Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK PROLOG



PROLOG


ketika aku berusia tujuh tahun aku telah mengikuti orang tua ku berpindah ke sebuah tempat yang ku panggil istana.  Tempat sebesar itu diduduki oleh sebuah keluarga yang kaya raya.  Ayahku berkhidmat sebagai pengurus kanan kepada Tuan Badrul Hisham.  Lelaki itu sebenarnya merupakan orang Cina yang telah masuk Islam sebaik sahaja mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Melayu yang bernama Marina.  Isterinya dan anak-anaknya berdarah kacukan.  Oleh kerana hubungan ayah dan Tuan Badrul Hisham sangat rapat, memandangkan ayah turut mengajar beliau mengenai tatacara kehidupan Islam, Tuan Badrul Hisham telah menempatkan kami sekeluarga di istananya itu.  Kami tinggal disitu bersama-sama.
            Aku tidak mempunyai adik beradik yang lain.  Dari jauh aku hanya dapat melihat mereka, bermain dan mengejar bersama-sama.  Aku tidak berani untuk menghampiri mereka memandangkan ibu telah berpesan kepada ku yang aku adalah perempuan yang harus menjaga tingkah laku kerana kami berada di tempat orang.
            Kerana itu, aku lebih banyak bermain bersendirian dengan anak patung dan permainan lain.  Bosan bukan bermain sendiri.  Aku berasa ingin juga memiliki kawan dan bermain bersama-sama dengan mereka.  Aku inginkan kehidupan seperti itu.
            Tetapi pada suatu hari segala-galanya berubah.  Sejak dari hari itu, kehidupan aku mulai berubah.
           

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 31

31 Qisya tersentak apabila ada sesuatu yang sejuk dilekatkan di pipi kanannya.   Dia menoleh dan melihat ada seseorang yang menyua air tin perisa ice tea lemon kepadanya.   Minuman itu masih disua kepadanya, sehinggalah dia tersenyum dan mengambilnya.             “Awak fikirkan apa?   Jauh aje termenung”   tegur Ady.   Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.             “Sedang memikirkan seseorang”             “Fikirkan saya ke?”   Ady cuba untuk bergurau dan dia melihat Qisya tersenyum simpul.             “Ke awak fikirkan kekasih awak tu.   Farhan?”             “Buat apa saya fikirkan dia kalau dia tak fikirkan perasaan saya”   jawab Qisya bernada k...

TERIMA KASIH AWAK BAB 13

13 Qisya menarik kain langsir menutup cermin tingkap panjang dan menyambung kembali tidurnya.   Hari ni dia benar-benar berasa malas ingin melakukan apa-apa pun.   Macam ni nak pergi kerja dengan Fairuz.   Nak bangun pun bukan main liat.   Waktu nak subuh pun kena take five dulu barulah nak bangun selepas tu.   Dapat tidur seminit pun dah tak apa.   Asalkan dia boleh melayan rasa mengantuknya itu.             TUK..TUK..             “Qisya bangun sayang.   Ada tetamu ni”             Aduh siapa pula yang datang ni.   Hujung minggu kot.   Walaupun tak bekerja tapi bagilah aku peluang nak tidur lewat sikit.    Hisyhh siapalah yang mengacau di hujung waktu aku ni?             “QISYA!”   ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 33

33 “Kenapa diam?”   tanya Ayiez.   Ketika itu dia dan Qisya bersarapan pagi bersama.   Melihat Qisya yang tiba-tiba berubah senyap itu membuatkan Ayiez tidak senang dengan keadaan seperti itu.             “Ha?”   Qisya mengeleng dan meneguk minuman berjusnya.             “Aku dengar kawan baik kau tu masuk hospital.   Kenapa?”             “Dia   jatuh pengsan kat café dua hari lepas.   Rasanya sekarang ni mesti dia dah balik rumah”             “Disebabkan penyakit dia tu ke?”   Ayiez mengetahui hal itu.             Qisya mengangguk lemah.   Ady pun mesti dah balik sekarang ni.   Tiba-tiba dia teringatkan tentang Ady pula.   Patut tak dia perg...