Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 13



13


Qisya menarik kain langsir menutup cermin tingkap panjang dan menyambung kembali tidurnya.  Hari ni dia benar-benar berasa malas ingin melakukan apa-apa pun.  Macam ni nak pergi kerja dengan Fairuz.  Nak bangun pun bukan main liat.  Waktu nak subuh pun kena take five dulu barulah nak bangun selepas tu.  Dapat tidur seminit pun dah tak apa.  Asalkan dia boleh melayan rasa mengantuknya itu.
            TUK..TUK..
            “Qisya bangun sayang.  Ada tetamu ni”
            Aduh siapa pula yang datang ni.  Hujung minggu kot.  Walaupun tak bekerja tapi bagilah aku peluang nak tidur lewat sikit.   Hisyhh siapalah yang mengacau di hujung waktu aku ni?
            “QISYA!”
            “Yaaa”  mendengar sahaja ibunya menjerit, dia menyahut dengan rasa tidak tenteram.
            Dia membuka pintu bilik dan menjengulkan mukanya diluar dengan muka mengantuk.
            “Kenapa ni ibu.  Siapa pula makhluk tu.  Orang mengantuk ni bu”  katanya.
            “Hisyhh budak ni. Cepat mandi, cepat bersiap.  Ada orang nak bawa Qisya keluar”
            “Siapa?”


DIA memegang penyepit rambut yang tersemat rapi di atas kepalanya.  Baju sweaternya dan seluar jeans baru dipilihnya. Dia perlu nampak seperti seorang gadis, bukan seorang tomboy.  Tolong jaga kelakuan Qisya.  Ketika itu mereka berada di dalam kereta yang dipandu oleh Fairuz.   Katanya nak beli barang untuk membuat pai buah.  Dia ingin membuat pai tersebut dan meminta Qisya untuk mengajarnya.
            “Abang nak jadikan pai buah tu salah satu menu di café abang.  Pai yang Qisya buat tu sedap.  Sampai sekarang abang masih terasa di lidah”
            Qisya pantas menoleh ke arah Fairuz.  Dia tersilap dengar atau Fairuz yang tersilap cakap.
            “Eh maaflah.  Ber’abang’ pula.  Saya biasa gunakan abang tu dengan adik saya kat rumah”
            “Eh, boleh juga.  Lagipun awak sebaya dengan abang Farhankan.  Tak salah kalau nak guna ‘abang’ pun.  Saya okay je”
            “Ouh, kalau macam tu lepas ni saya panggil diri saya abanglah.  Qisya panggil abang juga.  Barulah abang rasa semangat sikit”
            Qisya tersengih sahaja.  Mereka ke pasaraya dan membeli bahan untuk membuat pai.  Sejam kemudian setelah memilih barang mereka ke café Fairuz.  Fairuz membawanya ke sana.  Hujung minggu itu cafenya tidak dibuka.  Hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ.
            “Besar juga café abang ni”
            “Hmphh, nak dapatkan sebesar ni besar usahanya.  Lagi-lagi abang masih baru.  Banyak benda yang abang nak kena buat”
            “Ala bang, kalau abang tak ada kerja, abang kan boleh kerja dengan keluarga abang je.  Kenapa nak kena buka business sendiri”
            Fairuz ketawa kecil seraya mengeluarkan barang-barang yang telah dibeli.
            “Qisya,  matlamat hidup abang bukan terus bergantung dengan keluarga.  Abang lebih berminat ke arah macam ni.  Abang dah lama terfikir nak ada business sendiri.  Abang nak buktikan pada semua orang yang abang tak bergantung pada hasil kekayaan keluarga sendiri.  Lagipun business ayah abang, adik abang yang sekarang ni pun boleh uruskan apa lepas dia dah tamat belajar.  Tak perlu nak cari pekerjaan lain.  Kerja aje dengan family.  Abang tak nak dia susah”
            “Abang ni baik sangat la”  Qisya mencari peralatan untuk membuat pai.
            “So, Qisya abang dengar Qisya ada minta kerja.  Nak kena tunggu interviewkan, kerja apa?”
            “Ouh, Qisya minta kerja sebagai pembantu setiausaha.  Tapi sebenarnya tak dapat pun tak apa sebab Qisya tak berminat sangatlah bang”
            “La, kenapa tak berminat pula?”
            “Entahlah bang.  Qisya memang tak berminat nak kerja macam tu.  Kalau boleh Qisya nak ada tempat khas untuk Qisya sendiri. Ermm, macam abang ada business abang sendiri”
            “Qisya kena ada pengalaman kerja dulu kalau Qisya nak rasa ada business sendiri.  Qisya mula dari bawah.  Kerja macam abang nampak macam mudah Qisya tapi kalau Qisya betul-betul nak berjaya Qisya kena mula dari bawah.  Tak ada orang yang terus berjaya kalau mereka tak bermula dari bawah”
            Fairuz menasihatinya dan Qisya mengangguk.  Barang-barang untuk membuat pai mereka sediakan bersama-sama dan Qisya menjadi chef tidak rasmi mengajar Fairuz cara-cara membuat pai.


“QISYA ke mana mak cik?”  tanya Farhan.  Kebetulan dia singgah melawat keluarga gadis itu.
            “Qisya ikut Fairuz ke café”
            “Ke café.  Café dia buka ke waktu hujung minggu ni?”
            “Tak bukak.  Tapi si Fairuz dia minta izin dengan mak cik nak bawa Qisya keluar, pergi beli barang dapur dan belajar cara untuk membuat pai buah.  Katanya pai yang Qisya masak tu sedap, jadi dia nak ambil resepi tu dan jadikan menu di café dia.  Minumlah Farhan air tu”
            Farhan mengangguk dengan rasa tidak gembira dan meneguk minumannya.
            “Terima kasih bawakan pelam manis untuk mak cik”
            “Sama-sama mak cik”
            “Farhan datang sini sebenarnya nak jumpa Qisya ke?”
            “A’ah mak cik tapi dah mak cik cakap yang Qisya tak ada tak apalah kut”
            Hai,  gaya anak aku yang tak rupa macam perempuan Melayu terakhir tu pun ada ramai pula anak muda sibuk mencarinya.  Tadi Ayiez ada datang.  Cari Qisya juga.  Sekarang ni Farhan pula.  Awal-awal pagi tadi Fairuz datang ajak Qisya keluar.  Berebutlah Qisya nanti.
            “Hmm, mak cik tahu tak mana alamat café Fairuz tu.  Saya tengok cuaca kat luar pun mendung je.  Mungkin saya boleh datang jemput dia”
            “Ouh, kejap mak cik tuliskan alamat”


MARSHA yang berselisih dengan kereta sport milik Farhan menoleh ke belakang sewaktu mengayuh basikal ke rumah Qisya.  Cari Qisyalah tu.
            “Mak cikkk..”  dia melaung memanggil ibu Qisya.
            “Haih, budak bertuah ni.  Ha ada apa Marsha.  Cari Qisya juga ke?”
            “A’ah.  Qisya ada mak cik.  Saya nak ajak dia berpicnic dekat tasik”
            “Dia tak adalah Marsha.  Keluar dengan Fairuz”
            “Fairuz?  Siapa Fairuz mak cik?  Tadi saya nampak kereta Farhan.  Dia datang cari Qisya ke?”
            Ibu Qisya mengangguk di muka pintu.  Dia melihat anak gadis itu kelihatan tidak gembira jika Qisya tidak ada di rumah.  Suka sangat menempel dengan Qisya.
            “Oh ya, Fairuz temannya si Qisya dari kecil.  Jadi dia datang  bawa Qisya ke café dia”
            “Ouh, tak kenal pulak saya dengan Fairuz tu.  Erm, tak apalah mak cik.  Saya balik dululah.  Bye”  dia memusingkan basikalnya dan meninggalkan halaman rumah itu dengan rasa tidak gembira.  Bosannya bila Qisya tak ada.


HUJAN agak lebat di luar.  Mereka berdua duduk di tepi dinding jernih yang boleh melihat orang di luar lalu-lalang.  Ada yang memegang payung dan juga ada yang memakai kot hujan.  Bertemankan muzik halus di pendengaran, dan juga air chocolate mocha panas serta potongan pai buah.
            “Kenapa abang nampak Qisya macam happy je?”
            “Ha? Eh ye ke.  Happy sangat ke?” 
            “Hmm, abang nampak muka Qisya happy sangat.  Teringatkan buah hati ke?”
            “Eh, mana ada abang ni.  Qisya belum ada sesiapa pun lagi.  Masih single and available tau”
            Kedua-duanya merasa pai yang dibuat bersama.  Qisya mencuri peluang dengan memandang muka Fairuz.    Senyuman Fairuz masih sama dengan yang dulu.  Dia seorang yang baik hati.  Tak pernah nak meninggikan suara bila bercakap dengannya.  Dahulu mereka hanya kenal-kenal begitu sahaja kerana Qisya lebih rapat dengan Farhan.  Tetapi selepas Farhan pergi ke luar negara, Qisya mulai rapat dengan Ayiez dan kemudiannya dengan Fairuz.
            Dalam masa yang sama dia juga berkawan baik dengan Shahmin.  Ouh ya dah lama tak bertanya khabar dengan Shahmin.  Apalah yang dia buat sekarang.
            “Qisya kalau abang tanyakan sesuatu boleh tak?”
            “Hmm, abang nak tanya apa?”
            “Qisya masih simpan perasaan kepada abang ke?”  dengan berhati-hati dia bertanya.
            “Er.. kenapa abang tanya Qisya macam tu?”
            “Tak.. er.. sebenarnya, abang Cuma nak tahu itu je, yalah sebab abang tahu Qisya sukakan abang sebab Qisya pernah cakap dengan abang yang Qisya nak berkahwin dengan abang bila kita berdua dah dewasa”
            Glurpp, dia ingat lagi benda tu.  Aduh malu, malunya.  Kenapa perlu diungkit kisah yang lama.  Dah tetiba rasa tak berselera pulak nak habiskan pai ni.  Bisik Qisya.
            Wajahnya kelihatan tidak tentu arah.  Malu kot bila Fairuz tanya dia soalan macam tu. 
            “Abang ni, itukan kita masih kecil.  Qisya pun tak tahu apa yang Qisya cakap  kat abang.  Tak mungkin ianya daripada hati.  Sebab Qisya, Qisya..”
            “Baguslah kalau Qisya tak ada apa-apa perasaan kepada abang.  Lagipun abang nak kenalkan Qisya dengan someone.  My soulmate abang.  Oh ya dia dalam perjalanan ke sini.  Abang baru dapat mesej dia.  Dia sukakan pai.  Jadi tak salah kalau abang ajak dia datang ke sini juga”
            “Ouh.. ya ke?”  kenapa aku jadi sedih gila pulak ni.  Qisya, jangan menangis kat sini.  Tahan air mata tu. 
            Dia menoleh ke tepi dan melihat hujan masih lebat di luar.  Mungkin salah satu punca lebatnya hujan itu kerana dia sedang menahan rasa sebak dalam hatinya.  Ouh, kenapa aku tidak diberi peluang untuk memberitahu hal yang sebenar yang aku memang sukakan dia.  Perasaan ini sejak dari kecil sehingga sekarang masih sama.  Tak mungkin hati ini akan membohongi aku.
            Lima belas minit kemudian, loceng di pintu berbunyi apabila ada orang yang menolak pintu masuk ke dalam.  Menandakan ada pelanggan yang datang.
            Qisya melihat Fairuz dengan pandangan sedih apabila lelaki itu bangun dan mendapatkan pelanggan itu.  Tak hendak pula dia menoleh siapa pelanggan itu.
            “Qisya..”  Fairuz memanggil.  Qisya menoleh dan melihat seorang wanita cantik tinggi lampai umpama model dan berpakaian sweater labuh nipis serta ber ‘heel’ berada di sebelah Fairuz.  Sama padan dan sama cantik dengan Fairuz kalau nak bandingkan dengan dirinya yang mungkin tidak setanding dengan wanita itu.
            Dia memaksa diri sendiri untuk tersenyum.
            “Who’s that girl.  She looks pale, honey”  kata wanita itu dan membuka rayban yang dipakainya.  Dia terus duduk dihadapan Qisya.
            “Dia kawan saya dari kecil lagi.  Namanya Qisya.  I ambil resepi pai buah dari dia sayang”
            Sayang?  Jadi dia nilah someone yang istimewa yang Fairuz nak sangat kenalkan kepada dia tu.
            “Qisya, Qisya tak apa-apa ke?”  tanya Fairuz sedikit risau.  Qisya mengeleng lemah.
            “Tak, mungkin aircond terlalu kuat”
            “Tak apa abang pergi perlahankan aircond.  Sayang you stay with her okay”
            “Okay hon”
            Wanita itu tersenyum dan mengusap bahu Qisya.  Seperti mereka telah berkenalan dengan lama pula.
            “Fairuz pernah ceritakan pasal Qisya pada I.  Qisya itu dan Qisya ni.  Yeah, mungkin ada sedikit rasa cemburu tu tapi, tak apalah.  You all dah kenal lama.  Dan hubungan antara adik dan abang tu tak boleh berpisahkan.  By the way, you can call me Lisa”
            Qisya membalas senyuman lalu memegang mugnya.  Entah kenapa tangannya mengigil sedikit.
            Tidak lama kemudian, Fairuz hadir dengan sepotong pai dan se mug chocolate mocha buat kekasih hatinya itu.
            “Thanks hon”  ucap Lisa kepada Fairuz.  Fairuz mengambil tempat duduk di sebelah Lisa.  Cara dia memandang Lisa sangat berbeza.  Dia nampak terlalu mencintai kekasih hatinya itu.
            “Hon, I miss you. Really miss you”
            “I’m too honey.  I pun kalau rindu dengan you, I akan tengok gambar profile kita berdua dalam handphone I ni”  dia menunjuk wallpaper handphonenya kepada Lisa.
            “Oh, sayang.  So sweet.  Ni gambar waktu kita makan angin di luar negara dulukan.  Tapi waktu tu kita masih belajar.  I pun masih nampak macam keanakkan waktu tu.  You masih simpan gambar ni”
            “Haruslah hon.  Gambar ni first time you terima cinta I.  I happy sangat masa tu”
            Qisya melihat jam di tangan.  Dia ingin pulang kerana tidak sanggup melihat drama bersayang-sayang di hadapan matanya.  Jelak dan sakit hati dia melihatnya.
            “Qisya nak balik dulu.  Lagipun sekarang dah tiba makan tengah hari kat rumah.  Ibu seorang diri je tu”
            “Eh, Qisya hujan lebat tu, abangkan ambil Qisya kat rumah tadi, nak balik pun biar abang hantarkan”  Fairuz bangun.  Qisya memandang wajah Lisa yang nampak macam tak selesa dengan kata-kata Fairuz, mungkin dia nak Fairuz temankan dia di sini.
            “Eh, tak apa, Qisya boleh naik teksi.  Lagipun Lisa ada kat sini.  Takkan abang nak biarkan dia seorang diri kat sini”
            “I okay je kalau you nak hantar dia”  Lisa mencelah sambil memakan pai tanpa memandang ke arah mereka.
            “Eh, tak apa.  Saya boleh balik sendiri”  Qisya berjalan cepat keluar dari café tersebut dan terus berjalan di tengah hujan tanpa menoleh ke belakang.  Dan Fairuz tidak sempat untuk mengambil payung dan beri kepada Qisya.
            Farhan tiba dan berlari meredah hujan masuk ke dalam café.  Dia mengimbas pakaiannya yang sedikit basah dan Fairuz menerpanya dengan sekaki payung panjang.
            “Farhan?”  Fairuz menegur dengan rasa sedikit aneh.  Mana pula Farhan tahu yang dia berada di sini.
            “Qisya ada?  Aku datang sebab nak jumpa dia”
            “Qisya, ouh dia dah balik.  Aku tak sempat nak beri dia payung.  Dia baru je pergi”
            “Kenapa kau tak kejar dia?”
            Kemudian, Lisa menghampiri mereka.  Farhan memandang.  Ouh patutlah Fairuz tidak kemana-mana.
            “Ouh, tak apalah.  Pinjamkan aku payung ni.  Mungkin dia masih ada kat sini.  Aku cari dia sendiri”
            “Thanks Farhan”


FARHAN yakin yang Qisya tidak jauh dari sini dalam keadaan hujan macam ni.  Dia mesti berteduh di mana-mana.  Sepuluh minit mencari, akhirnya dia menemui Qisya duduk di tengah-tengah hujan di atas bangku batu.  Bersendirian seperti orang yang berputus asa.  Kalau ya pun nak berduka kenapa mesti tengah-tengah hujan macam ni.  Apahal pulalah yang tak kena ni?
            Dia sendiri terkejut apabila melihat Qisya menangis teresak-esak seperti itu.  Apa yang dah berlaku sebenarnya.  Kenapa Qisya menangis.  Apa yang dah Fairuz buat pada dia.  Wajah Fairuz pun nampak macam mencurigakan je tadi.
            Dia berjalan pantas dan memayungi Qisya.
            Qisya tersentak dan mendongak kepalanya lalu melihat Farhan sedang berdiri dan memayungkan dia.
            “Apa yang abang buat dekat sini?”  tanya sambil tersenguk menahan tangis.
            “Abang yang patut tanya Qisya, kenapa Qisya duduk dekat sini dalam keadaan hujan macam ni DAN KENAPA MENANGIS TAK TENTU HALA MACAM NI?!”  marah Farhan tiba-tiba.
            Qisya diam dan mencekup wajahnya.  Dia malu sebenarnya.  Dia malu untuk berhadapan dengan Farhan dan juga Fairuz yang telah menghancurkan hatinya.
            “Abang risau, sebab abang tahu apa yang Qisya rasakan sekarang ni.  Qisya tak boleh nak berdepan dengan Fairuz sebab dia dah ada orang lainkan?”
            Bijaknya Farhan meneka.  Macam mana dia boleh tahu.
            “Tak..” dia masih mahu menangkis.
            “Abang tahu Qisya sukakan Fairuz tu”
            “SUDAHLAH!  QISYA TAK NAK TAHU HAL NI LAGI.  ABANG TAK PERLU MASUK CAMPUR DALAM HAL QISYA”  dia menjerit melawan hujan.
            “CUKUPLAH TU QISYA.  KENAPA NAK KENA MENANGIS PASAL ORANG YANG MACAM TU?”
            “Dia tak bersalah abang.  Qisya yang bersalah sebab simpan perasaan pada dia.  Qisya sepatutnya tak boleh simpan perasaan terhadap dia.  Sebab Qisya tahu yang dia tak mungkin akan pilih Qisya.  Lagi-lagi Qisya macam ni.  Qisya tak setanding kekasih dia”
            “Kalau dah tahu macam tu berhenti menangis sekarang dan ikut abang balik”  dia menarik tangan Qisya dan membawa Qisya keluar dari tempat itu dan menuju ke kereta yang diparking dihadapan café Fairuz.  Kebetulan Fairuz berada berdekatan di situ dan terlihat ke arah mereka dan hatinya berbolak-balik kenapa dengan Qisya.  Dia nampak macam baru lepas menangis.  Mungkin dia dan Farhan telah bertengkar akan hal sesuatu.  Ah, biarkan ajelah.  Tak ada kena mengena dengan dia pun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...