BAB 12
“Kita dengar
lagu ya?” itu pun nak minta kebenaran
daripada Qisya. Nak dengar, dengar
ajelah. Kereta ni kereta dia punya. Ikut
suka hati dialah nak buat apa pun.
Selepas membeli hadiah, mereka beransur pulang. Diajak makan tetapi ditolak oleh Qisya. Wajahnya cembung sahaja sejak memangkah Kina
tadi. Mungkin masih berasa panas hati
dengan perbuatan Kina yang memang elok dilempar ke dalam lombong 40 ekor buaya.
Lagu dari Akim, Janji bermain di
dalam radio Sinar Fm. Qisya diam
sahaja. Diajak berborak kelihatan dia
tidak berminat. Qisya membuang pandang
ke luar. Dan entah macam mana dia
terlelapkan matanya dan Farhan memperlahankan radio. Farhan mengeluh ringan selepas itu.
“Terima kasih temankan abang”
Qisya mengangguk dan diam
sahaja. Mereka telah sampai di hadapan
rumah Qisya setengah jam selepas itu. Sebelum Qisya keluar, Farhan menahan.
“Qisya, abang nak minta maaf pasal
hal tadi. Abang tak sangka yang dia akan
cakap macam tu”
“Abang tak defend Qisya. Tak apa, Qisya faham bang” dia menolak pintu kereta keluar dan berjalan
terus ke rumahnya. Farhan memandang
sehingga Qisya masuk ke dalam rumah tanpa melambai tangan ke arahnya. Mungkin Qisya masih lagi marah. Erm, biarkan ajelah. Nanti dah reda dia okeylah tu. Bisik Farhan.
“Qisya awak dah pergi mana?” Marsha menegur. Kelihatan dia sedang makan sesuatu sambil
menonton movie. Selesa betul dia berada
di rumah Qisya. Dengan kebaikan ibu dan
ayah Qisya yang tidak kisah dengan Marsha yang sudah dianggap sebagai anak
sendiri. Yelah, Marsha anak gadis tulen
dan dia separuh-separuh.
“Qisya awak pergi mana tadi?” Marsha mengikut daripada belakang dan menyoal
kembali kerana takut, Qisya tidak mendengar pertanyaannya tadi. Dia mengekori Qisya sehingga ke bilik. Dan tidak sempat dia ingin masuk ke dalam
juga, pintu bilik telah ditutup oleh Qisya.
Marsha cuba membuka tetapi ianya telah dikunci dari dalam.
“Qisya?” Marsha bersuara sedih. Kenapa dengan Qisya. Muka dia nampak macam tak gembira.
Lima minit dia berada disitu dan
kemudian baru dia nak melangkah pergi, pintu bilik Qisya dibuka kembali dan
Qisya terus menerpa ke arahnya.
“Mana, kertas-kertas yang ada atas
meja saya?”
“Kertas? Ouh.. kertas kotor tu
ke. Saya dah buang dalam tong
sampah. Saya dah kemas elok-elok bilik
awak. Jangan sepahkannya lagi” kata Marsha dengan suara ceria.
“Ibu saya tak pernah kemaskan bilik
tu untuk saya sebab saya tak suka sesiapa pun ubah atau kemas bilik saya” suara Qisya kelihatan tertekan “Mana
kertas-kertas yang ada atas meja saya tu?”
“Qisya, saya dah buang dalam tong
sampah. Saya dah masukkan dalam plastik
dan buang. Sebab saya fikir awak tak
perlukan kertas-kertas tu lagi. Saya
nampak ada kertas yang awak dah ronyok dan buang ke atas lantai, sebab tu saya
kemaskan”
“AWAK FAHAM TAK SAYA TAK SUKA
SESIAPA PUN KEMASKAN BILIK TU UNTUK SAYA LAGI-LAGI AWAK !”
“Qisya…”
“Sepanjang malam saya tulis idea
lagu dalam kertas-kertas tu, awak senang-senang buang kertas tu”
“Qisya saya akan cari balik kertas
tu..”
“TAK PAYAH! Kalau awak dah buang kertas tu kat tong
sampah memang taklah saya nak balik.
Kotor tahu tak. Arghh.. asal semua orang tak habis-habis nak cari
masalah dengan aku!” Qisya mengamuk
dengan menendang kaki meja. biar pun
sakit berdenyut-denyut tetapi hatinya lagi sakit.
Marsha sudah pun menangis. Tidak semena-mena dia menjadi tempat Qisya untuk
melepaskan marah.
“Maaf, saya tak tahu yang
kertas-kertas tu penting untuk awak.
Saya janji lepas ni saya tak akan sentuh apa-apa pun lagi. Maafkan saya Qisya”
“Kau berambuslah dari sini. Aku tak nak tengok muka kau..”
“Qisya..”
“BERAMBUSLAH!”
Marsha tersentak dan berlari
keluar. Ibu Qisya yang terdengar bunyi
bising di atas memanjangkan leher.
Wajahnya penuh dengan tanda tanya.
Kenapa pula anaknya itu menjerit-jerit macam tu?
“Marsha, kenapa menangis ni?”
“Mak cik, Marsha tak sengaja nak buang
kertas-kertas yang ada atas meja Qisya.
Saya ingat dia tak guna dah kertas tu tapi tadi dia tanya saya mana
kertas tu dan saya cakap yang saya dah buang kertas tu kat tong sampah”
“Qisya mengamuk ke tu?”
“Ya mak cik. Marsha tak sengaja”
“Sudahlah. Biar dia reda dulu. Nak pujuk sekarang, hati dia tengah panas
lagi tu. Qisya tu panas baran sikit dan
dia memang tak suka kalau sesiapa pun sentuh atau ubah barang dia. Mak cik pun
tak pernah nak kemas bilik dia tu.
Pandai-pandailah dia kemaskan sendiri.
Biar dia sendiri yang kemas barang dia dan tahu mana dia letak barang
tu” dia mengusap belakang Marsha.
“Tak apalah mak cik, Marsha balik
dulu” Marsha meminta diri.
SUDAH
beberapa hari Marsha tidak datang ke rumah.
Ibu selalu bertanya kepada Qisya kenapa sudah lama Marsha tidak datang
ke rumah mereka tetapi setiap pertanyaann ibu, Qisya tidak memberi jawapan yang
pasti. Biarkan sahajalah dia tu. Kenapa ibu peduli sangat kat Marsha.
“Bergaduh dengan Marsha ke apa
ni?” tanya Ayiez datang menemui Qisya di
halaman rumah.
“Dia pergi buang kertas-kertas lagu
saya. Umpama dia dah pergi buang
idea-idea saya. Penah weh saya nak cari
idea. Dia senang-senang je konon-konon
nak kemas bilik saya bagai last-last dia pergi buang. Sakit gila hati saya ni”
Ayiez mengeleng kepala.
“Yalah, tapi takkanlah sampai cakap
kat dia berambus macam tu. Kecik hati
dia”
“Orang kalau nak berkawan dengan
saya, kenalah terima baik buruk saya.
Ingat setiap masa saya nak kena cool”
“Kau tak boleh buat macam tu. Sekurang-kurang ada lagi perempuan tulen yang
nak berkawan dengan kau”
“Hmphh” Qisya menjeling sahaja.
“Kau tak ingat waktu kau tercedera
dulu, dia orang pertama yang risaukan kau tahu tak”
Qisya membuat muka.
“Ha, aku cakap sikit buat muka macam
tu. Kau ni kenapa sebenarnya. Takkanlah kertas macam tu pun kau nak
mengamuk sampai macam tu sekali. Kau
boleh buat balik apa. Tak perlu kot nak
marah-marah macam tu”
“Tapi itu idea saya!”
“Ya aku tahu, kalau itu idea kau,
kau tak akan lupa. Kau boleh buat
balik. Tapi masalah sekarang jangan
sampai kau hilang kawan sebab hal-hal kecik macam ni. Come on Qisya, mana sikap cool kau tu”
“Awak ni berpakat dengan Marsha ke
apa ni?”
“Hey, Qisya. Kau dengar aku nak cakap dengan kau. Walaupun kau macam ni, masih ada lagi yang nak jadikan kau kawan
dia. Nak rapat dengan kau dan nak faham
kau. Kau janganlah nak persia-siakan
orang macam Marsha tu. Aku tahu sikap
kau dengan dia tu berbeza. Dia lemah
lembut. Hatinya umpama kapas. Kau kasar, jiwa kau kental. Dan aku rasa kau kena lebih penyabar
daripada Marsha tapi ni tak, kau pula yang berperangai macam ni. Berapa banyak kali dah aku nak kena
nasihatkan benda yang sama. Lebih bagus
kalau kau jadi macam Marsha tu. Lemah
lembut. Baik hati. Suka tolong orang”
“Awak ada hati apa kat Marsha tu?”
“Eh, hati aku hanya untuk kau
seorang je tau”
“Jangan nak berdrama kat sini”
“Ha, kalau tak nak aku berdrama
jangan nak ubah topik perbualan. Aku tak
suka”
Kedua-duanya diam selepas itu. Qisya sedang memikirkan kata-kata Ayiez. Hmhh, nak kena pujuk orang yang dia lemah
ni. Bukannya dia tahu cara baik nak
pujuk orang. Okay, kalau dia tegur kalau
Marsha tak nak bercakap dengan dia, dia akan belah dari situ. Mudah.
Bukan susah pun. Hmphh!
MARSHA
terlihat kelibat Qisya di farmasi. Dia
ingin melarikan diri dan cepat-cepat keluar dahulu sebelum Qisya
ternampaknya. Setelah membayar dia
cepat-cepat keluar dan tergopoh-gopoh
ingin melintas jalan dan tiba-tiba dia terdengar bunyi bising dan kemudiannya
merasakan pinggangnya dipeluk dan ditarik kasar ke tepi jalan.
“WOI NAK MATI KE HA?!” tidak pasal-pasal dia kena jerkah di tempat
awam. Mujur tak ramai orang ketika
itu. Marsha hampir-hampir putus harapan. Dia ingat dia akan dilanggar tadi.
“Awak tak apa-apa?” sekali lagi, Qisya membuat hal sama dengan
menarik tubuhnya dekat dengan dirinya dan menyelamatkan dia untuk kali kedua.
“Qisya..” Marsha kelihatan
sedih. Dia sangka dia akan kemalangan
dan mujurlah Qisya menyelamatkan dia.
Dia sangka Qisya dah tak mahu berkawan dengan dia.
“Awak, lain kali berhati-hati kalau
nak melintas jalan. Bahaya tahu
tak?” sempat Qisya marah dengan suara
perlahan. Dia menarik tangan Marsha
melintas jalan dan mereka ke seberang.
“Terima kasih..”
“Awak nampak tergopoh-gopoh nak
keluar tadi. Saya nampak awak lama dah,
Cuma nak tengok awak akan tegur saya atau tak”
“Maaf”
Qisya mengangguk dan menunggu Marsha
untuk berkata-kata seterusnya. Mungkin
sahabatnya itu masih takut untuk bertentang mata dengannya setelah kena jerkah
hari itu.
“Awak, saya minta maaf sebab tak
sengaja nak buang kertas-kertas awak tu.
Sumpah, lepas ni saya tak akan kemas dah bilik awak dan tak akan ubah
satu barang pun walaupun seinci”
Qisya ketawa kecil. Hal kertas-kertas tu dia dah tak kisah. Lagipun Ayiez sendiri dah cakap, dia boleh
buat yang lain apa. Mungkin dia perlu
menyiapkan untuk beberapa malam sahaja.
Hmhh, terpaksalah.
“Ibu tanya kenapa awak dah lama tak
datang ke rumah. Mungkin dia rindukan
awak”
“Mak cik tanyakan tentang saya. Hmm, saya pun rindukan dia”
“Saya?”
“Huh?”
“Yalah. Sahabat awak ni, awak tak rindu ke?”
“Ha..er…ya..” gila tak rindu. Awak je yang tak rindukan kita. Saya rindukan awak sebenarnya tapi takut nak
datang rumah awak. Takut awak dah tak nak
berkawan dengan saya. Itu yang saya
takut. Awak BFF saya apa.
“Saya nak minta maaf juga sebab
tengking awak hari tu. Saya tak
bermaksud nak tengking awak. Maafkan
saya”
“Eh, tak apa. Saya pun bersalah juga sebab buat awak
marah. Saya tak akan kemas barang awak
selepas ni. Saya janji”
“Sudahlah. Lupakan ajelah benda yang dah lepas”
“Hmm, gembiranya saya yang kita dah
okay. Saya nak ikut awak. Awak nak kemana?”
Ahh, ni yang lemas ni bila dia nak
ikut aku ni. Aduyai..
“Erm, saya nak jumpa kawan basking
saya”
“Ouh, tak apalah. Awak pergilah. Saya nak balik rumahlah kalau macam tu”
Sejujurnya dia segan dengan
kawan-kawan Qisya. Qisya mengangguk dan
mereka berpisah di situ.
“HELLO..”
“Qisya, Qisya kat mana sekarang?”
“Qisya dalam perjalanan balik. Qisya baru lepas jumpa kawan basking
Qisya. Kenapa abang?”
“Qisya beritahu Qisya ada kat mana,
abang datang ambil Qisya sekarang”
30 minit selepas itu, Farhan sampai
dan Qisya meloloskan dirinya ke dalam kereta sport kesayangan Farhan. Lelaki itu mahu membawa mereka keluar tengah
hari bersama.
“Makan?”
“A’ah makan. Lagipun dah lama kita tak makan
bersama-sama. Waktu kita dulu Qisya
cakap tak nak makan”
“Hurm, okaylah. Qisya pun lapar juga ni”
Mereka berhenti makan di sebuah restoren
nasi beriani yang paling popular di Shah Alam.
Setelah memesan makanan dan minuman,
kedua-duanya duduk bertentangan.
Farhan merenung muka Qisya lama.
Qisya yang perasan mengaru belakang tengkuknya. Benar, dia tidak selesa dengan renungan Farhan. Tetapi sebenarnya dia suka direnung begitu
oleh Farhan. Mungkin ada sesuatu yang
berada di pemikiran Farhan ketika itu.
“Qisya..perempuan suka apa ya?” tanya Farhan tiba-tiba.
“Ha?
Abang tanya Qisya ke?”
“Yalah, Qisyakan perempuan”
Huhu, rupa-rupanya dia masih
menganggap aku perempuan, patutlah layanan dia tak sama dengan Ayiez. Ayiez anggap dia biasa-biasa je.
“Ermm, kenapa abang nak tahu?”
“Tak abang saja nak tahu”
“Abang ada buah hati ke?”
“Ha?
Eh mana ada lagi. Qisya ni ke
situ pulak”
“Habis tu kenapa abang tanya Qisya
macam tu?”
“Yalah sebagai seorang perempuan
mesti Qisya tahu apa yang perempuan paling suka dan tak suka. Abang nak tahu sebab abang kena ambil tahu”
Qisya tersengih sambil melurutkan
kedua-dua tangannya ke bawah. Mukanya
merah-merah sudah. Tak fahamlah dia,
bila dengan Farhan, wataknya secara automatik akan berubah. Dia sendiri terkejut kenapa dia macam
tu. Tiba-tiba diri sendiri terasa nak
berpakaian macam perempuan lain bila bersama dengan Farhan.
“Kalau abang nak tahu, perempuan ni
suka kalau mereka selalu diberi perhatian, suka dilindungi, disayangi dan
paling penting mereka ingin dicintai.
Itu sudah cukup untuk mereka”
“Bagaimana dengan hadiah? Bukan ke mereka suka kalau selalu diberi
hadiah”
“Abang, hadiah tak bermakna apa-apa
kalau tiada perasaan cinta dan kasih sayang.
Perkara asas yang utama adalah perasaan.
Sehebat mana pun seseorang lelaki itu kalau dia tiada perasaan cinta,
hubungan itu tak akan kekal juga abang.
Mungkin abang fikir kalau abang beri harta dan kesenangan kepada wanita
itu, wanita itu akan bahagia. Tak abang,
kesenangan itu diletak di tempat yang kedua.
Hati dan perasaan adalah perkara utama.
Abang kena faham, tak semua orang ikhlas dalam perhubungan mereka” terang Qisya.
Perghh, keluar ayat-ayat novel kau Qisya. Hahaha..
walaupun aku ni macam ni tapi kalau bab perasaan ni memang aku tunjang
utamanya. Haha.
“Betul apa yang Qisya cakapkan
tu. Abang setuju dengan Qisya, tapikan
Qisya masih ada lagi ke perempuan yang
macam tu?”
Hai bang, sayalah orangnya kalau
abang nak tahu. Nak kata materialisik
pun tak. Ahakss.. bisik Qisya.
“Erm” Farhan mengangguk kepala kecil.
“Ramai abang, Cuma abang kena pandai
memilih. Abang tanya Qisya macam tu buat
Qisya nak ketawalah. Kenapa muka abang
serius sangat dengar apa yang Qisya cakapkan ni?”
“Ha?
Er, tak ada apalah Qisya. Qisya
ni bagus kalau bab bercakap”
Qisya ketawa perlahan.
“Apa-apa ajelah abang ni. Erm, makanan kita dah siap..”
SEBELUM
pulang ke rumah, Farhan terus kembali ke pejabat dan Qisya melewati di
kaki-kaki lima. Tiba-tiba matanya
terpandang ke arah sebuah baju blaus yang sangat cantik. Matanya berbinar-binar melihat pakaian itu.
Cantik!
Dia melihat cara pemakaiannya yang
sempoi-sempoi itu. Urghh, biarlah. Aku suka dengan diri aku yang macam ni.
Sampai sahaja di rumah, ibu menarik
tangannya dan membawanya ke ruang tamu.
“Tadi ibu ada jumpa dengan anak
kawan baik ibu. Dia kirim salam kat
Qisya. Qisya ingat tak Fairuz. Dia pernah datang sini dengan kawan ibu
tu. Pernah juga tidur kat sini”
“Fairuz?”
“Qisya ingat tak. Ala tua dari Qisya tiga tahun tu. Sebaya dengan abang Farhan Qisya tu”
“Kejap” Qisya cuba mengingat
semula. Tidak lama kemudian matanya
membulat dan terukir senyuman di wajahnya.
“FAIRUZ ke ibu. Dia apa khabar sekarang. Dia buat apa sekarang bu. Dia sihat?”
tanyanya bertubi-tubi. Wajahnya
nampak excited apabila terkenangkan semula Fairuz. Budak lelaki yang sangat baik itu. Tak pernah buat dia marah dan suka memujuk
dia bila Qisya menangis.
“A’ah. Ibu pun terkejut waktu dia tegur ibu. Kacak orangnya. Tinggi lampai. Badan sasa.
Huhu, malam ni dia nak datang sini.
Ibu ajak dia makan malam sama-sama”
“Ibu!”
“Kenapa?”
“Ibu Qisya macam ni, dia nak datang
sini. Mesti dia terkejut tengok Qisya
macam ni. Qisya tak ada baju perempuan.
Tshirt bodoh-bodoh macam tu adalah”
tiba-tiba dia terfikirkan penampilannya.
Macam mana kalau Fairuz terkejut tengok dia macam ni sekarang.
“Ha, kan ibu dah cakap beli baju
perempuan. Ni tak, asyik pakai sweater,
dengan tshirt. Itu je yang Qisya nak
pakai. Tapi tak apa kut. Lagipun dia nak datang makan malam kat sini
je. Jadi Qisya pakai macam duduk kat
rumah sudahlah. Rambut tu pakai
penyepit” pesan ibu dan Qisya mengangguk faham.
“Qisya kena prepare apa yang patut
ni bu. Tak sabarnya nak jumpa dengan
dia” dia memeluk ibunya. Selepas itu berlari naik ke atas dan ibu
ketawa dengan telatah anaknya itu.
“IBU nak
masak apa?” soalnya yang datang
menjenguk ibu di dapur. Dia juga ingin
menunjuk bakat memasaknya juga. Mana nak
tahukan boleh menambat hati putera impiannya tu ke. Huhu.
Lagipun sejak dari kecil dia menyimpan impian ingin berkahwin dengan
Fairuz bila dah dewasa nanti. Ahai, malu pula bila teringat waktu zaman budak-budak
dulu. Poyo je.
“Mari tolong ibu potong sayur
ni. Ibu nak buat masak lemak cili api,
ikan tiga rasa dengan sayur campur”
“Ibu, kalau Qisya nak masak juga
boleh tak. Qisya nak masakkan special
untuk Fairuz” dia tersengih. Dah tak malu dah dengan ibu dia. Ibu pun tahu yang Qisya sukakan Fairuz sejak
dari kecil lagi.
“Qisya nak masak apa?”
“Qisya ingat nak masak nasi jagung”
“Masaklah. Tak apalah malam ni makan dengan nasi
jagung. Okay juga tu. Nanti tolong ibu buat pai ya. Untuk pencuci mulut”
“Orait..” gembira Qisya. Dah tak sabar nak memasak. Dia lagi tak sabar nak berjumpa dengan
Fairuz. Tak sabarnya..
Lepas masak ni kena bersiap
cantik-cantik. Ibu tolong Qisya nanti
tau. Huhu..
“QISYA ni
baru je lepas habis belajar. Disuruhnya
cari kerja tak nak lagi. Suka sangat
mele..”
“Hmmh, awak nak air apa?” ibu memotong percakapan ayah. Ayah hampir-hampir nak beritahu yang Qisya
suka melepak dengan kawan-kawan basking dia.
Ayah Qisya bukan melepaklah ayah.
Aduyai.
Seperti faham maksud ibu, ayah tidak
meneruskan perbualan tersebut dan menukar topik lain. Fairuz datang makan malam bersama
mereka. Dia nampak sangat lain sekarang. Orangnya tinggi, tegap dan tampan. Betullah apa yang ibu beritahu siang
tadi. Dia sangat tampan sekarang. Teruja gila dapat jumpa dengan dia.
Seperti mana yang disuruh oleh ibu
dia memakai penyepit rambut di tepi rambutnya.
Masih nampak perempuankan.
Huhu. Blushing sudah muka bila
direnung oleh Fairuz. Apa awak ni
pandang kita macam tu. Seganlah. Hihi.
“Nasi jagung ni, Qisya yang
masak. Macam mana sedap tak. Pai buah ni
pun dia yang buat. Memang kesukaan dia
masak apa yang dia suka makan” beritahu
ibu.
“Erm, sedap mak cik. Tak sangka yang Qisya dah pandai memasak
sekarang. Dah besar. Cantik pula tu”
Awak ni, janganlah puji saya. Malulah.
“Tambahlah lagi nasi tu Fairuz. Banyak lagi kat dapur”
“Ouh tu lah mak cik. Malam ni berselera pula saya makan. Maklumlah dapat berjumpa dengan mak cik, pak
cik dan juga Qisya” mereka berdua saling
berpandangan. Qisya menundukkan wajahnya
sambil bermain-main dengan nasi. Ahai,
malulah awak.
“So, lepas ni kalau tak ada apa-apa
jemputlah datang ke café saya. Saya ada
buka café sendiri. Perkhidmatan makan,
minum sambil membaca buku. Saya buka
dua. Bawah café, atas bahan bacaan” beritahunya kepada mereka.
“Ha, Qisya sementara nak tunggu
ditemu duga, pergilah kerja dengan Fairuz”
kata ayah memberi cadangan. Ayah
ni macam beri lampu hijau ha. Hihi.
“Ha, betul tu. Qisya nanti datanglah kerja dengan saya. Saya pun perlukan tenaga kerja yang
cukup. Buat masa sekarang ada lima orang
pekerja saya. Empat dibahagian dapur dan
pelayan dan saya serta seorang lagi di
bahagian atas. Menguruskan
library, Qisya nak kerja dibahagian mana pun tak kisah”
“Er, tengoklah saya fikirkan dahulu”
“Jangan fikir lama-lama
sekarang. Peluang dah ada depan
mata” kata ayah.
“NI nombor
telefon saya. Kalau ada apa-apa
hubungilah saya” Fairuz memberi kad nombornya kepada Qisya. Qisya
mengambil dan membaca serta mengangguk.
“Ada masa nanti saya akan datang
sini lagi. Erm, sebelum tu Qisya..”
“Ha ya?”
“Awak nampak comel dengan berambut
pendek. Sebelum ni saya impikan gadis
yang berambut panjang tapi saya rasa gadis yang berambut pendek ni juga
sebenarnya comel” pujinya.
“Ha?” Qisya tersengih sambil mengaru belakang
tengkuknya. Aduh, janganlah cakap macam
tu. Sogan den.
“Sedap nasi jagung dan pai buah yang
awak masakkan tu” puji Fairuz. Ketika itu Qisya menghantar lelaki itu
sehingga ke kereta. Ibu dan ayah berada
di dalam rumah membiarkan Qisya berbual-bual dengan Fairuz.
“Erm, ya terima kasih. Eh tak, masakan saya biasa-biasa je. Tak dalah sesedap mana”
“Awak ni suka merendahkan diri. Dari dulu lagi” Fairuz mengusap rambut Qisya sehingga rambut
Qisya menjadi tidak terurus. Qisya ketawa kecil dan mengelak kepalanya diusap
lagi.
“Tak sangka yang kita akan berjumpa
lagi. Harap pertemuan ini bukan
pertemuan yang terakhir”
“Eh, takkanlah. Saya nak jumpa awak lagi” beritahunya berterus terang. Oopss, alamak terlepas pula.
Fairuz tersenyum lebar.
“Betul awak nak jumpa saya
lagi. Kalau awak bekerja dengan saya,
hari-hari kita boleh berjumpa. Saya
harap awak nak bekerja dengan saya Qisya.
Saya perlukan awak”
‘Saya perlukan awak’ ayat tu kenapa kedengaran macam bunyi
romantik. Ah sudah kau Qisya. Susah
kalau hati dah suka ni.
“Fairuz!” tiba-tiba seorang lelaki yang memakai baju
sweater oren menghampiri mereka. Asal
mamat ni nampak kacak pula malam ni.
Bisik Qisya. Malam-malam macam ni
berjoging ke?
“Farhan!” sebaik mengenali siapa empunya suara yang
memanggil namanya, Fairuz dan Farhan memeluk dan saling bersalaman serta
bertanya khabar.
“Kau apa khabar?”
“Aku baik. Sihat”
jawab Fairuz.
“Wah, tak sangka dapat jumpa kau
dekat sini. Kau datang rumah Qisya
ke?” tanya Farhan dan kemudian memandang
Qisya yang memeluk tubuh itu. Kenapa
Qisya macam tak suka dia datang menegur mereka.
“Aha, ibu bapa dia jemput aku
makan malam bersama. Kau tahu masakan Qisya hebat. Bertambah aku makan nasi tadi” puji Fairuz.
Qisya membalas senyuman lelaki itu.
“Ouh ya ke?” Farhan memandang sekilas ke arah Qisya.
“Erm, kau buat apa sekarang?”
“Aku ada buka café dekat
bandar. Ada dua bahagian. Bawah café, atas bahan bacaan. Nanti singah-singah la kat café aku. Dengan kau pun aku dah lama tak berborak”
“Inn Shaa Allah. Kalau ada
masa aku pergi jenguk kau. Eh
bagilah nombor kau”
Fairuz mengeluarkan kad nombornya
dan menyerahkan kepada Farhan. Farhan
juga turut membuat hal yang sama.
Menyerahkan kad namanya.
“CEO. Wah kau dah jadi CEO rupanya”
“Alhamdulillah. Tanggungjawab yang papa beri aku kena terima”
“Tahniah kawan” Fairuz menepuk belakang bahu Farhan lembut.
“Nanti-nanti datanglah rumah
aku. Minum-minum dengan family aku” ajak Farhan.
“Inn Shaa Allah Farhan. Sekarang ni pun aku tengah sibuk sikit sebab
nak uruskan pasal business aku tu. Kau
faham-faham ajelah kalau baru nak naik ni”
“Ala aku faham la” kedua-duanya ketawa.
“Okaylah. Dah pukul Sembilan setengah ni. Aku nak kena gerak dululah” dia bersalam dengan Farhan. Farhan berdiri di sebelah Qisya memberi ruang
kepada Fairuz untuk ke keretanya.
“Jumpa lagi geng,
assalamualaikum. Qisya bye”
“Waalaikumusalam”
Kereta yang dipandu oleh Fairuz
membelah pergi dengan cepat. Sebaik
sahaja Fairuz pulang, Qisya memendam rasa marah kerana Farhan telah mengambil
masanya bersama dengan Fairuz.
GEDEBUK!
“ADUHHH!! Qisya sakitlah. Kenapa sepak tulang kering abang?” Farhan membongkok sambil mengusap-gusap kakinya. Peritnya.
Kenapa tiba-tiba Qisya nak naik angin pula ni. Salah ke dia datang menegur Fairuz tadi.
“Abang, Qisya tengah berborak dengan
Fairuz abang datang potong linekan.
Tengok masa berbual Qisya dengan dia abang dah ambil. Tanya dia itu dan ini. Abang sengajakan?”
“Mana ada Qisya. Dah abang lalu depan rumah Qisya nanti kalau
dia nampak abang, abang tak datang tegur dia dikatakan abang sombong pula”
“Hisyhh, bencilah dengan abang
ni” Qisya mengetus geram.
“Eh..eh..” Farhan pantas menarik pergelangan tangan
Qisya dan menarik Qisya berdiri dihadapannya.
Mereka berdua terlalu hampir dan Qisya terkejut dengan situasi mereka
ketika itu.
Farhan memandang pin yang tersepit
di rambut Qisya. Qisya pakai penyepit
rambut di tepi. Patutlah dia nampak
macam ada yang tak kena dengan Qisya.
“Qisya nampak cantik pakai pin di
rambut” pujinya dengan suara perlahan.
Qisya sudah memerah mukanya. Mujurlah waktu malam, kalau waktu siang tak
ke berdekah-dekah dia kena ketawa dengan Farhan. Malu katanya.
Mereka berdua saling bertentang
mata. Farhan merenung mata Qisya dan
Qisya melawan pandangan mata Farhan.
Agak lama, sehinggakan Qisya pantas tersedar apabila dia melihat lelaki
itu mengukir senyuman dalam jarak mereka yang begitu dekat. Ini kalau ibu atau ayah nampak ni kena
pancung rasanya. Dah macam nak bercium
pun ada.
Qisya menarik tangannya dengan cepat
dan kebelakang dalam dua langkah sederhana.
Dia berdehem sambil membetulkan rambutnya. Farhan mengaru belakang kepalanya dan
tersenyum kecil. Dia sendiri tidak sedar
kenapa dia boleh buat macam tu.
“Er, abang buat apa lalu kat
sini. Pakai macam ni. Berjoging ke?” tanya Qisya cuba menutup rasa malu yang dah
mula menguasai mukanya.
“Aha, abang bosan tak tahu nak buat
apa. Jadi abang berjoging. Er, Qisya nak ikut?”
“Malam abang, tak elok orang nampak
kita macam tadi” beritahunya cuba
menegur kesalahan Farhan.
Farhan ketawa kecil.
“Qisya ni sebenarnya malu-malu
dengan abang kenapa?” sengaja dia soal
macam tu sebab dia nak tahu apa yang Qisya rasa bila mereka rapat seperti tadi.
“Abang jangan nak memain dengan
Qisya ey. Abang buat macam tu lagi
nahas” dia mengugut.
Farhan makin galak ketawa dan Qisya
menjeling dengan pandangan maut dan meninggalkan Farhan bersendirian.
Ulasan