Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 7



BAB 7


“HAPPY BIRTHDAY sayang!”  ibu membawa kek bulat sebaik sahaja Qisya pulang dari berjogging dan kebetulan Marsha ingin mengikutnya pulang bersama-sama ke rumah, katanya ingin berkenalan dengan orang tua Qisya.
            “Ha, birthday awak ke?”  tanya Marsha.
            Qisya mengangguk.
            “Happy birthday!, nanti saya sediakan hadiah untuk awak”
            “Eh tak payahlah.  Saya tak nak.  Cukup doakan saya agar selamat sudah”
            “Anak ibu ni… siapa ni?  Kawan baru ke?”  tanya ibu dan Marsha menyalaminya terus.  Qisya memegang kek coklat tersebut sewaktu Marsha ingin bersalam dengannya.
            “Saya.  Baru je berpindah dekat sini”
            “Ouh, ya ke?  Baguslah tu.  Sekurang-kurang anak mak cik ni ada kawan perempuan.  Tak adalah asyik lepak dengan lelaki je” perli ibu dan Qisya ketawa sahaja.
            Marsha mengaru belakang kepalanya.
            “Ayah awal-awal pagi tadi dah pergi kerja tapi sayang dia tinggalkan pesanan buat Qisya dengan ucapan  ‘selamat hari lahir anakku yang ke-21,  nanti minta kat ayah nak hadiah apa pun”
            “Orang nak buat lesenlah bu.  Lesen motor dah ada,  ingat nak tambah class pula”  beritahunya.
            Kalau aku, baik aku minta kredit kad kat papa selama sehari sepanjang birthday aku dan beli apa sahaja yang aku nak. Huhu. Bisik Marsha yang berlainan karekternya itu dengan Qisya.
            “Nanti kawanlah baik-baik ya.  Ha alang-alang Marsha dah ada dekat sini, jomlah masuk ke dalam.  Nak tengok bilik Qisya yang pekemas ni ha”  sengaja ibu berkata begitu.
            “Boleh juga”  Marsha bersetuju sahaja.
            “Lepas tu kita makan kek ni”  kata ibu.
            “Tak sabarnya”
            “Bukan ke awak cakap awak kena berdiet sekarang?”  kata Qisya.
            “Eh, tak apakan kalau untuk sepotong sahaja kek”  Marsha tersengih.
            Mereka bertiga masuk dan Qisya meluru naik ke atas dulu.  Dia ingin mengemas biliknya terlebih dahulu sebelum Marsha datang dan melihat.  Sengaja ibu ni kan nak kenakan anak dia yang memang tak suka mengemas barang sendiri.
            “Nanti kalau bosan-bosan tak tahu nak buat apa, datanglah sini.  Berkawan dengan Qisya ha.  Dia tu asyik berkawan dengan lelaki sahaja, tengoklah sampai dia pun dah terikut-ikut dengan cara mereka”  beritahu ibu.
            Qisya yang berada di atas mendengar sahaja.
            “Amboi bu, kutuk anak sendiri nampak”
            “Aha, sekurang-kurangnya Qisya dengar apa yang ibu cakap, dan itu tak berbunyi yang ibu kutuk Qisya”
            Qisya ketawa kecil dan kemudian memberi isyarat kepada Marsha memanggilnya naik ke atas.  Marsha memanjat tangga dan mendapatkan Qisya.  Dia mengekor Qisya sehingga ke bilik.
            Er, tak apa ke aku masuk bilik dia.  Rasa macam ikut lelaki masuk bilik pulak.  Huhu.  Ha, gila kau Marsha.  Jangan nak fikir yang bukan-bukan.  Dia spesies macam kau juga.
            “Masuklah”  Qisya mengajak Marsha.
            Marsha masuk dan memandang sekeliling.  Dia tersenyum kecil dan duduk di atas katil.
            “Tunggu kejap tau.  Saya nak salin pakaian”  kata Qisya setelah dia mengambil baju tukar yang baru dan menuru ke bilik air.  Takkan dia nak tukar depan-depan Marsha walaupun Marsha tu perempuan tapi tetap ada perasan malu tu kan.
            “Dah lama ke awak tinggal dekat sini?”
            “Dari umur saya tujuh tahun lagi saya dan keluarga berpindah ke sini”  balas Qisya yang sedang menukar pakaian di dalam bilik air.
            Tidak lama kemudian, Qisya keluar dan dia membetulkan rambutnya di cermin.  Marsha memerhati tubuh Qisya yang sederhana kurus itu dan juga memiliki dada yang kecil.  Qisya juga memilih tshirt yang longgar dan tidak menampakkan sangat dadanya.
            “Awak main gitar ke?”  tanya Marsha apabila dia melihat ada beg gitar yang diletak di atas kerusi bersofa berbentuk tangan.
            “Aha, dulu waktu kat LKW jurusan saya ialah muzik”
            “LKW?  Apa tu?”
            “Lim Kok Wing”
            “Ouh, awak belajar kat situ rupanya.  Samalah saya pun belajar kat situ.  Sekarang dah part 4.  Jurusan designer”  beritahunya.
            “Ouh, ya ke”  Qisya mengambil gitarnya.
            “Awak nak dengar lagu tak?”
            “Awak mainkan untuk sayalah”  Marsha bernada teruja.  Qisya mengambil, membuka sarung gitar dan meletakkan jari jemarinya di atas tali gitar dan memulakan petikan.
            Marsha menghayati petikan gitar itu dengan rasa sangat tenang dan damai.  Lagu Be Mine daripada Tasha Manshahar dan Syed Syahmin menjadi pilihan Qisya.
            “Best sangat.  Awak pandai bermain”  kata Marsha setelah Qisya  bermain selama tiga minit.
            “Boleh tak nanti kalau saya nak datang melepak kat sini?”
            “Huh, er boleh je”  ala, bilik kena sentiasa kemaslah macam ni kalau dia nak datang sini lagi.
            “Mak cik cakap awak tak ramai kawan perempuan”
            “Huh, ouh.. aha, saya banyak kawan dengan lelaki”
            “Erm, saya nak kena balik dululah.  Saya cakap kat mama nak keluar berjoging sahaja tapi macam dah terlebih masa pula”
            Qisya dan Marsha keluar dari bilik dan menemui ibu Qisya sebentar.
            “Nah, ini mak cik ada bekalkan kek coklat untuk Marsha.  Bawa balik ke rumah sekali ye.  Kirim salam kat ma sekali”
            “Baiklah.  Terima kasih mak cik”
            Qisya menghantar Marsha sehingga ke halaman rumah.
            “Tak apa ke awak nak balik sendiri ni?”
            “Tak apa.  Susahkan awak je.  Lagipun rumah saya tak jauh dari rumah awak.  Saya balik dulu.  Jumpa lagi Qisya”


FARHAN memerhati tingkah laku Qisya yang sedang menulis sesuatu di dalam sebuah buku panjang dan kemudiannya gadis itu memetik gitar sekali sekala.  Mungkin sedang mencipta lagu.  Dia mengambil  masa untuk menghampiri gadis itu, bila difikirkan semula dia takut jika kejadian yang lepas berlaku dimana tiba-tiba gadis itu naik berang dan menumbuk matanya.
            Hem..hem..hem..
            Dia berdehem kasar dan Qisya mengangkat kepala melihat lelaki itu.  Kemudian dia meneruskan kerjanya tanpa berasa teruja dapat menemui lelaki itu.  Kalau dulu mungkin, tapi sekarang tidak lagi.  Perasaan sakit hati ni masih ada lagi.
            “Boleh duduk?”
            “Hmm”  balas Qisya dengan rasa tidak berminat.  Apahal pulak mamat ni nak duduk kat sini.  Dah tiada tempat lain ke apa nak duduk.  Sini juga jadi pilihan dia.  Menganggu betul!
            “Buat apa?”  tanya Farhan cuba berniat untuk berbaik dengan gadis itu.
            “Makan nasi”  jawab Qisya. Tak nampak ke dia tengah menulis lagu.  Mahu tanya lagi.
            “Ouh, lauk apa?”
            “Lauk Farhan masak cili api goreng berempah”  jawabnya tanpa memandang wajah lelaki itu.
            “Amboi ada nama abanglah dalam tu”
            “ABANG NAK APA HA?”  tiba-tiba Qisya bertambah berang.  Memang tak boleh bawa bergurau dengan Qisya kalau ianya berkaitan dengan Farhan.
            Terkejut Farhan dengan sergahan Qisya.
            “Er, tak abang nak berbaik dengan Qisya.  Ala, Qisya ni kenapa nak kena emosi sangat sekarang.  Lainlah Qisya sekarang”
            “Semua orang boleh berubah abang.  Qisya pun orang.  Qisya pun boleh berubah kalau Qisya nak”
            “Tapi Qisya macam tak suka dengan abang.  Tengoklah dari cara Qisya sekarang.  Kasar.  Macam lelaki!”
            “Hem, kasar?  Macam lelaki?  Peduli apa Qisya dengan cakap abang tu”  Qisya mengemas barang-barangnya.  Sebelum dia naik angin tak tentu pasal lebih baik dia pergi.
            “QISYA!”  Farhan bersuara lantang.  Langkah Qisya terhenti.
            “Tak boleh ke kalau kita duduk elok-elok, cakap elok-elok.  Berbincang apa yang tak kena.  Tak payahlah nak gaduh-gaduh macam ni.  Benda semua boleh berbincangkan?”
            “Abang nak bincang apa dengan Qisya.  Cukuplah bang.  Abang ada tanggungjawab lagi besar dari nak kisahkan Qisya.  Daripada abang fikirkan masalah kita lebih baik abang fikirkan cara nak majukan syarikat pak cik Badrul”
            “Qisya dah berubah!  Qisya yang abang kenal tak macam ni dahulu”
            “Sebab dulu Qisya lemah, tapi sekarang Qisya selesa dengan diri Qisya sekarang.  Abang tak ada  pun Qisya tak heranlah”
            “Qisya!”  Farhan merentap pergelangan tangan Qisya kuat dan menarik Qisya berhadapan dengannya.  Qisya yang sedang memegang beg gitar tidak dapat melakukan apa-apa.  Dia merenung marah ke arah Farhan.
            “Kalau abang ada buat salah, cakap Qisya.  Beritahu abang apa masalah Qisya sampaikan Qisya asyik nak marah abang.  Abang tak faham kenapa Qisya jadi macam ni”
            “Tak perlu kot Qisya beritahu abang.  Abang sendiri boleh rasa apa”
            “Qisya..”
            “Lepaskan Qisya”  Qisya mengetap bibir geram.  Matanya sudah merah kemerahan.
            “Abang tak akan lepaskan Qisya selagi Qisya tak beritahu apa yang telah berlaku sebenarnya”
            “Abang, Qisya sakit sekarang ni”  kata Qisya.  Pegangan tangan lelaki itu terlalu kuat sehinggakan susah untuk dia menarik tangannya.
            “Qisya sakitkan hati abang, ada abang cakap macam tu”
            “Siapa yang sakitkan hati siapa dahulu”
            “Abang tak faham Qisya.   Please Qisya tell me what happen?  Kenapa Qisya macam ni dengan abang.  Qisya I’m really miss you”
            “Rindu..hmphh abang rindukan Qisya.  Qisya tak dapat nak rasa rindu daripada abang”
            Farhan memegang lagi kuat pergelangan tangan Qisya.  Qisya menahan dengan rasa marah.  Tiba-tiba Farhan ketawa yang dibuat-buat.  Matanya mencerlung tajam ke arah Qisya.
            “Baguslah kalau Qisya tak mudah nak terpedaya dengan kata-kata abang.  Abang tak pernah rindukan Qisya.  Perasaan sayang tu pun tak ada langsung.  Sedikit pun tak ada.  Dari dulu lagi.  Kalau bukan kerana abang, Qisya tak akan dapat keluar bermain.  Qisya tak akan macam ni.  Qisya tak akan bebas”
            Qisya terkejut dengan kata-kata lelaki itu.  Dia sabar menanti ayat yang menyakitkan daripada mulut lelaki itu.
            “Abang rapat dengan Qisya dulu tu pun sebab rasa simpati.  Qisya budak yang lemah.  Tak boleh terlalu aktif.  Asal sekarang ni?  Dah boleh aktif nampaknya.  Baguslah macam tu.  Tak perlu ada orang kisahkan lagi.  Betul tak?”
            “Abang kejam”
            “Kejam?  Hmhh, ini baru permulaan Qisya.  Abang boleh jadi kejam lebih daripada itu”  Farhan menyentuh kulit muka Qisya dengan tangan kirinya.  Dia tersenyum. 
            Qisya mengerakkan kakinya dan menendang kuat tulang kering kanan Farhan.  Farhan berdecit dan dia terlepas pegangan tangan Qisya.  Sepatutnya dari awal dia buat begitu tetapi sengaja menunggu.  Dia ingin tahu sejauh mana lelaki itu ingin memujuknya lagi.  Namun semuanya telah terbongkar.
            “APA QISYA NI!”
            “Hutang abang makin bertambah dengan Qisya.  Ini baru bayaran bunga”   Qisya berlalu dan sebaik sahaja dia memalingkan mukanya air matanya mengalir laju.  Langkahnya panjang dan sehinggalah dia berhenti di sebuah tempat.  Dia meletakkan gitarnya di tepi dan dia menangis di situ.  Tersedu-sedu dia menangis.
            Tanpa menyedari ada sepasang mata yang turut mengalirkan air mata buatnya.  Beg hadiah yang berada di tangannya dipegang erat.   Selepas pulang dari rumah Qisya, Marsha telah ke luar bandar dan membeli hadiah buat rakan barunya itu. Dia mencari Qisya di taman setelah dia ke rumah dan ibu Qisya memberitahu yang Qisya tiada di rumah pada petang itu dan dia tidak tahu pula yang Qisya sedang bergaduh dengan kekasihnya.  Benarlah, Qisya masih pencinta lelaki.  Tidak sepatutnya mereka bergaduh pada hari lahir Qisya.
            Teruknya lelaki itu!  Dia perlu tolong Qisya.


“KAU nak apa?”  tanya Farhan dengan suara dingin apabila perempuan yang ditegurnya pagi tadi datang kepadanya dengan muka tidak berpuas hati.
            “Aku nak cakap dengan kau,  hari ni hari lahir dia”
            “Huh?”
            “Asal, hari lahir kekasih sendiri pun kau tak ingat.  Kekasih jenis apa kau ni.  Kau dah sesuka hati buat kawan aku menangis lepas tu kau langsung buat tak tahu nak pujuk dia”  marah Marsha bukan kepalang.
            Haih, kekasih apa pulak ni.  Perempuan ni satu, nak tuduh benda-benda bukan nak siasat dulu.  Main sedap mulut dia je.
            “Aku yang baru kenal dia pagi tadi pun boleh rasa perasaan dia.  Walaupun dia macam tu tapi dia masih lagi perempuan.  Dia masih nakkan kasih sayang daripada kau”
            “Hoi, kau tak tahu apa-apa, tak payah nak membebel boleh tak.  Bising tahu tak”
            “Aku bising sebab dia tu kawan aku.  Qisya tu kawan aku”
            “Ikut suka hati kaulah nak cakap yang dia tu kawan kau ke?  Kekasih kau ke?  Yang penting sekarang aku tak nak dengar sebutir ayat pun dari mulut kau.  Kau tu perempuan sombong yang layak hidup dengan perempuan tomboy macam dia.. dah lah!”
            Marsha tergamam.  Geram dengan tuduhan melulu Farhan.  Macam ni nak jadikan kekasih.  Er, tak payahlah.  Nasib baik pagi tadi dia tak layan lelaki ni.  Bongkak, belagak.  Apa dia ingat dia tu sempurna sangat.


SEDANG dia mengesat air matanya, dia melihat ada seseorang yang sedang menghulurkan coklat bar kepadanya.  Sangkanya Ayiez, tetapi elok dia mendongak, Marsha sedang mengukir senyuman dengan rasa simpati terhadapnya.
            “Nah la.  Tak apa, tak perlu malu dengan saya.  Kitakan kawan”  kata Marsha.  Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.
            “Terima kasih”
            “Sama-sama”
            Qisya memegang sahaja coklat bar yang diberi.  Marsha memerhati rakan barunya itu dengan rasa simpati.
            “Awak tak apa-apa ke?”
            “Erm, rasanya dah okey sedikit”
            “Baguslah kalau macam tu”
            Qisya mengeluh.  Mereka berdua diam agak lama sehinggalah Marsha membuka mulut.
            “Awak jangan sedih macam ni lagi.  Saya tak boleh tengok orang menangis sebab saya akan menangis bersama.  Awak tak nak ceritakan apa-apa masalah awak dekat saya ke?”
            Qisya tersenyum sedikit dan mengeleng.
            Marsha seakan-akan memahami dan mengangguk faham.  Mereka masih baru dan perkenalan ini baru sahaja hendak bermula.
            “Maaf, saya tak bermaksud nak minta awak ceritakan apa-apa, tapi saya nak awak tahu walau apa pun, kalau awak nak ceritakan apa-apa pun kepada saya, ceritalah saya tak kisah.  Saya sentiasa ada untuk mendengar.  Lagipun awak kawan saya”  Marsha mengurut bahu Qisya.
            Qisya mengangguk dan senyum sahaja sambil matanya memandang satu arah ke bawah.
           

“HAIH, happy birthday”  Shahmin dan Ayiez datang serentak ke halaman rumahnya.  Ibu dan ayahnya telah mengadakan jamuan minum teh dan juga barbeque buat menyambut hari lahir Qisya.  Marsha turut menyertai dan dia diperkenalkan kepada Shahmin dan Ayiez.  Kelihatan Shahmin seperti menunjukkan tanda-tanda berminat kepada Marsha.  Tapi silap, Marsha tak mudah terpikat dengan ayat lelaki.
            Sedang Shahmin dan Ayiez menolong barbeque sosej panjang, keju, ayam dan kepingan daging,  Shahmin memulakan perbualan apabila dia melihat Qisya sedang berbual dengan Marsha.  Sepanjang jamuan itu dia melihat Marsha asyik melekat sahaja dengan Qisya.  Qisya masuk ke dalam rumah dia ikut sama, Qisya ke situ dia ikut juga.  Macam belangkas.
            “Marsha tu apa perasaan dia terhadap Qisya ya?”
            “Kau cakap benda apa ni?”
            “Tak lah, dia tulah asyik nak mengekor je ke mana Qisya pergi.  Aku pula yang rasa cemburu.  Dia tak nak pula ikut aku”
            Ayiez memandang ke arah Qisya.
            Dia okey dah ke? Tiba-tiba terdetik ayat itu di hatinya.  Siang tadi selepas kejadian itu dia menemui Farhan dan sempat bertegang urat.
            “Kau apahal buat dia macam tu?”
            “Adoi, lepas sorang, sorang yang datang dekat.  Asal korang ni.  Team mengapu minah tu ke apa?”
            “Minah?  Kau panggil dia minah?”  bahu kanan Farhan ditampar kasar dan wajah Farhan berubah. “Minah tu dululah yang ada dengan kau dulu.  Yang suka panggil kau abang, yang suka tunggu kau pulang dari sekolah, yang suka buat itu buat ini dengan kau”
            Farhan merenung mata Ayiez.
            “Qisya suruh kau datang marah aku ke apa ni?”
            “Dia tak suruh tapi cara kau layan dia tadi buat mata aku sakit”
            “Elok kau tak  nampak apa-apalah daripada kau nampak.  Kau nampak macam tu tapi kau tak tahu apa yang dah berlaku waktu tu.  Hey, kau dengan perempuan entah mana tadi ha, yang tiba-tiba marah aku tak tentu pasal lepas tu bising tak habis-habis, bersekutu ke apa ni ha!  Korang kalau tak tak tahu cerita sebenar elok diam ajelah”
            “Tindakan kau salah Farhan”
            “Ikutlah salah ke apa ke yang penting aku dah tak nak ambil tahu hal Qisya atau sesiapa pun.  Ikut suka hati korang nak fikir apa-apa pun!”  Farhan beredar pergi dengan rasa bengang.
            Qisya datang mendekat.  Marsha sedang berborak dengan ibu Qisya tetapi matanya masih memandang ke arah Qisya.  Risau kalau Qisya jauh daripadanya.
            “Hey”  Ayiez menegur dan terus merenung mata Qisya yang kelihatan sedikit sembap.
            “Qisya, awak guna apa ha, sampai Marsha asyik nak melekat dengan awak je.  Dengan saya tak nak pula”  celah Shahmin dengan muka tidak berpuas hati.
            Qisya tersenyum sedikit.
            “Awak tulah.  Cool sangat.  Perempuan pun suka kalau nak mendekat”
            “Jangan nak merepeklah Shah”  Ayiez menegur.  Dia risau dalam keadaan begini, Qisya naik angin lagi.
            “Orang kalau buat baik dengan kita, kita kenalah buat baik semula.  Tak susah pun Shah”  kata Qisya.  Dia menyua pinggan polistren kepada Ayiez, dan Ayiez terus meletakkan potongan ayam bahagian dada kepada Qisya.  Dia tahu bahagian ayam kegegemaran Qisya.  Sebab itu dia bakarkan buat Qisya dahulu.
            “Hmphh”  Shahmin memuncungkan mulutnya.  Dia menambah bahagian kepak ke dalam pinggan Qisya.
            “Eh banyaknya.  Ni pun tak makan lagi”
            “Makankan untuk aku.  Aku kena jaga berat badan”
            Qisya tersenyum simpul dan dia meninggalkan mereka berdua.  Mata Ayiez masih memandang ke arah Qisya.
            Tak apa-apakah dia?  Hatinya masih risau akan Qisya.


SEWAKTU semua orang berada di satu tempat dan bercerita kisah mereka, Qisya mengambil ruang dengan duduk bersendirian di tepi pagar dan menikmati cahaya sinaran bulan dan bintang berseorangan.
            Ayiez menghampiri Qisya dengan segelas cawan nescafe yang dibuat khas buat Qisya.
            “Air untuk kau”  dia menyua.  Qisya menyambut dengan lambat.
            Qisya meneguk sedikit.  Ayiez turut mendongak ke atas dan memandang permukaan awan hitam.
            “Kau okey dah ke?”
            “Asal tanya, nampak macam saya tak okey ke?”
            “Tak lah, Cuma semua orang duduk kat sana, kau je yang duduk kat sini bersendirian, so aku pun temankan kau lah”
            Qisya tersenyum tawar.
            “Aku nak minta maaf bagi pihak abang aku.  Dia mungkin tak bermaksud nak buat kau macam tu”
            “Tak perlu nak minta maaf.  Bukan salah awak”
            Ayiez diam.  Qisya meneguk lagi minuman tersebut.
            “Risau aku tengok kau macam ni”
            Qisya ketawa buat-buat.  Dia menoleh sebentar ke arah Ayiez yang kelihatan sedih itu.
            Ayiez?
            “Aku tak suka tengok kau disakiti.  Bila kau sakit, aku lagi sakit”  meredam suara Ayiez.
“Kau dah separuh dalam hidup aku.  Kau orang pertama yang sedarkan aku,  kita kena ada seseorang untuk pujuk hati kita bila kita tengah marah dan sedih.  Kawan tu penting.  Dan lagi penting kalau yang mengambil berat”
            Mereka terdiam.  Qisya tersentuh dengan kata-kata Ayiez.  Tidak lama kemudian Ayiez ketawa berdekah-dekah.
            “HAHAHAHA, sentimental gila ayat aku. Hahaha, abaikan apa yang aku cakap.  Aku tahu mesti kau nak cakap aku ni dah tersalah makan ke apa kan?”
            Qisya menjeling.  Hisyhh bergurau pula dia.
            “Bila awak nak balik Scotland?”  tanya Qisya memandangkan lelaki itu sedang cuti semester sekarang.
            “Ada sebulan lagi kot cuti aku. Kau nak halau aku balik ke apa?”
            “Tak saya nak tahu je?”
            “Qisya?”
            “Hmm?”
            “Erm, agak-agak kau rindu aku tak kalau aku tak ada dekat sisi kau?”
            “Asal tanya?  Hari tu saya nak masuk meminang awak tak nak.  Jual mahal lah”
            “Gila kau.  Tak gentlemanlah aku perempuan masuk meminang aku”
            Kedua-duanya ketawa dan Ayiez berhenti ketawa dahulu.  Mukanya kembali serius.
            “Jawablah kau akan rindukan aku tak?”
            “Asal awak nak tahu sangat perasaan saya ni?”
            “Kau sayang aku tak?”
            Qisya ketawa buat-buat.  Dah kenapa dengan mamat ni nak berfeeling-feeling ni.  Okey ke tak dia ni?
            “Qisya aku tanya molek ni.  Jawablah”
            “Ya, saya nak jawablah ni”
            “Okey aku nak tahu kalau aku tak ada dengan kau, kau rindu aku tak?”
            “Awak nak saya bagi signal ke atau melalui perkataan?”
            “Ala, jawab ajelah”  Ayiez menunggu dengan penuh kesabaran.
            “Beritahu nantilah.  Dalam Whatsapp.  Okey tak?”
            “Ala mengadanya kau ni”
            Qisya ketawa kecil.  Buat muka merajuk pula.  Nasib muka comel.  Muahahahah.
            “Mana hadiah?”  Qisya menadah tangan.
            “Ah, malas nak bagi kat kau.  Dah la aku tanya benda mudah macam tu pun tak boleh nak jawab.  Bukannya aku suruh kau terjun bangunan ke, buat benda yang bukan-bukan, aku Cuma nak tahu apa yang kau rasa.  Itu pun nak kena tunggu berwhatsapp la, apalah”
            “Hisyy, bisinglah awak ni kalau dah mula membebel tu.  Mengalahkan ibu tahu tak?”
            Ayiez menarik muka dan memandang ke tempat lain.  Tidak lama kemudian, dia mengeluarkan sesuatu dari poket sweater yang dipakainya dan dia menghulur kepada Qisya.  Tak jadi pula nak merajuk lama-lama.  Qisya bukan pandai memujuk pun.
            “Happy Birthday”
            “Eh, ingatkan tak nak bagi”
            “Nah la”
            Qisya tersenyum simpul dan dia mengambil kotak kecil yang tidak berbalut itu.
            “Tak berbalut pun!”
            “Tak sempat”
            “Nak buka sekarang boleh?”
            “Hemm”
            Kotak kecil itu dibuka penutup atasnya dan kelihatan ada gelang cantik di dalamnya.  Bertatahkan belian kecil dan bentuk ikan dolphin.
            “Ni mesti mahalkan.  Awak ni suka sangat membazir”  dia mengeluarkan gelang itu dan dipadankan di pergelangan tangannya.  Cantik juga.  Pandai dia memilih.
            “Tapi terima kasih”
            “Aku orang pertama yang beli gelang tu kat butik tu.  So, aku dapat diskaun 20 peratus”
            “Ouh, untunglah”
            Ayiez kelihatan berpuas hati dengan pilihan hadiahnya.  Nampak macam Qisya menyukainya.
            “Tapi sengaja aku belikan gelang macam ni.  Nampaklah macam perempuan sikit kau.  Ni tak pakai gelang RM10.90 tu je”  dia menjeling gelang hitam yang bertali empat inci panjangnya yang dipakai oleh Qisya.
            Qisya menarik muka masam.
            “Hello, ini gelang kegegemaran saya okay.  Awak jangan nak kutuk lebih-lebih”
            “Bilalah aku nak dapat tengok kau pakai dress pula.  Mesti lagi comel”
            “Hari tu waktu majlis sambut budak Farhan tu balik, saya kena paksa dengan ibu pakai dress tau, siap berheel lagi.. ni rambut ni, ibu yang hiaskan.  Bapaklah rimas gila.  Nak jalan pun kena ayu”
            “Haha, serius.  Tak ambil gambar ke masuk dalam Instagram”
            “HA!  Tak ada maknanya nak kena masuk dalam Insta”
            “Mesti 500 likes kan?”
            “Taklah.  Lebih kurang pun 1000, tak pun 1001”
            “1002 mungkin,  termasuk dengan aku like”
            Mereka ketawa. 
            “Gilalah layan kau Qisya”




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...