Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 3



BAB 3
                                                                                         
                       
12 tahun kemudian,
            “Sayang, cepat cuba dress ni?”  terdengar laungan dari luar bilik.  Qisya bergerak malas.  Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.  Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdengar suara ibu di luar.
            “Qisya!..Qisya wake up dear”
            “Ya.. bu..” sahutan ibunya dijawab dengan malas.
            “Cepat, nanti kita lewat ke majlis tu nanti”
            Dengan malas dia menolak badannya bangun dan berjalan membuka pintu  bilik yang dikunci dari dalam.  Dia membuka sedikit dan mempamerkan mukanya yang mengantuk sambil mengaru-garu lengan kanannya.
            “Nah, cuba dress ni?”
            “Dress?  Ala bu, pakai seluar jeans pun dah cukup”
            “Ini majlis normal.  Mana ada orang pakai seluar”
            “Orang laki pakai dress juga ya ibu”  sempat dia membuat kelakar.
            “Eh, budak ni.  Ke situ pulak”  pintu bilik ditolak dari luar dan ibu melangkah masuk ke dalam.  Dia melihat sekitar bilik anak gadisnya.  Dengan gitar atas katil.  Tidur dengan gitar ke apa budak ni.  Aih, ada anak dara macam tak ada anak dara.  Barang-barang dia bersepah sana sini.  Mengalahkan bilik anak teruna.
            Dia menarik tangan anak gadisnya itu dan membawa ke meja solek.  Sengaja dia mempertontonkan wajah lesu dengan rambut pendek anaknya itu di hadapan cermin.  Dia mengeluh dan kemudian tersenyum nipis.
            “Anak ibu ni, suka dengan gaya yang biasa macam ni ke?”  soal ibu dengan nada suara lembut.
            “Kenapa bu?”  Qisya menguap kecil tanpa menutup mulutnya.  Dan perasan mata ibu sedang menjeling ke arahnya, dengan segera dia mengangkat tangan meminta maaf.  Belakang kepalanya digaru.
            “Lepas ni mandi wangi-wangi, pakai dress ni.  Dah siap, ibu nak hiaskan anak ibu ni. Mesti cantik”
            “Mekap?  Tak nak la bu” 
            “Asal pulak tak nak.  Ey, orang perempuan kalau dengar nak mekap je, mereka excited tau.  Sebab nanti akan nampak cantik”
            “Ibu tahukan yang kulit Qisya allergic”  dia memberi alasan.
            “Eh, sejak bila pulak Qisya ada masalah dengan kulit ni”
            “Dengar je nak kena mekap terus jadi allergic bu”
            Ibu ketawa dengan telatah spontan anaknya itu.  Dia mengangkat tangan kanan anaknya dan melihat gelang yang tak macam perempuan pakai. Ada bling-bling, ada loceng dan berwarna pink.  Anaknya gadisnya ini, berlainan pulak sifatnya.  Suka memakai  gelang-gelang yang nampak ke’tomboyish’.
            Dia tahu dari kecil anaknya itu suka bergaul dengan budak-budak lelaki memandangkan selepas sahaja sekolah, Qisya akan bermain dengan rakan-rakannya di rumah istana ini.  Mungkin kerana itu, sikap dan wataknya dia terikut-ikut ke arah mereka.  Anaknya bukannya tak cantik.  Cantik cuma itulah lebih suka ke arah itu.  Suka memakai kemeja dan t-shirt biasa.  Jarang nak dapat melihat anaknya itu memakai heel, baju kurung tak pun ber’dress’.  Jawapannya yang akan diberi sebab tak selesalah, apalah.  Kalau boleh bagi seribu alasan dia sanggup senaraikan.
            “Dah lekas, pergi siap cepat, nak ibu mandikan tak?”  sengaja ibu mengusik.
            “Eh ibu ni, orang dah besarlah bu”
            “Kamu takut ibu tengok dada kamu tu kan?”
            “Apa ibu ni..”  Qisya pantas menarik tuala dan menuru terus ke dalam bilik air di dalam biliknya.


“JANGAN sentuh rambut tu.  Ibu dah hias dengan cantik tu” marah ibu apabila melihat Qisya menarik-narik rambut belakangnya.  Qisya kelihatan benar-benar tidak selesa, dengan dress putih yang dipakainya dan juga heel lima inci yang dipakainya.
            “Ibu, sakitlah kaki anak ibu ni”  adunya dengan suara merengek.
            “Qisya”  ibu bersuara amaran.
            Qisya menarik muka masam.  Dressnya ditepis-tepis dengan kasar.   Asal lah setiap kali ada majlis kena pakai dress, kena pakai heels.  Hisyhh tak sukanya.
            “Majlis apa ni bu?”  bisiknya sementara ibu sedang mencari ayahnya.  Ayah pergi dahulu ke majlis itu.  Majlis ini dijalankan di hotel bertaraf lima bintang.  Dengar majlis ini adalah majlis sambutan kepulangan anak sulung Tuan Badrul Hisham.
            “Kamu dah lupa yang abang kamu nak balik hari ini.  Dia dah ada kat Malaysia”
            “Siapa?”
            “Aih, budak ni.  Boleh tanya siapa pulak.  Abang Farhan kamulah”
            Qisya menarik muka.  Tidak suka dia mendengar nama itu.  Dia sekadar memeluk tubuh.  Sudahlah pergi ke luar negara macam tu je.  Bukannya nak pesan apa-apa ke ucap selamat tinggal ke, tahu-tahu dari mulut orang lain yang mengatakan Farhan telah ke luar negara dan sambung belajar di sana.
            Seminggu jugalah dia menangis bila teringatkan Farhan.  Farhan yang selalu ada bila dia dalam kesusahan.  Orang pertama yang akan datang bila dia kesedihan dan akan mengusir kesedihan itu dengan lawak jenakanya.
            “Ibu nak air?”  tanyanya apabila dia melihat seorang waiter berjalan ke arah mereka dengan membawa enam gelas di atas dulang dan memegangnya dengan sebelah tangan.
            “Excuse me, your water miss and mrs.”
            Qisya mengambil segelas air jus orange dan dihulur kepada ibu dan kemudian untuk dirinya sendiri.
            “Thanks”
            “Welcome”  pelayan itu beredar pergi.
            “Bu, kenapa tak buat kenduri doa selamat ke?  Kan lebih afdhal”
            “Kendurinya selepas ni.  Hari ni Tuan Badrul nak memperkenalkan anak dia dengan orang-orang bawahan dan juga golongan elit.  Mana nak tahu kut-kut boleh buat menantu.  Ibu dengar abang kamu tu segak orangnya.  Handsome”  puji ibu.
            “Segak pun kentut busuk”  selamba dia berkata lalu meneguk minumannya sekali teguk sahaja.  Dua orang wanita umpama mak datin memandang ke arah Qisya dan mata ibu yang dapat menangkap cuba memijak kasut yang dipakai anaknya itu setelah memastikan tiada orang yang melihat mereka selain dua orang mak datin tersebut.
            Namun Qisya lebih cepat dan pantas.  Dia menjauhkan dirinya daripada ibu dan menyebabkan ibunya seperti membuat gaya orang menghentak kaki sendiri secara tiba-tiba.
            “Budak bertuah ni”  ibu mengumam marah.
            Qisya membuat endah tak endah sahaja dengan amaran ibunya itu.  Yang pasti dia sendiri mula berasa bosan dengan majlis tersebut.  Kenapalah dia perlu ada sekali dengan orang-orang yang mewah macam ni.  Apa yang dia tahu selepas jam 12 tengah hari dia akan cabut sendiri sebab ada basking dengan rakan-rakannya.  Sekarang ni pun dia sedang menganggur dan tidak berniat ingin mencari kerja selepas tamat belajar.   Lagi pun harta ayahnya banyak. Huhu.
            Ramai anak muda yang berfikiran macam kau confirm negara akan maju Qisya!
            “Qisya!”
            Macam ada orang yang memanggil namanya dan membuatkan kepalanya terngeleng-ngeleng mencari empunya suara tersebut.
            “Qisya, saya kat belakang awak ni”  ada seseorang yang mencuit bahunya dan dengan pantas dia menoleh dan terukir senyuman pada wajahnya.
            Shahmin, rupanya.
            “Awal awak datang”
            “Ahaks, ini nak menyindir ke apa?”  Qisya ketawa dengan selamba.  Langsung tidak menahan.  Sejam je lambatnya pun.  Ini pun sebab gara-gara ibu nak mekaplah apalah kat muka dia ni.
            Shahmin yang sudah biasa dengan gadis itu tersenyum biasa.  Dia memerhati Qisya dari atas hinggalah ke bawah.   Kemudian keningnya sengaja ditinggikan sebelah.
            “Kenapa pandang saya macam tu?”
            “Ingatkan wanita Melayu akhir manalah tadi.  Mujur saya cam awak dari cara awak berjalan tadi.  Pakai dress dah cantik molek tapi berjalan mengalahkan apa entah”  selamba Shahmin menyindir Qisya.  Qisya langsung tidak terasa hati dan memang itu caranya.  Memang benar apa yang diperkatakan oleh Shahmin.
            “Eh lepas ni awak pergi mana?”
            “Saya nak pergi basking.  Nak ikut tak?”
            “Rasanya tak kut hari ni.  Saya ada datelah”
            “Ha, awak, hari-hari date.  Bukan hari ni je”
Shahmin ketawa kecil dan kemudian, dia mengajak Qisya duduk di sebuah meja kosong.  Daripada bersendirian, lebih baik dia berborak dengan rakan sekecilnya ini.
            “Mesti awak happy kan bila dengar Farhan nak balik ke sini.  Dia sekarang tengah on the way ke sini”
            “Lepas tu awak fikir saya peduli kalau dia nak balik ke sini?”  katanya kedengaran merajuk sahaja bunyinya.
            “Haih, tak habis-habis lagi.  Lupakanlah.  Perkara dah lepas”
            “Ucap selamat tinggal pun tak, telefon ke rumah pun tak.  Padahal sebelum dia pergi tu kenapa tak cakap je yang dia nak kena ke luar negara.  Tak guna punya lelaki”  kesat kata-katanya.
            “Marah nampak.  Ke kau sebenarnya rindukan dia?” 
            “Nak rindu apanya.  Sakit hati adalah dengan cara dia tu.  Ni pun kalau takkan sebab Tuan Badrul dan isterinya itu tak akan saya ada dekat majlis ni.  Lebih baik sambung tidur kat rumah.  Lagi syok”
            “Eh, anak dara tak elok bangun lewat”
            Qisya menjeling.  Dia memanggil waiter dengan suara kasarnya dan waiter yang lain datang ke arahnya dan membawa minuman jus orange lagi.
            “Tunggu kejap”  dia mengambil dua biji gelas sekali gus dan menyuruh waiter itu beredar pergi.
            “Haih, dahaga nampak”
            Qisya meneguk cepat dan menghabiskan minumannya dengan sekali teguk.  Dua biji gelas kosong berada di hadapan mereka.  Ini sebab Qisya berasa sangat marah.  Dia memerlukan sesuatu untuk menyejukkan semula hatinya yang sedang panas membara.


FARHAN telah sampai di majlis sambutannya.  Bapanya Tuan Badrul Hisham telah memperkenalkannya kepada semua orang.  Semua memuji  dengan pandangan positif.  Dia kelihatan sangat segak dan bergaya.  Mukanya berseri-seri sahaja.  Al-maklumlah orang baru pulang dari luar negarakan.  Dah bertahun-tahun duduk dekat luar negara tu.  Hanya sesekali orang tuanya sahaja yang pergi melawatnya di sana.  Dia tinggal bersama keluarga angkatnya di sana.
            Selepas ini dia akan mengambil alih kedudukan CEO di syarikat milik bapanya itu.  Dia perlu memegang cabaran besar selepas itu.  Dengan kebolehannya,  bapanya yakin yang anak sulungnya itu mampu menaiktarafkan Delima Holdings.  Sebuah syarikat yang mencipta alatan-alatan dan mesin-mesin berteknologi dan mempunyai jenama sendiri yang sangat dikenali di dalam dan luar negara.
            “Bro!”  Shahmin menepuk bahu Farhan daripada belakang.  Farhan menoleh dan kelihatan sedang ‘scan’ muka lelaki muda yang sedang menegurnya itu.
            “kau, Shahminkan?”
            “Yelah, ni akulah”  mereka bersalaman dan melanggar bahu masing-masing menunjukkan sebelum ini mereka berdua pernah rapat.
            “Tampan kau sekarang.  Kau apa khabar?”  tanya Farhan seraya memegang bahu kanan Shahmin.  Shahmin memiliki ketinggian yang sedikit rendah daripada Farhan.
            “Aku macam biasa.  Baik.  Kau macam mana?”
            “Alhamdulillah.  Macam sekaranglah, eh kau seorang sahaja je kat sini?”  Farhan cuba mencari wajah-wajah  yang dia kenal.  Sepertinya dia mengharapkan seseorang untuk datang menegurnya kerana dia sudah tidak cam wajah mereka.
            “Kau cari siapa?”  sengaja Shahmin menyoal.  Mesti cari Qisyalah tu.  Kalau kau nampak Qisya sekarang mesti kau tak akan percaya.
            Farhan sekadar mengukir senyuman.  Nampak sedikit hampa.
            Ibu Qisya pantas menyeluk tangan ke dalam tas tangannya dan mengeluarkan handphonenya apabila ada getaran di dalam.  Dia membaca mesej daripada anak gadisnya.

            Bu, Qisya balik dulu.  Dah lambat nak pergi basking.  Jumpa makan malam nanti.
            Xoxo.

Bertuah punya budak!  Boleh pulak dia cabut tengah-tengah majlis macam ni.  Nak kena budak ni.  Aihh..
            “Apa khabar mak cik sihat?”  tengah-tengah dia meremuk rendam bersendirian dengan tingkah-laku anak gadisnya itu, tiba-tiba Farhan menyapanya.
            “Eh, Farhan. Alhamdulillah, sihat macam nilah”  dia terpaksa mengukir senyuman manis menutup rasa bengang terhadap Qisya.  Siaplah balik rumah nanti.
            “Mak cik datang dengan pak cik sahaja ke?”  tanyanya.  Sebenarnya dia nak sangat menemui Qisya.  Dia ingin melihat Qisya sekarang.  Bagaimanakah rupanya sekarang.   Mesti bertambah manis dan ayu seperti ibunya.  Walaupun telah berusia 40-an tetapi masih nampak menarik dan cantik.
            “Ha?  Er, ya.  Mak cik datang dengan pak cik kamu”
            “Qisya tak ikut sekali ke?”  tanyanya perlahan dengan kerutan di dahi.
            “Qisya..dia tadi ni ha, baru je hantar  mesej kat mak cik katanya dia ada hal.  Terpaksa balik dulu.  Ada hal penting katanya”
            “Ooo”  jelas terpamer wajah kecewa pada wajahnya.  Dia nak sangat menemui gadis itu.  Sudah lama dia tidak menemui gadis itu.
            “Maaflah”
            “Eh, tak apa mak cik.  Agaknya, Qisya betul-betul ada hal tu.  Tak apa nanti saya boleh jumpa dia kat rumah”


“MEMANG tak la kau akan jumpa aku kat rumah.  Sebab sekarang aku dah menyampah nak tengok muka kau”  katanya bersendirian apabila ibu memberitahu yang Farhan ingin makan malam di rumah mereka pada malam nanti.
            “Aku kena cari alasan supaya mamat tu tak dapat jumpa aku.  Aku kena cari idea yang bernas”  ke hulu ke hilir dia berjalan di dalam biliknya itu.  Benar-benar dia tidak ingin menemui Farhan.  Lantaklah dia nak terasa hati ke apa.  Ada dia kisah!
            Dia membuka pintu almari baju dan melihat baju-baju tshirt yang berlambak-lambak di dalam almarinya dan seluar jeans yang biasa dia pakai.  Mungkin dia terpaksa ajak kawan-kawan dia pergi camping malam ni juga.  Dengan cara itu dia tidak akan menemui Farhan pada malam ini.  Set, dia akan pergi camping malam ni.
            “Hello bro jomlah pergi camping malam ni.  Ajak sekali kawan-kawan perempuan kau yang lain”
            “Gila kau.  Aku kat kampung nenek aku ni.  Camping benda pulak kau ni.  Buang tabiat.  Baru tiga hari yang lepas kita pergi camping”
            “Ala, kau ni.  Okeylah”  dia mematikan talian dan cuba menghubungi kawan perempuannya pula.  Namun semuanya mengelak tidak mahu kerana ada jadual  masing-masing.
            “Ah, semua tak nak, camping seorang diri jelah.  Apa yang susah”
            Dia mengemas pakaian-pakaiannya dan kemudian terdengar ketukan pintu dari luar biliknya.  Dengan pantas dia melempar beg sandangnya ke dalam almari dan menutup dengan cepat dan bersandar di pintu almarinya ala-ala gaya model lelaki pula.
            “Qisya, tolong ibu kat bawah.  Ibu nak masak pai ni.    Qisya pandai masak pai epalkan”
            “Ibu nak makan pai ke?”
            “Ibu nak buatkan untuk abang Farhan Qisya”
            “Abang Qisya.  Dia bukan abang Qisya”  dia memeluk tubuh dan langsung tidak mahu bergerak dari pintu almarinya.  Takut sangat ibunya datang membuka pintu almari dan memeriksa almarinya yang tunggang langgang itu.
            “Qisya, sudah-sudahlah tu benda dah lepas.  Buat apa nak fikirkannya lagi”
            Qisya merapati ibunya dan menarik tangan ibunya keluar.
            “Dia tinggalkan Qisya macam tu bu.  Ibu tahukan sebab dia Qisya sedih sampai jatuh sakit.  Sudahlah pergi diam-diam macam tu.  Qisya tak akan maafkan dia!”
            “Qisya, cuba nanti Qisya bersemuka sahaja dengan dia.  Kalau tak nak bermesra macam dulu, just tunjuk muka pun dah cukup.  Janganlah menampak sangat yang Qisya tak sukakan dia”  pujuk ibu.
            “Memang Qisya tak sukakan dia.  Sampai bila-bila pun Qisya tak akan maafkan dia.  Tak akan!”
            “Hmm, anak ibu ni keras kepala betul, tapi tak apakan Qisya buatkan pai epal tu.  Boleh ya sayang”
            “Macam tak ada benda lain dia nak makan”


MEMANG nasib kau lah Farhan.  Nak sangat tengok muka akukan.  Sampai ke sudah tak akan dapat tengok.  Alih-alih dia memakai mask berwarna putih.  Kononnya dia telah jatuh sakit.  Mungkin lelaki itu hanya boleh melihat rambutnya yang pendek dan perwatakannya yang kasar. 
            Rancangannya untuk pergi ke camping tidak berjaya kerana tidak berjaya mencipta sebarang alasan yang munasabah.  Untuk tidak mengecewakan ibu dan ayah dia terpaksa melakukannya.  Jika tidak sampai ke sudah dia tidak akan menemui lelaki itu.
            “Pakai macam ni je?”  ibu memandang anak gadisnya itu dari atas sehingga ke anak kuku kaki.
            Tshirt berlogo mickey mouse berwarna ungu cair, dan seluar tidur bercorak zebra memanjang.  Simple dan selesa, adalah pemilihan pakaiannya pada malam itu.
            “Qisya” ibu berbunyi menegur ketika Qisya memakai mask pula.
            “Qisya selsema la ibu.  Nanti berjangkit dengan abang Farhan pulak”   wajahnya selamba dan dia menuang air ke dalam gelas.  Ayahnya baru turun ke bawah dengan baju kemeja berkolar.  Kemas dan sesuai dipakai untuk menyambut tetamu.
            “Qisya. Kenapa pakai mask?”  tanya ayah.
            “Selsema”
            “Orang datang nak tengok dia, boleh pula dia pakai mask tu”
            “Ala, nanti berjangkit pulak dengan abang Farhan ayah”
Ayah mengeleng.
            Jam sudah pun menunjukkan pukul lapan malam dan kemudian kedengaran ada suara memberi salam di luar.
            “Qisya pergi bukakan pintu..eh budak ni nak ke mana pula dia”  tidak sempat ayah menghabiskan ayat arahan kepada Qisya, si anak gadisnya itu sudah beredar ke ruangan dalam dapur pula dan cepat-cepat menuju ke  tandas.  Tak ingin dia bukakan pintu buat lelaki itu.  Tak akan!
            Tapi sebenarnya dia sendiri rasa tidak selesa dan berdebar, pertama kali mereka berdua akan bertentangan mata.  Masing-masing dah besar.  Tak tahulah ayat perbualan mereka yang pertama nanti apa?
            “Sihat?”
            “Sihat.  Abang?”
            “Abang sihat”
Mungkin selepas itu mereka akan terdiam untuk tiga minit yang seterusnya.  Hmmm..
            Sepanjang dia berada di dapur dia terdengar suara ayah, ibu dan suara seorang lelaki yang begitu asing baginya.  Suara diakah?
            “Mana Qisya mak cik?”  suara itu bertanyakan tentang dirinya pula.  Kali ini debaran jantungnya berdegup dengan sangat pantas.  Dia memasang telinga ingin mendengar balasan daripada ibunya pula.
            “QISYA!”  nah sekali ibu melaung memanggil namanya.  Mak ai, berderau darah ni sampai ke muka.
            Dup..dap…dup..dap..
            “Qisya, buat apa lama sangat dalam tandas tu.  Cepat keluar.  Abang Farhan kamu dah sampai ni”
            Ibu yang berkata-kata sepanjang menuju ke dapur tersentak apabila menangkap anak gadisnya sedang berdiri terpacak di belakang peti ais.
            “Budak bertuah ni.  Buat apa duduk kat sini”  sempat ibu mencubit lengan kanan anaknya itu.
            “Aduh!”  berpiat-piat Qisya mengosok lengan kanannya.  Cubitan ibu adalah ibu segala bisa. Perit dan menyakitkan.
            “Keluar cepat.  Jangan mengada nak menyorok-nyorok.  Keluar!”  ibu mengumam geram sambil membeliakkan matanya.
            Qisya mengetap bibir dan masih mengosok-gosok lengannya.  Merah sudah lengannya.
            “Ha, tu pun Qisya”  kedengaran suara ayah.
            Dan sepantas itu, Farhan menoleh ke arah Qisya.  Dia memandang gadis itu lama.  Tak tahulah apa yang sedang berada di dalam pemikirannya ketika itu apabila Qisya tidak pula memandang ke arahnya secara tepat.  Qisya mengambil tempat ibunya tidak pula ingin duduk bertentangan dengan Farhan.  Namun selepas itu, ibu datang dan menyuruh dia menukar tempat duduk.
            Ibu ni..
            “Qisya tak apa-apa ke?”  tanya Farhan apabila dia melihat gadis itu memakai mask  sebaik sahaja Qisya beralih tempat duduk dan duduk di hadapannya.
            “Selsema sedikit”  jawabnya tanpa memandang mata lelaki itu. 
            “Macam mana nak makan nasi tu kalau pakai mask tu Qisya?”  tegur ayah yang sudah mula tidak menyenangi sikap anaknya itu.
            “Entah Qisya ni.  Selsema tu teruk sangat ke sampai nak kena pakai mask.  Buka mask tu sekejap.  Lepas makan baru pakai balik” celah ibu pula.
            Aduh bila ayah dan ibu dah mula berkomplot.  Nak buka ke ha?  Mamat ni asyik renung dari tadi.
            “Tak boleh la, ayah ibu.  Nanti abang Farhan kena selsema macam mana.  Esok diakan nak kena kerja”
            Farhan menahan ketawa.
            “Hisyhh budak ni”  ibu pantas menyepak kaki anaknya di bawah meja.  memang menyakitkan.  Ibu ni tak sayang anak dia ke.  Asyik nak buat  anak dia je malam ni.
            “Ha, kenapa pulak tu?”  tegur ayah apabila Qisya mengosok-gosok tulang kering kaki kanannya.
            “Tak apa, Qisya jaga badan .  Qisya tak makan malam”  beritahunya.
            “Sudahlah.  Mari kita makan dulu.  Qisya tadi ada buat pai epalkan.  Pergi siapkan kat dapur”  suruh ayah yang malas nak memanjangkan cerita sementara mata ibu tajam merenung anak gadisnya itu.  Sewaktu Qisya bangun, Farhan memandang ke arah Qisya dan kemudian barulah, mata Qisya melawan pandangan mata Farhan dengan renungan tajam.  Seakan-akan faham, Farhan menarik mukanya dan menjamah makanannya bersama ibu bapa Qisya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...