22
Café masih
belum lagi hendak ditutup tetapi Qisya sudah pun buat closing sendiri. Dia mengemas apa yang patut dahulu. Seperti meja kaunter harus dilap dahulu dan
senarai menu harus disusun dengan teratur di dalam bekas.
Fairuz melihat jam di tangan dan dia
mengerut dahi.
Eh!
Baru pukul sepuluh. Café tutup
pukul 12. Awalnya dia dah nak closing
dah.
“Qisya, naik atas sekejap” dia memanggil dari atas tangga dan apabila
Qisya mendengar arahannya dia naik semula dan terus ke mejanya.
Qisya naik ke atas, dan terus
mendapatkan Farhan.
“Hari ini pertama kali Qisya kerja
lebih masa. Qisya tahukan yang kita
closing pada pukul 12 malam. Bukan
pukul 10” dia bersuara mengingatkan
gadis itu.
Qisya diam dan mengaru belakang
kepalanya.
“Macam dah tak ada pelanggan
je. Sebab tu nak closing awal”
“Awak boss ke abang yang boss kat
sini?” suara Fairuz sedikit tegas.
“Abang”
“Kalau Qisya closing awal,
pelanggan-pelanggan yang nak datang ke sini mesti berpatah balik semula. Sangka mereka café dah nak ditutup tapi
sebenarnya belum lagi. Ingat Qisya
jangan closing terlalu awal”
Qisya mengangguk. Hatinya berasa pilu sahaja malam ini. Malam ini malam terakhir Farhan berada di
rumah istana. Dan selepas itu dia akan
pergi ke luar negara. Sengaja dia ingin
melarikan diri daripada lelaki itu memandangkan Farhan sudah pun bergelar
tunangan orang pada malam semalam. Dia
tidak mahu menganggu Farhan lagi tapi kenapa dia tak boleh nak jauhkan
dirinya. Setiap kali dia buat seperti
itu akan terbit perasaan bersalah.
“Abang esok Qisya nak minta kerja
separuh hari boleh tak. Maksud Qisya, Qisya nak masuk sebelah petang. Boleh tak bang?”
“Tak boleh. Esok Qisya ada banyak kerja”
“Ala, Intan, Lokman, Syafiq dengan
Epul kan ada. Mereka kan shift sama
dengan saya. Takkan kurangnya saya
seorang dah tak boleh”
“Qisya?” cara dia menyebut nama Qisya itu seperti satu
teguran sahaja.
Qisya mengangguk kecil. Hatinya mula berasa lebih sebak. Esok pagi lelaki itu akan terus ke airport. Dia tidak sanggup untuk tidak pergi menemui
lelaki itu sebelum dia berangkat pergi ke luar negara.
“Tak boleh ke abang. Qisya ada hal. Betul-betul ada hal” dia masih mahu mencuba.
“Tak boleh”
“Ala, abang please”
“Kenapa? Qisya nak hantar Farhan ke KLIA. Penting ke semua tu?”
Apa dia cakap penting ke semua
tu? Ergh!
“Yalah, lagipun ini adalah peluang
Qisya yang terakhir. Qisya nak beritahu
dia sesuatu”
“Antara kerja dan hal peribadi tak
boleh dicampur adukkan”
“Ya, saya tahu kerja dan hal
peribadi tak boleh dicampur adukkan tapi tak boleh ke abang benarkan saya untuk
kali ini sahaja. Saya tak kisah kalau
gaji saya akan dipotong”
Fairuz mengeleng kepala perlahan. Dia tetap berkeras tidak mahu Qisya pergi
walaupun sepanjang hari dia akan melihat
Qisya bermasam muka kerananya.
“Pergi sambung kerja Qisya” arahnya tanpa memandang wajah Qisya.
Sangkanya Qisya akan memprotes lagi
namun kemudiannya gadis itu mendengar cakap dan meninggalkannya bersendirian di
atas.
Syafiq berada di tingkat bawah dan
memerhati Qisya yang sedang bersiap-siap ingin balik dan menuju ke mesin punch
card. Eh, dah nak balik ke? Closing nanti dua orang ajelah. Banyak nak kena kemaskan nanti.
“Qisya, kau dah nak balik dulu
ke? Closing?” dia melihat gadis itu sudah pun keluar dari
café sambil memekakkan telinga. Nampak
macam tengah bengang je. Gaduh dengan
Encik Fairuz lagi ke?
Dari atas Fairuz mengintai ke bawah
dan melihat gadis itu berjalan di pejalan kaki dengan langkah yang laju. Dia tahu Qisya sedang bengang dengannya. Nampaknya malam ni dia kena tolong
pekerja-pekerjanya yang lain untuk closing bersama-sama. Aih!
DIA
menghempaskan badannya kasar ke atas tilam.
Matanya memandang syiling lama.
Seperti sedang memikirkan sesuatu.
Tidak lama selepas itu dia teringatkan kotak cantik yang dikembalikan
oleh Farhan kepadanya.
Dia bangun dan mengambil. Penutup kotak itu dibuka dan dia melihat
dahulu isi di dalamnya. Ada
kertas-kertas kecil berwarna-warni dan juga terdapat tulisan tangan pada
kertas- kertas itu. Dia mengukir
senyuman kecil. Dia mengambil dan
membaca.
Qisya sampai
bila-bila kita kawankan?
Dia
mengambil kertas yang lain pula.
Abang tak tahu nak
buat apa kat sini bila pertama kali abang sampai sini.
Abang sunyi, sedih,
dan rindu Qisya. :’(
Hari ni abang happy
sebab
Abang dapat kawan
baru tau. Namanya Evan.
Qisya, abang
rindukan memori kita dulu. Miss you so
much.
Qisya walaupun kita jauh
tak bermakna
Yang abang dah
lupakan Qisya.
Qisya jangan nangis
ya bila abang tak ada di sisi Qisya.
“Macam
mana Qisya nak lupakan abang kalau abang asyik buat Qisya rasa susah hati
setiap masa” dan tiba-tiba dia menangis
tersedu-sedu. Air matanya sudah ditahan sejak dari tadi
lagi. Sejak dalam perjalanan balik lagi. Sudahlah esok dia tidak dapat kerja separuh
hari. Bengang pun ada dengan Fairuz yang
tiba-tiba tak boleh nak bertolak ansur itu.
Bukannya dia tidak tahu bagaimana rapatnya hubungan Qisya dan Farhan.
Menyakitkan hati!
Tidak lama kemudian, telefon
bimbitnya berbunyi. Panggilan daripada
Farhan. Dia menjawab setelah 15 saat
berbunyi. Dia risau lelaki itu akan
dapat mengecam suaranya yang baru lepas menangis.
“Kenapa lambat angkat?” ayat pertama yang keluar dari mulut Farhan.
Qisya sedang berusaha menahan
tangisnya.
“Kenapa ni?” tanya Farhan sebaik sahaja dia mendengar
suara Qisya sedang menahan tangisan.
“Qisya tak apa-apa”
“Bohong! Jangan bohong abang Qisya. Abang tahu mesti ada sesuatu yang dah
berlakukan. Kenapa ni Qisya?” kedengaran lelaki itu sedikit risau.
“Betul Qisya tak apa-apa, selsema sedikit”
Farhan mengeluh.
“Qisya jangan buat abang lagi berat
hati nak tinggalkan sini”
“Abang pergi ajelah. Tak perlu fikirkan Qisya lagi. Qisya suka kalau abang sambung pengajian
abang lagi” betul ke aku suka? Macam tak je.
“Qisya kalau abang nak tanya sesuatu
boleh?”
“Hmm, tanyalah” dia mengesat air matanya.
“Qisya suka abang ke?”
Qisya terdiam. Tidak menjangka yang Farhan akan bertanyakan
soalan seperti itu. Jantungnya cepat
sahaja berdegup. Seperti takutkan akan
sesuatu.
“Qisya suka abangkan selama ni?” tanya Farhan lagi. Suaranya seakan-akan berbisik di telinga
Qisya.
“Qisya..?”
Jawapan apa yang harus aku beri
kalau aku sendiri susah untuk menuturkan ayat itu.
“Abang janganlah tanya soalan yang
merepek macam ni” dia berpura-pura
ketawa. “Nanti kalau Diana tahu yang
abang tanya Qisya macam ni, mengamuk pula dia nanti”
“Qisya, abang tak mungkin dengan
Diana. Ya memang dia tunang abang, tapi
hati abang sedikit pun tak mengakui yang
kami sebenarnya adalah tunang. Qisya
jawablah pertanyaan abang ni. Qisya suka abangkan”
“Kenapa dengan abang malam ni?”
“Kenapa apa?”
“Yalah tiba-tiba je tanya soalan
yang merepek macam tu”
“Qisya jangan sampai abang datang
rumah Qisya malam-malam macam ni. Abang
serius ni Qisya. Abang nak tahu apa
perasaan Qisya kepada abang selama ni.
Betul ke Qisya anggap abang hanya sebagai seorang abang sahaja”
“Abang janganlah macam ni..”
“Qisya apa yang abang cakap abang
buat. Abang datang rumah Qisya
sekarang!”
“Abang jangan main gilalah!” dia
separuh memekik. Geram pula bila lelaki
itu memaksa dia.
“Abang tak boleh paksa Qisya untuk
nyatakan perasaan Qisya kepada abang.
Qisya bukan macam tu”
“Baik, abang bagi peluang. Esok pukul 10 pagi abang nak Qisya pergi ke
KLIA dan cari abang di situ. Abang nak
dengar jawapan Qisya”
“Tapi ianya tak akan mengubah
apa-apakan?”
“Bye. Selamat malam” Farhan mematikan talian.
Qisya tergamam dan kemudiannya
ketika dia merenung skrin handphonenya
air matanya mengalir semula. Kali ini
lebih deras daripada tadi. Kenapa abang
paksa Qisya? Macam mana Qisya nak ke
sana kalau waktu tu Qisya kena bekerja. Hisyhh, ada juga aku berhenti kerja
nanti. Sebal dengan Fairuz masih belum habis lagi.
DIA bertekad
apa nak jadi, jadilah. Dia tak akan
masuk kerja. Lantaklah Fairuz nak cakap
apa. Dia bagi ke tak, yang penting hari
ni dia kena pergi ke airport juga. Ya,
mungkin ini adalah kali terakhir dia akan melihat wajah Farhan.
Dia mengambil teksi untuk ke
sana. Jarak dari rumah ke aiport
mengambil masa sejam jadi dia bertolak dalam pukul 8:30 pagi. Dan kemudiannya ketika dia sedang berharap
yang dia akan sempat sampai di airport tiba-tiba teksi yang dinaikinya telah
dikepung oleh sebuah kereta proton saga yang menyuruh pemandu teksi
berhenti. Pemuda yang berumur 30-an itu
terpinga-pinga.
“Kenapa ni?” tanya Qisya dengan nada yang cemas.
“Cik, mereka…mereka sedang memburu
saya. Mereka tu Ah Long!” beritahunya dengan suara tidak tentu arah.
Ya Allah, cubaan apa yang Kau
berikan kepadaku. Apakah ini semua.
“Keluar! Aku cakap keluar!” seorang lelaki berbaju hitam menyuruh pemandu
teksi itu keluar.
“Cik..” lelaki itu seolah-olah meminta pendapat Qisya
pula. Sudahlah Qisya takut yang dia
mungkin akan terlewat ke sana.
“Jangan keluar!” kata Qisya.
Dia cuba mencari sesuatu yang berada di dalam teksi ketika itu.
“AKU CAKAP KELUARLAH!” dua orang lelaki berada di tepi teksi dengan
wajah bengis. Nampak macam orang
Melayu. Macam ni ke orang Melayu. Peras ugut, bertumbuk, mencuri, menyusahkan
bangsa dan negara sendiri betul.
“Cik, cik nak ke mana?” mengelupur pemandu itu apabila Qisya menolak
pintu keluar dan menyuruh pemandu itu menguncikan pintunya. Dia kini sedang dikelilingi oleh dua orang
lelaki yang berbadan besar seorang dan juga seorang bertubuh kecil dan rendah.
“Aku suruh orang lain yang keluar,
dia pulak yang keluar” kata lelaki
bertubuh rendah itu.
Qisya sedang cuba mencari idea
bagaimana hendak menumpaskan mereka jika mereka berniat mahu menyerangnya.
“OI, kau masuk balik. Semak pula aku tengok muka kau. Aku nak dia ni yang keluar bukannya kau!”
“Korang memang tak ada kerja lain
ey. Peras ugut bangsa sendiri, macam ni ke harapan negara”
“Amboi pandainya mamat bersuara
halus ni bercakap. Dia berhutang dengan
kami RM10,000. Sekarang dah tiga bulan
kami beri dia masa untuk dia jelaskan hutang tu, tapi masalahnya satu sen dia
tak beri lagi. Jadi tuan kami arahkan
kami datang dan bawa dia sebab nak kasi potong itu dia punya tangan”
Qisya diam. Dia merenung tajam muka-muka di
hadapannya. Kasihan mak bapak dia
orang. Besarkan anak mereka dan jadi
manusia yang tak berguna macam ni.
Memalukan betul.
“Oi, kau pandang apa macam tu. Kenapa tak pernah tengok orang handsome macam
kami ni ke?” lelaki bertubuh besar itu
ketawa dan kemudiannya dia menampar kuat muka Qisya sehingga terkena pada
hujung bibirnya.
Qisya memalingkan semula mukanya ke
hadapan dan mengesat darah pada bibirnya.
Ini dah macam melampau!
“Aku beri peluang kepada korang
berambus dari sini sebelum nasib tak menyebelahi korang. Dah lama aku cari punching beg macam korang
ni lah” kata Qisya dengan berani. Ah nak takut apa. Dia belajar ilmu pertahanan
diri. Kalau dulu dia boleh lepas diri
daripada Sham, si lelaki tak guna itu sekarang dia boleh lepaskan diri daripada
dua makhluk yang minta hadiah istimewa ni.
“Amboi, belagak. Kau ingat kami takut!.. nah ambik ni!”
Tak sampai sepuluh saat, lelaki
bertubuh besar itu sudah terbaring di kakinya.
Kaku tanpa sebarang bunyi yang kemudiannya..
“ADOIIII.. SIAL! TAK GUNA!”
Qisya bersedia untuk menghadapi
musuh dia yang sama lebih rendah daripadanya itu. Dia membuka langkah dan apabila lelaki itu
menghampirinya dengan tumbukan, dia menepis dan menyiku muka lelaki itu dengan
kuat sehingga lelaki itu mengerang di atas jalan.
“SAKIT GILA!”
“Dia ni apa sebenarnya?”
Melihat mereka berdua sedang
mengelupur kesakitan, Qisya pantas masuk semula dan pemandu teksi tersebut
terus memandu dengan laju.
“Terlepas lagi. TAK GUNA!”
Dilihat jam sudah menunjukkan pukul
9:15 pagi. Sempat tak ni? Harap-harap
dia sempat.
“Cik terima kasih sebab dah tolong
saya tadi. Cik ni pandai berlawan
rupanya” dia mengintai melalui cermin
tengah dan terkejut apabila melihat bibir Qisya yang berdarah itu. Wajahnya bertambah risau.
“Cik, kita ke hospital dulu ya. Biar saya yang tanggung perbelanjaan
hospital. Bibir cik berdarah tu”
“Encik berhutang dengan mereka
sampai RM10,000 pun tak bayar lagi ni kan pula nak bayarkan bil untuk
saya. Tak payahlah. Luka biasa je ni”
“Maafkan saya cik. Disebabkan saya cik dah jadi macam ni. Sebenarnya bukan saya yang berhutang dengan
mereka tetapi abang saya. Disebabkan abang
tak boleh nak bayar jadi saya yang jadi mangsa dia. Abang entah lari ke mana” tidak segan silu dia menceritakan hal yang
sebenarnya”
“Saya cadangkan selepas ni encik
buat laporan ajelah. Susah kalau perkara
ni dibiarkan macam tu je”
“Ya, cik. Saya pun berfikir tentang benda yang
sama. Saya tak mahu perkara tadi
berulang lagi. Terima kasih cik sebab
dah bantu saya”
SAMPAI
sahaja di jalan masuk utama KLIA, Qisya berjalan dengan pantas tanpa
menghiraukan orang-orang yang berjalan bertentangan dengannya apabila melihat
luka di bibirnya dan terdapat sedikit kesan lebam. Ah biarlah orang nak fikirkan apa.
Dengan kotak cantik di tangannya,
dia turut bawa bersama. Dia mahu memberi
kepada Farhan semula. Dilihat jam sudah
menunjukkan pukul 9:50 pagi. Di mana
kedudukan Farhan sekarang?
Di mana dia?
FAIRUZ
berkali-kali melihat jam ditangannya.
Sudah hampir sejam Qisya lewat masuk kerja. Mungkin dia benar-benar mahu bekerja separuh
hari. Ah! Gadis itu suka buat apa
sahaja yang dia nak tanpa memikirkan tentang orang lain.
Dengan rasa tidak sabar, dia menekan
punat telefon dan menghubungi nombor telefon Qisya.
Tidak berangkat.
Dia menghubungi sekali lagi dan
jawapannya tetap sama.
“Encik, Qisya masuk tak kerja hari
ni?” tanya Intan. Kalau Qisya tak ada tak seronoklah nak buat kerja.
“Abang tengah cuba hubungi dia ni
tapi dia tak jawab” beritahu
Fairuz. Buat kali ke empat dia terus
menghubungi lagi dan kemudiannya panggilan bersambung. Dia menarik nafas ingin berbicara dengan
tegas dengan Qisya namun kemudiannya dia terdengar suara Qisya sedang
menangis. Terus wajahnya berubah.
“Qisya kenapa ni?” soalnya.
Tahu pula dia nak risau bila dengar suara Qisya seperti itu. Terbantut dia nak marah.
“Abang Farhan.. Qisya tak jumpa
dia.. Qisya tak tahu dia ada kat mana”
kemudiannya dia bersambung dengan tangisan kecilnya. Mencurah-curah air matanya. Ketika itu dia sedang duduk bersendirian dan
dua tiga orang yang lalu di tepinya menoleh ke arahnya. Mungkin melihat keadaan Qisya seperti itu
membuatkan mereka bersimpati. Mungkin
dia telah ditinggalkan oleh kekasihnya.
“Qisya..” Fairuz menegur lembut.
“Qisya tak tahu dia dah pergi ke
belum. Dah pukul 10:20, mesti dia dah
berangkat.. Qisya nak sangat jumpa dia
buat kali terakhir tapi..”
Dia memegang kotak cantik itu sambil
menundukkan wajahnya yang begitu banyak sekali mengalirkan air matanya.
“Qisya nak jumpa dia
sangat-sangat…nampaknya Qisya dah tak ada peluang abang”
Ketika dia leka mengesat air matanya
dan tersedu-sedu menangis, dia didatangi seseorang. Mungkin orang awam yang memerhati ke arahnya
dan kemudian bercadang untuk menghampirinya setelah sekian lama melihat dia
menangis seperti itu.
“Qisya” suara itu memanggilnya.
Qisya tersentak. Panggilan telefon terus dimatikan. Dia mengangkat muka dan melihat Farhan berdiri
di hadapannya dengan wajah gembira.
Tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
Dia meletakkan kotak cantik di tepi, lalu menuru ke arah Farhan dan
memeluk lelaki itu dengan sekuat hatinya.
Teresak-esak dia menangis. Dia
fikir dia tidak akan menemui lelaki itu lagi.
Dia sangat risau dan sentiasa berdebar.
Farhan yang terkejut dengan perilaku
Qisya yang memeluknya itu, tergamam.
Tidak lama selepas itu menyedari
kesalahan yang dilakukannya, dia cepat melepaskan rangkulan pelukannya dengan
wajah malu dan bingung. Qisya pantas
menundukkan wajahnya. Malu!
Apa yang aku dah buat ni?
“Qisya” Farhan yang menyedari sesuatu pantas
mendongakkan kepala gadis itu dan melihat kesan lebam dan juga luka di hujung
bibir Qisya. Wajahnya terus berubah.
“Kenapa ni Qisya. Siapa yang buat Qisya macam ni?” tanyanya dengan rasa tidak senang.
“Tak ada apa-apa. Qisya terjatuh sewaktu lari ke sini. Qisya ingat Qisya dah lambat temui
abang” bohongnya dengan mengatakan kecederaan
pada wajahnya kerana dia terjatuh.
Farhan terus membelek wajah Qisya
dengan rasa risau. Hatinya tidak senang
melihat Qisya terluka seperti itu.
“Qisya jangan bohong abang. Ni bukan luka dari jatuh ni. Qisya kena pukulkan?”
Qisya diam sahaja.
“Dah la, betul Qisya jatuh. Abang jangan fikir yang bukan-bukan. Abang punya flight pukul berapa?” dia cuba mengubah topik.
“Pukul 11:30” jawabnya juga walaupun dia masih ingin tahu
tentang hal yang sebenarnya.
“Qisya okaylah abang. Janganlah pandang Qisya macam tu?”
“Kalau abang tahu Qisya
terkejar-kejar ke sini, abang tak akan suruh Qisya ke sini” kelihatan Farhan mula rasa menyesal. Dia tahu kesan luka pada muka Qisya bukan
kerana dia terjatuh tetapi kerana dia telah dipukul.
“Abang jangan cakap macam tu” dia menangis semula. Kenapalah sejak akhir-akhir ini dia
menjadikan seorang yang cengeng bila
berkaitan dalam bab perasaan.
“Qisya tercedera disebabkan
abang. Abang tak nak perkara buruk
berlaku kepada Qisya lagi”
Qisya teringatkan sesuatu. Dia mengambil kotak cantiknya semula lalu
berdiri di hadapan Farhan semula.
“Qisya nak abang bawa kotak ni sebagaimana abang bawa kotak ni dahulu ke
luar negara. Qisya tak nak abang pergi
macam tu je. Qisya nak abang penuhi isi
kotak ni dengan apa sahaja yang abang nak”
“Qisya..”
“Lagi satu, terima kasih sebab jadi
abang yang begitu baik buat Qisya. Qisya
hargai. Walaupun Qisya macam ni, abang tetap nak rapat dengan Qisya. Terima kasih juga kerana sayang Qisya. Qisya sayang abang juga sampai bila-bila”
Dia menghulur dan kemudiannya Farhan
mengambil kotak tersebut dengan rasa berat.
“Qisya tak nak tahu berapa lama
abang nak duduk di luar negara tu”
“Qisya..”
“Abang akan sentiasa di hati
Qisya. Qisya doakan abang selamat dan
sihat selalu” setiap kali lelaki itu ingin membuka mulut dia akan memotong.
“Qisya dengar apa yang abang nak
cakapkan!” suara Farhan sedikit tegas.
Qisya diam dan memandang Farhan
dengan mata yang berair.
“Berjanji dengan abang yang Qisya
akan selamat dan sihat selalu juga. Jaga
diri. Jaga maruah ibu dan ayah
Qisya. Jaga teman, Qisya” beritahu Farhan. Melihat gadis itu menangis, air matanya
bertakung juga di kelopak matanya.
“Abang sayang Qisya. Abang juga akan merindui Qisya”
Qisya mengangguk. Dia kena kuatkan semangatnya.
“Abang tak akan ucapkan selamat
tinggal kepada Qisya. Qisya tahukan yang
abang tak suka dengan ucapan tu”
Dia mengangguk lagi.
“Qisya boleh abang cakapkan
sesuatu?”
“Herm?”
“Jangan kahwin lagi. Tunggu abang boleh? Qisya janji dengan abang”
Apa maksudnya? Kenapa Farhan cakap seperti itu. Jangan kahwin lagi. Tunggu dia.
Maksudnya?
“Abang dapat rasa apa yang Qisya
rasa” beritahunya dengan senyuman. Sebelah tangannya diangkat dan dia melekapkan
tapak tangannya di dada kirinya.
Qisya mencekup mulutnya kerana
perbuatan lelaki itu mengejutkan dirinya.
Adakah ini bermakna lelaki itu tahu yang dia sukakannya.
“Dah lama abang dapat rasakan
perasaan ni. Kalau ada jodoh antara kita
berdua, tolong Qisya jangan pilih orang lain.
Qisya tunggu abang okay”
Dan Qisya mengangguk perlahan. Dia berasa terharu. Pada ketika itu air mata Farhan mengalir
jua. Dia mengukir senyuman.
“Pasal Diana, abang langsung tak
fikirkan tentang dia. Abang akan
pertahankan hak abang. Abang ada hak
untuk bersama dengan orang yang abang cinta.
Abang minta maaf sebab sakitkan hati Qisya dahulu”
“Abang, perkara tu dah lepas. Qisya dah lupakannya”
Farhan mengangguk.
“Dah pukul 11:00. Abang kena tunggu di ruangan menunggu
sekarang. Qisya abang pergi dulu. Jaga
diri. Abang akan hubungi Qisya nanti”
Walaupun hatinya berat, dia terpaksa
melepaskan Farhan pergi juga. Jika ada
jodoh mereka akan bersama kemudiannya.
Dia mengangkat tangannya dan mula melambai ke arah Farhan yang sudah
jauh dari matanya. Hatinya sebak
semula. Bilakah dia akan bertemu kembali
dengan Farhan. Bilakan masa itu akan
tiba?
“Qisya akan tunggu abang” ucapnya perlahan dengan tangisan kecilnya.
Ulasan