Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 17



17


“Betul ke apa yang saya dengar yang Farhan akan berkahwin tak lama lagi?”  tanya Marsha.
            Qisya mengangguk sambil mengigit buah epal besar yang dibawa oleh Marsha.  Dia duduk di atas kerusi dengan kedua-dua kakinya naik sama dan rapat ke dada.
            “Kasihannya dia.  Jodoh oleh ibu bapa.  Mesti dia tak gembirakan.  Hmhh kalau saya, mungkin saya akan lari dari rumah.  Tak mungkin saya akan berkahwin dengan orang yang saya tak cintai.  Ianya menyakitkan”  kata Marsha dengan muka mengerutu.  Dia  memikirkan bagaimana Farhan sedang  menghadapinya ketika ini.
            “Tak kanlah sampai lari dari rumah”
            “Yalah,  kahwin sebab dipaksa.  Ee, tak sukalah”
            Qisya mengeluh tiba-tiba.  Sudah beberapa hari Farhan tidak menghubunginya seperti selalu dan tidak juga menjenguknya di rumah.  Entahlah, mungkin dia masih serabut dengan situasi yang harus dia tempuhi.  Situasi kena kahwin paksa dengan seseorang yang dia sendiri tak cinta dan langsung tak kenal.  Tapi selalunya pilihan keluarga adalah tepat tak pun sebaliknya.  Hmhh.
            “Dia marah dengan saya kut sebab saya pernah beri pendapat saya sendiri yang dia kena terima pilihan Tuan Badrul.  Lagipun dia CEO.  Besar tanggungjawab dia.  Mungkin selepas ini dia tak ada masa nak cari calon isteri.  Tak salah kalau kahwin awalkan”
            “Ee, walaupun saya ni masih sebal dengan dia tu tapi tak sepatutnya awak buat dia macam tu.  Pendapat awak tu terlalu sangat.  Awak kena pujuk hati dia sementara awak rapat dengan dia.  Diakan abang awak”
            Abang?  Betul ke selama ni dia abang aku.  Aku anggap dia macam abang aku ke?  Entahlah.  Aku sebenarnya sukakan siapa sebenarnya.  Fairuz atau Farhan?  Kadang-kadang aku ni bukan betul sangat.  Dua-dua aku nak cemburu.  Yalah kalau ni tak dapat yang tu pun tak dapat melepaslah aku.
            Hmm, kadang-kadang hati nak terasa kasih-sayang daripada seorang lelaki.  Tapi itulah mana ada lelaki nakkan dia yang macam ni.  Nak cakap perempuan tapi tak macam perempuan.  Nak berubah tu yang payah.  Terlalu lembut sangat nanti orang pijak.  Macam Marsha asyik kena marah je dengan aku tapi tetap setia nak berkawan dengan aku yang tak sempurna sifat ni.
           

DAH hampir seminggu Farhan senyap tanpa menghubunginya.  Mesej pun tak, telefon lagilah.  Dah nak dekat sejam dia memegang telefon bimbitnya berfikir-fikir untuk menghubungi Farhan.  Tapi dia tak tahu nak cakap apa.  Dia marah lagi ke kat aku sebab aku tak sokong dia hari tu.  Aduh nak ceritakan masalah dengan Ayiez, dia pula tak ada.  Jauh sangat duduknya.
            “Ibu, Qisya pergi joging dulu”  pekiknya sewaktu sudah berada di muka pintu.  Dia mengambil keputusan untuk berjoging pada awal pagi itu.  Dan kemudiannya terserempak dengan Shahmin.  Dah lama tak berbual dengan dia.  Shahmin menegurnya dahulu dan mereka berdua berjoging bersama dan berborak kecil.
            Setengah jam berjoging tanpa henti dan akhirnya Shahmin pancit dahulu dan menyuruh Qisya berhenti untuknya.  Mereka berehat buat seketika sementara Qisya meregangkan badannya.
            “Apa cerita sekarang.  Farhan mengadu dekat saya yang dia kena kahwin paksa dengan Diana.  Diana tu classmate saya dulu”
            “Ha?”  Shahmin kenal Diana juga.
            “Setahu saya Diana tu dah ada kekasih.  Takkan dia tak beritahu dekat ibu bapa dia yang dia ada pilihan sendiri”
            “Ouh”  reaksi Qisya biasa sahaja.  Tak ada pula nak buat muka terkejut atau apa-apa.
            “Awak tak ada jumpa dengan Farhan ke?”  tanya Shahmin tiba-tiba.  “Tanya dia okay ke tak?”
            “Kenapa tanya saya macam tu?”
            “Taklah.  Dia ada beritahu saya yang awak tak pergi jumpa dia dah nak dekat seminggu.  Dia ada juga ungkit hal ni dengan saya.  Dia cakap awak tak sokong dia langsung”
            “Ha?  Dia mengadu kat awaklah ni”
            “Yup”
            Hai, aku tunggu dia mesej aku rupa-rupanya dia berasa hati dengan aku rupanya.  Mana aku nak tahu.  Amboi dah pandai merajuk dengan aku, siap mengadu lagi.  Orang lain pula yang sampaikan dekat aku.  Boleh tahan.
            “Saya rasa awak kena jumpa dia nanti.  Dah nampak macam orang yang seksa menanggung rindu”
            “Rindu apa pula awak ni?”
            “Awak tak tahu ke yang dia tengah rindukan awak, sebab dia tak hubungi awak sebelum ni sebab dia nak tengok boleh tak awak biasakan diri tanpa dia”
            “Saya okay je kalau dia tak ada.  Sebab saya dah biasa kena tinggal dengan dia. Bertahun-tahun.  Saya dah biasa”  jawabnya dengan suara memerli.  Shahmin ketawa perlahan.
            “Hai, masih berasa hati dengan dia lagi ke?”
            “Biarlah dia.  Ianya tak berkaitan dengan saya.  Itu masa depan dia.  Tak selamanya kami akan rapat macam adik beradik sebab suatu hari nanti, dia akan berumah tangga.  Saya pun akan berumah tangga”
            “Hai, ada hati nak berumah tangga juga ke?”  perli Shahmin.
            “Awak ingat saya ni apa Shah?  Tak tahu nak bercinta.  Tak boleh nak kahwin.  Awak pandang rendah pada sayakan Shah”  Qisya menahan sabar.  Ada juga kena back hand dengan aku ni kejap  lagi.  Sabar Qisya, sabar.
            “Ala, beb. Sorry la.  Saya nak gurau je dengan awak.  Janganlah ambil serius sangat”
            “Gurau awak tak bertempat”  Qisya menyambung jogingnya bersendirian.
            “Qisya!”  Shahmin memekik memanggil Qisya.  Aduh, asyik salah cakap je aku ni.  Mana orang tu tak angin dengan kau.


“QISYA tadi Fairuz datang cari Qisya…”
            “Qisya naik atas dulu bu.  Rasa badan macam tak sihat”  dia memotong percakapan ibunya dan memanjat anak tangga dengan cepat.
            “Haih budak ni”
            Selepas mandi dan menukar pakaian baru, dia berbaring di atas katilnya sambil menarik selimut sehingga ke dada dan memejamkan mata perlahan.  Tiba-tiba dia berasa badannya panas dan dia mahu berehat seketika.
            “Mak cik saya dah betulkan plug mesin basuh tu.  Rasanya dah boleh guna”  beritahu Fairuz yang baru keluar dari bilik mendobi pakaian.
            “Terima kasih Fairuz.  Mujur ada kamu boleh tengok-tengokkan plug tu.  Nak suruh Qisya dia baru je balik dari berjoging. Tak sempat mak cik nak beritahu dia yang kamu berada di sini dah dia naik atas, tak apalah mak cik dah buatkan air.  Minumlah dulu”  ibu memanjat tangga dan menuju ke bilik anak gadisnya itu.
            Dia memulas tombol dan melihat anaknya sedang elok berbaring di atas katil siap berselimut lagi.  Amboi baru lepas joging terus tidur semula.  Bertuah betul budak ni.  Tetamu datang rumah cari dia, alih-alih tetamu tu kena baiki plug mesin.
            “Qisya bangun”  ibu menarik toto nipis yang menyelimuti anaknya itu.  Dia melihat Qisya sedang meringkuk kesejukan dan mengerang sakit.  Ibu pantas merasa permukaan dahi Qisya.
            Panasnya!
            “Qisya, bangun.  Qisya demam panas ni.  Kuat sangat panasnya.  Jom suruh Fairuz hantarkan ke hospital”  dia mengerak Qisya bangun.
            Qisya menarik semula totonya dan mengeleng lemah tanda tidak mahu sambil matanya terpejam.
            “Bangunlah.  Jangan degil macam ni”
            “Qisya tak larat nak bangun bu..”  beritahunya dengan suara lemah.
            Ibu membuka pintu almari pakaian dan mencapai sweater labuh serta seluar slack hitam.  Dia memakaikan sweater anaknya dan menyarung seluar slack hitam itu memandangkan Qisya hanya berseluar pendek sahaja.  Ibu kemudiannya keluar dan memanggil Fairuz.  Fairuz pantas naik ke atas dan masuk ke dalam bilik Qisya.
            “Tolong mak cik bawa Qisya ke hospital.  Panas sangat badan dia ni”
            “Qisya tak nak ibu..”  dia menolak.
            “Qisya awak kena pergi ke hospital.  Tengok badan awak panas sangat ni.  Mari saya hantarkan awak”
            “Saya tak nak..”  ketika Fairuz ingin mencempung dirinya, Qisya berusaha menolak Fairuz dengan tenaga yang sangat tidak berdaya.  Dia tidak mahu Fairuz membantunya.
            Sehabis boleh Fairuz berkeras dan berjaya mencempung tubuh Qisya dan membawa Qisya keluar dari bilik.
            “Tak apa, mak cik saya boleh jaga Qisya.  Saya janji akan bawa dia ke hospital dan bawa dia pulang semula.  Mak cik ada banyak kerjakan nak kena buat.  Tak apa saya ada”  beritahunya kepada ibu yang berwajah risau.
            “Yalah. Kalau ada apa-apa telefon ke rumah”
            “Baik mak cik”


FARHAN bertemu dengan Diana di  Colour café house.  Farhan memesan minuman buat mereka dan kemudiannya berbual-bual kecil dengan Diana.  Mereka harus berjumpa dan terangkan apa yang berada di dalam hati mereka ketika itu.
            “So Diana, awak dah jelaskan pada ibu bapa awak yang awak sebenarnya dah ada kekasih?”
            “Belum.  Masa tak sesuai untuk saya beritahu kepada mereka lagi.  Tengoklah saya akan jelaskan kepada mereka kemudian”
            “Saya tak suka pilihan keluarga”  Farhan berterus terang.  “ Yalah, saya rasa pilihan sendiri lebih memuaskan.  Macam awak, awak dah ada kekasih.  Takkan awak nak tinggalkan kekasih awak demi saya”
            Diana mengangguk dan tidak lama kemudian minuman mereka sampai.
            “Saya nak tahu, awak dah tahu pasal saya yang awak  ni dah ada kekasih ke belum?”
            Farhan diam.
            “Tak, belum.  Saya belum berpunya”
            “Hari tu saya nampak awak dengan Qisya”
            “Ouh, dia bukan kekasih saya.  Kami dah macam adik beradik sebab kenal dia sejak dari kecil lagi.  Kami membesar bersama-sama”  beritahunya.  Kenapa hatinya rasa tidak senang pula ni.  Betulkan apa yang dia cakapkan ni.
            “Awak jangan risau kita tak akan disatukan.  Sebab jenis saya ni, saya suka merantau ke sana sini.  Awak nak kena stay kat sini dan uruskan syarikat papa awak.  Tak mungkin kalau kita kahwin awak nak biarkan saya merantau di tempat orang”  beritahu Diana dengan rasa yakin.
            Lelaki yang dijodohkan oleh keluarga mereka memang seorang lelaki yang segak, tampan, kacak, pandai dan berjawatan tinggi.  Tapi cintanya kepada kekasih hatinya lebih kuat daripada itu semua.
“TERIMA kasih ya Fairuz sebab dah tolong bawakan Qisya ke hospital.  Rasanya panas dia tu dah turun sikit.  Tak macam pagi tadi.  Risau mak cik ni.  Dah la yang tu seorang je anak yang mak cik ada”
            “Tak apa  mak cik.  Qisya teman saya.  Saya kena bantu dia.  Nanti kalau ada apa-apa telefon je saya mak cik.  Saya akan datang”
            “Yalah.  Bawa kereta tu elok-elok”
            Ibu naik ke atas dan menjenguk anak gadisnya di bilik.  Qisya baru sahaja makan ubat.  Mungkin dia sangat mengantuk dan langsung tertidur.  Harap-harap cepatlah demamnya itu kebah.
            Tiga jam dia tertidur dan membuka matanya perlahan.  Kepalanya masih berasa pening.  Dia menolak dirinya bangun dan merasakan tubuhnya ringan sahaja.  Jam loceng di tepi kepala katilnya di ambil dan dia melihat jam sudah pun menunjuk pukul 3 petang.  Dia tidak boleh bersolat pada hari ini.  Kalau terlajak tidur pun mungkin tidak apa.  Cuaca di luar mendung sahaja.
            Dia merasakan dirinya semakin sihat.  Dia membetulkan sweater yang dipakainya dan bercadang untuk mengambil angin di luar.


“QISYA ada di atas rasanya.  Sekejap ya, mak cik pergi jenguk dia”  beritahunya kepada Farhan.  Farhan datang singgah di rumah Qisya sebentar.
            Tidak lama kemudian, ibu turun kembali dengan wajah risau.
            “Mak cik tak tahu ke mana dia dah pergi.  Dia demam tu sebenarnya.  Ingatkan dia ada di atas.  Kemanalah pula budak ni dah pergi”  wajah ibu risau sahaja.
            “Tak apalah mak cik saya pergi cari dia.   Mungkin dia tak kemana-mana tu”  Farhan meminta diri dan memandu kereta sportnya keluar dari halaman rumah ibu bapa Qisya.
            Baru dia memasuki selekoh, dia sudah terlihat Qisya berada di taman bersendirian.  Duduk dalam keadaan membongkok.  Dekat situlah mereka berdua pernah bergaduh dahulu dan Qisya menyepak tulang keringnya.  Dia memberhentikan keretanya dan turun dengan cepat lalu menghampiri Qisya.
            Qisya mendongak kepala dan melihat wajah Farhan yang nampak macam nak marah kepadanya.
            “Qisya tak sihat lagikan, kenapa keluar rumah.  Ibu Qisya risau bila Qisya tak ada dekat bilik”
            “Qisya dah okay”  beritahunya.
            Farhan pantas melekapkan tangannya ke dahi Qisya dan merasai suhu badan gadis itu.
            “Qisya panas lagi ni”
            “Abang jangan peduli hal Qisya boleh tak?”  tiba-tiba dia naik angin.
            Farhan diam dan terus mematungkan dirinya sambil berdiri di hadapan gadis itu.
            “Qisya ni kenapa.  Nak marah tak tentu pasal?”
            “Abang dah nak kahwinkan.  Abang sepatutnya beri tumpuan kepada Diana.  Bukannya Qisya!”
            “Siapa kata yang abang dah nak kahwin dengan dia.  Tak Qisya abang tak akan kahwin dengan Diana.   Kami dah berjumpa tadi dan masing-masing dah bersetuju dengan rancangan untuk tidak meneruskan perhubungan ni lagi”  terangnya kepada Qisya bersungguh-sungguh.  Aih, kenapa bersungguh-sungguh sangat aku terangkan kepada dia.  Bisik Farhan.
            “Tapi papa abang nak abang berkahwin dengan pilihan dia sendiri.  Abang nak jadi anak derhaka ke?”
            “Asal dengan Qisya  ni ha?  Abang tak nak sesiapa pun tentukan siapa pilihan hidup abang kecuali ianya dah memang ditakdirkan.  Abang kena terima”
            “Dah sekarang ni memang abang akan ditakdirkan akan berkahwin dengan Diana juga tak lama lagi”
            “Qisya jangan nak naikkan darah abang boleh tak.  Dah sekarang ni mari balik.  Qisya tak sihat lagi tu”  dia menarik lengan Qisya tetapi Qisya menarik pantas.
            “Qisya tak nak.  Qisya nak duduk dekat sini”  dia berdegil tidak mahu kemana-mana.  Dia hanya mahu bersendirian dan tidak diganggu oleh sesiapa pun.
            “Qisya?”
            “Abang jangan Qisya boleh tak.  Qisya tak apa-apa.  Qisya nak bersendirian”
            “Kalau sesuatu berlaku kepada Qisya macam mana?  Abang yang akan dipersalahkan sebab abang dah cakap dengan ibu Qisya yang abang akan cari Qisya dan bawa Qisya pulang”
            Qisya diam.  Tiba-tiba sahaja dia mejadi sebak dan air matanya mengalir perlahan.  Farhan tersentak.
            “Qisya kenapa ni?”  tanyanya perlahan.
            “Abang pergilah.  Qisya tak nak jumpa abang lagi selepas ni”
            “Qisya..hey..kenapa cakap  macam tu.  Qisya, abang tetap abang Qisya.  Qisya nak abang pergi kemana?”
            “Tak kan selamanya kita nak rapat macam ni.  Suatu hari nanti kalau abang berkahwin, isteri abang tak mungkin dapat terima Qisya.  Dia pasti akan cemburu dan Qisya tak nak memporak-perandakan rumah tangga orang”
            “Qisya walau apa pun yang berlaku, abang tetap ada untuk Qisya.  Sampai Qisya dah berkahwin dan abang akan lepaskan Qisya.  Tapi sebelum Qisya berkahwin abang yang akan jaga Qisya”
            Qisya diam.  Farhan kelihatan masih menunggu Qisya untuk bersuara dan kemudian Qisya bangun dan menuju ke kereta Farhan.  Farhan tersenyum kerana dapat memujuk Qisya untuk pulang ke rumah semula.
            Sampai sahaja di rumah Qisya, sebelum keluar Qisya berkata sesuatu kepada Farhan.
            “Abang, abang kena kotakan janji abang.  Sampai masa Qisya nak berkahwin nanti abang janji kena lepaskan Qisya.  Jangan datang cari Qisya atau hubungi Qisya dan jangan tunjuk muka abang kepada Qisya lagi”
            “Qisya, takkanlah sampai macam tu sekali”
            “Cukuplah hati Qisya ni sakit sebab Tuan Badrul nak satukan abang dengan pilihan dia sendiri.  Kalau Qisya terpaksa berkahwin semata-mata untuk lupakan abang ianya memang menyakitkan”  Qisya pantas keluar dan berlari anak masuk ke dalam rumah.
            Farhan kelihatan terkejut dengan kata-kata Qisya.  Qisya suka aku ke?
           






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...