Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 20



20


“Kamu dah balik.  Marilah rasa pencuci mulut yang mama kamu buat ni”  panggil Tuan Badrul apabila Farhan baru balik petang itu.  Dia melihat wajah anaknya sungul sahaja.  Seperti ada yang tidak kena.  Syarikat ada masalah ke.  Rasanya tak ada kerana baru pagi tadi dia pergi melawat dan semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.  Tetapi kenapa wajah anak kesayangan itu seperti ada masalah sahaja.
            “Farhan mari duduk sini.  Kenapa papa tengok muka kamu ni macam ada masalah je?”
            Farhan tidak mahu duduk.  Dia merenung wajah papanya sejenak dan kemudian mengeluh.
            “Pa kenapa papa tak beritahu saya yang Qisya bertarung nyawa sewaktu saya berada di luar negara dahulu.  Kenapa papa tak beritahu saya apa-apa.  Papa berjanji bila saya ke sana, papa akan beritahu keadaan Qisya kepada saya.  Tapi papa selalu cakap dia tak apa-apa.  Dia baik-baik sahaja.  Tapi papa tak bercakap tentang hal yang sebenar.  Papa tipu saya!”
            “Farhan kenapa tinggikan suara ni?”  Puan Marina datang mendekat dengan wajah tertanya-tanya.  Dia memegang bahu si anaknya.
            “Abang kenapa Farhan marah sangat ni?”  tanyanya kepada Tuan Badrul yang kelihatan tergamam itu.
            “Pa, kalau orang lain tak beritahu Farhan tentang hal ni, sampai bila-bila pun Farhan tak akan tahu apa yang dah berlaku kepada Qisya.  Papa tak tunaikan janji papa.  Papa bohong saya!”
            “Farhan?”  Puan Marina bersuara menegur.
            “Qisya sendiri pun tak nak Farhan tahu hal ni sebab dia tak nak Farhan serba salah tinggalkan dia.   Tapi Farhan dapat rasakan yang dia tak suka Farhan pergi macam tu sahaja.  Pa..Qisya hampir-hampir mati disebabkan saya”
            “Abang?”  Puan Marina memanggil suaminya pula yang termanggu di tempat duduknya.
            “Papa, arah saya buat itu dan ini, saya ikut sahaja.  Jadi anak yang baik, jadi anak yang mengenang jasa orang tua tapi papa tak pernah bersikap adil dengan adik”
            Kini nama Ayiez pula disebut.  Ya, dia sendiri merasakan yang papa tidak adil dalam memberi kasih sayangnya.  Dia patut luahkan segala-galanya.
            “Papa lambat selamat penglihatan Ayiez.  Sebab papa tak ada sedetik pun pada hati papa untuk kisahkan dia bukan?”  dengan mata merah dia memandang wajah mama yang nampak terkejut itu.
            “Selama ni mama yang kisahkan Ayiez.  Mama buat Ayiez macam anak kandung mama sendiri sedangkan Ayiez adalah hasil pertama papa dengan perempuan lain, yang kemudiannya papa tinggalkan dia!  Papa bawa Ayiez pergi sebab papa nak balas dendam pada keluarga ibu kandung Ayiez dan kemudian papa berkahwin dengan mama saya.  Papa, saya bukan anak kandung papa,  tapi Ayiez anak kandung papa.  Kenapa papa melebihkan saya daripada Ayiez.  Saya tahu ayah saya berketurunan Cina juga.  Tapi dia meninggal kerana sakit.  Bila papa muncul semua orang sangka yang papa adalah papa kandung saya”
            “Farhan sudahlah tu jangan diungkitkan lagi”  mama memujuk sambil mengurut bahu anaknya sebelah.  Dia tidak mahu mereka anak beranak bertengkar.
            “Mulai dari hari ini, papa jangan masuk campur dalam urusan saya lagi.  Papa tak ada hak mutlak dalam hidup saya.  Sebab papa bukan papa kandung saya!”
            PANG!
            Farhan tergamam.  Dia memandang wajah mamanya yang baru sahaja meringankan tangan menampar mukanya dengan sekuat hati.  Mama tersentak begitu juga dengan Tuan Badrul.
            “Sayang, maafkan mama.  Mama..”  Puan Marina kembali berasa serba salah dan memegang muka anaknya dengan mata yang sudah berair.
            “Farhan tak boleh cakap macam tu, walau apa pun dia,  dia tetap papa Farhan.  Dia sayangkan Farhan”
            “Tapi papa tak sayangkan Ayiez.  Mama tahu tak, macam mana hubungan Farhan dengan Ayiez, kami dah tak sehaluan. Ayiez marah Farhan sebab papa lebihkan Farhan daripada dia.  Pa..”  dia memandang wajah Tuan Badrul yang langsung tidak berkata apa-apa itu.  “Ayiez tak pernah pun nak ungkit pasal siapa ibu kandung dia walaupun dia tahu yang mama bukan ibu kandung dia yang sebenar.  Dia tahu pasti ada sesuatu tapi Ayiez langsung tak nak ambil tahu.  Bila mama sayangkan dia,  dia turut sayangkan mama.  Sebab dia tahu selama ni mama yang bersusah payah mencari penderma mata untuk dia.  Mama selalu ada dengan dia.  Farhan tahu itu semua walaupun dia tak pernah nak ceritakan apa-apa kepada Farhan.  Ayiez hanya nakkan kasih sayang daripada orang tua dia”
            “Maafkan papa Farhan.  Mungkin papa bukan seorang bapa yang baik buat kamu berdua.  Apa pun yang papa buat, pasti akan ada yang tidak kena.  Papa tak adil antara layanan kamu dengan Ayiez.  Papa lebihkan kamu kerana kamu tak sakitkan hati papa.  Kamu anak yang mendengar kata.  Kerana itu papa sayangkan kamu.  Papa bersikap macam tu dengan Ayiez bukan bermakna papa tak sayangkan dia, tapi setiap kali papa memandang muka dia, wajahnya iras dengan wajah tunangan papa itu.  Memang wajah Ayiez seratus peratus tulen Cina tapi telah di Islamkan sejak dia kecil lagi.  Papa jadi marah kerana ibu kandung Ayiez curang dengan papa.  Tapi papa tahu sejak papa berhubungan dengan ibu Ayiez papa tahu kandungan itu milik papa”
            “Kenapa papa tinggalkan ibu Ayiez?”
            Tuan Badrul diam.  Mungkin dia hanya mahu membalas dendam kepada wanita itu.  Dia mengambil anak mereka dan meninggalkan sejumlah wang yang banyak sebagai harga pembayaran Ayiez.  Dan kemudian dia berkenalan dengan seorang wanita Melayu yang sangat baik hatinya, suka memberi galakan kepadanya dan kemudian mereka berkahwin atas suka sama suka.  Sebelum itu dia dan Ayiez telah masuk Islam setelah Ayiez berusia lima tahun.
            Melihat Tuan Badrul terus mendiamkan diri, Farhan membuka mulut.
            “Papa berubahlah papa”
            “Maafkan papa”  mengenangkan dosa-dosanya terdahulu Tuan Badrul terus menangis dan Puan Marina datang memeluk suaminya.  Farhan memandang dan kemudiannya keluar dari rumah untuk mencari ketenangan.


“QISYA…”  dia menahan Qisya daripada pergi apabila dia melihat gadis itu seperti mahu menjauhkan diri daripadanya sahaja sejak akhir-akhir ini.
            “Eh abang”  Qisya berpura-pura seperti tidak sangka kerana menemui Farhan di situ.  Farhan berwajah biasa sahaja.
            “Qisya kenapa kalau nampak abang macam nak menghindarkan diri daripada abang sahaja?”
            “Eh, mana ada?”  dia ketawa.
            “Jangan tipu  abang.  Abang tahu Qisya nak larikan diri daripada abangkan?”
            “Bukanlah.  Qisya  nak pergi main basking.  Dah lama Qisya tak keluar dengan mereka.  Asyik bekerja je.  Sampaikan tak ada masa dengan mereka”
            “Habis tu bagaimana dengan abang?”  wajah Farhan serius benar.  Qisya diam tanpa sebarang senyuman.
            “Kenapa dengan abang ni?”
            “Kenapa tak beritahu abang tentang hal yang sebenarnya.  Qisya sakit teruk dan teringin nak bertemu dengan abang.  Sebab Qisya mungkin fikir Qisya tak ada banyak masa yang tinggal”
            “Abang?”
            “Jangan berbohong dengan abang lagi Qisya.  Cukuplah.  Abang tak nak benda-benda macam tu berlaku kepada Qisya lagi.  Qisya tahukan abang sayangkan Qisya”
            “Abang tak perlulah ungkap tentang perkara yang sama.  Qisya tak nak dengar tu semua.  Sudahlah perkara dah lepas kenapa nak ungkit lagi. Lagipun Qisya dah sihat abang.  Tengok Qisya lebih kuat daripada dahulu”  dia memberitahu dengan wajah gembira.
            Farhan mengeleng kepala perlahan.  Dia tidak akan mengambil tentang hal ini lagi.
            Aduh ini semua gara-gara Fairuz lah yang dah beritahu tentang hal yang sebenar.  Dia tak nak Farhan mula risau seperti ini.
            “Sudahlah, abang jangan fikirkan Qisya lagi.  Abangkan dah buat keputusan untuk sambung pengajian di luar negara.  Qisya sokong apa yang abang buat.  Lagipun abang masih muda. Abang boleh berjuang untuk bangsa dan negara abang”  Qisya berkata dengan semangat.
            “Qisya..”
            “Abang, janganlah macam ni lagi.  Qisya okay je.  Lagipun Qisya tak kisah kalau abang nak sambung pengajian tu.  Qisya bukan sesiapa pun untuk menghalang abang.  Itu tujuan abangkan?”
            Farhan diam sahaja. Wajahnya mendung.  Hatinya pilu.  Kenapa dia berasa berat hati untuk meninggalkan Qisya.  Mungkinkah ada terselit perasaan kasih di dalam hatinya.  Dia memandang Qisya yang berwajah ceria itu.  Mungkin dia patut pergi.  Ya, dia perlu pergi dan tidak perlu risaukan apa-apa lagi.
            “Abang akan pergi”


SUDAH beberapa kali dia tersalah memberi wang baki kepada pelanggan sehinggakan dia terpaksa menyuruh Intan mengantikan tempatnya.  Entah kenapa dia merasakan dirinya kurang bersemangat seperti  biasa.  Dia tidak mahu pelanggan yang seterusnya menerima pulangan baki yang salah.  Sewaktu rehatnya tiba, dia mengambil peluang dengan duduk termenung di tingkat atas dan membuang ke luar tingkap berkaca.  Suasana yang senyap dan diam memberikan dia sedikit ketenangan untuk berfikir.  Berfikir tentang apa pun dia tidak pasti.  Dia memejamkan matanya sesekali dan kemudian mengeluh berat.
            “Tak makan?”  tiba-tiba Fairuz datang mendekat.  Kedua-dua lengan baju kemeja biru pudar yang dipakainya disinsingkan.  Dia baru perasan yang Qisya berada di situ bersendirian.
            “Ha?”
            “Qisya tak pergi makan tengah hari ke?  Nanti perut tu masuk angin”
            “Tak, tak rasa lapar pun”  beritahunya dan kemudian membuang pandangan ke luar semula.  Fairuz bersandar di dinding sambil berdiri dan memandang terus ke arah Qisya.
            “Qisya ada masalah ke?  Abang nampak dari air muka Qisya nampak macam banyak benda yang Qisya tengah fikirkan, beritahulah abang mungkin abang boleh tolong selesaikan masalah Qisya tu”
            Qisya menarik nafas perlahan.  Kemudian dia mengukir senyuman.
            “Dia akan pergi”  beritahunya dengan sekali nafas.
            Fairuz faham siapa yang Qisya maksudkan.
            “Bila dia akan pergi?”
            “Dalam masa yang terdekat. Entahlah Qisya tak tahu berapa lama dia akan berada di sana.  Setahun?  Dua tahun?  Atau mungkin dia tak akan pulang dah”
            “Takkanlah”
            Qisya masih mampu mengukir senyuman walaupun hatinya sebenarnya sedih.
            “Lambat laun kami tetap kena berpisah”
            Farhan diam dan mereka tidak lagi meneruskan perbualan apabila dia melihat Qisya lebih banyak mengeluh.
            Lisa datang ke café dengan wajah cembung.  Fairuz membawa Lisa ke tingkat atas di dalam bilik terbuka.  Kelihatan Lisa berwajah tidak puas hati.
            “Kenapa ni?”
            “You I nak kena guna duit”
            “Duit?  Untuk apa?  Berapa banyak?”
            “Ayah I pinjam buat loan lagi.  Banyak pulak tu. Sekarang ni dia kena bayar loan tu dengan cepat sebelum ada orang buat repot polis.  Hisyhh dia tu tak habis-habis nak menyusahkan kami sekeluarga. I ingatkan lepas dia tinggalkan mak dan I dia akan berubah tapi dia cari kami sebab tak mampu nak bayar loan yang dia pinjam tu”
            “Hon, I sebenarnya tak nak menyusahkan you lagi.  Dulu you dah tolong I selesaikan duit pinjaman pembelajaran I dan sekarang ni takkan I nak minta tolong you lagi”
            “Lisa, apa guna I ni kalau tak boleh tolong you.  I kan sayang you.  Okay sekarang ni you beritahu I berapa banyak duit yang you nak guna?”
            Lisa memuncungkan mulutnya.   Bebola matanya bergerak-gerak dan kemudian dia mengetap bibirnya mengira-gira jumlah di dalam otaknya berapa yang dia perlukan untuk melunaskan kesemua loan yang dipinjam oleh ayahnya itu.


HABIS sahaja kerja, Qisya berjalan di pusat membeli belah bersendirian.  Entahlah kalau balik awal ke rumah pun dia rasa tidak gembira.  Dia terpaksa melalui rumah Farhan dahulu sebelum ke rumahnya.  Tengok bumbung rumah pun dia dah sedih ni kan pulak berjumpa dengan orangnya. Hmm, kenapalah mesti macam ni.
            “Ala you ni nakalkan.  Hari nikan dah dapatkan duit tu takkanlah nak habiskan sekarang”  si wanita erat memeluk lengan si lelaki yang berbadan sasa.  Rupa ada gaya macam Mat Salleh kacukan.
            “Sayang, masa nilah kita kena bijak nak guna duit tu.  Lagipun RM30,000 tu banyakkan.  Erm, you pun nak beli dress barukan.  Untung you ada teman lelaki yang sanggup support you”
            “Ala you, haruslah dia support I sebab I tahu dia sayang gila-gila kat I.  I tak minta tapi dia yang nakkan I”
            “Sayang you pernah tidur dengan dia tak?”  tanya si lelaki dengan suara perlahan.
            Wanita tersebut ketawa kecil.
            “Hem, mana ada.  I dengan you je.  Tu pun sekali je dengan you”
            “Alolo, merajuklah ni.  Ala you kena tahu I ada business sendiri.  Nak lama-lama dengan you I kena cari masa yang sesuai”  tanpa segan silu di hadapan orang awam, si lelaki ingin mengucup bibir teman wanitanya.
            “You, jangan buat gila.  Sini tempat awam”  teman wanitanya menegur sambil  menarik muka.
            “Ala dulu kat luar negara you okay je I cium you”
            “Johnny, sini Malaysia tak sama dengan England okay, agak-agak la you ni.  Sekarang ni kita kena fikirkan apa yang kita nak buat dengan duit tu?”
            “I tak nak duit tu.  I nak you je”  si lelaki cuba mengoda teman wanitanya.
            “You ni”  seakan-akan faham, si wanita memukul dada si lelaki dengan lembut.
            “You jangan nak tinggalkan I macam you pernah buat dulu”
            “Tak, kali ni I takkan pergi macam tu je.  I akan bagi sampai you suruh I stop”
            Si wanita tersenyum melirik dan beredar bersama dengan teman lelakinya.  Qisya menarik nafas turun naik, turun naik.  Tidak percaya dengan apa yang didengarnya dan dilihatnya.  Itukan Lisa.  Lisa ada orang lain.  Mereka nak kemana tu?  Dia kena ikut dan pastikan apa yang dia fikir adalah betul.  Dia tidak mahu Fairuz terluka.


SI lelaki bagaikan dirasuk terus mencumbui teman wanitanya sehinggakan Lisa berasa lemas dengan cara Johnny memuaskan nafsunya.  Johnny membawa Lisa ke rumah sewanya.
            Sejam kemudian, Johnny terbaring di sisi Lisa yang tidak berbaju itu dan hanya berselimut sahaja.  Lisa melihat Johnny sedang tersenyum puas dan dadanya berombak-ombak kerana kepenatan.  Lisa teringatkan cek bernilai RM30,000 ribu itu.  Dia menyarung kain tuala pada tubuhnya dan mendapatkan cek tersebut.  Dia tersenyum puas melihat nilai cek tersebut.  Setakat RM30,000 ni bagi Fairuz umpama sesuku sahaja yang terluak dari banknya.  Lisa tersenyum puas.  Bodoh punya lelaki.  Tak nampak ke yang aku ni hanya cintakan duit kau sahaja.  Kau hanya memandang paras rupa.
            “Sayang you buat apa tu?”  tanya Johnny yang bangun dari pembaringannya.  Dia  menyarung seluar boxer sahaja ketika itu.
            “I tengah fikirkan nak buat apa dengan RM30,000 ribu ni”
            “You nak buat apa dengan jumlah tu”
            “I takut I tak mampu nak bayar semula kepada dia, sebab I dah tak berminat dengan dia.  Dah banyak duit yang dia habiskan untuk I sayang, macam kasihan pula”
            Johnny ketawa besar.
            “Sayang, jangan fikir macam tu.  You masih boleh gunakan dia dan dapatkan duit dia.  Setakat RM30,000 ribu ni apalah sangat bagi dia.  Dia boleh bagi lebih lagi dekat you”
            “Yalah, tapi alasan apa lagi yang I nak kena buat”
            “Apa-apa sahaja alasan yang bernas.  You buat muka kasihan, nangis-nangis sikit dia dah kasihan dekat you.  Kemudian dengan duit tu you boleh buat apa sahaja”
            “Ala you cakap senanglah.  Yang kenanya I.  hmm”
            Lisa menyimpan kembali cek tersebut ke dalam beg tangannya.  Dia memandang sekeliling.
            “Housemate you tahu tak you bawa I balik rumah ni.  You pun satu I nak ajak pergi hotel lima bintang you tak nak”
            “Ala you tempat tu tak kisah.  Yang penting barang tu baik”
            Lisa tersenyum manja.
            “You jangan risaulah lagi pun housemate I tu suka buat hal sendiri.  I tak masuk campur hal dia orang.  Dan dia orang pun..”  dia menarik tangan Lisa dan menolak Lisa jatuh ke atas katil. “Dia orang pun tak kisahlah”
            Lisa terus senyum mengoda dan mereka meneruskan perbuatan yang dilaknat Allah itu.
            Kemudiannya, pintu bilik diketuk bagai nak gegar satu rumah.  Johnny mengeluh panjang.
            “Kacau daun betul!”  dia menyumpah seranah dan memikirkan housematenya datang menganggunya.  Lisa pantas bangun dan menyarung baju kemeja panjang kepunyaan Johnny, tanpa berseluar.  Dia membetulkan rambutnya.
            “Ada orang cari kau”  beritahu housematenya yang kelihatan berwajah bodoh itu.
            “Siapa?”
            Ketika dia mengatakan siapa, tiba-tiba pintu biliknya ditendang dengan kuat sehinggakan semua orang tersentak dan Johnny menelan air liur kasar.
            “What the hell?”  Lisa yang berada di sebalik almari memaki hamun dan matanya terbeliak melihat Fairuz dengan wajah menyinga memandang ke arahnya.
            “Ramai tetamu kau ni”
            Kemudiannya, dua orang anggota rela, dan  seorang anggota polis berdiri di luar muka pintu.
            “Honey?  Honey, you dengar apa yang I nak jelaskan pada you, ini semua tak betul..”
            PANG!
            Bagai nak bergegar otak menerima tamparan kuat daripada Fairuz.  Lisa menangis teresak-esak.
            “Honey, maafkan I.  I sumpah lepas ni I tak akan buat macam ni lagi”
            “Kau selesaikan hal kau kat balai.  Sekarang ni aku nak balik cek RM30,000 aku tu”  minta Fairuz dengan suara mengumam.
            Lisa pantas mengeluarkan cek tersebut dan tangannya mengeletar menghulur kepada Fairuz.  Fairuz mengambil dan mengoyak cek tersebut menjadi cebisan kecil.  Sungguh hatinya sakit kerana dipermainkan oleh teman wanita yang dia sanjungi selama ni.  Sudah lama mereka berhubungan, dan ini balasan yang dia terima.  Menyakitkan!  Jika Qisya tak beritahunya hal yang sebenar sampai bila-bila dia akan ditipu hidup-hidup oleh perempuan itu.
            Sedikit pun dia tidak berasa kasihan melihat bibir Lisa sudah berdarah dan membengkak kesan daripada tamparan dia tadi.  Biarkan, biarkan dia merasa kesakitan yang dirasai itu.
            “Mulai dari ini kau bukan lagi kekasih aku!  Kita putus dan aku tak nak kau muncul dalam hidup aku lagi.  Aku benci dengan perbuatan kau”  Fairuz memandang tajam ke arah Johnny yang telah ditangkap oleh seorang rela berbadan besar dan kemudian seorang rela lagi memegang Lisa.
            “Fairuz..Fairuz  I minta maaf, Fairuz!”  ketika Lisa sedang menjerit-jerit dan meronta-ronta minta dilepaskan dan lelaki itu sudah pun beredar pergi dengan cepat.  Air matanya yang ditahan berguguran perlahan dengan muka tegang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...