Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 1



BAB 1

“Qisya!”  aku terkejut sendiri apabila terdengar suara ibu menyergah aku ketika aku berdiri di belakang seorang budak lelaki yang lebih tinggi dari  aku.  Aku tidak sempat untuk menegurnya kerana laungan ibu yang memanggil.
Farhan menoleh ke arah seorang kanak-kanak perempuan yang memakai gaun biru dan bercekak di kepalanya.  Matanya bertembung dengan mata kanak-kanak itu dan dia nampak terkejut.
            “Berapa kali ibu nak kena pesan kepada kamu, jangan ke sini!  Kenapa Qisya tak nak dengar cakap ibu”  tangan Qisya ditarik menjauhi Farhan.  Farhan hanya memandang dan tidak mampu mengeluarkan sebarang kata-kata.  Dia biasa melihat budak perempuan itu mengintai ke arah luar rumahnya.  Agaknya pasti budak perempuan itu kebosanan kerana tidak mempunyai kawan di sini.
            Selepas Farhan meminta kepada papanya, Tuan Badrul Hisham yang dia ingin bermain dengan Qisya, barulah Qisya dapat keluar dari rumahnya dengan bebas.  Ibunya tidak dapat menghalang Qisya tetapi sempat berpesan kepada Qisya, pulang ke rumah dengan cepat jika dada terasa sakit.
            Qisya tak boleh terlalu penat rupanya kerana masalah penyakit yang dia ada.  Patutlah ibu tidak mahu dia bermain seperti kanak-kanak lain.
            “Berapa umur Qisya?”
            “Tujuh tahun”
            “Saya sepuluh tahun.  Kalau macam tu saya lebih tua daripada awak.  Mulai dari hari ni, panggil saya abang Farhan”
            Qisya mengangguk sambil menjamah pencuci mulut  yang dihidangkan oleh pembantu rumah.
            “Qisya tak ada abang atau kakak ke?”
            “Qisya anak tunggal” tangan kecilnya mencapai potongan buah pelam manis.
            “Kata ibu Qisya, Qisya tak boleh penat nanti Qisya pengsan.  Qisya sakit apa?”
            “Tak tahu”  jawab Qisya.  Bukannya dia tahu apa penyakitnya.
            Empat tahun telah berlalu.  Kini Qisya telah pun berumur 11 tahun.  Farhan 14 tahun dan telah pun naik sekolah menengah.   Farhan jarang menemui Qisya pada waktu sekolah kerana aktiviti sekolah yang selalu membuatkan dia pulang lewat ke rumah dan  bila waktu malam dia selalu tidur awal.
            “Ibu, abang Farhan dah tak mahu bermain dengan Qisya ke?”  suatu malam dia menanyakan hal itu kepada ibunya.
            “Kenapa sayang?”  sebelum tidur dia membelai dan mengurut-gurut rambut anak gadisnya itu.
            “Abang Farhan jarang ada di istana”  dia memanggil rumah sebesar kediaman diraja sebagai istana.
            “Kenapa cakap macam tu?  Abang Qisya tu mungkin sibuk dengan aktiviti sekolah dia.  Sudahlah nanti kalau ada masa dia akan ajak Qisya bermain bersama”
            Dua hari selepas itu hari sabtu.  Qisya datang ke kediaman besar keluarga Tuan Badrul bersama-sama dengan sekotak hadiah yang berbalut cantik.
            Dia berjalan di ruangan yang mengarah ke pintu utama dengan langkah yang panjang.  Dia berasa ingin lari supaya cepat sampai dan dapat menemui Farhan kerana sudah terlalu lama dia tidak bermain bersama Farhan.
            Dia menolak pintu utama yang berasa sangat berat untuk dibuka dan kemudian tanpa disengajakan dia telah membuat seorang budak lelaki jatuh sambil memegang kepalanya.
            “Aduh!”
            “Ha!”  dia  mencekup mulutnya kerana berasa sangat terkejut dan takut dengan situasinya ketika itu.  Budak lelaki itu mengurut kepalanya dan mukanya mengerut menahan sakit.  Dia bangun tanpa dibantu dan memandang ke arah Qisya yang sudah berwajah pucat itu.
            “Maaf.  Qisya tak sengaja”
            Budak lelaki yang memakai cermin mata bulat itu sekadar memandang ke arah Qisya yang kemudiannya beredar meninggalkannya.
            Setengah jam mencari, Qisya merasakan dadanya sakit sedikit.  Peluh-peluh dingin  merenik di dahinya.  Dia berhenti dan menarik nafas perlahan dan meneruskan langkahnya.  Kotak cantik di tangannya masih dibawanya dengan tangan yang mengigil.
            Kemudian, dia memasuki sebuah bilik yang dipenuhi dengan rak-rak buku yang tinggi dan terdapat seorang lelaki dewasa di dalam bilik bacaan tersebut.  Lelaki itu memandang ke arah Qisya.  Dia kenal budak perempuan itu kerana dia biasa melihat Farhan bermain bersama-sama dengan Qisya sebelum ini.
            “Qisya cari Farhan ke?”
            “A’ha.  Qisya cari abang Farhan.  Tapi Qisya tak tahu bilik dia kat mana?”
            “Qisya jalan terus dari sini dan kemudian belok kiri.  Qisya akan nampak sebuah bilik dekat situ.  Ha kat situ bilik Farhan”
            “Terima kasih pak cik”  lelaki yang membantunya itu merupakan pak cik saudara Farhan.
            “Qisya okey ke?”  lelaki itu menahan Qisya dari pergi dan Qisya terhenti dan merasakan jantungnya berhenti berdegup sebentar selama lima saat.  Perubahannya itu sedikit mencemaskan lelaki itu.
            “Qisya!” dan tiba-tiba Qisya terjatuh lalu pengsan.  Lelaki itu mengendongnya dan membawa dia keluar dari bilik bacaan.



FARHAN memandang kotak hadiah yang berada di atas meja bersebelahan katil Qisya.  Doktor peribadi keluarga mereka baru sahaja memeriksa keadaan Qisya dan katanya Qisya terlalu penat dan menyebabkan dia jatuh pengsan.
            “Qisya”  Farhan senyum sedikit apabila dia melihat Qisya sudah pun terjaga.
            “Qisya ada dekat mana?”
            “Qisya ada kat sini.  Qisya pengsan tadi.  Pak cik yang bawa Qisya ke sini.  Mujur tak jadi apa-apa pada Qisya”
            “Ibu tahu tentang Qisya.  Tolong jangan beritahu dekat ibu.  Nanti Qisya kena marah dengan ibu.  Ibu garang dan selepas ni ibu pasti tak akan membenarkan Qisya datang ke sini lagi”
            “Tak, ibu Qisya tak tahu.  Qisya tak perlu risau ya”
            Qisya senyum nipis dan dia menarik kotak cantik yang berada di sebelahnya lalu dipegangnya dahulu sebelum menyerahkannya kepada Farhan.
            “Untuk abang”
            “Apa dalam ni?”  Farhan mengambil dan terus membuka penutup kotak keras itu.  Tiada apa-apa pun di dalamnya.  Dia mengerut dahi aneh.
            “Kenapa bagi abang kotak kosong?”
            “Qisya nak abang simpan barang yang paling abang suka dalam kotak ni”
            “Maksudnya?”
            “Barang yang abang paling sayang”
            “Ermm..apa ya?”
            Qisya ketawa kecil.
            “Kenapa Qisya ketawa?”
            “Tak, abang nampak comel bila berfikir macam tu”
            “Abang comel ke?”  Farhan ikut sama ketawa walaupun hatinya tidak mahukan itu.  Dan kemudian dia mendapat idea.
            “Abang rasa abang nak simpan Qisya lah dalam ni.  Boleh tak?”
            “Ha, abang nak simpan Qisya dalam ni?  Badan Qisya mana muat nak duduk dalam tu”
            Farhan ketawa lagi.
            “Qisya cakap abang kena simpan barang yang abang sayang dalam kotak cantik ni.  Dan sebab tu abang nak simpan Qisya dalam ni sebab abang sayang Qisya”
            Qisya diam.  Tiba-tiba sahaja wajahnya mendung.  Farhan mengerut dahi.
            “Kenapa Qisya?”
            “Qisya sedih sebab sebelum ni abang jarang nak berbual dengan Qisya dan bermain dengan Qisya”  wajahnya sedih sahaja.
            “Maaf, abang sibuk sikit sejak akhir-akhir ni.  Tahu ajelah sekarang abang dah ada aktiviti yang banyak dekat sekolah”
            “Qisya sedih dan ingat abang dah lupakan Qisya”
            “Takkan la abang nak lupakan Qisya”  pantas sahaja Farhan memotong percakapan Qisya.  Wajahnya seakan-akan sedang menahan marah.
            “Abang tak suka dengar perkataan macam tu lagi.  Abang pedulikan Qisya.  Jangan cakap perkataan abang nak lupakan Qisya tu lagi.  Abang tak suka dengar”  tegas kata-kata Farhan.
            “Abang marah Qisya ke?”
            “Tak, abang tak marah”
            Farhan memandang kotak itu dan menutupnya kembali.
            “Qisya berehatlah sekejap.  Nanti abang datang sini semula”
            Qisya mengangguk.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 31

31 Qisya tersentak apabila ada sesuatu yang sejuk dilekatkan di pipi kanannya.   Dia menoleh dan melihat ada seseorang yang menyua air tin perisa ice tea lemon kepadanya.   Minuman itu masih disua kepadanya, sehinggalah dia tersenyum dan mengambilnya.             “Awak fikirkan apa?   Jauh aje termenung”   tegur Ady.   Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.             “Sedang memikirkan seseorang”             “Fikirkan saya ke?”   Ady cuba untuk bergurau dan dia melihat Qisya tersenyum simpul.             “Ke awak fikirkan kekasih awak tu.   Farhan?”             “Buat apa saya fikirkan dia kalau dia tak fikirkan perasaan saya”   jawab Qisya bernada k...

TERIMA KASIH AWAK BAB 13

13 Qisya menarik kain langsir menutup cermin tingkap panjang dan menyambung kembali tidurnya.   Hari ni dia benar-benar berasa malas ingin melakukan apa-apa pun.   Macam ni nak pergi kerja dengan Fairuz.   Nak bangun pun bukan main liat.   Waktu nak subuh pun kena take five dulu barulah nak bangun selepas tu.   Dapat tidur seminit pun dah tak apa.   Asalkan dia boleh melayan rasa mengantuknya itu.             TUK..TUK..             “Qisya bangun sayang.   Ada tetamu ni”             Aduh siapa pula yang datang ni.   Hujung minggu kot.   Walaupun tak bekerja tapi bagilah aku peluang nak tidur lewat sikit.    Hisyhh siapalah yang mengacau di hujung waktu aku ni?             “QISYA!”   ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 9

BAB 9 “Amboi berseleranya kau makan”   Ayiez mengeleng kepala.   Al- maklumlah dah dua hari dia memprotes di dalam bilik tanpa mengambil sebarang makanan.   Ini terlampau sedih sangat sampai menyeksa diri sendiri.             “Tu lah lain kali protes macam tu lagi.   Eee, kau ni aku cakap bukan nak dengar”   telinga Qisya dipiatnya.   Dah macam gaya mak-mak pula si Ayiez ni kalau membebel.             “Sakitlah mak”             “Mak?   Mak hotak kau”   Ayiez kalau bercakap dengan Qisya macam layan kawan lelaki dia pula.   Cakap je apa yang dia nak cakap.             Qisya menghabiskan sepinggan nasi bubur.   Tadi baru sahaja dia menghabiskan dua keping pizza saiz regular.     ...