Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 21



21


“Air”  Qisya meletak perlahan secawan gelas air coffee yang diletakkan dengan serbuk kulit kayu manis di dalamnya dan juga sepotong cheese cake.
            “Terima kasih Qisya”  kata Fairuz dengan suara perlahan.  Kelihatan matanya merah-merah sahaja.  Sudah dua hari dia seperti itu.  Tidak bersemangat untuk menguruskan kerjanya seperti biasa.
            “Abang minumlah air tu nanti.  Qisya pergi buat kerja dahulu”  Qisya ingin beredar pergi dan kemudiannya, Fairuz menahan.
            “Boleh abang nak Qisya teman abang kejap kat sini?”  pinta lelaki itu.
            “Erm, boleh abang”  Qisya menarik kerusi dan duduk  di situ.
            Fairuz menarik minumannya dan menghirup sedikit dan kemudian merasai sedikit cheese cakenya.  Dia cuba untuk mengembirakan hatinya.  Bukan senang untuk melupakan segala perbuatan yang Lisa lakukan kepadanya selama ni.  Benar cinta itu mengaburkan mata sahaja. 
            “Qisya nak?”  dia mempelawa cheese cakenya kepada Qisya.  Qisya mengeleng perlahan.
            “Tak apa. Itu untuk abang.  Abang makan ajelah”
            Tiba-tiba Fairuz mengeluh.  Dia memandang wajah Qisya.
            “Abang buta dengan cinta Qisya.  Cinta tu membutakan abang.  Abang hanya nampak kebaikan sahaja, langsung lupa pada keburukan.  Kenapalah nasib abang macam ni.  Ditipu oleh perempuan yang hanya dahagakan kemewahan semata-mata”  dia ketawa bodoh.
            “Abang ni lelaki yang bodoh Qisya”
            “Abang tak boleh cakap macam tu.  Kalau abang  bodoh abang tak akan ada perniagaan abang sendiri.  Abang dah berjaya dalam cita-cita abang”
            “Tapi abang bodoh dalam perhubungan.  Abang terlalu ambil mudah.  Berkenalan bertahun-tahun tapi hasilnya ini yang abang dapat.  Tapi abang nak ucapkan terima kasih kepada Qisya sebab, Qisya dah buka mata dan hati abang tentang Lisa.  Pada mulanya abang takut nak percaya tapi bila abang tengok dengan mata kepala abang sendiri abang terkejut sangat yang Lisa sanggup buat maksiat.  Berzina dengan lelaki yang bukan muhrim dia”
            “Sudahlah abang.  Perkara dah jadi.  Kita tak boleh nak buat apa-apa lagi.  Sekarang ni abang tumpukan perhatian abang kepada kerjaya abang dahulu”
            Fairuz mengangguk dan dia mengukir senyuman buat Qisya.
            Qisya, kenapa abang tak jatuh hati dengan Qisya sahaja.  Kalau tak semua  ni tak akan jadi macam ni.  Kita mungkin dah bahagia. Tapi abang tak beri peluang kepada Qisya.  Abang bodohkan?
            Selepas habis waktu kerja,  Qisya terus balik ke rumah.  Badannya terasa penat.  Hari ini ramai pula pelanggan yang masuk.  Tak menang tangan jadinya, yang Intan tak habis-habis nak ajak dia keluar bersama selepas habis waktu kerja.  Bukan dia tak nak, tapi dia tidak mahu keluar dengan Intan.  Entah dia tak selesa bila dengan gadis itu.
            “Ayah dah balik”  dia menyalami ayahnya sebaik sahaja dia melihat ayah di ruang tamu sedang membaca surat khabar.
            “Ha,  baru je sampai.  Ibu cakap Qisya kerja dekat café Fairuz ya”
            “Aha ayah.  Baru je habis ni.  Ayah nak berbual-bual panjang, Qisya nak naik atas nak mandi dulu.  Bye ayah”
            “Hmm yalah”


MALAM itu selepas sahaja solat Mahgrib, Qisya berteleku di atas katilnya.  Tiba-tiba dia teringatkan Marsha.  Macam mana keadaan Marsha sekarang.  Dia tak apa-apa ke? Hmm, nak telefon ke tak?  Telefon ke tak?
            Baru dia nak buat panggilan, telefonnya berbunyi ringtone Korea.  Patutlah Intan mengelar dia ‘Mat Korea’  tapi masalahnya kenapa dia letak nama ‘Mat’.  Tak faham dengan Intan ni.
            “Qisya, turun bawah kat taman, sekarang.  Cepat tau”  arah Farhan.
            Haih, buat apa pergi taman malam-malam macam ni?
            “Ibu, Qisya nak pergi taman kejap”  dia menjerit sewaktu berada di ruang tamu dan kepala ibu yang berada di dapur menjengulkan kepalanya.
            “Jangan lewat sangat”
            “Okay!”
            Dia mengeluarkan basikal racingnya dan mengayuh ke taman rumah istana.  Mujur kat situ tidak terlalu gelap kerana lampu-lampu di tepi jalan kaki dan juga lampu-lampu neon kecil yang berwarni warni menghiasi taman itu.  Cantik.  Macam berada di I-City pula.  Serius cantik!
            Dia sampai dan melihat Farhan duduk di situ sedang berdiri bersendirian dan melambai tangan ke arahnya.  Qisya memarking basikalnya berhampiran mereka.  Dia menarik baju sweater ungu, hadiah pemberian Marsha.
            “Kenapa ajak Qisya keluar malam-malam ni.  Nak ajak dating pun carilah port luar dari sini”  Qisya ketawa dan bergurau dengan Farhan.
            “Jom jalan kaki sepanjang susur jalan ni”  ajak Farhan.  Qisya mengangguk dan bersetuju sahaja.  Hairan juga dia kenapa dengan lelaki itu malam ini.  Lain macam sahaja.
            Sepanjang berjalan kaki di susur alur itu, mereka senyap sahaja.  Sehinggalah, Qisya ternampak sesuatu di hujung sekali.  Terdapat meja makan muat untuk dua orang dan makanan lazat terhidang di atasnya.
            “Ada majlis apa ni bang, kenapa tak cakap dengan Qisya.  Qisya dah la pakai macam ni.  Nanti orang nampak..”
            “Kita berdua je”  beritahu Farhan.  Farhan menarik kerusi buat Qisya yang selama ini belum pernah dia lakukan untuk Qisya.  Qisya tergamam tetapi duduk juga sebab nak jaga air muka Farhan.  Rasa macam nak ketawa pun ada.  Hari jadi aku dah lepas.  Hari jadi dia pun dah lepas.  Habis tu makan-makan ni untuk siapa?
            “Abang apa semua ni?”
            “Kita makan dulu nak.  Lepas tu baru abang beritahu untuk apa”
            Qisya memerhati tingkah laku Farhan.  Macam ada yang tak kena sahaja.  Nak cakap putus dengan kekasih, sampai sekarang Farhan solo lagi.  Hmm, tapi kenapa dengan dia?  Sepatutnya yang sedih-sedih macam ni Fairuz sebab lelaki itu tengah stress sekarang.  Ini dah macam terbalik pulak.  Ah layankan jelah!
            Selepas makan,  dua orang lelaki yang merupakan pekerja di rumah istana datang dan mengemas pinggan dan gelas.  Tidak lama selepas itu, Farhan meletakkan kotak cantik pemberian Qisya dahulu di atas meja.  Qisya mula berperasaan aneh.
            “Abang kenapa bawak kotak tu?”
            “Abang nak serahkan kepada Qisya semula”
            “Ha?  Ta.. tapi kenapa abang nak serahkan balik kepada Qisya?”
            “Sebab abang rasa kalau abang simpan pun dah tak ada guna untuk abang.  Dalam kotak ni ada macam-macam ayat yang abang dah tulis.  Untuk Qisya.  Nanti Qisya bacalah.  Abang dah tak lama lagi kat Malaysia ni.  Tiket penerbangan abang lagi tiga hari”
            “Ouh.. ya ke”  kenapa..kenapa perasaan ini terlalu sebak untuk menerimanya.  Kotak ini dia  kembalikan semula kepada aku.  Akhirnya..
            “Qisya simpanlah kotak ni, untuk abang.  Abang tak dapat nak bawa kotak ni sama-sama abang nanti abang asyik ingat Qisya je”
            “Apa salahnya kalau abang ingatkan Qisya.  Jangan nak ingatkan orang lain je”  Eh!  Aku cakap apa ni?  Huhu. Poyolah kau ni Qisya.
            “Ha?”  Farhan ternganga.
            “Taklah.  Abang jangan fikir yang bukan-bukan, ermm, thanks belanja makan”
            Farhan mengangguk dan tersenyum simpul.
            “Erm, Qisya nak ikut abang pergi KLIA sekali boleh.  Qisya nak ucapkan selamat tinggal dekat abang”  suaranya parau sahaja.  Eh kenapa suara aku macam ni pulak.
            “Tak payahlah Qisya.  Lagipun bukannya kita tak akan berjumpa lagi”
            “Tapi Qisya tetap nak buat macam tu jugak.  Qisya nak say goodbye dekat abang”
            “Qisya tahukan abang tak suka perkataan selamat tinggal tu”
            “Ya Qisya tahu,  Qisya tahu yang abang tak suka perkataan tu, tapi biarlah Qisya melakukannya.  Qisya tak nak sedih kalau abang tak ada nanti”  dia mengukir senyuman yang nampak macam bukan senyuman.  Sayu sahaja matanya.
            “Tak payahlah Qisya.  Abang tak nak”  Farhan berkeras tidak mahu Qisya menghantarnya.
            “Habis tu nanti barang-barang abang siapa nak bawak?”
            “Abang boleh bawa sendiri”
            Wajah Qisya hampa sahaja.
            “Tapi abangkan nak duduk sana bertahun-tahun.  Mana nak tahu yang Qisya dah berkahwin dulu daripada abang ke?”
            “Qisya nak kahwin dulu?”
            “Ha?  Er, yalah.  Habis tu nak tunggu abang balik sini.  Bila!?.. eh!”  dia mencekup mulutnya.  Adoi apa yang kau mengarut ni setan.  Harap-harap dia tak faham maksud aku.
            “Yalah.  Tunggulah abang balik.  Abang nak jadi pengapit Qisya apa”
            “Pengapit?”  mukanya terkejut.
            “Yalah pengapit.  Habis tu Qisya ingat apa?”
            “Tak.. tak.. hahhahahaha”  ouh, pengapit?  Aku ingatkan dia berfikir apa yang aku fikir juga.  Mana nak tahu kalau-kalau dia nak cakap, Qisya tak nak tunggu abang ke?  Qisya please bagi abang peluang.  Ha tu yang aku jangkakan akan keluar dari mulut dia.  Tapi rupa-rupanya dia fikir tak sama dengan apa yang aku fikir.  Haih..
            “Qisya..”
            “Ya abang!”  bersemangat dia menyahut.
            “Maafkan abang sebab abang buat keputusan terburu-buru macam ni.  Abang Cuma nak lari dari perkhawinan abang. Abang tak nak Qisya jatuh sakit sebabkan abang lagi”
            “Tak la bang.  Abang jangan fikir macam tu, Qisya tak apa-apa.  Qisya dah boleh terima itu semua.  Sekarang nikan Qisya dah besar dah mampu fikir sendiri.  Dulu Qisya kecik lagi.  Qisya masih mentah lagi waktu tu, Qisya tak biasa berpisah dengan orang yang Qisya pernah rapat, jadi abang tak perlu la fikir apa-apa lagi”
            “Abang sebenarnya tak nak perkara yang lepas berulang lagi, nanti abang tak tenteram Qisya”
            “Abang, abang pegang pada hati abang.  Kalau abang fikir sambung pengajian tu lebih baik jadi abang teruskan ajelah, Qisya sokong abang dari belakang”
            “Terima kasih Qisya sebab bagi abang kata-kata semangat”
            “Abangkan abang Qisya”
            Farhan mengukir senyuman dan kelihatan dia sudah bersedia untuk menempuh perkara yang seterusnya.  Mereka saling memandang dan kemudiannya ketawa kecil, seolah-olah tiada apa-apa yang akan berlaku selepas itu.


AWAL pagi itu selepas subuh dia tidak terus tidur seperti biasa.  Entahlah banyak benda yang dia fikirkan. 
            Aku ni sebenarnya ada hati pada dia ke ha?  Macam ya tapi kenapa aku tak boleh nak mengaku perasaan ni sendiri.  Janggal?  Ke sebab aku anggap dia macam abang aku, lagipun dia pun anggap aku adik dia.  Tak ada pula nak anggap lebih-lebih kat aku.  Hmhh,
            Dia menoleh dan melihat patung Smurf yang berada di tepi bantal kepalanya.  Dia menarik kaki Smurf tersebut merapatinya dan patung itu dipandangnya.
            “Awak, saya sebenarnya tak faham dengan tuan yang belikan awak untuk saya ni.  Dia sebenarnya anggap saya ni adik dia ajekan, ke bukan.  Lagi pun dia tak pernah nak cakap yang dia sukakan saya ke apa ke?”
            Patung itu direnungnya lama.  Dan kemudiannya dia mengeluh dan meletakkan patung itu di sebelahnya.  Duduk di sebelahnya.
            “Tak apalah,.  Kalau dia bahagia saya pun akan gembira juga.  Tak kisahlah jodoh dia dengan siapa pun.  Saya tak kisah”
            Hmm, betul ke aku tak kisah.  Tapi macam kisah pun ada.
            Ah, dari fikirkan pasal perasaan aku ni lebih baik aku turun  buat sarapan.  Ibu pun mesti dah ada kat bawah tu.  Ibu selalunya bangun awal.
            Jangkaanya tepat dan ibu sudah berada di dapur.
            “Morning ibu”  dia menyapa.
            “Eh, hujung minggu pun bangun awal.  Tahulah anak ibu ni dah biasa kena datang kerja pukul lapan pagikan”
            “Ala ibu ni, nak sindir oranglah tu?”  dia menarik muncung.
            “Hahaha, anak ibu ni..”  ibu menarik pipi Qisya dengan cubitan manja.
            “Qisya nak buatkan sarapan bu”  katanya.
            “Buatlah.  Lagi senang kerja ibu.  Ibu nak pergi gosok baju ayah kamu ni.  Nak masuk kerja hari ni katanya”
            “Ayah baru je balik dari outstation bu, takkan nak kena masuk kerja.  Kenapa tak ambil cuti dua hari”
            “Entahlah ayah kamu tu.  Ni tolong ya buatkan sarapan.  Buat ajelah apa-apa pun.  Goreng nasi ke, sandwich ke”
            “Baik ibu, arahan dirterima!”
            Ibu keluar dari dapur dan Qisya memulakan operasinya membuat sarapan pagi untuk mereka bertiga.


“SAYA dengar awak nak pergi sambung belajar di luar negara.  Awak tahu saya ada kerja di sana”
            “Kerja?  Ouh yalah.  Saya tak tahu awak ada banyak kerjakan?”
            Diana ketawa nak tak nak sahaja dan kemudian dia kembali serius,
            “Saya tak tahu apa yang orang tua kita sedang rancangkan.  Papa nak saya bertunang dengan awak dalam masa ini dan selepas awak tamat pengajian dia nak kita berkahwin”
            “HA?!  Awak cakap apa ni?”  terkejut Farhan mendengar berita itu.
            “Saya baru dapat tahu dari papa saya pagi tadi. Dia tetap nak teruskan perhubungan ni dan nak kita bertunang dahulu, awak rasa?”
            “Saya rasa memang tak lah!  Saya tak nak ada apa-apa ikatan buat masa sekarang”
            “Saya tak tahu awak tanyalah papa awak.  Dia datang ke rumah sebab nak bincangkan hal ni”
            “GILA!  Ini memang kerja gila”  sangkanya dia dah lepaskan perasaan kepada papa, papa akan pertimbangkan dan tak akan masuk campur dalam halnya lagi, rupa-rupanya papa ada agenda tersendiri.  Kenapa papa berdegil sangat nak teruskan hubungan ni.
            “Saya tak tahu nak terangkan macam mana kepada papa mengenai Ryzal. Saya tak boleh hidup tanpa Ryzal.  Kami dah lama berhubungan, tak mungkin saya nak berpisah dengan dia senang-senang macam tu je”  wajah Diana mengerutu.
            Farhan meraup wajahnya. Benar dia kelihatan bingung dengan semua ni.  Dia tidak mahu semua ni terjadi.  Tak akan!
            Selepas menemui Diana, Farhan terus ke syarikat bukan sebagai CEO, dan dia terus ke bilik Tuan Badrul Hisham.  Kebetulan ketika itu Tuan Badrul Hisham ada urusan dengan client dan setelah melihat anaknya terdesak ingin menemuinya dengan segera dia meringkaskan perbualan dan client tersebut di bawa ke bilik makan oleh setiausaha Tuan Badrul.
            “Kenapa ni Farhan?”  soal Tuan Badrul dengan suara biasa.
            “Papa buat apa ni?  Papa masih nak teruskan hubungan ni.  Papa tetap nak saya berkahwin dengan Diana.  Apa ni papa?”  wajahnya merah-merah menahan marah.
            “Farhan duduk dulu”  papa menyuruh seolah-olah ingin meredakan kemarahan anak kesayangannya itu,
            “Tak pa, papa kena jelaskan kepada Farhan kenapa papa masih nak saya dan Diana bersama.  Pa, kami tak saling mencintai.  Diana pun ada teman lelaki dia sendiri dan dia sangat mencintai teman lelakinya itu”
            “Papa tak boleh buat apa-apa, lagi pun kawan baik papa merupakan antara pemegang syer yang terbesar di syarikat kita.  Jadi papa tak boleh buat apa-apa.  Papa takut dia berkecil hati dan akan tarik diri dari syarikat ni.  Papa tak nak semua ni berlaku Farhan”
            Farhan berpura-pura ketawa.
            “Papa takut kawan papa berkecil hati habis tu bagaimana dengan Farhan?  Papa tak fikir langsungkan tentang Farhan.  Papa lupa.. okay papa lupa yang Farhan sebenarnya bukan anak kandung papa.  Saya  anak tiri, jadi papa tak kisah langsung pasal perasaan saya.  Okay papa saya faham”  dia berkata dalam keadaan yang bengang.
            “Farhan, kamu dan Diana hanya bertunang sahaja dan kamu boleh teruskan pengajian kamu di sana.  Lagipun kamu sendirikan nak sambungkan pengajian”
            “YA!  Memang saya nak sambung pengajian ni tapi bukan dengan ada sebarang ikatan dengan wanita yang saya sendiri tak kenal luar dalam dan hati budi dia pa!”  dia memotong percakapan papanya.
            Tuan Badrul menarik nafas panjang.  Anaknya ini dah berubah seratus peratus, tak mahu dengar apa yang ingin dirancang dalam hidupnya.
            “Saya tak nak ada apa-apa ikatan dengan Diana pa.  Tak akan!”
            “Farhan!..Farhan!..”  ketika dia menjerit-jerit memanggil anaknya tiba-tiba sahaja dia terkena serangan jantung dan kebetulan setiausahanya berlari masuk dan mendapatkan Tuan Badrulnya itu dengan gaya yang cemas dan dia menjerit-jerit meminta tolong kepada staf di luar.


DAMN IT!  Hampir nak lekang pintu keretanya sebaik sahaja dia turun dari kereta.  Dia menyepak kuat tayar keretanya.  Biar pun sakit, tapi hatinya lagi bertambah sakit.  Kebetulan Qisya lalu di situ dan dia mendekati Fairuz.
            “Abang buat apa dekat sini?”
            Farhan tersentak dan terus memandang muka Qisya.  Tiba-tiba sahaja dia menjadi seorang yang pemarah.
            “Lantak la abang nak berhenti kat mana pun yang Qisya sibuk nak tahu sangat ni kenapa!?”
            Qisya terkedu.  Aih, tanya macam tu pun kena marah.
            “Abang ni kenapa, ada masalah ke?”
            “Entahlah!, abang serabut.  Arghhhhh!”
            Melihat Farhan  yang seperti dirasuk itu, Qisya cuba mententeramkan lelaki itu semula.  Dan kemudiannya barulah Farhan dapat mengawal emosinya.
            “Qisya abang tak tahu nak buat apa lagi, abang kusut.  Papa nak abang bertunang dengan Diana”
            “Ha?”  nada suaranya terkejut namun selepas itu dia mengawal reaksi wajahnya.
            “Mereka nak abang bertunang dengan Diana sebelum abang ke luar negara”
            “Bukan ke abang akan pergi lagi dua hari?  Masa bila majlis tunang itu akan dibuat?”
            “Abang tak tahu  Qisya”  tidak lama kemudian telefon bimbitnya berbunyi.  Dia melihat nama yang keluar dan terus mengeluh panjang.
            “Siapa?”
            “Diana.  Hello”  dia menjawab juga panggilan tersebut dan matanya memandang wajah Qisya.  Kelihatan Qisya ingin beredar pergi tetapi kemudiannya, dengan pantas dia menarik pergelangan tangan Qisya.  Qisya terpaku dengan perlakuan Farhan.
            “Apa? Baiklah saya on the way ke sana sekarang!”
            Selepas dia menamatkan panggilan kelihatan mukanya cemas.
            “Qisya, jom ikut abang pergi ke hospital”
            “Ke..kenapa.  Qisya nak kena pergi..”
            “Qisya please.  Temankan abang.  Abang perlukan seseorang berada di sisi abang sebelum abang buat benda yang bodoh dalam keadaan abang yang macam ni”


KETIKA dia sedang menunggu di ruangan pesakit, Qisya duduk bersendirian sehinggalah Diana datang mendekat sambil berjalan bersilang tangan dan duduk di sebelahnya.  Fairuz dan Puan Marina berada di dalam.
            “Keadaan sekarang kacau bilaukan?”  tanya Diana.  Dia menarik nafas panjang.  Dia  menoleh ke arah Qisya lama dan kemudian mengukir senyuman tidak pasti.
            “Awak nampak macam rapat dengan Farhan.  Awak ada apa-apa ke dengan dia?”
            “Saya dengan dia kenal sejak dari kecil lagi.  Dia macam abang saya”
            “Ouh,  baguslah kalau macam tu”
            Bagus?  Apa yang bagusnya.
            “Malam ni majlis pertunangan akan diadakan.  Ahli keluarga Tuan Badrul akan datang ke rumah.  Tanpa Tuan Badrul,  majlis itu akan dilakukan dengan sederhana.  Papa saya akan uruskan segala-galanya dan diharapkan awak akan datang juga Qisya”
            “Kekasih awak Ryzal macam mana?  Dia tahu ke pasal awak?”  hatinya mula berasa tidak senang.  Nampaknya Diana tidak membantah atau memberontak seperti Farhan sebaik sahaja dapat tahu yang dia dipaksa untuk bertunang.
            “Saya belum beritahu dia apa-apa lagi.  Saya hanya bersetuju hanya kerana papa saya.   Tengoklah macam mana dengan keadaan.  Kalau saya boleh teruskan perhubungan ini dengan Farhan saya akan teruskan tapi kalau tak boleh saya akan tinggalkan dia dan kembali kepada kekasih saya”
            Wah!  Wah!  Bijaknya idea kau tu.  Nampak macam kau nak menghancurkan perasaan orang sahaja.  Kau ingat mudah nak buat kerja macam tu.
            “Saya rasa awak tahu mengenai hubungan saya dan Ryzal.  Saya mohon awak diamkan sahaja”  dia memandang wajah Qisya tanpa sebarang senyuman.  Qisya memandang ke hadapan.
            “Kenapa awak masih di sini Qisya kalau awak tak berniat nak melawat Tuan Badrul?”  tanya Diana dengan suara lembut.  Qisya mengangkat muka dan kemudiannya dia melihat Farhan berjalan ke arah mereka dengan wajah tidak senang.
            “Qisya jom!”  ajak Farhan.
            “Er, awak.  Malam ni jangan lupa persediaan majlis kita”  Diana mengingatkan Farhan.  Farhan  mengangguk kasar.  Dia  menarik lengan Qisya dan beredar dari situ tanpa sepatah kata buat Diana.
            Sampai sahaja mereka di parking kereta, Qisya bersuara setelah lama berdiam.
            “Abang, Qisya nak kena ke café dulu.  Tadi sebenarnya Qisya..”
            “Kalau macam tu abang balik dulu, jumpa malam nanti”  setelah memotong percakapan Qisya, Farhan terus masuk ke dalam kereta tanpa mempelawa Qisya untuk menghantar Qisya ke café sahaja.  Keretanya mengaum pergi.
            Qisya terpaku.  Dia tinggalkan aku macam tu je!  Ergh!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...