16
“Hujung
minggu ni Tuan Badrul nak buat majlis makan-makan kat rumah dia. Rasanya ramai tetamu dia nak jemput” beritahu ibu kepada Qisya.
“Ouh yalah. Abang Farhan ada beritahu kat Qisya juga”
“Jadi Qisya. Jom malam ni kita pergi shopping. Ibu nak cari baju untuk Qisya”
“Ala bu. Nak buat apa pergi shopping. Pakai baju biasa-biasa dah la bu. Majlis makan-makan je kut”
“Anak ibu ni seorang je. Dialah intan, dialah payung. Kalau ibu tak hiaskan anak ibu ni siapa
lagilah yang nak buat. Ibu ni nak sangat
tengok anak dia berpakaian macam perempuan.
Bukannya jenis separuh-separuh.
Kadang-kadang sedih hati ibu ni bila anak dia langsung tak nak dengar
cakap. Buat je apa yang dia nak. Bukannya susah. Hanya untuk majlis tu je. Ibu nak juga orang puji anak ibu ni cantik. Bukan handsome” dia menjeling wajah anaknya
yang kelihatan bosan mendengar kata-katanya.
“Buatnya hari ini ibu tiba-tiba
berhenti bercakap, dah tak ada kat dunia ni barulah masa tu nak teringatkan
ibu. Waktu tu dah tak ada orang yang nak
kisahkan Qisya lagi’
“Tak apalah bu. Ayah pun taklah tua sangat. Bolehlah dapat ibu tiri baru” sengaja dia mengusik hati ibunya itu.
Ibu membuntangkan matanya sambil
bercekak pinggang.
“Tengok tu..kata-kata tu satu doa
tahu tak?”
“Dah tadi ibu juga cakap kalau hari
ni tiba-tiba ibu berhenti cakap, itu bukan ke satu doa juga”
“Aih budak ni!”
Qisya ketawa perlahan.
“Yalah ibu. Esok nak majlis tu baru kita pergi shopping
ya bu” dia memujuk ibunya kembali dan
kemudiannya naik ke atas.
Ibu
mengeleng perlahan sambil menyebut nama anaknya berkali-kali.
LISA
seakan-akan mengenali seseorang yang sedang membeli-belah bersama seorang
wanita berusia 40 an. Gadis yang
berpakaian tshirt bercorak lengan pendek, berseluar jeans serta berkasut
bertutup dilihatnya. Eh itu bukan ke
Qisya. Teman Fairuz. Alang-alang dia dah nampak lebih baik dia
tegur. Nanti dikatakan sombong pula.
“Qisya kan?” tegur Lisa terus.
Qisya memandang dan kemudiannya
mengukir senyuman.
“Eh Lisa”
“So you buat apa dekat sini?” tanya Lisa.
“Erm, shopping time with my
mom. Ouh, kenalkan ini ibu saya” ibu disebelahnya dikenalkan kepada Lisa. Lisa menyambut huluran tangan tersebut tanpa
menunduk cium. Dia tersenyum biasa. Kini matanya lebih ke arah Qisya. Nampak macam tomboy. Hari tu pertama kali dia bertemu dengan
Qisya, tak adalah macam ni sangat.
“Qisya, ibu nak ke sana dulu” beritahu ibu, mungkin malas nak berborak
bersama mereka. Qisya mengangguk dan ibu
meninggalkan mereka dan memasuki sebuah butik pakaian.
“So, you tak pergi ke café Fairuz
ke. I ada juga tanya Fairuz, kalau-kalau
you ada ke sana. Tapi dia cakap you dah
tak ke sana sebab busy dengan basking you.
You pandai main gitar ey?”
“Yup” kalau tak busy pun aku tak akan ke sana. Tak ada alasan untuk aku ke sana.
“Erm, you ni macam adik lelaki I
pulak. Comel macam youlah” Lisa ketawa geli hati.
Entah apa yang melucukan pun tak
pasti.
“Okaylah. I have to go now. Maybe later we’ll talk together. Hey datang-datanglah ke café, I selalu ke
sana juga. Mungkin kita boleh berkawan
juga macam you berkawan baik dengan My hon”
Qisya tersenyum simpul. Dan kemudiannya, Lisa beredar pergi dengan
lenggokannya. Heel bukan main
tinggi. Aku rasa ada juga terpelecok tu karang.
Hahahaha.
Baru je dia cakap dalam hati tiba-tiba,
Lisa terpelecok. Kelihatan dia sedang
memegang kaki kanannya. Qisya ketawa di
dalam hati dan pantas mendapatkan Lisa.
“Lisa awak okay ke?”
“Tak.. saya rasa buku lali saya
terseliuh”
“Dah la, saya tolong awak bawa ke
hospital”
Sementara itu dia memberitahu kepada
ibu dan ibu akan menunggu dia di situ dan membiarkan Qisya membawa Lisa ke
hospital.
Aku dah cakap mulut aku ni masin.
See, tengoklah apa yang dah berlaku.
“AWAK nak
saya hantarkan awak balik rumah ke?”
tanya Qisya selepas membawa Lisa ke hospital. Buku lalinya telah dibalut dan Lisa kini
bertongkat ketiak separuh.
“Tak yahlah. I dah hubungi Fairuz, dia akan datang ambil I
kat sini. Thanks, Qisya sebab dah bawa I
ke hospital”
“No hal lah” kalau Fairuz nak datang sini lebih baik dia
balik sekarang. Malas nak bertentang
muka dengan lelaki itu.
“You tunggu I kejap ya. I tak nak sorang-sorang kat sini”
“Orait” dia duduk di sebelah Lisa dan berborak kecil.
Ibu dah lama tunggu dia. Nak dekat sejam mungkin. Patut tak dia suruh ibunya balik dahulu. Tapi dress untuknya masih belum di beli
lagi. Takkanlah ibu nak balik dengan
tangan kosong.
Sepuluh minit kemudian, Fairuz
sampai dengan wajah jelas kerisauan.
“Hon..” suara Lisa merintih sebaik sahaja ternampak
muka lelaki itu.
“You okay ke. Macam mana boleh terpelecok ni”
Macam mana boleh terpelecok, sebab
kekasih kau ni pakai heel berapa inci lepas tu jalan mengalahkan model mana tak
terpelecoknya. Mujur ada aku, kalau aku
buat tak tahu je, memang menangis tanpa suaralah si Lisa ni. Getus hati Qisya dengan rasa menjengkelkan.
Fairuz menoleh ke arah Qisya. Tak nak berjumpa tapi mereka tetap
berjumpa. Tetapi dalam keadaan macam ni.
“Qisya buat apa dekat sini?” tanya Fairuz.
“Saja singgah sini” jawabnya basa basi.
“Qisya yang tolong bawa I ke
hospital Hon. Hon, sakit kaki I ni” Lisa mengaduh sakit dengan suara manja.
“Tak apalah. I bawa you balik rumah sekarang. Mari”
dia memapah Lisa bangun.
Qisya turut sama bangun.
“You kita hantar Qisya ke Medley
dulu ya. Sebab tadi dia dengan ibu
dia. Mesti ibu dia dah lama tunggu dia
dekat situ” kata Lisa. Erm, baik juga hati kau ni ya Lisa. Ingatkan kau ni tahu mengedik je tapi ada
juga kebaikkan kau.
“Eh tak payah. Saya boleh pergi sana sendiri” tolak Qisya cepat.
“Qisya, I terhutang budi dengan
you. Marilah, biar kami hantar you ke
sana. Mari” ajak Lisa.
Dengan rasa berat hati, Qisya
mengangguk dan berjalan mendahului mereka.
“QISYA, tak
tidur lagi ke?” tanya ibu yang menjenguk
anaknya di bilik selepas jam 11 malam.
Dia melihat ada cahaya lampu di sebalik bawah pintu bilik.
“Awal lagilah bu. Lagipun Qisya tengah menulis lagu ni” beritahunya.
“Hmm, jangan lewat sangat. Esok ada majlis. Oh ya, majlis tu bermula pukul 10 pagi. Bersiap awal okay. Ada orang ternama dekat situ”
“Baiklah bu”
Trut..trut.telefon bimbitnya
bergetar selepas itu. Menandakan ada
mesej masuk.
Buat
apa? Dah tidur dah ke?
Mesej
daripada Farhan. Dia menaip dan
membalas.
Belum
lagi. Tengah tulis lagu.
Jawabnya. Seminit kemudian mesej baru masuk.
Esok
jangan lupa ada majlis makan-makan kat rumah. Pakai cantik-cantik okay!
Kalau
Qisya tak nak. Abang nak buat apa?
Adalah. Okaylah.
Abang nak sambung kerja ni. Bye.
Assalamualaikum.
aduh,
malasnya bila fikirkan esok. Kalau pakai
biasa-biasa je tak boleh ke. Ni nak kena
berdresslah, apalah hmm, yang penting esok dia boleh pakai kasut ladies
daripada kena pakai heel. Yeah..what for
a life?
TUK..TUKKK…
“QISYAAAA…QISYAA….” Terdengar suara
ibu memekik di luar biliknya. Qisya yang
terlajak tidur selepas subuh itu tersentak bangun. Dia melihat jam loceng. Pukul Sembilan setengah pagi. Ala awal lagi ni. Kenapa ibu nak kena bising-bising macam ni
pula.
“YAAAA… orang bangunlah ni” dia menolak tubuhnya bangun, mencapai tuala
dan masuk ke dalam bilik air.
Sesudah mandi, pintu bilik yang
dikunci dibuka dari dalam dan ibu menerpa ke arahnya dan memukul anaknya
itu. Puas Qisya berlari satu bilik
dengan dikejar oleh ibunya. Boleh pula
dia bersuka ria macam tu. Dilihat ibunya
itu sudah bersiap kemas dan cantik.
“Amboi ibu, tahulah ayah
outstation. Kenapa nak cari orang baru
ke?” kata-katanya itu menambahkan enjin
kuasa tangan ibunya untuk mencubit-cubit perut dan lengan anaknya itu. Merah-merah sudah dibuatnya.
“Tak sayang mulut kan Qisya ni. Kita ada jemputan khas daripada Tuan Badrul
jadi kenalah kelihatan cantik dan kemas.
Haih budak ni. Suka memanipulasikan
keadaan”
Qisya ketawa mengekek.
“Ibu nampak cantik sangat. Macam kakak Qisya pulak”
“Ouh ya ke. Terima kasih. Sebab tu tiap-tiap malam ayah
asyik call ibu je. Rindukan ibu..” sementara dia mengelamun tak tentu pasal,
Qisya ke meja solek dan duduk di situ.
Ibu ingin menyolek mukanya yang selalu pucat tanpa sebarang
solekan. Dia lebih suka memakai toner
pada wajahnya.
“Cepatlah ibu. Janganlah berdrama lagi. Kita dah lambatkan”
“Hisyhh budak ni. Dia yang
melambatkan kita nak marah-marah kita pulak”
“Hihi, cepatlah ibu yang cantik bak
model ni”
“Yalah, yalah”
HAI, kalau
ada Ayiez kan bagus. Boleh berborak
dengan dia. Aku nak borak apa dengan mak
cik dan pak cik yang ada kat sini.
Orang-orang kaya kat sini asal pandang aku macam tu. Cun sangat ke aku hari ni. Ke sebab cara aku jalan. Qisya cover sikit cara kau jalan tu. Jaga air muka ibu untuk hari ni je.
Baiklah!
Mana pula ibu ni. Suka sangat biarkan aku seorang diri macam
ni. Aku nak duduk kat mana ni. Semua tempat dah penuh. Lagu rentak jazz kedengaran menghiasi ruang
majlis. Dia berjalan ke ruang makanan
dan melihat ada kambing golek yang
sedang dijaga oleh seorang tukang chef profesional. Begitu juga dengan makanan-makanan yang
disediakan. Nampak menyelerakan. Minuman jus koktel nampak menyelerakan.
“Berikan saya satu” pintanya kepada
waiter yang menjaga minuman tersebut.
Selepas itu dia merasa minuman
tersebut di situ.
“Erm, sedap” pujinya dan waiter itu tersenyum manis. Dia kemudiannya sibuk melihat makanan yang
lain pula.
Lebih kurang 200 orang tetamu yang
telah dijemput ke majlis berkenaan.
Mungkin untuk meraikan sesuatu.
Tiba-tiba matanya terlihat tiga
orang wanita yang memakai gaun cantik berada disitu dan dia melihat seorang
wanita sedang bercakap siap dengan gayanya lagi dan dua orang lagi mendengar
dengan teliti.
“Macam tulah ceritanya. Adoi penat I cerita kat you all”
“Eh, bagusnya kau. Merata-rata
tempat boleh pergi. Panjat gununglah,
buat aktiviti lasaklah. Kau tak tak
takut ke kalau kelembutan kau tu hilang”
“Think positif lah. Kita nak buat benda tu kita akan
melakukannya. Tak perlu nak fikir itu
dan ini. Hidup kita terlalu
singkat” beritahunya.
“Yalah, betul tu. Aku sokong dengan apa yang kau cakap tu
Diana”
Hmhh, bila boleh nak makan ni. Takkan minum je. Qisya mengerutu. Perut dah berbunyi ni.
“Eh korang tunggu sekejap. Aku rasa macam kenal someone kat sini. Let me
know who the guest” Diana berjalan
menghampiri Qisya yang ralik melihat makanan yang dikawal dengan rapi itu.
“Hmm, hey. Saya macam kenal awak” Qisya tersentak dan memandang ke arah
Diana. Siapa pula yang tegur dia
ni? Aku kenal ke?
“Awak siapa, maaflah saya tak kenal
awak”
“Awak main basking dengan adik saya
Lutfi kan. Dia pernah tunjuk gambar
kawan-kawan dia kepada saya. Dan dari situ awak yang paling unik sebab awak
nampak macam seorang tomboy”
Qisya senyum nak tak nak sahaja.
“Saya Diana”
“Qisya”
“So, erm, macam mana awak boleh
dijemput ke majlis ni. Yalah majlis ni
kan hanya untuk orang-orang yang yalah macam yang berada, kaya and so on”
Perghh perempuan ni macam tak sayang
mulut pulak dia. Asal kalau aku tak
boleh nak datang ke majlis ni ke? Salah?
“Ops sorry. Erm, biar saya betulkan semula keadaan. Saya tahu awak masih janggal dengan saya,
tapi dress awak nampak cantik” puji
Diana ikhlas.
Aih, tukar topik pulak.
Qisya senyum sahaja.
“Ceritalah awak datang dengan
siapa?”
“Ayah saya bekerja dengan Tuan
Badrul dan kami ditempatkan perumahan dekat sini. Rumah istana ni” jawabnya.
“Ouh.. okay. Interesting.
Mana your father?”
“Saya datang dengan ibu. Tapi tak tahu mana ibu dah pergi. Ayah saya
outstation”
“Ouh” Diana mengangguk.
“Awak mesti berminat dengan aktiviti
luarkan. Awak pernah mendaki gunung
sebelum ni?” tanya Diana.
“Tak”
“Ouh, saya suka buat aktiviti
luar..bla..bla..”
Nampaknya Diana suka menceritakan
kisah hebatnya itu. Dan Qisya terpaksa
menadah telinga untuk mendengar apa yang diceritakan oleh Diana. Kakak kepada Lutfi. Walaupun dia sudah tidak berminat nak
mendengar apa yang diceritakan oleh Diana tetapi wanita itu tetap mahu
berceritakan kepadanya.
Mana ibu ni?
FARHAN
sedang berbual dengan dua orang ternama yang berada di situ. Dia melihat ada seorang gadis cantik
melintasinya dengan minuman koktel di tangannya. Dia kemudian meminta diri sebentar apabila
Tuan Badrul menghampiri mereka. Dia
mengikut jejak gadis itu sehinggalah ke belakang rumahnya. Tempat di mana ada kolam renang di situ.
Macam dia kenal sangat gadis itu dan
senyuman lebar mekar di wajahnya.
“Qisya!” dia menegur dengan rasa teruja.
Qisya menoleh dalam keadaan
tersentak dan menarik nafas lega.
Ingatkan siapalah tadi.
“Cantiknya Qisya. Abang ingat siapalah tadi” dia melihat Qisya dari atas sehingga ke
bawah. Macam tak percaya yang Qisya akan
berpakaian macam ni. Pemilihan dress
oleh ibu dan mekap natural memang sesuai untuk Qisya.
“Qisya rimaslah abang. Orang asyik pandang Qisya je dari tadi. Qisya pergi ke mana-mana je orang
pandang” beritahunya.
“Itu sebab Qisya cantik sangat. Jomlah jadi pasangan abang hari ni” ajak Farhan.
Qisya tertunduk malu. Dia mengukir senyuman kecil.
“Apa abang ni. Pasangan apa pula”
“Hari tu abang ajak Qisya pergi je
majlis hari jadi kawan abang Qisya tolak.
Hari ni abang ajak jadi pasangan abang pun tak kan Qisya nak tolak. Qisya dah ada dekat sini kut”
“Tak naklah bang. Nanti orang fikir lain pulak”
“Fikir apa. Fikir yang kita ni pasangan kekasih. Abang tak kisah pun”
“Banyaklah abang ni”
Kemudian, seorang lelaki menghampiri
mereka dan berbisik di telinga Farhan.
“Jom Qisya, papa nak buat
pengumuman” dia selamba menarik tangan
Qisya menuju ke ruang hadapan. Selepas
itu melepaskan tangan Qisya bila Tuan Badrul melambai ke arah anaknya untuk naik
ke atas pentas kecil.
“Terima kasih saya ucapkan kepada
semua tetamu yang hadir. Hari ini saya
mengadakan majlis makan-makan untuk mengeratkan hubungan antara kita
semua. Dan juga saya ingin berterima
kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian kerana sudi meluangkan masa
untuk bersama-sama memeriahkan majlis ni.
Jadi saya ada satu pengumuman penting yang mungkin akan merapatkan hubungan saya dengan
kawan baik saya, Tengku Yahya” dia
menunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri bersama pasangannya.
Tuan Badrul memegang bahu anak
sulungnya itu.
“Papa what this?” tanya Farhan dengan suara perlahan. Takkan lah papa nak buat pengumuman yang akan
mengubah nasibnya. Jangan papa.
“Pengumuman ini diharapkan akan
mendapat sokongan daripada semua orang.
Saya ingin menjodohkan anak saya dengan anak gadis teman baik saya,
Tengku Yahya, iaitu Diana”
“Apa!?” kelihatan Diana terkejut juga dengan
pengumuman tersebut.
“Papa, apa ni. Papa tak bincang apa-apa pun dengan Farhan”
“Diharapkan hubungan kami akan kekal
sehingga ke akhir hayat. Sekian terima
kasih” dia memulangkan kembali mikrofon
kepada juruacara.
“Ini untuk masa depan kamu. Sampai bila kamu nak terus membujang?”:
“Tapi..”
“Kita akan bincang hal ni
kemudian. Semua orang sedang memandang
kita, jangan jatuhkan air muka papa”
“Pa..”
Qisya terdiam. Jantungnya dirasakan lambat sekali mengepam darah. Farhan akan berkahwin tidak lama lagi. Siapa Diana?
Diana tadi tu ke? Kakak kepada
Lutfi. Qisya memandang ke arah Diana
yang berwajah terkejut itu. Mesti dia
gembira kerana dapat berkahwin dengan Farhan.
Farhan nampak sangat tidak
senang. Dia turun dari pentas dan melewati
Qisya tanpa memandang wajah Qisya sedikit pun.
Tidak tahulah dia nampak atau pun tidak.
Lelaki itu pasti susah hati sekarang.
MAJLIS
tersebut tamat pada jam enam petang.
Qisya dan ibu balik ke rumah semula dalam keadaan sedikit penat. Sedang dia termenung di halaman rumah, ibu
datang mendekat.
“Farhan akan dijodohkan dengan anak
gadis teman baik Tuan Badrul. Hmhh” dia
menoleh sejenak ke arah anaknya yang jelas tidak gembira di majlis itu tadi.
“Qisya okay ke?”
“Kenapa ibu tanya Qisya macam tu. Qisya okay ajelah bu”
“Yalah, orang yang rapat dengan
Qisya akan berkahwin tidak lama lagi.
Qisya mesti ada rasa sedikit tidak sukakan. Yalah abang Qisya akan berkahwin tak lama
lagi. Pasti dia tak ada masa untuk Qisya
nanti. Tak apalah Qisya, ibu ada. Qisya tak perlu risau” selepas bercakap ibu masuk ke dalam.
Malam itu, mereka tidak menjamah
apa-apa makanan memandangkan masing-masing telah kenyang. Qisya mengambil gitarnya dan bawa turun ke
halaman rumah dan duduk di kerusi batu.
Dia tersentak apabila ada mesej masuk.
Dah tidur?
Mesej
daripada Farhan.
Dah.
Bohongnya
dan kemudian menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket baju sejuknya.
Dia
mengelamun secara tiba-tiba sehingga tidak sedar yang Farhan berjalan
mendekatinya dan duduk bersama dengannya di situ.
“Kenapa Qisya jauhkan diri daripada
abang tadi?”
Qisya tersentak. Aduh, nampak sangat dia menipu tadi. Ah bantai ajelah!
“Mana ada Qisya jauhkan diri
daripada abang”
“Qisya tahu tak abang baru je
bertengkar dengan papa pasal jodoh abang”
“Kenapa?”
“Papa abang tu ha, tak beri peluang
kepada abang untuk pilih jodoh sendiri.
Lagi satu abang masih belum bersedia nak berkahwin. Ridiculous betul! Abang serabut sangat bila memikirkan masalah
ni”
“Qisya rasa Diana tu okay” beritahunya tanpa memandang muka Farhan.
“Qisya kenal dia ke?”
“Dia datang tegur Qisya kat majlis
tadi. Rupa-rupanya dia tu kakak Lutfi,
kawan basking Qisya”
“Ah, abang tak nak tahu siapa Diana
tu. Apa yang penting sekarang, papa dah
masuk campur dalam hal privasi abang.
Abang tak suka”
“Abang kena terima. Lagipun ianya berkaitan dengan teman baik
papa abang. Tuan Badrul dan sahabatnya
itu mesti telah berjanji nak jodohkan anak mereka dan sebab tu abang yang kena”
“Haih, kenapa mesti abang? Kenapa tak Ayiez je”
“Ayiez masih belajar abang”
“Yalah tapi kewangan dia cukup kalau
nak mendirikan rumah tangga”
“Kenapa abang nak kena tolak masalah
abang kepada Ayiez pula? Ini hal abang
dengan Tuan Badrul dan abang tak boleh suka-suka nak Ayiez terlibat sama. Ianya tak adil langsung”
“Jadi Qisya lebih suka tengok abang
sengsara macam ni. Yalah abang lupa,
Qisya rapat dengan Ayiez”
“Ini bukan masalah Qisya rapat
dengan Ayiez atau tak. Tapi Tuan Badrul
dah pilih abang. Lagipun dah memang masa
abang untuk berkahwin dengan seseorang yang boleh uruskan abang”
“Qisya abang boleh uruskan diri
abang sendiri apa”
“Ya Qisya tahu yang abang boleh
uruskan diri abang sendiri, tapi abang kena tahu tak selamanya abang nak
membujang”
“Abang muda lagi apa”
“Sekarang ni abang CEO, abang ada
tanggungjawab yang besar. Lepas ni abang
mungkin tak ada masa nak fikir pasal jodoh.
Jadi betullah apa yang Tuan Badrul buat tu. Abang kena kahwin dalam masa yang terdekat”
Farhan kelihatan tidak berpuas hati
dengan jawapan dan pendapat yang Qisya beri.
Dahinya asyik berkerut sahaja.
Dia benci mendengar perkataan yang dia kena mencari jodoh dengan
cepat. Arghh serabut!
Ulasan