Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 9



BAB 9


“Amboi berseleranya kau makan”  Ayiez mengeleng kepala.  Al- maklumlah dah dua hari dia memprotes di dalam bilik tanpa mengambil sebarang makanan.  Ini terlampau sedih sangat sampai menyeksa diri sendiri.
            “Tu lah lain kali protes macam tu lagi.  Eee, kau ni aku cakap bukan nak dengar”  telinga Qisya dipiatnya.  Dah macam gaya mak-mak pula si Ayiez ni kalau membebel.
            “Sakitlah mak”
            “Mak?  Mak hotak kau”  Ayiez kalau bercakap dengan Qisya macam layan kawan lelaki dia pula.  Cakap je apa yang dia nak cakap.
            Qisya menghabiskan sepinggan nasi bubur.  Tadi baru sahaja dia menghabiskan dua keping pizza saiz regular.
            “Alhamdullilah”
            “Kenyang dah?”
            “Dah mak”  Qisya tersengih.  Dia mengangkat pinggan dan cawan kotornya ke singki dan membasuh.
            “Ha, ni nak ke mana pula ni?”
            “Nak pergi jumpa abang!”
            “Abang?”


“QISYA ingat lagi tak kotak yang Qisya bagi kat abang dulu?”
            Qisya mengangguk.
            “Ni, abang masih simpan lagi kotak ni dan abang letak barang yang abang sayang dalam kotak ni”
            Qisya mengambil kotak yang disua oleh Farhan.  Ini adalah kali pertama mereka dapat duduk bersama dan bercakap dengan baik.  Dalam masa yang sama Qisya berasa terharu kerana Farhan masih menyimpan kotak cantik yang diberikannya dahulu kepada lelaki itu.
            “Kalau Qisya nak tahu abang tak pernah lupakan Qisya.  Abang bawa kotak ni sekali sewaktu abang di luar negara.  Serius abang bukan tak nak telefon rumah Qisya, abang Cuma takut abang tak dapat terima yang kita terpisah dalam keadaan macam ni.  Abang sendiri pun tak tahu bagaimana cara nak beritahu Qisya yang abang kena pergi ke luar negara.  Maafkan abang Qisya”  buat sekian kalinya dia meminta maaf kepada gadis itu.  Wajahnya serba salah tak habis-habis.
            “Qisya masih marah lagi dengan abang sebenarnya, tapi marah Qisya mungkin dah berkurang sebab Qisya rasa gembira sebab abang masih simpan kotak ni”
            “Tak Qisya, abang tak mungkin buang kotak ni.  Qisya sendiri tahukan yang abang sayangkan Qisya”
            Kasih sayang yang dimaksudkan oleh Farhan mungkin kasih sayang antara seorang abang kepada adiknya sahaja.  Tak kurang dan tak lebih daripada itu.
            “Sekarang ni abang anggap masalah kita dah selesai sedikit.  Lepas ni Qisya jangan garang sangat dengan abang ya?”
            Qisya tersenyum dan mengangguk.  Farhan melepaskan rasa lega dan mereka saling memandang.  Qisya menyerahkan kembali kotak itu.
            “Kalau abang rasa abang dah tak perlukan kotak tu lagi abang pulangkan kembali kepada Qisya.  Boleh?”
            “Kenapa Qisya cakap macam tu?”
            “Maksud Qisya, kalau abang anggap Qisya benar-benar tak penting dalam hidup abang selepas ni abang kena pulangkan balik kotak tu kepada Qisya”
            “Takkan la abang nak serahkan balik kotak ni kepada Qisya.  Qisya beri kepada abangkan.  Jadi tanggungjawab abang untuk simpan kotak ni elok-elok”
            Dia mungkin tak faham apa yang aku maksudkan.  Tak apalah suatu hari nanti dia akan faham.  Kami tak mungkin akan begini untuk selamanya.  Buatnya dia berkahwin suatu hari nanti dan isterinya jumpa kotak ni, dan lihat ada nama perempuan lain dalam kotak tu tak ke berperang dunia ketiga.


“GEMBIRA semacam je anak mama ni.  Makan pun tersenyum, buat itu tersenyum, buat ini tersenyum.  Macam orang tengah angau bercinta pula”  ibu mengusik anak terunanya itu.  Ketika itu, Puan Marina, Ayiez dan Farhan berada di ruang tamu.
            Ayiez memandang abangnya itu.
            “Cuba beritahu mama, Farhan dah jumpa dengan sesiapa yang berkenan di hati ke?”  Puan Marina mula merisik ingin tahu.
            “Mana ada mama, mama ni”
            “Haha, betullah tu kan, yang anak mama ni sebenarnya dah jatuh cinta.  Beritahu sahajalah kat mama.  Senang mama nak buat persediaan.  Nanti tak kelam kabut”
            “Apalah mama ni.  Farhan masih kosong lagilah mama.  Tak terfikir pun ke arah nak kahwin.  Lagipun masih banyak benda yang Farhan kena belajar.  Masih banyak lagi kekurangan Farhan mama”  beritahunya ikhlas.
            “Ha, Ayiez takkan abang kamu ni tak ceritakan apa-apa dekat kamu?”  sengaja Puan Marina bertanya kepada anak keduanya pula.  Ayiez mengungkit bahu.  Sekarang ni pun mereka macam anjing dengan kucing.  Tak boleh salah sikit mesti berbunyi.  Macam mana nak duduk rapat.  Sekarang ni pun sebab ada mama je.  Kalau tidak tak hendak dia duduk sekali berbual dengan mereka.
            “Insya Allah mama.  Suatu hari nanti”  kata Farhan dengan senyuman.


TUK..TUK…
            Siapa pula yang datang ketuk pintu bilik dia jam sepuluh malam ni.  Qisya yang belum lagi tidur bangun dari kerusi dan pergi membuka pintu biliknya. Dia melihat Marsha dengan pakaian tidur berwarna pink dari atas sampai ke bawah dengan membawa beg hadiah dan patung beruang yang dipeluk pada bahagian kepalanya.
            “Untuk awak”  Marsha menyua beg hadiah tersebut.
            “Eh apa benda pulak awak ni”  dia mengambil dan melihat isi di dalam.  Tanpa dijemput, Marsha masuk ke dalam bilik Qisya.
            “Hadiah birthday awak hari tu.  Saya lupa nak bagi tapi saya beli hadiah tu pada hari lahir awak tau”
            Qisya melihat ada seekor patung beruang sederhana besar di dalam beg hadiah itu.
            “Terima kasih”
            “Sama-sama, saya tak tahu awak suka warna apa, jadi saya belikan warna peach.  Harap awak suka”
            Qisya meletak beg hadiah itu di atas meja belajarnya.  Dia menoleh ke arah Marsha.
            “Awak, er, saya dah minta izin dengan papa, saya nak tidur kat sini.  Papa kata dia tak kisah.    Boleh saya tidur dengan awak malam ni?”
            “Huh?”  macam mana nak tidur kalau saiz katil tu pun muat untuk seorang sahaja.  Hermm, ada-ada saja Marsha ni.  Nampaknya terpaksalah dia mengalah.
            “Boleh.  Awak tidurlah atas katil saya.  Saya tidur kat bawah”
            “Huh, kenapa tak tidur atas katil sekali”
            “Sebab takut awak tak selesa.  Lagipun saiz katil saya tu muat untuk seorang je”
            “Ala”  wajah Marsha jelas tidak gembira.
            “Lagi satu saya rasa anak patung awak yang besar tu pun memerlukan ruang jugakan?”
            Marsha diam dan meletakkan anak patung beruangnya ke tepi.
            “Tak muat ke.  Saya tidur tak buas.  Sumpah saya tidur statik je”
            Qisya nak senyum tak nak senyum sahaja wajahnya.  Dia mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
            “Kalau awak nak tidur bawah saya pun nak tidur bawah juga”
            “Eh, nanti siapa nak tidur atas katil?”
            “Tak kisahlah sesiapa pun asalkan saya nak tidur sebelah awak juga!”  Marsha membuat undang-undangnya sendiri.
            Jam telah menunjukkan pukul satu pagi.  Mata Qisya masih juga tidak mahu terlena.  Dia menoleh ke arah  Marsha yang tidur dengan lenanya sambil memeluk bantal peluk Qisya untuk mengantikan patung beruangnya.  Marsha perlu memeluk sesuatu untuk memudahkan dia tertidur.     
            Alih-alih dia terpaksa berkongsi katil dengan Marsha.  Sudahlah katilnya ini kecil sahaja,  memanglah pada asalnya dia nak tidur di bawah tetapi apabila Marsha mahu mengekorinya juga takkan katil ni nak bagi beruang dia je yang tidur.  Macam tak patut pulak benda bukan hidup kita bagi special kat dia.
            Dia cuba memejamkan matanya semula.
            Sesaat, dua saat..
            Dia merasakan Marsha bergerak-gerak dalam keadaan tidak sedar.  Kaki kanan gadis itu melepasi sempadan dengan meletakkan kakinya di atas kaki kiri Qisya.
            Qisya tersentak dan membuka matanya cepat.  Dia menolak kaki Marsha dengan perlahan supaya Marsha tidak terjaga.  Namun kemudiannya, tangan Marsha pula terlepas ke bahagian lehernya. Qisya menolak dengan cepat kerana dia terkejut dan sedikit marah dengan situasi seperti itu.  Dia memerlukan ruang keselesaannya sendiri.  Kata tadi tidur statik ini dah macam apa dah gaya tidurnya.  Kuak lentang ke apa?
            Arghh, tak boleh jadi ni.
            Dia mengambil bantal dan meletak di bawah tepi katilnya dan berbaring di situ dengan beralaskan ambal.
            Biar tak berlapik tilam asalkan dia dapat tidur dengan sempurna tanpa sebarang gangguan.  Kemudian barulah dia dapat melelapkan matanya.  Syukur, Alhamdulillah.


“AWAL bangun.  Mana Marsha? Tak bangun lagi ke?”  tanya ibu.
            “Belum lagi.  Ibu Qisya nak pergi jogging dulu.  Nanti kalau Marsha tanya ibu cakap Qisya pergi jogging dulu ya ibu.  Bye ibu”
            Sebelum Marsha terjaga dan dapat tahu yang dia tidur bawah lebih baik dia bangun dahulu sebelum Marsha.  Buatnya nanti tersentap pula orang tak tidur dengan dia.   Masalahnya bukan tak nak tidur sebelah, saiz katilnya itu hanya muat untuk seorang sahaja.  Nama pun saiz katil bujang.
            Selepas habis berjoging, dia kembali ke rumah.  Marsha duduk di meja makan dengan baju tidurnya.  Kelihatan dia sedang makan sesuatu yang telah disediakan ibu Qisya awal pagi itu.  Dengar sahaja pintu utama ditutup, mata Marsha tertumpu kepada Qisya.  Kelihatan dia sedang marah.  Dia tahu ke yang Qisya tidur bawah malam tadi. Qisya datang dekat sambil menarik kerusi sebelah.
            “Kenapa tak gerak saya bangun sekali pagi tadi.  Nak juga ikut jogging sama-sama”  getus Marsha.
            “Ala, saya tengok awak macam sedap je tidur jadi malas la nak gerak awak bangun”  beritahunya.
            “Hmmphh”   Marsha menoleh ke tepi.  Kononnya merajuk. 
            Qisya bangun.
            “Sampai hati tak gerak saya..”  Marsha membebel seorang diri.  Sangkanya Qisya ingin memujuknya tetapi dia melihat Qisya melangkah ke arah dapur.
            “Ibu, nasi goreng ada tak?”
            “Ibu tak goreng lagi sayang”
            “Qisya tolong gorengkanlah bu.  Tiba-tiba ni hari tekak terasa macam nak makan nasi goreng”
            “Gorenglah”
            Marsha bangun dari kerusinya dan menjengul kepala di ruangan pintu gerbang dapur.  Dia melihat Qisya sedang menyediakan bahan untuk memasak. 
            Hisyhh orang tengah merajuk dengan dia ni bukannya dia nak pujuk ke apa.  Entah apa-apa dia ni.  Marsha membebel sahaja.
            Sesudah mengoreng nasi, Qisya teringatkan Marsha dan mencedok nasi goreng buat gadis itu juga.  Sepinggan untuknya dan sesuku nasi untuk Marsha.  Marsha mesti tak makan banyak sebab nak jaga badan dia.
            “Nah, untuk awak.  Nasi ni saya goreng”
            “Ha?”  Marsha melihat nasi goreng yang disediakan oleh Qisya buatnya.  Dia pantas memegang sudu dan merasai sesuap nasi goreng.  Sedapnya nasi yang dia goreng! Lebih sedap daripada yang dia goreng sebelum ni.  Aduh, terasa malu pula sebab hari tu tunjuk bakat tak menjadi.
            “Sedapnya nasi goreng awak.  Just simple tapi sedap”  puji Marsha.  Lupa langsung yang dia nak kena merajuk dengan Qisya.  Kononnya nak tengok cara Qisya memujuk macam mana.
            Memang taklah kalau nak Qisya pujuk orang.  Dia memang tak pandai nak pujuk orang apa entah lagi kalau orang tu tengah merajuk dengan dia ke apa ke memang dia tak tahu.  Dia selamba sahajalah dengan gaya dia tu.  Gaya cool.
            “Mak cik,  Qisya pandailah memasak.  Sedap nasi goreng dia”  katanya kepada ibu pula.  Ibu tersenyum.  Bangga dengan bakat yang diperturunkan kepada anaknya.
            “Qisya pandai buat pai juga tau”
            “Serius?  Pai apa?”  dia memandang muka Qisya yang biasa itu.
            “Pai apa-apa ajelah.  Pai buah ke.  Pai ada inti.  Dia pandai masak itu semua”
            “Oh ya ke.  Tak da pula Qisya beritahu kat Marsha apa-apa mak cik”
            “Qisya tak suka memberitahu kelebihan dia pada orang”
            “Ouhh”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...