BAB 4
“Asal muka kau mengerutu macam
tu?” tanya Shahmin apabila melihat wajah
Farhan yang seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Cantik,
tapi kasar” Farhan berkata sambil
tersenyum sinis.
“Kau
cakap pasal siapa ni?”
“Qisya”
“Qisya?”
“Dia
dah lain sekarang ni. 360 darjah
berubah”
“Asal
kau tak boleh terima dia macam tu?”
“Aku
ingat dia akan menjadi seorang wanita yang feminine, bijak, cantik dan moden
tapi berbeza dari apa yang aku fikir sebelum ni. Dia kasar, tomboy mungkin”
Shahmin
memandang lama ke arah Farhan. Dia mula
memikirkan sesuatu. Dia berubah sebab
kau Farhan. Bisiknya. Kau yang putuskan semangat dia.
“Aku
ingat lagi dulu, ibu dia tak nak dia bermain dengan aku, kau dan yang lain-lain
sebab anak dia tu perempuan tapi sekarang anak dia dah jadi macam tu. Dulu dia seorang gadis yang manis dan comel. Dengan rambut panjangnya dan sikapnya yang
lemah lembut. Sesiapa pun nak rapat dengan dia”
“Jadi
kau rapat dengan dia sebab dia cantik, comel, lemah lembut dan manja macam tu”
“Ha,
satu lagi dia seorang yang manja”
Shahmin
tersenyum sinis.
“Kalau
aku cakap yang dia berubah sebab kau, kau nak kisah tak?”
“Sebab
aku? Asal pulak aku” Farhan berpura-pura
ketawa. Dia mengelengkan kepalanya.
“Yalah,
sebelum dia kenal dengan orang lain, dia kenal kau dulukan. Kau ada disaat dia perlukan kau. Kaukan abang dia”
“Kalau
dulu nak jugalah aku mengaku yang dia tu
adik aku, tapi dah bila nampak dia macam tu sekarang, aku jadi confius yang dia
tu lelaki ke perempuan”
“Tapi
dia tetap perempuan” balas Shahmin
cepat.
“Perempuan
yang berwatakkan lelaki”
“Dia
tak seratus peratusnya berubah menjadi lelaki”
“Hey,
asal ayat kau asyik nak menyebelah Qisya je.
Kejap dia bukan Qisya. Qisya tu
nama perempuan yang lembut dan perempuan yang baik-baik. Mungkin gelaran Syah ke? Betul tak apa yang aku cakap?” Farhan ketawa bersendirian.
Shahmin
menahan sabar. Kau tak sedar ke dia jadi
macam tu sebab kau Farhan! Dia
mengenggam penumbuknya disaat Farhan masih dalam sisa tawanya. Dia jatuh sakit dulu pun sebab kau. Kau pergi tanpa beritahu dia apa-apa pun.
“Kau
nak ke mana tu?” tanya Shahmin.
“Aku
nak pergi jumpa Qisya”
“Buat
apa nak pergi jumpa dia. Bukan ke tadi
kau mengutuk dia”
Farhan
membetulkan jaket yang dipakainya.
“Kadang-kala
aku kena jaga hati semua orang kalau kita nak jaga imej kita. Shahmin aku rasa kau pun patut buat apa yang
aku buat sekarang”
Setelah
Farhan beredar pergi, tersungging bibir Shahmin dan dia melepaskan ketawa
bodoh. Perlu ke aku ikut cara kau yang
salah tu.
“HAI Qisya!” Farhan menegur gadis itu ketika Qisya sedang
bermain dengan gitarnya di taman istana.
Gaya gadis itu membuatkan ketawanya terletus sebelum datang menghampiri
Qisya.
“Seorang
sahaja je ke?”
“Tak
lah berdua” jawab Qisya cepat.
Farhan
perasan yang Qisya menunjukkan tanda-tanda tidak menyukainya sahaja sejak dari
malam mereka bertemu yang lepas. Dia pun
tak pasti atas sebab apa.
“Boleh
abang duduk kat sini?”
“Duduklah. Laman rumah istana ni kan rumah abang
jugakan”
Selepas
itu Qisya ralik bermain dengan gitarnya tanpa
menghiraukan Farhan.
Terkebil-kebil Farhan mencari idea ingin berborak dengan gadis itu.
“Er,
Qisya buat apa sekarang?”
Petikan
gitar dihentikan. Qisya menoleh sekilas
ke arah Farhan.
“Menganggur. Baru je habis belajar”
“Tak
berniat nak sambung ke?”
“Tak
berminat. Saya lebih suka berbasking
sekarang. Lagipun ayah nak saya bekerja
dengan dia selepas ni”
“Ooo,
so tengah menganggurlah ni. Sama macam
abang la”
“Abang
menganggur pun tapi nanti tetap dapat pangkat tinggi. CEO lah katakan”
Farhan mengangguk kecil.
“So,
apa yang dah berlaku lepas abang pergi ke luar negara?”
KALAU nak diingatkan balik apa yang
telah berlaku kepada aku selepas dia pergi ke luar negara hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati
ini. Setiap hari aku menunggu
kepulangannya dan aku selalu berfikiran positif yang dia akan kembali dan tidak
akan tinggalkan aku lagi.
Sekurang-kurangnya kalau dia nak pergi pun ucapkanlah selamat tinggal
tak pun telefon ke rumah dan beritahu yang dia akan sentiasa merindui dan
mengingati aku di sini. Tapi semuanya
hanya mimpi sahaja.
Bila
aku tersedar dari lamunan itu, aku berasa sangat marah dan berfikir betapa
bodohnya aku kerana menunggu kepulangannya bertahun-tahun. Aku jatuh sakit sebab tak dapat terima
kenyataan yang aku tak akan menemuinya lagi selepas ini. Setiap kali aku cuba memejamkan mata dan membuka
kembali dengan harapan abang Farhan akan berdiri di hadapan aku. Tapi ianya tak pernah berlaku.
Kesakitan
dan kerinduan yang dia beri hanya aku sahaja yang merasainya.
Kau
kejam abang!
GEDEBUKK!!
Tidak
semena-mena sebiji penumbuk hinggap di sebelah
mata kiri Farhan. Ya, dah lama dia nak buat seperti itu kepada
Farhan, sekurang-kurangnya kesakitan yang dia rasai sebelum ini terbalas. Tapi tak semuanya berbalas. Lelaki itu masih berhutang denganya lagi.
Farhan
sudah pun berada di atas rumput sambil mencekup sebelah matanya yang perit setelah menerima tumbukan hebat
daripada Qisya. Dia sendiri tidak
menjangka yang Qisya seganas itu sekarang.
Ya gadis itu telah berubah 360 darjah.
“Apa
Qisya ni?!” marah Farhan sambil mengaduh
sakit.
“Oops,
sorry. Qisya tak sengaja” dia beredar pergi dengan gitarnya tanpa
menolong Farhan bangun.
Dari
jarak dekat sepasang mata sedang memerhatikan mereka. Kemudian pemilik mata itu mengekori langkah
panjang Qisya yang sedang menuju ke suatu tempat.
“MAAFKAN Qisya.. Qisya tak sengaja nak
buat abang macam tu” dia bersendirian
sambil menangis di bawah pokok rendang yang berbunga kuning. Bunga-bunga kuning
yang luruh itu menjadi karpet di atas tanah.
“Kenapa
menangis kat sini?” tiba-tiba suatu
suara menegurnya. Bukan Shahmin
tetapi..
Ayiez!
Lelaki
itu telah dapat melihat setelah menerima penderma mata enam tahun yang lepas. Dia baru sahaja pulang dari luar negara. Sekarang dia sedang cuti semester.
Qisya
pantas mengesat air matanya dengan belakang tapak tangannya.
“Bila
awak balik?”
“Semalam. Aku sampai semalam” beritahunya.
“Kenapa
menangis?” tanyanya lagi seraya melabuhkan punggung dan duduk di
sebelah Qisya.
“Tak
da apalah”
“Bohong. Tak payah nak bersorok sangatlah dengan
aku. Tengok dari gaya kau pun aku tahu
yang kau serba salah sebab buat abang aku macam tu kan?”
“Ma..mana
awak tahu?”
“Mana
aku tahu itu tak penting tapi apa yang kau buat pada dia tu benda yang
betul. Memang patut dia rasa penumbuk
kau tu. Dia dah buat kau sedih sebelum
ni”
Qisya
mengangguk perlahan.
“Awak
ikut saya sampai ke sini?”
“Yalah,
bimbang kau buat benda yang bodoh ke.
Kau tu kalau tengah frust macamlah aku tak tahu. Suka buat benda yang bukan-bukan”
“Mana
adalah!”
“Ya”
Qisya diam. Dia mengeluh tiba-tiba.
“Nak
gula-gula?”
“Awak ada ke?”
“Of
courselah ada. Untuk kau wajib ada” dengan muka selamba tanpa sebarang riak muka
yang pasti. Ayiez akan cakap apa sahaja
yang dia nak cakap. Tapi tak tahulah
maksud sebenarnya itu. Dia mengeluarkan
sebiji gula-gula hacks lalu disua kepada Qisya.
“Hacks. Gula-gula ni kan berangin” nak tak nak dia mengambil juga untuk menjaga
hati lelaki itu. Ayiez menarik tangannya
semula.
“Ada
maksud gula-gula tu”
“Maksud? Apa maksudnya?”
“Hanya
Aku Cinta Kau Seorang” Ayiez memandang
mata Qisya. Qisya tergamam seperti
tertelan kapur besar lagaknya. Biar
betul mamat ni. Bapaklah
berterus-terang. Dah macam movie Melayu
pulak.
“MUAHHAHAHHAHA! Gila kau aku nak suka kat kau. Memang taklah” Ayiez menghamburkan ketawanya.
Qisya
mengetap bibir geram. Dia sudah pun
mengenggam penumbuknya.
“Apa,
nak tumbuk aku macam kau tumbuk abang Farhan kau”
“Abang
Farhan saya, abang kandung awak” balas
Qisya bernada geram.
Ayiez
menyunggingkan bibirnya.
“Hisyhh
dah la malas nak layan awak” Qisya bingkas bangun dan mengimbas-gimbas
bunga-bunga kuning yang melekat pada punggung seluar yang dipakainya.
“Ala,
lepaklah. Baru nak ajak berborak dah nak
blah”
“Saya
nak pergi jumpa kawan basking saya. Awak
nak ikut tak?”
“Basking?”
“Yup,
nak ikut tak?”
“Macam
best je. Naklah ikut sekali”
FARHAN menghembus nafasnya ke atas kain
tuala kecil yang digumpal bulat separuh dan kesan hembusan nafasnya itu di
tekup pada matanya yang lebam. Kebetulan
Shahmin lalu di situ dan mengerut dahi.
Sedikit aneh dengan perlakuan sepupunya itu.
“Asal
mata lebam?” tanya Shahmin merapati.
Farhan
tersenyum sinis dan kemudian ketawa sedikit.
Entah kenapa dia berasa geli hati secara tiba-tiba.
“Ni,
Qisya yang tumbuk aku. Aku pun tak tahu
sebab apa. Aku hanya tanya keadaan dia
selepas aku pergi ke luar negara. Itu
sahaja. Tiba-tiba dia naik berang dan
tumbuk aku”
Memang
padan dengan muka kau! Hmphh, kalau aku sidekick je muka kau tu. Untung kau dapat penumbuk je dari dia, kalau
dia nak pass kat aku, lunyai kau aku kerjakan.
Sebab kau dia jadi macam tu.
Bisik Shahmin separuh geram.
“Sakit?” tanya Shahmin ingin juga tahu kemampuan Qisya
menumbuk orang. Dia tahu gadis itu bekas
taekwando.
“Sakit
jugalah” Farhan menghembus kasar ke atas
kainnya dan menekup lagi ke matanya.
Shahmin meninggalkan Farhan.
Ulasan