Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 29



29


Intan tersengih sebaik sahaja berdiri di hadapan meja Fairuz.  Mungkin Fairuz ingin memberi bonus lebih kepadanya kerana telah berjaya mencari ‘pencuri’ RM3000 itu.  Wajahnya berseri-seri sahaja.  Tidak sabar ingin mendengar kata-kata daripada Fairuz.
            “Intan boleh awak jelaskan video apakah ini?”  Fairuz memainkan pita rakaman di dalam laptopnya.  Intan melihat dan mulutnya terus ternganga luas.  Itu dia dan Marsha yang berada di dalam bilik stor tempoh hari.
            “Sila jelaskan”  Fairuz merenung pekerjanya dengan renungan tajam.
            “Itu..itu.. kami tengah berbual.. tak ada apa-apa pun yang berlaku..”
            Bila sampai sahaja minit dia memasukkan sesuatu ke dalam beg Marsha matanya lagi terbeliak luas.
            “Itu..itu..”
            “APA YANG AWAK CUBA NAK RANCANGKAN HA?”  Fairuz menghentak tangannya di atas meja dan membuatkan bahu Intan terhenjut kerana terkejut dengan sergahan Fairuz.  Belum pernah Fairuz meradang kepada pekerjanya sebelum ini.  Intan orang yang pertama.
            “Er, saya..saya..”
            Wajah Intan sudah pucat lesi.  Tidak tahu ingin bercakap apa lagi.
            “Mujur ada CCTV yang boleh dijadikan bukti mengenai tuduhan ini.  Awak fitnah Marsha sebagai pencuri.  Kenapa awak tak puas hati sangat dengan Marsha.  Dia dah buat apa pada awak!?”
            “Maafkan saya Encik Fairuz.  Saya..saya.. mengaku saya dah buat silap.  Saya mereka-reka cerita.   Maafkan saya..”
            “Saya nak awak bersihkan kembali nama Marsha.  Semua orang menuduh yang dia pencuri disebabkan fitnah awak tu.  Saya tak sangka, pekerja yang saya percaya sanggup buat perkara macam ni.  Awak tak ada otak ke ha?  Tak fikirkan tentang perasaan orang lain ke?”
            hampir 20 minit dia dimarahi oleh Fairuz.  Kemudiannya, Fairuz menyuruh dia beredar pergi dan meminta maaf kepada semua orang kerana memfitnah Marsha.
            Jika bukan kerana buah idea Qisya yang menyuruh Fairuz memeriksa CCTV tak mungkin bukti ini akan dijumpai.  Dia sendiri tidak menjangka dengan sikap buruk Intan yang tidak menyukai Marsha dan kemudian menganiayai Marsha pula.
            Dia paling pantang kalau ada pekerjanya bermusuh-musuhan.  Macam mana mereka nak bekerja di satu tempat yang sama.  Bila difikirkan balik dia tidak seharusnya mengantungkan Marsha.  Pasti gadis itu sedih teramat kerana di tuduh sebegitu rupa dan semua orang memandang serong kepadanya.  Dia harus meminta maaf kepada Marsha kemudian.


BALIK sahaja dari kampus, Marsha masuk ke dalam biliknya dengan rasa tidak bersemangat seperti selalu.  Kebiasaannya selepas habis kelas dia akan terus ke dapur dan mencari makanan dan melihat masakan yang di masak oleh  mama.  Buka saja pintu dia menuru masuk ke dalam.  Begnya disangkut di dinding.
            Kemudiannya dia seperti terlihat tedy bear kecil sebesar dua tapak tangan berada di atas katilnya.  Tedy bear berwarna putih itu di ambil dan dibelek dengan rasa aneh.  Ini bukan tedy bearnya.  Hmm.

Peluk saya

Siap ada arahan lagi yang menyuruh dia memeluk tedy bear tersebut.  Dia kemudiannya memeluk dan tersentak apabila bear itu bersuara.
            Hem..hem.. hai.  Doraemon dah menjumpai saya.  Dia beritahu saya yang kawan baik saya sekarang tengah sedih sebab dia cakap saya jauhkan diri daripada dia.  Saya nak minta maaf kepada awak kalau saya bersikap dingin dengan awak.  Saya akui saya salah kerana tidak membantu awak hal yang lepas.  Hey jangan terharu saya hadiahkan bear yang ada suara saya yang merdu ni.  Sengaja saya rakam suara saya bagi kat awak sebab tahu awak akan merindui saya nanti.  Okay itu saja nak cakap. Bye!
            Marsha menitiskan air matanya dengan rasa gembira.  Akhirnya Qisya mempercayainya juga.  Betulkan yang dia tidak bersalah.  Tedy bear itu dipeluknya kuat dan suara Qisya muncul semula.  Dia ketawa dan mengakui betapa bodohnya Qisya kerana tidak mempercayainya dahulu.  Tak pasal-pasal kena hadiahkan tedy bear. 
TERKELIP-KELIP mata Qisya apabila melihat Marsha dengan baju tidurnya dan juga patung sebesar-besar alam dibawa masuk ke dalam biliknya.
            “Saya nak tidur kat sini malam ni.  Saya nak tidur dengan awak”  Marsha membuat keputusan.  Wajahnya tampak ceria sahaja.
            Qisya senyum simpul sahaja.  Tak apalah, mereka baru sahaja berbaik hari ini.
            “Qisya kita tidur kat bawah ya.  Saya nak tidur kat bawah.  Saya tahu malam yang dulu saya seorang je yang tidur atas katil dan awak tidur kat bawahkan”
            “Eh mana awak tahu saya tidur bawah?”
            “Saya terjaga dan nampak awak lena tidur kat bawah”
            Qisya ketawa.
            “Kenapa awak gelak?”  Marsha memuncungkan mulutnya.
            “Awak ni buat saya nak ketawa aje tahu tak.  Tahulah kita dah berbaik.  Okaylah, malam ni kita tidur kat bawah.  Tunggu saya nak bentang toto kat bawah”
            Marsha mengangguk dan dia melihat sahaja Qisya membentangkan toto dan juga mengambil bantal lebih dari bilik tetamu.
            “Kenapa tak tidur aje kat bilik tetamu. Awak tetamukan?”
            “Hisyhh, daripada saya tidur kat bilik tetamu lebih baik saya tidur kat rumah saya je.  Lagi besar katil saya dari awak punya”
            “Yalah, sebab awak tidur buas!”  tempelak Qisya dan Marsha langsung tidak berasa hati.  Selepas siap membentang tempat tidur mereka, Qisya menutup lampu tengah dan membiarkan lampu yang berada di plug menerangi ruang bilik Qisya yang gelap.
            Mereka sama-sama berbaring dan Qisya menutup matanya, merancang ingin tidur awal pada malam itu.
            Baru pukul sebelas malam, awal lagi takkan dah nak tidur dah.  Macam esok pagi dia kena pergi sekolah pula.
            “Qisya awak dah tidur?”
            “Hurmm”
            Marsha menoleh ke tepi dan melihat mata Qisya yang sudah tertutup rapat itu.
            “Qisya apa yang membuatkan awak nak percayakan saya yang saya bukan pencuri?’
            Dia menyoal  kerana dia ingin tahu jawapan yang akan diberikan oleh Qisya.
            “Sebab saya tahu yang awak tak bersalah”  jawabnya dengan mata yang masih tertutup.
            “Jadi awak tahu yang Intan telah memfitnah saya?”
            Qisya mengangguk sekali, sekali.
            “Dia dah buat pengakuan kepada setiap orang dan mengatakan yang awak tak bersalah.  Jadi semua pekerja dah tahu hal yang sebenarnya”
            “Baguslah!”  Marsha berasa sangat lega.  Dia masih belum tahu yang Qisyalah yang telah membantunya.  Malas Qisya nak beritahu nanti menangis sebab terharu pula.  Karang nak kena pujuk lagi.  Dia memang pakar sangat kalau bab pujuk memujuk ni. 
            Pakarlah sangat!
            “Disebabkan rasa bersalah dengan awak barulah saya hadiahkan tedy bear yang ada suara saya yang lunak tu dekat awak”
            Marsha ketawa.
            “Qisya terima kasih tau sebab percayakan saya.  Saya susah hati sangat bila awak dah tak nak bercakap dengan saya”
            “Rindu.  Hahahahahha!”  Qisya membuka matanya dan melihat syiling.
            “Yalah.  Awakkan kawan saya.  Mestilah saya kena rindu.  Awak je yang tak ada perasaan.  Tak pernah pun nak rindukan saya”
            Qisya diam dan dia menutup matanya kembali.
            “Esok saya kerja pagi.  Nak tidur awal.  Good night”
            Marsha memuncungkan bibirnya.  Ala, orang nak ajak berbual dia pula dah nak tidur.
            “Hmm, okay.  Good night too”
            Marsha menutup matanya dan kemudian turut sama lena sambil memeluk tedy bear sebesar alamnya itu.


JAM penggera telefon bimbitnya berbunyi dan membuatkan Qisya terjaga dari tidurnya.  Dia bangun untuk bersolat subuh.  Marsha sempat berpesan kepadanya malam tadi supaya tidak perlu mengerak dia bangun subuh kerana dia ‘bercuti’.  Kemudiannya, dengan rasa malas dia menolak juga badannya bangun dan melangkah ke bilik air.
            Usai solat subuh dia, dia mendekati Marsha yang kelihatan meringkuk kesejukan.  Dia berniat untuk menyelimut gadis itu dan tatkala matanya melihat ada cecair merah pekat yang mengalir dari lubang hidung Marsha.  Qisya agak terkejut dan kemudiannya melangkah ke almari dan mengambil sapu tangan.  Dia mengelap cecair itu perlahan.  Kelihatan Marsha masih tidak sedar dari tidurnya.  Dia tidak mahu mengerak Marsha bangun kerana dia tahu Marsha akan panik jika hidungnya berdarah nanti.  Bukankah dia tidak mahu Qisya risau akan dirinya.
            Selepas mengelap, Qisya duduk di hadapan muka Marsha dan menunggu jika darah masih lagi keluar dari hidungnya.  Sebenarnya dia masih lagi berasa mengantuk.  Kalau tidak bekerja pagi ni rasanya dah lama dia sambung tidurnya semula.  Sungguh badannya terasa penat sangat.
            Marsha bergerak-gerak sedikit.  Benar Marsha seorang yang sangat manja dan seorang yang mementingkan persahabatan.  Dia yang tak macam perempuan ni pun Marsha masih baru berkawan baik dengannya.  Mungkin Allah nak dia berubah dan menjadi seorang yang lemah lembut seperti Marsha.  Diri sendiri pun tak pasti kenapa dia sekeras ini.  Hatinya pun keras.  Tapi adakalanya dia akan menangis juga jika mengenangkan orang yang dia sayang.
            Dia mengeluh.  Bilalah Farhan akan memunculkan diri.  Bukan dia tidak pernah menghubungi lelaki itu.  Berpuluh-puluh kalinya rasanya dia cuba menghubungi lelaki itu tetapi masih tidak dapat disambung.  Kadang-kadang putus macam itu sahaja.
            Dia ingin meminta Farhan kembali dan selesaikan masalahnya, bukan dengan cara menghilangkan diri seperti itu.  Pukul enam setengah pagi dia membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke tempat kerja.
            Sebenarnya tarikh interview itu telah tiba Cuma dia yang tidak mahu pergi.  Dia selesa dengan kerjanya sekarang,  tengoklah kalau tidak bertahan di café dia akan bekerja di tempat lain pula.  Mungkin mencuba nasib untuk membuka perniagaan sendiri.
            “Marsha… Marsha..”  dia menepuk kaki Marsha.  Kalau nak gerak orang dari tidur kita kena mulakannya dari kaki.  Kerana roh akan masuk menerusi itu dan tidak adalah dia tersentak bangun nanti. Tak elok untuk jantungkan kalau terlalu terkejut.
            Marsha terjaga dan dia mengeliat panjang.
            “Hmm, dah pukul berapa?”
            “Dah pukul 6:50 ni.  Kelas awak ada tak pagi ni?”
            “Pukul 10 nanti.  Tak apalah terima kasih kerana bangunkan saya..”  Marsha bangun dan terus melangkah ke bilik air untuk membasuh mukanya.
            “Sarapan dulu kat sini, lepas tu baru balik rumah”  kata Qisya dan Marsha mengangguk.  Mujurlah rumah mereka tidak jauh.  Sebab itu Marsha selalu datang ke rumah Qisya kalau dia bosan.
            Kemudiannya, Qisya pergi kerja dahulu dengan dihantar oleh ayah yang mahu ke tempat kerja sekali.  Marsha melambai mereka dari muka pintu utama.  Dah gaya macam adiknya pula, melambai kakaknya pergi ke sekolah menengah.
            “Marsha, mari makan dulu”  panggil ibu Qisya.
            “Baik.  Mak cik masak apa..sedapnnya bau…” 


“SAYA nak tukar shift kerja abang”  dia meminta kepada  Farhan selepas selesai opening bersama Epul, Intan dan juga Alan.
            “Tukar shift?”
            “Ya, saya nak kerja malam dengan Marsha”  beritahunya.  Dia bimbang akan Marsha yang menunjukkan tanda-tanda mudah jatuh sakit sejak kebelakangan ini.  Lagi satu dia bimbang jika Marsha pulang bersendirian sambil menunggu bas.  Jika adanya mungkin, Marsha ada peneman dan tidak takut untuk menunggu bas.
            “Tapi semua pekerja dah cukup kecualilah kalau ada yang nak bertukar dengan awak”
            “Saya ada bercakap dengan Ikhwan, dan dia nak bertukar shift dengan saya”
            “Kalau macam tu ikut kamu berdualah nak bertukar bila”
            “Saya nak mula esok.  Nanti saya beritahu dengan Ikhwan”
            “Erm, baiklah”  Fairuz bersetuju sahaja. 
            Selesai satu masalah.  Bolehlah dia tidur lewat setiap malam.  Huhu.
            “Erm Qisya, Marsha macam mana sekarang.  dia okay dah ke?”
            “Saya dah beritahu dia  tak perlu risau tentang hal tu dan beritahu dia yang Intan dah pulihkan keadaan semula”
            “Abang Cuma nak beritahu kamu yang abang tak mahu perkara macam ni berlaku lagi.  Kamu semua sebagai rakan sekerja kena bekerjasama.  Tak boleh ada perasaan hasad dengki.  Jadi abang rasa bersalah tentang hal itu kerana tidak menyiasat dengan sebaiknya.  Abang nak minta maaf dengan kamu kerana hampir-hampir percaya dengan kata-kata Intan yang Marsha berniat nak mencuri duit tu”  Fairuz kelihatan kesal dengan sikap Intan.
            “Bukan dengan saya abang kena minta maaf, tapi abang kena minta maaf dengan Marsha.  Hatinya terluka kerana difitnah.  Saya pun hampir-hampir termakan dengan kata-kata Intan tapi saya lebih kenal Marsha daripada saya mengenali Intan.  Saya tahu Marsha bukan jenis macam itu.  Baik buruk dia semua saya tahu, kalau tak ada apa-apa saya nak sambung kerja dahulu.  Mungkin ada pelanggan kat bawah”
            Ya pelanggan yang dimaksudkannya adalah Ady.  Ady mesti sudah berada di bawah untuk bersarapan pagi.
            Jangkaannya tepat apabila Ady berada di kaunter dan Intan berdiri di sebelahnya dengan mulut dimuncungkan.  Mungkin hairan kenapa Ady tidak mahu memesan menu daripadanya sahaja.  Sebaik sahaja terlihat Qisya, Ady terus melambai ke arahnya dan mengukir senyuman buat lelaki itu.
            “Hai”
            “Hai”
            “Saya tunggu awak nak ambil pesanan”
            “Saya tahu”  jawab Qisya.
            Intan terus menghilangkan diri.  Geramnya dia kerana tidak dilayan oleh Ady.
            “Menu macam biasakan?”
            “Ya  Cuma saya nak tukar makanan.  Saya nak cheese cake.  Tiba-tiba tekak ni rasa macam nak makan cheese cake”  beritahunya sambil mengurut kerongkongnya.
            “Okay.  Sepotong?”
            “Yalah sepotong.  Banyak nanti naik berat badan saya pula”  dia ketawa kecil.
            Selesai menyediakan pesanan Ady, Ady mengambilnya dari kaunter dan membawanya ke meja yang berdekatan dengan kaunter.  Gayanya menikmati sarapan pagi macam tengah buat CF pula.  Haha.  Kenapa mata dia ni asyik nampak kelopak-kelopak bunga yang jatuh dari langit sahaja ni.
            Hai, gila dah kau ni Qisya.  Dia tersenyum sendiri dan membalas senyuman Ady yang mengangkat mug kepadanya mempelawa dia minum sekali.  Ouh lupa, dia kena beritahu lelaki itu mulai dari esok dia tidak bekerja shift pagi dah.  Agak-agak lelaki itu akan datang ke café tak pada setiap pagi macam biasa dan ambil pesanan dari kaunter.  Nak ke dia lakukannya dengan Intan.  Mesti tak rasanya.  Yalah dia nampak macam tak suka dengan cara Intan memandangnya.
            Melihat pelanggan tidak berapa ramai,  Qisya merapati Ady.
            “Saya akan bertukar shift.  Saya akan bekerja sebelah petang dan malam pula”  beritahu Qisya.
            “Ouh ya ke?  Erm, kenapa tiba-tiba awak kena bertukar pada sebelah petang pula?”
            Qisya tidak membalas.  Dia hanya senyum sahaja.  Ady tidak bertanya lagi.
            “Erm Qisya,  saya ada buat rakaman malam ni.  Awak nak ikut saya”
            “Nak!”  pantas sahaja dia menjawab.
            Ady mengangguk dan membalas senyuman Qisya.


SANGKA Marsha, setelah dia difitnah Intan akan berubah baik dengannya namun ada saja yang Intan tidak menyenanginya.  Senyumlah selebar mana pun Intan tidak akan membalas senyumannya.  Hairan apa kesalahannya terhadap Intan.
            Kemudiannya, dia dipanggil oleh Fairuz.
            “Duduk dulu Marsha”  suruh Fairuz bernada lembut.
            “Abang panggil kamu ni sebab abang  nak minta maaf kalau abang fikir yang bukan-bukan kepada kamu mengenai kehilangan duit tu tempoh hari.  Awak sudikan maafkan abang?”
            “Eh, abang tak bersalah pun.  Abang tak perlu minta maaf dengan saya.  Tak apalah asalkan semuanya dah selesai.  Pekerja-pekerja lain pun tak pandang serong pada saya dah.  Itu dah buat saya tidak apa-apa”
            “Hmm, baguslah kalau kamu berfikiran macam itu.  Abang bukan apa, kalau boleh abang tak nak berlaku lagi selepas ini.  Marsha nanti kalau perkara seperti itu berlaku lagi kamu kenalah bertindak dahulu.  Tanya dengan jelas dan beritahu kepada abang jika ada urusan dengan café ni.  Kamu jangan mendiamkan diri”
            “Baik abang, saya faham”
            Selepas dua tiga kata, Marsha keluar dan menyambung tugasannya kembali.
            Sepertimana yang telah dijanjikan Ady membawa Qisya ke bilik rakamannya dan mengenalkan Qisya kepada dua tiga orang rakan sekerjanya.  Kelihatan semua orang memberi hormat kepada Ady.  Tak tahulah apa jawatan Ady sebenarnya.  Dia ni kerja sebagai apa?
            Ady kelihatan bersiap sedia untuk membunyikan gitarnya.
            Suasana sunyi menyelembungi mereka berdua.  Tadi kata nak buat rakaman tapi kenapa mereka boleh berada dekat bilik yang terbuka ini pula.
            “Saya nak mainkan satu lagi, dan saya harap awak akan terima lagu ni”  kata Ady dan memandang mata Qisya lama serta dengan senyuman gentle.  Ohh.. manisnya.. bisik Qisya.

            You..
            You know who..
            Who’s keeping an eye on you only
            In everywhere you go
            But you’re the one who..
            Are at odds with me everyday..
            I keep it for long
            If I have chance to be near you,
            I’ll tell you to know my feeling
            Make eye contact with me to see something inside..
            You’ll understand the meaning..

Dup..dap…dup..dap..
            Kenapa dengan jantung aku ni.  Makin kuat pula dia berdegup.  Ke sebab bahasa Inggeris dia tahap A plus.  Terbaik gini ha!
           
            Do you see someone in inside my eyes?
            Do you see yourself inside them?
            Can you understand me?  See what I’m thinking?
            I’ve seen you for a long time, you know?
            Never look at any other place.
            Just one more time you turn to me,
            Meet my eyes once again.
            One more time.
            If only you look at me
            And tell me what’re you thinking
            Someday that you have to walk beside me..
            Just you understand me..
Qisya menepuk tangan berkali-kali dan membunyikan ‘WOOO’ dengan durasi enam saat.  Ady ketawa kecil dan dia meletakkan gitarnya itu di tepi.  Kini dia sedang memberi perhatian kepada Qisya.
            “Qisya?”
            “Hmm?”
            “Cik Sue ada beritahu saya yang awak masih menunggu Farhan”
            Sebut sahaja nama Farhan wajahnya berubah terus.  Ouh, dia langsung lupa akan Farhan bila bersama dengan orang lain.  Sungguh!  Mana kesetiaan kau Qisya?
            “Tapi awak pernah beritahu saya yang sebenarnya awak dengan dia tak ada apa-apa hubungan yang istimewa pun kan?”
            “Kenapa awak cakap macam ni?”  Qisya mengetap bibir tanpa memandang mata Ady.
            “Kita tak boleh menipu diri kita sendiri kalau kita betul-betul sukakan seseorang.  Bila kita selesa dengan dia, kita dah cakap mungkin dia adalah pilihan kita.  Dia buatkan sesuatu yang mengembirakan kita cakap hati kita sukakannya.  Awak sebenarnya cintakan Farhan ke?”
            Soalan yang langsung Qisya tidak tahu ingin membalas bagaimana.  Lidahnya kelu tidak tahu ingin berkata apa.  Dia rasa dia menyukai Farhan kerana mereka telah lama berkenalan.  Farhan pun menyuruh dia menunggu lelaki itu.  Tapi sampai bila tidak pasti.
            “Awak cintakan dia?”  Ady mengulangi lagi pertanyaannya itu.
            Mata Qisya bergerak-gerak tidak tahu ingin menjawab bagaimana.  Dia menelan air liur dengan kesat dan langsung tidak berani memandang mata Ady.  Kenapa?  Kerana dia takut dia tidak boleh berbicara dengan betul.  Apa yang akan diperkatakan di mulutnya tidak sama dengan hatinya.
            “Saya sukakan dia..sebab kami dah kenal sejak dari kecil.  Saya selalu rindukan dia.  Dia dah macam abang saya.  Sewaktu kecil dia selalu menjaga saya tapi adakalanya ada perkara yang dia membuatkan hati saya terluka..”
            Matanya memandang ke arah sesuatu tempat.  Dia teringat peristiwa dia memberi gula-gula kepada Farhan tetapi lelaki itu menolak kerana dia perlu menjaga berat badannya kerana ketika itu dia merupakan atlet sekolah.  Tapi itu hanya sebiji gula-gula sahaja. 
            “Saya tak tahu apa yang berada di dalam pemikirannya bila dia keluar bersama-sama dengan saya.  Saya tomboy.   Saya tak nampak macam kawan perempuan yang lain.  Bila keluar dengan kawan perempuan, saya berasa bertanggungjawab untuk melindungi mereka.   Cara saya macam seorang lelaki.  Tapi kadang-kadang saya terasa nak disayangi dan dilindungi oleh seorang lelaki”  dia mengukir senyuman nipis.
            Qisya mengeluh.  Dia masih belum menjawab pertanyaan Ady.
            “Saya cintakan dia ke?  Entah saya hanya suka jika dia ada bersama dengan saya.  Saya suka dia menjadi abang saya.  Mungkin?  Saya tak yakin dengan apa yang saya rasa sekarang.  bila dia tiada di hadapan saya, saya jadi risau dan bimbangkan dia.  Tapi sampai bila dia harus bersama-sama dengan saya”
            Ady mengangguk kecil.  Dia berfikir yang Qisya sebenarnya masih belum faham akan konsep cinta.  Qisya tidak pernah bercinta sebelum ini.  Dia hanya suka tetapi dia mengatakan itu adalah perasaan cinta.
            “Qisya?” dia memanggil.
            “Cuba awak letakkan tangan awak di dada kiri awak macam apa yang sedang saya buatkan sekarang”
            Qisya melihat Ady melekapkan tangan di dada kirinya, perbuatan Ady diikutinya perlahan.  Lelaki itu menarik nafas dan melepaskan perlahan dan Qisya turut melakukan hal yang sama.
            “Bila awak bertemu dengan seseorang yang awak suka, hati awak akan berdegup.  Muka awak akan merah dan awak tak bosan melihat wajahnya tiap-tiap hari.  Awak rasa ingin menyayangi dia dan mencintai dia.  Awak akan berasa rindu bila dia tiada di hadapan mata awak.  Perasaan yang awak rasa berbeza dengan orang lain dan tidak sama dengan dia.  Awak rasa awak ingin dia memujuk awak bila awak menangis.  Awak ingin dia tahu yang awak sebenarnya teramat sukakan dia tapi awak tak mampu nak ungkapkannya melalui kata-kata.  Dan bila awak dapat rasakan itu, itu adalah cinta Qisya.  Itu adalah cinta”
            Qisya melawan pandangan mata Ady yang nampak berbinar itu.  Dia nampak kejujuran dalam diri lelaki itu.
            “Dan itu apa yang saya rasakan bila dengan awak Qisya.  Saya jadi tak menentu melihat wajah awak.  Saya ingin jadikan awak hak milik saya”
            Bagaikan letupan bom terhempas di Nagasaki dan berdentum di kepalanya menyebabkan Qisya langsung tak dapat fikirkan apa-apa.  Lelaki itu sedang meluahkan perasaan kepadanya. 
            Ini serius ke?!  Macam tipu je?  Haha.  Tapi nampak macam betul.
            “Kalau awak terima saya, saya akan sambut awak apa adanya.  Saya langsung tak kisah awak tomboy ke, apa ke.  Saya tak kisah.  Asalkan awak tunjukkan diri awak yang sebenar kepada saya.  Saya sukakan awak Qisya”
           















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...