Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 24



24


“Abang cakap yang awak nak bekerja kat café?  Betul ke?”  tanya Qisya.  Waktu itu mereka sedang bersiar-siar di taman selepas Qisya habis kerja.
            “Hmm, saya nak kerja dekat situ.  Kalau ada kelas pun saya hanya sebelah pagi dan tengah hari sahaja.  Lagipun saya dah part akhir.  Jadi mata pelajaran itu makin berkurang”
            “Kenapa awak nak bekerja pula.  Lebih baik awak tumpukan pada part akhir awak ni.  Awak kena fokus dahulu pada pelajaran”
            “Saya tak kisahlah kalau bekerja sambil belajar.  Mama dengan papa pun tak menghalang saya”
            “Ya saya tahu tapi bagaimana awak nak membahagikan masa dengan nak study lagi”
            “Abang beri saya kerja pada sebelah malam”  dia memberitahu dengan nada gembira.
            “Dari pukul empat sampai pukul 12 malam.  Kelas saya bukannya straight seminggu.  Masa terluang tu saya akan mengulangkaji pelajaran.  Awak tak perlu risau.  Saya dah buat jadual saya sendiri”
            “Tapi awak tahukan jadual kerja saya dari pukul lapan sehingga empat petang”  beritahu Qisya.  Wajahnya nampak tidak tenang sahaja.
            “Tak apalah.  Awak balik saya masuk kerja”
            Qisya mengeluh.  Marsha tidak memahaminya.  Dia risau akan kesihatan Marsha.  Marsha bukannya boleh buat kerja berat-berat.  Banyak benda yang kena diubah.  Mengenai laporan kesihatan, takkan Fairuz buat tidak tahu sahaja.  Marshakan ada penyakir sirosis.  Kalau sesuatu berlaku kepadanya bagaimana?  Sudahlah berkerja pada sebelah malam.  Embun malam tak elok untuk kesihatan Marsha.  Ya walaupun Marsha bekerja di dalam café, tapi nanti kalau dia nak pulang kena tunggu teksi atau pun bas. Dia terpaksa berembun di luar.
            “Dah la.  Jomlah balik”  ajak Qisya.  Nampaknya dia sudah hilang mood memikirkan hal Marsha.  Marsha yang dapat menghidu sikap Qisya yang lain macam itu mengikut sahaja.  Kalau ditahan lagi takut Qisya memarahinya pula.
            Keesokan harinya, hari minggu dan Marsha datang melawat Qisya di rumah.  Dia tahu Qisya biasanya tidur lewat apabila tiba hujung minggu.  Jangkanya Qisya berada di dalam bilik, sebelum dia menemui ibu Qisya dia terus naik ke atas.  Begitu bebas dia berada di rumah Qisya.  Bebas nak keluar  masuk.  Lagipun ibu dan ayah Qisya tidak kisah apa yang Marsha nak buat sebab mereka dah menganggap Marsha persis anak mereka sendiri.
            “Mak cik, mana Qisya?”  dia menyoal di dapur.
            “Eh, Marhsa.  Qisya pergi bersenamlah tu kalau dia tak ada kat bilik”
            “Oh ya ke”


SELEPAS membuat tiga pusingan larian perlahan Qisya  berhenti.  Shahmin turut sama berhenti.  Sebelum pergi bersenam, Qisya menghubungi Shahmin dan mengajak lelaki itu bersenam bersama dan mujur Shahmin okay sahaja dan mahu mengikutnya.
            Shahmin dan Qisya masing-masing membuat regangan badan dan kemudiannya mereka mengambil tempat duduk dan duduk di kerusi batu yang sama.
            “Awak masih memikirkan Farhan?”  Shahmin bertanya dengan berhati-hati.
            Qisya mengangguk sahaja.  Nampaknya dia sudah semakin baik.
            “Kenapa awak tanya?”
            “Taklah saya risau kalau awak masih teringatkan Farhan.  Yalah nanti awak tak boleh nak buat apa-apa kalau asyik memikirkan dia, dan saya yakin yang Farhan masih hidup”
            Qisya diam dan mengelamun sebentar.  Ramai orang yang bercakap dan berasa yakin yang Farhan selamat dan masih hidup kerana mayat atau kad identiti Farhan masih belum ditemui. Hal itu menyakinkan mereka.  Hanya perlu berserah kepada Allah sahaja.
            “Semuanya akan selamat dan baik-baik sahaja”  kata Qisya dan mengukir senyuman.
            Bercakap tentang Farhan tiba-tiba dia teringatkan tentang Shahmin.  Dah lama dia tidak melihat Shahmin bermain violin.  Dulu Shahmin selalu bermain apabila ada masa lapang.  Dan dia juga terpilih untuk menjadi guru muzik di sebuah  universiti.
            “Awak dah tak bermain violin ke?”
            “Tak”  jawab Shahmin cepat.
            “Kenapa?”
            “Entahlah tak rasa nak bermain sekarang”  beritahunya tanpa sebarang reaksi muka yang jelas.
            “Takkanlah.  Violin tu kan separuh daripada hidup awak, tipulah kalau awak dah mula berasa bosan dengannya”  getus Qisya.
            Shahmin ketawa kecil dan kemudian diam  tidak bercakap apa-apa.  Ketika Qisya menoleh ke tempat lain, Shahmin melihat tangan kanannya. 
            ‘Carpal system awak semakin parah.  Awak kena menjalani pembedahan semula’
            ‘Saya masih boleh bermain violin lagikan selepas pembedahan?’
            ‘Saya rasa lebih baik Encik berhenti bermain.  Ianya akan lagi mencederakan tangan Encik.  Diharapkan Encik cepat membuat keputusan’
            Qisya terdengar bunyi keluhan berat di sebelahnya dan dia memandang ke arah Shahmin cepat.
            “Kenapa dengan awak Shahmin?”
            “Saya tak boleh bermain violin lagi?”
            “Kenapa?”  Qisya kelihatan terkejut.
            “Pergelangan tangan saya tercedera dahulu dan mengakibatkan carpal system saya rosak.  Saya kena segera membuat pembedahan.  Tapi selepas itu saya tak dapat bermain violin lagi”  beritahunya dengan suara penuh kecewa.
            “Serius sampai macam tu sekali.  Macam mana pergelangan tangan awak boleh tercedera?”
            “Tangan saya kena pijak dengan lelaki tak guna tu.  Waktu saya masih remaja.  Lelaki tu datang ke rumah.  Dia buat kacau di rumah.  Bila dia nampak saya, dia menjadi berang dan kemudian dia menolak saya sehingga terjatuh.  Violin saya dipecahkannya..”  bila dia mengingati peristiwa hitam itu, dia menjadi bertambah marah dan tidak dapat memaafkan lelaki itu.
            “Bila dia nampak saya tidak berdaya untuk bangun dia pijak tangan saya dengan sangat kuat.  Mungkin mahu mencederakan tangan saya.  Dia tidak mahu saya bermain violin lagi macam ayah saya”
            “Kenapa saya tak tahu hal ini?  Kenapa awak tak ceritakan masalah awak kepada saya?”
            Shahmin mengeleng kepala.
            “Tak siapa percayakan cakap saya.  Lelaki itu berbohong dengan mengatakan saya terjatuh sendiri.  Mereka lebih percayakan lelaki itu.  Saya sangka, tangan saya tidak apa-apa tapi kemudiannya, ianya makin terasa sakit.  Sampai sekarang.  Dah sebulan saya menangguhkan pembedahan.  Saya risau.. saya tak tahu nak buat apa”
            “Shahmin..”  dia memegang bahu lelaki itu.  Rupa-rupanya disebalik keceriaann Shahmin lelaki itu mempunyai peristiwa hitam sendiri.  Kasihan Shahmin.  Dia tidak sanggup berpisah dengan violinnya.
            “Shahmin awak jalani ajelah pembedahan tu demi kebaikan awak sendiri”
            “Tapi saya risau kalau saya tak mampu nak bermain lagi.  Saya takut bakat yang saya ada, saya tak mampu nak ajarkan pada orang lain.  Sebab itu saya tolak tawaran untuk menjadi guru muzik.  Saya sendiri tak boleh nak bermain dengan alat tu macam mana saya nak mengajar orang lain”  suara Shahmin kedengaran tertekan sahaja.
            “Awak boleh lakukannya Shahmin.  Awak kuatkan.  Awak tutup kesedihan awak dengan kegembiraan awak.  Saya yakin yang awak masih boleh bermain”
            “Awak tak berada di tempat saya.  Awak tak rasa apa yang saya rasa.  Awak tak tahu keperitan saya.  Awak tak tahu semua tu!”
            “Ya, memang saya tak dapat rasa apa yang awak rasa.  Memang saya tak berada di tempat awak dan saya tak tahu keperitan awak, tapi awak kena tahu walau bagaimana pun saya cuba memahami awak”
            Shahmin meraup wajahnya.  Bagaimanalah mereka boleh ke sini pula.  Dia dah bongkarkan rahsianya kepada Qisya.  Dia tidak mahu Qisya beritahu kepada orang lain.  Dia tidak mahu orang risaukan dia.
            “Qisya awak jangan beritahu kepada sesiapa Qisya.  Saya tak nak orang lain tahu”
            “Shahmin keadaan awak ni dah teruk tahu tak.  Kenapa awak nak kena rahsiakannya”
            “Saya beritahu kepada awak sebab saya percayakan awak.  Jangan beritahu sesiapa pun”
            Qisya diam dan berfikiran aneh.  Kenapalah benda macam ni perlu dirahsiakan.
            “SEBAB AWAK ORANG PERTAMA YANG KENA TIPU DENGAN SAYA HAHAHAHAH”  tiba-tiba Shahmin ketawa galak bagai tak ingat dunia.
            Ceih! Mamat ni hidup-hidup dia tipu aku.
            “Saya main lagilah.  Masih aktif lagi.  Malam esok saya akan bermain dekat dewan Sari.  Awak datang ya.  Bawa Marsha sekali”
            “Kuang hajorkan awak kan.  Kalau sekali tak mengenakan orang lain memang hidup awak tak aman ey.  Eeee..”  dia bangun dan Shahmin ikut sama bangun. Shahmin tahu yang Qisya mahu memukulnya dan sebelum dia terkena lebih baik dia cabut lari.

SEPERTI yang dijanjikan, Qisya dan Marsha hadir ke Dewan Sari, untuk melihat Shahmin dan ahli-ahli yang lain membuat persembahan.  Shahmin akan bermain pada akhir klimaks.  Jadi dia ada banyak masa untuk bersedia.
            Qisya mencari Shahmin di belakang dan dia temui lelaki itu berada di bilik mekap.
            “Shahmin!”  dia mengejutkan pemuda itu.  Shahmin nampak sempoi dengan pemakaiannya yang biasa tetapi masih kelihatan tampan.
            “Awak dengan siapa?”
            “Saya dengan Marsha.  Ha tu dia”
            Shahmin bingkas bangun apabila Marsha melangkah masuk menghampiri mereka.
            “Hey”  Marsha menegur.  Kelihatan Marsha membawa bunga buat Shahmin.  Dia menghulur kepada Shahmin.
            “Peminat awak”  kata Qisya.
            “Dia dapat tahu yang awak adalah pemain muzik latar teaternya dahulu.  Mungkin awak dengan dia pernah berjumpa sebelum ini”  beritahu Qisya.  Tiba-tiba jadi orang tengah pula.
            “Terima kasih”  Shahmin mengambil dan memegang bunga lily tersebut.
            “Semoga berjaya”  kata Marsha kepada Shahmin dan makin bersemangatlah Shahmin untuk membuat persembahan nanti.
            “Qisya saya pergi dapatkan tempat duduk kita dulu ya?”
            “Ouh.  Okay”
            “Pilih yang depan!”  beritahu Shahmin.
            “Ha?”  Marsha memandang tepat ke arahnya.
            “Mudah nampak saya, maksud saya Qisya ni rabun kalau pilih jauh-jauh.  Dia rabun”  sengaja dia mengenakan Qisya.
            “Awak rabun ke Qisya?”  tanya Marsha.  Macam pelik pula.  Tak pernah pula dia melihat Qisya memakai cermin mata sebelum ni.
            Qisya berdecit ke arah Shahmin.  Shahmin membuat muka tidak mengerti.  Ala cakap ajelah nak suruh orang duduk depan sebab senang nak tengok muka Marsha.  Senget la awak ni Shahmin.
            “Erm, saya pergi dululah”  Marsha meninggalkan mereka berdua.
            “Dia beri saya kata-kata semangat.  Membuatkan saya lagi bertambah semangat”  Shahmin tersengih dan mencium bunga lily tersebut.
            “Tak payah nak cium sangat bunga tu.  Bunga plastik aje pun”
            “Ah, biarlah.  Pernah ke awak bagi bunga dekat Farhan?”
            Ops!
            Qisya diam dan air mukanya berubah terus.
            “Qisya, sorry, saya tak bermaksud nak cakap macam tu.  Serius tak sengaja beb”
            “Tak ada apalah”  dia mengukir senyuman pahit.
            “Tak ada apa.  Hmm, semoga berjaya nanti”  dia meninggalkan ruangan bilik tersebut.  Shahmin berdecit sendiri.  Mengakui kesalahannya.
           

SERAMAI dua ratus penonton bertepuk tangan sebaik sahaja teater muzikal tersebut tamat.  Pemain-pemain yang berdiri di atas pentas berdiri secara berbaris dan sama-sama membongkokkan tubuh   mereka 90 darjah sebagai tanda ucapan terima kasih.
            Shahmin berada di satu tempat dan mengurut-gurut pergelangan tangan kirinya yang mula berasa sakit.  Sejak dari awal dia bermain lagi dia sudah berasa sakit namun dia cuba bertahan sehinggalah habis.  Dia mencari ruang jauh dari orang lain dan barulah dia mengurut-urut tangannya itu.
            “Shahmin!”  terdengar suara orang memanggilnya, Shahmin belagak biasa dan dia memegang violin di tangan kanannya.
            “Hey!  Terbaiklah awak main tadi”  puji Qisya.
            Shahmin mengangguk dan mengukir senyuman.  Dia berpeluh sedikit.  Sangka Qisya mungkin kerana Shahmin berpecah peluh dalam teater tadi tetapi dia sedang menahan rasa sakit pada tangannya.
            “Jom balik”  Qisya tidak sengaja ingin terlanggar tangan kiri Shahmin dengan beg sandang panjangnya dan Shahmin terlepas violinnya lalu ia terjatuh di atas lantai licin.
            Qisya pantas menoleh dan melihat Shahmin sedang mengerang kecil sambil memegang tangan kirinya.
            “SHAHMIN!”  dia terus menerpa ke arah Shahmin.
            “Shahmin kenapa ni?!”
            Shahmin terus menahan kesakitannya sehinggalah dia dibawa ke hospital selepas beberapa  minit kemudian.
            Selepas dirawat, doktor tidak membenarkan dia mengangkat barang yang  berat atau cuba bermain violin buat sementara waktu.  Nampaknya Shahmin tidak berjaya membohongi Qisya.  Dia sebenarnya sedang sakit pada bahagian tangan kirinya itu.  Selepas menghantar Shahmin pulang, mereka berdua terpaksa mengambil bas kerana teksi kurang ada pada ketika itu.  Mereka takut akan pulang lewat ke rumah.  Tambah-tambah Marsha, mama dan papanya mesti sangat risaukan anak gadis mereka itu.
            Qisya menoleh ke arah Marsha yang nampak macam tidak sihat itu.  Dia pun risaukan Marsha apabila mereka berembun lama di bus stop tadi.  Marsha mengigil kesejukan.  Dia menarik tangan Marsha dan mengosok-gosok tangan itu.  Benar tangan Marsha sangat sejuk.
            “Macam mana awak nak bekerja pada sebelah malam.  Berembun lama macam ni pun awak dah pucat”  kata Qisya sewaktu mereka sudah berada di dalam bas.  Hanya ada tiga orang penumpang sahaja yang berada di dalam bas ketika itu termasuk mereka.
            “Saya okay ajelah”  Marsha buat seperti dia tidak apa-apa.
            “Jangan nak tipulah.  Saya tahu awak tak okay.  Bibir awak tu dah pucat.  Nanti awak cuba minta dengan abang Fairuz tukar awak shift pagi.   Sekali dengan saya”
            “Tapi pagi saya ada kelas”
            “Lepas tu kalau malam, awak nak berembun lama macam tadi tunggu bas.  Kalau teksi banyak tak apalah”
            “Saya call papa atau mama datang ambil saya”
            “Ikut awaklah”  Qisya malas nak berbalah lagi.
            Sampai di perumahan rumah istana, Qisya menemani Marsha sehingga ke rumahnya dan kemudian barulah dia pulang ke rumah pada jam 11 malam.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...