Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 32



32


Perlahan-lahan dia menarik kertas kecil yang terselit di bawah pelapik kotak itu.  Dia duduk di birai katil dengan perasaan berdebar.  Kemudian dia membaca bait-bait sebaris ayat di dalam nota kecil itu dengan rasa terharu dan langsung tidak menjangka yang Ayiez akan buat sebegitu.

Mungkin aku bukanlah yang terbaik bagi kau tapi aku akan terus cuba dan mencuba untuk menghampiri kau kerana aku dah lama mencintai kau Qisya.  Always feeling love in you and missing you. J

Ibu!  Ibuuuuuu…
            Kerana tidak pasti dengan apa yang dibacanya dia memberitahu kepada ibunya.  Ibu juga nampak terkejut dan dia berasa sedikit gembira kerana anaknya yang tak macam perempuan ni ada juga orang jatuh hati dengannya.  Syukur alhamdulillah.
            “Jadi selama ni Ayiez sukakan Qisya..”
            Qisya mengangguk dan tersengih.  Aih macam mana pula mamat ni boleh jatuh hati dengan aku.  Apa yang menariknya mengenai aku pun aku tak tahu.  Haha.
            “Dia dah sukakan Qisya tak da ke dia cakap nak teruskan hubungan ni ke lebih halal ke?”  ibu tersenyum dengan penuh bermakna.
            “Hisyyh, apa ibu ni.  Belum lagilah bu.  Mungkin itu hanya perasaan dia sahaja bu.  Tapi dia pernah ajak Qisya kahwin bu”
            “Ha, tu dia betul-betul serius nak dengan Qisyalah tu.  Qisya terima ajelah Ayiez tu.  Kamu pun dah berkawan lama.  Kawan baikkan.  Masing-masing dah kenal hati budi masing-masing.  Teruskanlah hubungan kamu ni ke arah lebih halal.  Lebih afdahl bukan”
            Qisya mengaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
            “Qisya tak tahu nak cakap apa bu.  Nota ni dia selitkan di bawah kotak gelang hadiah waktu birthday Qisya dahulu. Qisya tak sangka yang selama ini dia ada simpan perasaan kepada Qisya.  Ingatkan selama ni dia hanya main-main je”
            “Itu maknanya dia memang sukakan Qisya sejak daripada dulu lagi.  Cuma dia bagi hint macam tak kena dengan situasi”  ibu menyua kembali kertas kecil itu kepada Qisya.
            “Jadi sekarang ni Qisya dah fikir masak-masak?”
            “Fikir apa bu?”  mukanya merah-merah sudah.
            “Hisyh budak ni kenapa la lambat sangat nak tangkap.  Suruh orang tua dia datang jumpa ibu dan ayah”
            “Ha?  Takkanlah cepat sangat”
            “Dah tu, takkan nak buat lambat-lambat.  Kamu berdua suka sama sukakan”
            “Ha? Eh itu Ayiez bu, Qisya belum cakap yang Qisya sukakan dia..”
            “QISYA MARIANA ADYA”  sekali ibu menyebut nama penuhnya dengan sekali nafas.  Tergamam sekejap Qisya. Kemudian dia mengangkat tanda peace kepada ibunya.


HAIH, macam mana ni.  Nak cakap ke tak?  Nak tegur macam biasa rasa malulah pula.  Patut tak pergi jumpa dia lepas tu cakap macam biasa.
            Dari tadi Ayiez dan dua orang kawan lelakinya memerhati ke arah Qisya yang kelihatan ada benda nak cakap tapi teragak-agak.
            “Heh, itu bukan Qisya ke. Kenapa dia tak datang sini je.  Wey panggillah dia.  Dah lama tak bertegur sapa dengan dia”
            “QISYA!”  Ayiez melaung memanggil nama Qisya sambil melambai.
            Qisya tersentak sebaik sahaja namanya dipanggil oleh Ayiez.
            Dia menuju ke arah mereka dan berlagak seperti biasa dan kemudian kawan-kawan Ayiez menegurnya dengan mesra.
            “Wah kau, makin kacak aku tengok” puji kawan Ayiez kepada Qisya.  Qisya tersenyum paksa.
            Qisya memandang ke arah Ayiez yang tidak memandang ke arahnya.  Lelaki itu sedang asyik bermain dengan PSPnya.
            “Dah lama tak berborak dengan kau..kau apa khabar?”
            “Saya baik je..”  dia tersengih dan kemudian masih memandang Ayiez.
            Ala, awak ni pandang la sini.  Macam mana nak ajak dia pergi dari situ.
            “Smart la rambut kau.  Macam ala-ala korea pula aku tengok”  kawan Ayiez bangun dan dia mengosok-gosok rambut Qisya.
            “Jangan sentuh kepala dia”  Ayiez bersuara akhirnya tapi masih tidak memandang ke arah mereka.
            Kawan Ayiez berhenti dari bermain dengan rambut Qisya.
            “Ala, Qisya tak kisah pun aku main rambut dia.. betul tak Qisya.  Awak okay ajekan?”
            Qisya tersengih sahaja dan sekali lagi mencuri pandang ke arah Ayiez.
            “Yalah, tapi dia tu perempuan.  Hormat dia sikit”
            Qisya tersentuh.  Akhirnya kau pandang aku sebagai perempuan juga. Gyahh!
            Kedua-dua teman Ayiez saling memandang.
            Qisya beredar dahulu seperti dapat menghidu yang Ayiez tidak suka dia berlepak bersama mereka.  Yalah sekarang ni kan, Ayiez dah mula memandang dia sebagai seorang perempuan. Huhi.  Tanda peace lagi!
            Kemudiannya, Ayiez mendapatkan Qisya dan mereka berjalan bersama-sama.
            “Kawan-kawan awak macam mana?  Takkan nak biarkan mereka macam tu”
            “Sekejap je aku tinggalkan mereka.  Ha, kau macam ada benda nak cakap dengan aku.  Cakaplah”  seakan-akan tahu sahaja lagak Ayiez ini.
            Sebenarnya dia malu untuk mengutarakan pertanyaannya ini.  Haih, menyesal pula beritahu dekat ibu.  Kalau ibu tak tahu tak adalah dia nak memaksa aku macam ni.  Masalahnya kenapa aku pula yang buntu.  Lelakikan yang sepatutnya mulakan dahulu, asal aku pula yang kena mulakan dulu.  Ke ibu tak dapat nak bezakan yang aku ni lelaki ke perempuan.
            “Erm, itu..ini.. tak.. macam ni.. itu… a…?”  berbelit-belit lidahnya untuk bercakap.
            “Itu ini, itu ini.  Ekau nak cakap apa bondo eh?”  nah sekali terminang kabau pula si Ayiez ni.
            “Erm, tak..macam ni..saya..awak..awak…saya?”
            Ayiez nampak macam bosan menunggu Qisya untuk berkata-kata.
            “Kau balik rumah dulu lepas tu baru kau jumpa aku cakap balik apa yang kau nak cakap.  Pastikan ianya tidak tergagap macam ni dan tolong gunakan bahasa yang aku faham.  Terima kasih”  Ayiez berpatah semula ke belakang dan berjalan meninggalkan Qisya dengan mulut melongo.
            Ala..ala..
            Aduh, macam mana ni.
            15 minit kemudian,
            Ayiez tersentak apabila ada bunyi mesej yang masuk ketika dia dan rakan-rakannya leka berbual tentang bola.

Qisya Aku       : Awak, ini serius.  Saya tak boleh nak berhadapan dengan awak.  Awak serius ke suka saya.  Ibu cakap kalau awak serius suka saya awak suruhlah orang tua awak jumpa saya. Okay itu je nak cakap. Bye!

Tersenyum lebar Ayiez membaca mesej Whatsup yang baru diterimanya.  Melihat wajahnya yang ceria semacam itu membuatkan dua orang rakannya saling memandang.
            Sementara Qisya melihat tanda dua tick di tepi mesejnya maknanya lelaki itu, telah membaca Whatsupnya.  Ya Allah kenapa aku berdebar sangat ni.  Kemudian dia melihat lelaki itu sedang ‘typing’.
           
Ayiez Dak Sengal       :  K.  nanti aku cakap dengan mama dan papa.
Qisya Aku                   :  Erm, k.

Ayiez tergelak besar.  Diri sendiri tidak tahu kenapa dia nak kena ketawa macam ni sehinggakan dua orang kawannya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjauhkan diri daripadanya.


BARU sahaja dia ingin melelapkan matanya sekejap di dalam tandas tiba-tiba Marsha datang menyergahnya.
            “Qisya awak  tidur dalam tandas”  tegur Marsha.
            Qisya mengeleng dan dia terus membasuh mukannya di singki.  Kerana memikirkan bagaimanalah nanti dia akan hidup berdua dengan Ayiez yang dipanggil budak sengal itu.  Dia mengeleng tidak faham.  Sehinggakan pukul tiga pagi tadi baru dia tidur.  Itu pun tidur lena-lena ayam sahaja.
            “Mata awak nampak macam panda”  tegur Marhsa dengan nada terkejut.
            “Ha?”  Qisya melihat wajahnya di cermin.
            “Awak buat apa malam tadi?”
            “Tak ada apalah awak”
            Marsha menjungkit bahunya.  Ketika dia ingin membetulkan rambutnya tiba-tiba dia berasa dadanya senak.  Dia takut akan berlaku sesuatu di hadapan Qisya dan kemudiannya dia pantas masuk ke dalam tandas.   Dia mencekup mulutnya supaya tidak muntah dahulu.  Namun kemudian dia tidak dapat menahan dan terus memuntahkan segala isi perutnya.  Perutnya berasa sangat senak sementara dadanya yang berasa sakit.
            Mendengar bunyi seperti orang yang tengah muntah, Qisya pantas mengetuk pintu tandas yang dimasuki Marsha berkali-kali.
            “Marsha!  Marsha!”  dia menjerit memanggil dengan wajah yang risau.
            Tidak lama kemudian, Marsha keluar setelah membasuh mulutnya yang mengeluarkan banyak darah.  Dia takut rahsianya akan diketahui oleh Qisya.  Tak dia kena bertahan.
            “Awak kenapa muntah-muntah dalam tu?  Tak sihat ke?” tanya Qisya risau.
            Marsha mengeleng lemah.  Kepalanya berasa sangat pening.  Dia memegang kawasan dinding.  Menampung dirinya yang berasa ingin jatuh pitam itu.
            ‘MARSHA!” dan tiba-tiba Marsha terjelepuk jatuh dan langsung tidak sedarkan diri.  Qisya cuba membangunkan Marsha dan selepas itu berlari keluar meminta pertolongan staf-staf yang sama shift dengan mereka.  Kebetulan ketika itu Fairuz pula tiada.
            Ambulan tiba 15 minit selepas itu dan Qisya turut naik sama ke dalam ambulan untuk menemani Marsha.  Kelihatan orang awam sedang memandang ke arah mereka.
            Qisya menghubungi keluarga Marsha dan mereka dalam perjalanan ke hospital besar. Masing-masing dalam keadaan tidak tenang.
            Qisya sangat berharap yang Marsha tidak apa-apa.


DUA jam selepas itu Marsha tersedar.  Kepalanya masih terasa berat dan dia sedang memikirkan sekarang di manakah dia berada.  Dia berada di dalam sebuah bilik dan sedang dirawat.  Tangannya juga telah dimasukkan air.  Tak, dia tidak boleh berada di sini.  Dia tidak mahu berada di sini.  Melihat Marsha yang tidak tentu arah di atas katil kedua ibu bapanya datang mendekat dan cuba menenangkan Marsha.
            “Ma, Marsha tak nak duduk kat sini… Marsha tak nak.. nanti Qisya datang..dia datang.. nanti dia tahu yang Marsha ada penyakit.. mama.. tolong Marsha. Papa, tolong Marsha. Marsha tak nak duduk kat sini lama-lama”
            “Marsha..syhhh, kamu sakit sayang.  Berehat dulu ya”  pujuk mama dengan muka sedih.  Sedih melihat keadaan anaknya itu yang tidak tentu hala.  Kemudiannya papa membisik sesuatu di telinga mama dan menyebabkan mama menganggukkan kepala dan kemudian mama meninggalkan Marsha bersama papanya sebentar.
            Sebaik sahaja mama keluar, Qisya yang duduk sebentar tadi terus bangun dan mendapatkan mama Marsha.
            “Marsha macam mana mak cik.  Dia tak apa-apa ke?”  tanya Qisya sedikit risau.
            “Dia masih dalam penjagaan doktor sekarang ni.  Keadaan dia masih belum stabil.  Qisya mak cik bukan tak nak bagi kamu berjumpa dengan dia tapi masalahnya, Marsha dia tak nak kamu lihat dia berkeadaan macam itu.  Kamu fahamkan maksud mak cik?”
            “Ya”  Qisya mengangguk lemah dan kemudian beredar dari situ.  Dia faham kenapa Marhsa tidak mahu dia menemuinya.  Kadang-kadang kita terpaksa melakukannya untuk buat hati seseorang gembira dan bukan bermakna yang dia tidak penting bagi kita tapi mungkin dia hanya perlukan masa sahaja.
            “Qisya”  seseorang telah memanggilnya dan membuatka dia memaling muka ke tepi.
            Cik Sue.
            Terkejut dia apabila dia terserempak dengan ibu saudara Ady di situ.
            “Qisya buat apa dekat sini?  Qisya tak sihat ke?”
            “Ha?  Eh tak lah.  Saya datang sebab kawan jatuh sakit.  Erm, Cik Sue buat apa dekat sini?”  tanyanya pula.
            Wajah Cik Sue berubah terus.  Dia kemudiannya menarik tangan Qisya menghampirinya.
            “Ady masuk hospital”
            “Ha?  Ta..tapi kenapa?”
            “Dia kemalangan selepas kamu dan dia bergaduh petang tu.  Cik Sue tak tahu dia  ke mana.  Tahu-tahu dapat panggilan yang dia dimasukkan ke hospital.  Cik Sue cuba nak hubungi kamu tapi dia tak bagi.  Dia kata dia dah tak penting bagi kamu jadi dia tak nak Cik Sue cakap apa-apa pun kepada kamu.  Dua hari lagi barulah dia boleh keluar dari hospital”  beritahu Cik Sue.
            Qisya tidak tahu ingin mengatakan apa lagi.  Lelaki itu terlalu bertindak mengikut emosi sehingga mengakibatkan diri sendiri menerima musibah.   Bukan ini yang dia mahu.  Dia tidak mahu di antara mereka tercedera.  Sungguh, bukan senang untuk menerima seseorang dalam hidup tambah-tambah lagi kena hidup sehidup dan semati.  Dia tidak menerima Ady kerana dia tahu Ady tidak bersungguh-sungguh menyukainya.  Lelaki itu hanya sukakan wajahnya kerana dia dan Alia semirip.  Itu sahaja.
            “Boleh saya tengok dia sekarang?”  pinta Qisya.
            Cik Sue mengangguk perlahan.  Dia tahu biar pun Ady tidak mahu Qisya datang melawatnya tapi mungkin Qisya akan dapat memberi semangat kepada Ady.  Dia tidak mahu Ady terus bermuram dan bersedih sepanjang hayatnya.  Ady terlalu muda untuk bersikap seperti itu.
            Sampai sahaja di sebuah bilik yang hanya bertemankan cahaya suram, Cik Sue menolak pintu ke dalam dan memberi ruang kepada Qisya untuk masuk.  Ady sedang berdiri di tepi tingkap dengan batang besi beroda yang disangkut dengan beg air dan langsung tidak menyedari mereka telah pun masuk ke dalam.  Dia tersedar apabila terdengar suara ibu saudaranya dan membiarkan sahaja.  Ibu saudarnya itu berdiri di sebelahnya.
            “Awak”
            Ady tersentak.  Sangkanya itu adalah Cik Sue, tetapi ternyata dia salah.
            “Qisya?”  Ady memandang laju ke arah ibu saudaranya yang berada berhampiran katilnya dan kemudian barulah dia beralih memandang muka Qisya yang kelihatan sedang risau melihat dirinya.
            “Cik Sue beritahu awak?”
            “Saya minta maaf kalau sebab saya awak macam ni”  dia memotong percakapan Ady yang masih dalam keadaan terkejut itu.
            “Awak, kalau saya tak boleh terima awak tapi kita masih boleh berkawankan?”
            Ady diam dan kemudiannya membuang pandang ke luar tingkap.  Melihat langit hitam.
            “Ini bukan masa untuk melawat.  Kalau nurse dapat tahu awak akan kena marah nanti”  beritahu Ady.  Dalam masa yang sama dia risaukan Qisya.
            “Saya minta maaf..’
            “Tak, saya yang patut minta maaf daripada awak.  Saya lupa awak bukan Alia dan tak mungkin akan jadi seperti dia.  Saya terlalu memaksa awak untuk berada di sisi saya hanya kerana wajah awak mirip Alia.  Itu salah saya juga Qisya.  Saya tak mahu awak bencikan saya”  terang Ady.  Nampaknya dia telah berfikir dengan baik.  
            Qisya mengangguk.  Nampaknya segala-galanya telah selesai.
            “Baik awak pulang Qisya.  Saya takut nurse nampak awak ada  di sini”  kata Ady tanpa memandang muka Qisya kerana wajah itu sering mengingatkan dia kepada Alia.  Dia tidak mahu dihantui dengan wajah itu lagi.  Hatinya bertambah sakit!
            “Saya balik dulu Ady. Semoga awak cepat sembuh”  kemudian dia beredar pergi.
            Apabila Qisya menutup pintu dan tidak berada di dalam bilik itu lagi kedengaran suara tangis daripada lelaki itu.  Ady sedang menahan perasaannya tadi sehinggakan dia terpaksa menyuruh Qisya pulang kerana dia tidak mahu Qisya melihat kelemahan dia.
            Cik Sue hanya mampu memandang dan dalam masa yang sama simpati dengan nasib yang menimpa anak saudaranya itu. 
           
           




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...