28
Fairuz
memasukkan RM3000 ringgit ke dalam sampul surat yang siap berbalut. Kebetulan dia melihat Intan di situ. Dia masih ada banyak benda yang hendak
dilakukannya di café itu dan dia tidak sempat untuk bank in duit sendiri. Dia memanggil Intan.
“Ya Encik Fairuz? Ada apa?”
dia tersengih seperti kerang busuk.
“Saya nak minta tolong awak bank in
kan duit ni ke dalam no akuan Maybank ni.
Boleh? Saya masih ada banyak
kerja nak kena buat dekat sini. Takut
tak sempat nak bank in kan. Awak habis
kerja lewat kan hari ni. Jadi awak
tolong ya”
Intan bekerja overtime pada hari
ini.
“Oo, boleh je. Sekejap lagi saya pergi”
“Nah. Jaga duit ni elok-elok”
“Baik Encik” Intan memasukkan duit itu ke dalam poket
apronnya dan berjalan ke bawah. Dia ternampak Marsha sedang berbual dengan
Qisya di kaunter. Haih, dah tahu masuk
kerja pukul empat tapi sengaja nak datang awal hari ni. Nak berborak dengan Qisya sahaja
kerjanya. Intan menjeling dengan rasa
penuh meluat. Dia benci melihat Marsha yang manja terlebih itu. Kena marah dengan pengurus mereka menangis. Silap ambil pesanan kena marah dengan
pelanggan menangis. Sensitif sangat!
“Awak dah makan Qisya?” tanya Marsha.
“Lepas habis kerja ni saya keluar
dengan kawan saya sekejap”
“Siapa?”
“Ady. Hari tu saya ada cerita kat awak tu. Saya nak bawa dia pergi jumpa kawan-kawan
basking saya lepas ni”
“Ouh…”
“HEMMM..HEMM..” kedengaran Intan berdehem kasar.
Marsha memandang ke arahnya dengan
senyuman dan tidak seperti Qisya yang buat macam Intan tidak wujud di situ. Malas nak layan!
“Marsha sini sekejap, Encik Fairuz
nak jumpa dengan kau”
“Jumpa saya?” dia memandang ke arah Qisya dan Qisya memandang
ke arahnya. Hal apa pula yang Fairuz nak
jumpa dengan dia ni.
“Dia ada kat stor” kata Intan.
“Ouh..” Intan berpura-pura membawa Marsha menemui
Fairuz di stor padahal, Fairuz berada di
atas. Intan mempunyai idea jahat untuk
mengenakan Marsha. Dia benci melihat
senyuman Marsha. Plastik semua tu. Dia muak dan meluat!
“Mana Encik Fairuz?” tanya Marsha.
Hanya ada mereka berdua sahaja di situ.
Intan mengukir senyuman palsu. Dia mengeluarkan duit dari dalam poket
apronnya dan menghulurkan kepada Marsha.
“Duit apa ni?”
“Saya nak awak tolong simpankan
sekejap duit ni dalam beg awak boleh?
Saya nak bank in kan sekejap lagi duit tu. Tapi saya ada kerja yang perlu saya
selesaikan dulu”
“Kalau macam tu biar saya sahajalah
yang bank in sementara saya tak masuk kerja lagi. Sempatkan.
Bank pun tak tutup lagi”
“Eh tak payah. Awak tak ada nombor tu. Biar saya yang bank in kan. Sebab saya ada motor. Senang sangat nak merempit ke bank
nanti. Awak tak payah susah-susah. Saya
hanya minta awak tolong simpankan duit ni dalam beg awak je”
“Erm, kalau macam tu baiklah”
Dengan wajah gembira, Intan
memasukkan duit itu ke dalam beg Intan.
Padan dengan muka kau. Kejap lagi kau tunggulah nasib kau. Marsha akan dipanggil pencuri selepas itu dan
Qisya akan malu nak berkawan dengan pencuri yang macam kau ni! Hahahaha!
Mereka berdua keluar. Kemudiannya Intan menarik tangan Marsha kuat.
“Awak jangan cakap kat sesiapa pun
yang dalam beg awak ni ada duit sebanyak RM3000. Awak diam tau. Nanti semua orang tumpukan pada awak” Intan berbisik sambil berpesan kepada
Marsha. Marsha mengangguk faham.
Betapa lurusnya Marsha kerana
mempercayai kata-kata Intan. Intan
tersenyum sinis sambil memaki hamun Marsha di dalam hati. Bodoh punya perempuan!
Kemudiannya mereka merapati
Qisya. Marsha tidak memberitahu apa-apa
pun kepada Qisya mengenai duit di dalam begnya.
Dia terlalu lurus kerana mendengar kata-kata Intan yang sebenarnya mahu
mengenakan dia.
Setengah jam selepas itu, Intan naik
ke atas dengan muka risau dan gelisah.
Dia kelihatan sedang berpura-pura mengenai duit yang mahu di bank in
tercicir di dalam café dan duit itu telah hilang.
“Cuba awak periksa betul-betul. Mana nak tahu duit tu ada dalam beg awak
ke?” Fairuz pula menjadi tidak
senang. Dia bangun dari kerusinya dan
melihat Intan memeriksa begnya.
“Memang betul tak ada Encik
Fairuz. Saya yakin saya mungkin tercicir
di dalam café ni. Tapi mungkin ada
pekerja yang dah ambil dan diamkan diri.
Yalah kalau mereka jumpa RM3000 tu mesti diaorang akan diamkan dan
simpan duit tu di mana-mana. Abang saya
serius dan yakin yang duit tu tercicir di dalam café ni”
Panggil Alan dan Epul sekarang! Abang nak soal siasat mereka” Fairuz berkata dengan tegas dan Intan berlari
turun ke bawah dengan kadar segera.
Sebaik sahaja Alan dan Epul naik ke
atas, mereka telah disoal siasat. Lama
jugalah sampaikan Fairuz betul-betul yakin yang mereka tidak menjumpai RM3000
tu di dalam café. Lokar mereka juga
telah diperiksa selepas itu.
Kemudiannya, dia berasa berat hati untuk memanggil Qisya.
Tak mungkin Qisya akan mencuri duit pula.
Dia kenal Qisya bukan seorang yang macam itu. Namun dia tidak boleh memilih kasih dan Qisya
turun disoal siasat perihal RM3000 itu.
“Kalau saya nampak duit tu, saya
akan pulangkan balik kepada abang. Tapi
saya tak nampak duit tu. Bungkusan duit
tu pun saya tak nampak. Abang nak
periksa loker dan beg saya, periksalah.
Saya tak takut, dan saya memang tahu yang saya tak bersalah” jawab Qisya dengan wajah tenang dan suara
yang mendatar.
Fairuz dapat rasakan yang Qisya
tidak menjumpai duit sebanyak itu. Dia
kemudiannya mengeluh. Kalau tahu semua
akan berlaku macam ni lebih baik dia sendiri yang bank in kan duit tu
sendiri. Tak adalah akan berlaku syak
wasangka kepada pekerjanya.
“Erm, saya pun yakin yang Qisya tak
mengambil duit tu Encik Fairuz. Ha,
Marsha. Tadi saya ada nampak Marsha ada
dekat sini. Cuba Encik panggil dia
pulak. Saya rasa dia masih ada di
bawah” dia menyebut nama Marsha pula dan
dia langsung tidak berani bertentangan mata dengan Qisya sebaik sahaja menyebut
nama Marsha.
“Baiklah. Panggil dia naik ke atas” arah Fairuz.
Ketika Intan memanggil Marsha naik ke atas, Fairuz memandang muka Qisya.
“Tak apakan kalau abang panggil
Marsha. Abang nak bertindak adil dengan
semua orang. Walaupun abang tahu tak mungkin Marsha yang mengambil
duit tu, tapi untuk bersikap adil abang kena buat macam tu juga. Tak apakan”
“Ikut abanglah” katanya sambil bersilang tangan. Dia nampak macam tak berminat nak tahu tentang
semua itu.
Kemudiannya Intan masuk dahulu dan
barulah muncul Marsha yang berada di belakang Intan.
“Marsha abang nak tanya kamu sesuatu
ni? Marsha ada nampak bungkusan duit
RM3000 tak?”
Bungkusan duit? Eh bukan ke bungkusan duit yang Intan berikan
kepadanya tadi.
“Abang saya rasa Marsha pencuri duit
tu bang. Dia yang ambil lepas tu dia
diam dan tak beritahu kepada sesiapa pun.
Kalau dia nampak duit tu sepatutnya dia kena beritahu abang” tiba-tiba Intan mencelah siap dengan gaya
mukanya yang jahat lagi.
Marsha tergamam. Intan cuba menuduhnya pula.
“Kalau abang tak percaya cakap saya
siapa lagi pekerja kat sini kalau bukan dia.
Saya yakin dia pencuri duit tu!”
Marsha menuding jari ke arah muka Marsha.
Fairuz bangun dan meminta Marsha
menghulurkan begnya.
Marsha memberi, dan Fairuz membuka
zip beg dan memasukkan tangannya ke dalam beg Marhsa dan mula menyelongkar satu
persatu dan kemudian, mukanya berubah apabila dia memegang sesuatu yang tebal
di dalam beg itu. Dia mengeluarkan dan
wajah Intan nampak lagi berseri-seri.
“Ha..memang sah, sah dia ni pencuri
abang! Hoi pencuri suka hati kau ajekan
nak mengambil duit tu. Kau ni pencuri
rupanya” Intan menolak bahu Marsha
kasar.
Qisya diam di tempatnya. Intan memandang ke arah Qisya yang tanpa
reaksi mukanya itu. Hai, tak nak tolong
bake up member ke apa? Kata kawan baik
sehidup semati.
“Sumpah abang, saya tak mencuri duit
tu. Tadi Intan yang berikan saya duit tu
dahulu sebab dia cakap yang sekejap lagi dia akan bank in kan sendiri duit tu. Jadi dia suruh saya simpankan dulu duit
tu” Marsha menerangkan tentang perkara
yang sebenar.
“Ah, penipu. Dah mencuri tu nak belajar cakap menipu
pulak! Masa bila aku suruh kau pegang
duit ni. Kau jangan nak lindung sangat
diri kau tu. PENCURI!” marah Intan cuba melakonkan wataknya dengan
berkesan. Beria-ia dia marah Marsha.
“Bukan saya. Saya bukan pencuri, bukan saya”
Fairuz mengeluh. Dengan siapa dia nak percaya ni. Dia mlihat Qisya langsung tidak bercakap
apa-apa, tak ada pula nak menolong sahabatnya itu.
“Qisya awak percayakan sayakan. Saya bukan pencuri. Betul, Intan yang berikan duit ni kepada saya
di stor tadi. Dia cakap jangan beritahu
sesiapa sebab tak nak orang tahu dalam beg saya ada RM3000 ni. Sebab tu saya diam dan tidak beritahu kepada
sesiapa” terang Marsha cuba mempertahankan dirinya lagi. Dia tidak mahu Qisya menganggap dia yang
bukan-bukan. Tapi dia kecewa kerana
Qisya langsung buat tidak tahu sahaja akannya.
“Penipu! Pencuri! Abang, abang nak
percayakan saya ke atau budak baru ni.
Saya dah lama bekerja dengan abang jadi abang kena percayakan saya. Sebelum ni abang suruh saya bank in kan juga
duit tu kan. Semuanya selamat
sahaja. Tapi semenjak dia ni masuk ke
café ni semua benda jadi tak betul.
Tengoklah sekarang. dia dah ambil
duit ni, lepas tu tak pulangkan balik duit ni kepada abang. Dia ni memang betul-betul pencuri!”
“AWAK PEMBOHONG! Awak yang suruh saya pegang duit ni
dahulu!” Marsha menjerit kepada Intan
kerana terlalu geram. Terhenyak Intan
bila Marsha meninggikan suara kepadanya.
Intan mengangkat tangan ingin
menampar muka Marsha kerana jeritan Marsha menyakitkan hatinya. Dia benci melihat muka Marsha. Fairuz cuba menghalang tapi tidak sempat
apabila, tangan Qisya lebih pantas menahan tangan Intan yang hampir-hampir
mengenai pipi Marhsa.
Satu saat,
Dua saat,
Intan tergamam dan merasai
pergelangan tangannya dipegang dengan sangat kuat. Matanya sudah merah-merah menahan rasa sakit
hati. Sejenak matanya dan mata Qisya bertembung.
“Kalau betul dia bersalah tak perlu
kot nak naik tangan ke muka dia” kata
Qisya dengan suara dingin.
Marsha juga terkejut dengan situasi
itu. Qisya melindunginya daripada
diapa-apakan oleh Intan. Dia berasa
terharu dengan perbuatan Qisya. Walaupun
Qisya tak membantu tadi tapi dia melindungi Marsha dari disakiti oleh Intan.
Qisya melepaskan tangan Intan kasar
dan dia memandang muka Fairuz yang nampak terkejut itu. Barulah Fairuz sedar betapa coolnya gadis
dihadapannya ini.
“Duit dah ada balik, jadi apa yang
abang nak buat sekarang?” tanyanya
kepada Fairuz.
“Kalau betul duit ni Marsha yang
ambil abang tak ada pilihan untuk memberhentikan dia sahaja” kata Fairuz.
“Tapi saya tak ambil duit tu!” kata Marsha masih dengan rasa beremosi. Bukan dia yang mengambil duit itu. Tidak sangka yang Intan sanggup
memfitnahnya. Entah apalah salah dia
sampai dia difitnah seperti itu.
“Abang tak boleh nak salahkan dia
seratus peratus. Abang kena siasat
dahulu perkara ni”
“Nak siasat apa laginya kalau
terang-terang dia yang ambil duit tu!”
celah Intan. Kalau perkara ini
disiasat habislah dia. Semua rahsia akan
terbongkar dan dia akan pastikan tidak ada sesiapa yang mahu mempercayai
kata-kata Marsha. Dia tersenyum puas di
dalam hatinya.
“Baiklah, abang akan siasat dahulu perkara
ni…”
“Bukan saya yang ambil duit tu
abang, saya bukan pencuri”
“DIAMLAH KAU PENCURI!” tiba-tiba Intan menjerkah Marsha.
“Abang dah buat keputusan, akan
mengantung Marsha bekerja. Seminggu lagi
Marsha masuk kerja semula. Ini adalah
amaran pertama daripada abang dan abang harap Marsha tak buat macam ni
lagi. Abang maafkan Marsha sebab Marsha
berkawan baik dengan Qisya dan abang akan lepaskan Marsha kali ini” Fairuz memberi kata amaran.
Tak dia bukan pencuri. Takkanlah Fairuz tidak mahu siasat tentang
perkara yang sebenar. Intan dah
memfitnah dia. Malunya dia dengan semua
pekerja lain. Semua orang akan memandang
serong kepadanya. Semua orang! Termasuk
Qisya juga. Qisya juga langsung tidak
mahu memandang mukanya. Kenapa? Dia lebih percayakan kata-kata Intan
daripadanya.
Awak, bukan saya yang mengambil duit
tu. Saya tak bersalah. Saya bukan pencuri.. dia merintih di dalam
hatinya.
“AWAK saya
bukan pencuri. Awak kena percaya cakap
saya. Saya bukan orang yang macam
itu. Saya difitnah” sewaktu dalam perjalanan pulang, Marsha
memberitahu Qisya mengenai perkara yang sebenarnya. Berjurai-jurai air matanya mengalir kerana
sedih apabila Qisya seperti tidak mahu mempercayainya lagi.
“Qisya awak kena percaya cakap
saya. Saya difitnah” dia memegang lengan Qisya dan menyebabkan
Qisya berhenti. Qisya nampak keletihan
selepas habis kerja. Dia pun malas nak
bercakap apa-apa.
“Qisyaaa..” meleret dia memanggil nama Qisya. Qisya langsung tidak mahu memandang
matanya. Kenapa? Dia nampak seperti pencuri ke?
“Marsha saya penat nak balik rumah
ni. Hari ni banyak sangat kerja” Qisya memberitahu.
“Tapi awak kena cakap yang awak
percayakan saya. Saya bukan pencuri tu”
“Kalau awak bukan pencuri kenapa
awak tak beritahu saya yang Intan berikan RM3000 tu dan simpan dalam beg awak”
“Sebab Intan cakap jangan cakap
kepada sesiapa pun. Jadi saya diamkan
diri”
“Awak ni bodohkan!” dia menempelak dengan rasa malas nak berbalah
mengenai hal ini.
“Ha?”
“Maksudnya awak tak percayakan saya
sampaikan benda penting macam tu pun awak tak beritahu saya. Dalam beg awak ada RM3000 dan awak diamkan
daripada saya. Memang awak tak
percayakan saya. Betul tak?”
“Qisya..saya..”
Qisya menarik tangannya.
“Dah la. Saya malas nak bertekak dengan orang macam awak
ni. Saya penat tahu tak!” Qisya berjalan cepat.
Marsha berdiri seperti patung di
situ sambil mengesat air matanya.
Sekarang Qisya pun dah nak menjauhkan diri daripadanya. Kenapa mesti dia..
TIADA orang
yang nak memahami dia sepanjang dia digantung kerja ini. Tiada panggilan atau mesej daripada Qisya,
bertanyakan perihal dia. Dia
difitnah. Dia bukan pencuri.
Tuk..Tuk..
Perlahan sahaja dia mengetuk bilik
Qisya. Sudah tiga hari Qisya bersikap
dingin dengannya. Kenapa? Qisya sudah tidak mahu berkawan dengan dia
lagi ke.
“Qisya.. awak tak mahu bercakap
dengan saya lagi ke?” suaranya mendatar
sahaja. Jelas dia dalam kesedihan ketika
itu.
Diam.
Marsha mengeluh berat dan kemudian
beredar pulang. Malam itu dia
menghubungi Qisya. Ketika itu Qisya
sedang duduk di bingkai tingkapnya sambil menatap bulan dan bintang yang
bergemerlapan di dada langit. Dia
mengangkat tetapi tidak mahu berkata apa-apa.
Dia tahu Marsha merinduinya.
“Doraemon..Doraemon. Boleh bantu saya tak? Saya sedang mencari kawan baik saya. Dia dah hilang. Saya tak tahu dia ada kat mana sekarang? Erm, saya rasa dia masih marahkan saya sebab
tak beritahu dia tentang hal yang sebenar.
Dia marah sangat. Sampaikan dia
tak nak bercakap dengan saya. Saya cuba
menjelaskan tentang perkara yang sebenar tapi nampaknya dia tidak mahu
dengar” kedengaran suara Marsha sedih
sahaja di hujung talian.
Qisya masih mendiamkan diri. Matanya masih tertancap pada dada langit.
Tiba-tiba Marsha bernyanyi di hujung
talian.
Sahabat
Mengapa
kau pergi
Tinggal
aku sendiri
Kau
tahu ku tak sanggup
Sahabat
Ingatlah
kau selalu
Jadi
yang terbaik
Walau
kau tak di sini lagi
Hmmm,
Sahabat
aku rindu pada mu
Datang
walau sesaat
Lagu Sahabat
nyanyian Aizat dinyanyikannya. Boleh
tahan jugalah suara Marsha. Qisya
mengesat air matanya. Tiba-tiba sahaja
dia berasa sebak dengan gaya Marsha meminta maaf daripadanya. Siap nyanyikan lagu untuknya lagi.
“Qisya saya tahu awak dengarkan
saya. Walau apa pun saya sayangkan
persahabatan kita ni. Awak jangan marah
saya lama-lama ya. Saya rindukan
awak. Selamat malam Qisya” kemudiannya talian diputuskan.
Marsha terus memeluk lututnya dan
menangis bersendirian di dalam biliknya.
Qisya menundukkan wajahnya dan air
matanya tumpah juga. Mungkin dia
tidaklah sekejam membiarkan Marsha menghadapi masalahnya bersendirian. Dia kena bantu Marsha dan yakinkan Fairuz
yang Marsha bukan pencuri. Mungkin ada
sesuatu yang telah berlaku. Dia perlu
bantu Marsha!
Ulasan