampai.  Dia memerhati mereka dari jarak yang dekat.
            Sungguh dia tidak suka setiap kali Qisya mengambil pesanan daripada pelanggan perempuan kerana dia tahu semua orang kelihatan tertarik dengan penampilan Qisya yang ala tomboyish itu dan fesyen rambut ala-ala korea. Nampak smart habis.  Tubuhnya sederhana kurus.  Bahu yang tegap mungkin kerana Qisya suka bersenam.  Qisya juga seorang yang sangat comel.
            Sebab itu Intan mahu rapat dengan Qisya.  Dia mahu Qisya sentiasa ada untuknya.
            “Mak cik cakap awak bekerja dekat sini.  Sebab itu saya datang sini”  beritahu Marsha.
            Baju waiter yang dipakai oleh Qisya nampak sangat cool dengan gadis itu.  Marsha sempat memuji dan membuatkan Qisya mengaru belakang kepala yang tidak gatal dan tersenyum manis.
            “Eh, dia senyum pula.  Asal lama sangat ambil pesanan ni.  Ke budak perempuan tu minta nombor Qisya.  Hisyhh!”  Intan mula berasa tidak senang kerana perasaan cemburunya.  Qisya tak pernah nak senyum macam tu pada dia.  Apa dia tidak comelkah?
            “Awak nak order apa?”  tanya Qisya.
            “Erm, saya nak order apa ya”  dia melihat menu yang Qisya berikan kepadanya.
            “Saya nak yang special.  Kurang kalori”
            “Okey saya tahu awak nak apa.  Baik saya orderkan untuk awak”  Qisya mengambil kembali menu tersebut.  Melihat Marsha tersenyum begitu kepadanya, dengan selamba Qisya mengosok kepala Marsha dan kemudian beredar ke belakang.
            Intan yang melihat membulatkan biji matanya.
            Apa ni?  Apa ni? Qisya gosok kepala budak perempuan tu.  Arghh, kenapa dia nampak mesra dengan budak tu?!  Tak guna.  Dia mesti lakukan sesuatu dan buatkan budak perempuan itu menyesal kerana cuba menarik perhatian Qisya.
            Tunggulah!


“PUKUL berapa awak habis kerja?”   tanya Marsha sewaktu dia sudah berada di luar café dan Qisya mengikutnya.  Intan mengintai dari dalam.
            “Erm, dalam pukul empat ni?  Kenapa?  Nak ajak saya jalan-jalan ke?”
            Marsha mengangguk dan mengukir senyuman manis.
            “Tapi saya ada lagi sejam.  Awak nak tunggu saya ke?”
            “Awak, apa kata kalau saya tunggu awak habis kerja dekat perpustakaan atas”  Marsha memberi idea. Daripada dia pergi ke tempat lain lebih baik dia menunggu di tempat yang berdekatan.
            “Hmm, okay juga tu.  Okay saya nak kenalkan awak dengan seseorang” 
            Melihat mereka berdua masuk semula, Intan memusing badannya ke belakang.  Berpura-pura sedang melihat senarai nama menu.  Mereka naik ke tingkat atas dan kemudiannya terus mendapatkan Fairuz yang kebetulan berada di situ.
            “Qisya”  Fairuz menegur dahulu.  Ketika itu dia sedang membelek beberapa buah buku yang berada di situ.
            “Abang, Qisya nak kenalkan abang dengan kawan Qisya.  Ini Marsha”
            “Ouh, hai”
            “Marsha ni abang Fairuz.  Kami kenal sejak dari kecil lagi”  Qisya memberitahu Marsha.
            Mereka berdua menyapa.
            “Marsha nak tunggu Qisya habis kerja jadi dia nak duduk kat sini dahulu”  beritahu Qisya kepada Fairuz.
            “La duduk ajelah.  Boleh tengok-tengok buku sambil tu.  Kenapa nak minta izin abang pula.  Abang tak kisah pun”  kata Fairuz.
            “Kalau macam tu awak tunggu kat sini ya.  Nanti lagi sejam awak turun ke bawah.  Saya dah habis kerja waktu tu.  Okay?”
            “Baiklah”  Marsha menjawab.
            Tidak lama kemudian, Fairuz cuba mengajak Marhsa berbual sedikit dengannya.
            “Qisya jarang ada kawan perempuan”
            “Saya kawan baik dia”  beritahu Marsha.
            “Ouh,”  Fairuz mengangguk.
            “Dia macam mana sekarang?  Yalah awak rapat dengan dia mungkin awak tahu keadaan dia  yang sebenar.  Dia masih sedih akan hal Farhan ke?”
            Marsha diam.  Mengangguk tidak, menjawab terus pun tidak.  Kelihatan dia sedang berfikir.
            “Saya rasa dia cuba menutup kesedihan dia dengan kegembiraan.  Dia nampak berjuang untuk teruskan kehidupan tanpa Farhan di sisi”
            “Dia suka Farhan ke?”  berhati-hati Fairuz bertanya.
            “Mereka rapat sejak dari kecil.  Kalau sesuatu yang berlaku kepada Farhan mestilah dia risau dan sedih.  Lagipun mereka macam adik beradik.  Qisya sayangkan Farhan dan Farhan sayangkan Qisya.  Itu yang membuatkan hubungan mereka menjadi sangat rapat”
            Fairuz mengangguk.  Dia tahu akan hal itu.
            “Abang boleh saya nak minta sesuatu?”
            “Minta apa?”







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...