Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 6



BAB 6


“Qisya kenapa ni sayang?”  ibu yang melihat anak gadisnya itu tiba-tiba sahaja menangis  datang merapati.  Tubuh kecil itu dipeluknya.
            “Abang Farhan tinggalkan Qisya seorang diri kat sini.  Kenapa dia tak beritahu Qisya yang dia nak kena tinggal di luar negara.  Dah lama Qisya tunggu panggilan telefon daripada dia ibu.  Abang Farhan benar-benar tinggal dan lupakan Qisya bu”
            “Qisya tak baik fikir macam tu sayang.  Mana nak tahu dia nak sangat telefon rumah ni tapi mungkin dia dah hilang nombor telefon ke.  Sudahlah, jangan menangis macam ni.  Anak ibu ni kena kuat semangat”
            “Qisya sedih sebab dia pergi macam tu je”
            “Dah la ya.  Jangan fikir yang buruk-buruk lagi”  ibu memeluk tubuh Qisya dan membiarkan anak gadisnya itu menangis dalam pangkuannya.
            Ianya sungguh menyakitkan.  Merindui seseorang dalam jangka masa yang lama sememangnya menyakitkan.  Kesakitan itu lebih perih daripada tertusuknya bilah belati di jantung.  Bukan senang kita nak mengambil masa untuk melupakan seseorang itu.  Tambah-tambah kalau orang itu berjanji sesuatu kepada kita yang dia tak akan tinggalkan kita dan akan sentiasa ada buat kita jika kita memerlukannya.
            Namun semuanya hanya kata-kata yang kosong.  Dia pergi dalam diam, dan dalam diam juga air mata akan mengalir setiap kali mengingati segala memori bersamanya dahulu.
            Dan kemudian selepas Farhan pergi, muncul Ayiez dan Shahmin yang sentiasa ada buatnya pula.  Namun rasa itu tidak sama sewaktu Farhan ada.  Rasanya berbeza dengan cara mereka.  Walau bagaimana pun, ibu berpesan,
            “Qisya, hidup kita ni bukan hanya bergantung kepada seorang sahaja.  Masih ada ramai orang yang nak kita ada bersama mereka.  Mereka ingin mendengar suara dan gelak tawa Qisya bila bermain mereka.  Sekurang-kurangnya Qisya masih ada orang lain yang boleh buat Qisya dapat tidur dengan lena setiap malam”
            Benar apa yang diperkatakan oleh ibu.  Kerana adanya Ayiez dan Shahmin dia dapat melupakan Farhan buat sementara waktu dan bila Farhan dewasa mulai muncul tiba-tiba  dalam hidupnya dia menjadi geram dan marah.  Kenapa  dia kena muncul semula dalam hidup Qisya sedangkan dia dah berniat untuk melupakan Farhan.


FARHAN mengeluarkan kotak cantik yang sudah mulai pudar warnanya dan terdapat kesan lama pada struktur binaan kotak itu.  Dia berada di dalam biliknya ketika itu.  Kotak itu dibawanya ke luar negara sekali.  Tiba-tiba dia teringatkan Qisya dan sewaktu mereka masih kecil.
            “Abang buat apa tu?”  tanya Qisya yang sedang bermain dengan PSP milik Farhan.  PSP itu hanya diberi main kepada Qisya sahaja dan tidak kepada orang lain kerana Farhan tidak suka barangnya disentuh oleh orang lain.  Tetapi tidak untuk Qisya.  Dia membenarkan Qisya bermain barang miliknya.
            “Abang tengah tulis memori kita dalam ni dan abang nak simpan memori tu dalam kotak yang Qisya berikan kepada abang ni”   beritahu Farhan.
            “Qisya nak tengok boleh”
            Qisya menarik kertas kecil yang berukuran lima inci panjangnya itu.
           

QISYA DAN FARHAN


            “Kenapa ada nama Qisya dan nama abang?”
            “Ouh, yang tu.  Itu tandanya nama kita berdua yang sangat rapat.  Bila abang tulis nama kita berdua abang akan teringatkan Qisya dan Qisya pun kena teringatkan abang juga walau di mana pun abang berada”
            “Ouh..”  Qisya masih tidak dapat menangkap maksud Farhan.  Mungkin dia terlalu muda untuk memikirkannya.
            “Qisya?”
            “Hemm”
            “Kalau abang tinggalkan Qisya, Qisya marah tak?”
            “Abang nak pergi mana?”  wajah Qisya berubah.
            “Adalah”
            “Jangan, Qisya tak nak jauh dengan abang.  Sebab Qisya hanya rapat dengan abang je.  Abang selalu ada bila Qisya sedih.  Selalu nasihatkan Qisya jangan buat itu dan ini.  Abang nak ke mana?”
            “Tak, abang Cuma nak tahu je apa perasaan Qisya kalau abang tak ada depan mata Qisya suatu hari nanti.  Lagi satu abang memang tak suka dengan perkataan ‘selamat tinggal’.  Ianya menyakitkan.  Macam kita tak akan berjumpa dah buat selama-lamanya.  Jadi untuk Qisya, abang tak akan ucapkan selamat tinggal sebab abang nak jumpa Qisya lagi”
            Farhan tersentak dari lamunannya dan dia melihat kertas-kertas kecil yang berwarna-warni di dalamnya dan mengukir senyuman kecil.
            “Qisya..”  tiba-tiba dia ketawa kecil.
            “Qisya yang aku kenal bukan Qisya sekarang”


BANGUN sahaja pagi itu dia mengeliat panjang.  Farhan membersihkan dirinya dan bersiap-siap untuk berjogging di laman rumah istana yang luas itu.  Tak perlu nak ke luar pun sebab tempat tu pun dah besar.  Berbelas-belas hektar katanya.  Orang kaya, semua benda boleh dibeli kalau ada duit kat tangan.
            Ketika dia sedang berjogging tiba-tiba dia menemui seorang gadis cantik yang sedang bersenam bersendirian di tepi.   Siapa pulak awek cantik ni.  Tak pernah nampak pun sebelum ni.  Anak kawan papa ke?  Bisiknya.
            Farhan berhenti dan mendekati perempuan itu.
            “Hey?”  dia menegur dengan senyuman nipis.  Comel.  Bisiknya.
            Marsha menoleh dan menjeling sahaja.  Kisah pula dia dengan ucapan hey tu.
            “Er, nama siapa?  Boleh saya tahu awak ni anak siapa?  Rumah awak dalam sekitar tempat ni juga ke?”  tanya Farhan.  Banyak pula soalan dia.  Al-maklumlah kena ambil tahu.  Mana nak tahukan anak kawan papa yang terpenting ke?
            Marsha sekadar menjeling sahaja.  Tak ingin dia nak menjawab pertanyaan itu. 
            “Hai, sombongnya cik adik”  sindir Farhan.  Bukan main kacak rupa aku ni sikit pun dia tak nak pandang.  Kurang berketul ke apa badan aku ni.  Ke tak cukup keincian.  Tapi dia lagi pendek dari aku.  Pendek kaum perempuanlah katakan.
            “Sombong awak tu tak akan kemanalah!”  merasa geram dengan tingkah laku perempuan itu membuatkan dia beredar pergi meninggalkannya.
            “Sombong.  Jadi apa-apa kat kau tak hendak aku nak tolong”  kata Farhan sedikit rasa bongkak dan penuh berharap.
            Marsha mulai berasa pening.  Sungguh tiba-tiba sahaja kepalanya berasa sangat pening.  Ketika dia ingin meneruskan langkahnya dia merasakan dia mungkin akan terjatuh tetapi kemudian, ada seseorang yang memeluk tubuhnya daripada belakang.
            Marsha tersentak.  Dia menoleh kepalanya dan melihat ada seorang mamat comel yang baru sahaja membantunya daripada terjatuh.
            “Awak tak apa-apa?”  tanya Qisya.
            Marsha mengeleng dan kemudiannya mengangguk dengan cepat.  Kenapa dengan aku ni.  Qisya melepaskan Marsha dan melihat ke arah Marsha yang memiliki ketinggian lebih rendah daripadanya.  Marsha tergamam dan berasa sedikit malu.
            “Awak okey?”  tanya Qisya lagi.  Dia ingin meneruskan lariannya tetapi kasihan pula jika dia meninggalkan gadis itu bersendirian.  Mana nak tahu buatnya gadis tu pengsan ke apa ke.
            “Er, kepala saya pening sedikit”
            Qisya terlihat tempat duduk yang tidak berjauhan daripada mereka.
            “Jom duduk kat sana dulu” ajak Qisya dan selamba menarik pergelangan tangan Marsha.
            “Huh?”  Marsha tergamam apabila tangannya disentuh.
Qisya menyuruh Marsha duduk dahulu dan dia berdiri di hadapan Marsha.
            “Awak nak saya temankan awak sebentar?”
            “Huh..er, awak.. temankan saya sekejap boleh?”  kata Marsha dengan suara gugup.
            Qisya mengangguk dan duduk di sebelah Marsha.
            Marsha memerhati ke arah Qisya sewaktu Qisya sedang mengelap peluhnya dan tidak menyedarinya Marsha sedang memerhati ke arahnya.  Dia ni perempuankan?  Perempuan yang berwatakkan lelaki.  Ermm, comel dan nampak cool.  Mungkin aku boleh jadikan dia BFF aku kat sini.  Lagipun aku masih baru kat sini.
            “Saya Marsha”  Marsha menghulurkan tangannya kepada Qisya.  Qisya tersentak dan menyambut salaman Marsha.
            Erm, lembut je tangan dia.  Bisik Marsha.
            “Qisya”  beritahu Qisya.
            “Qisya.  Cantiknya nama awak”  puji Marsha.
            “Saya masih baru di sini.  Saya ikut family ke sini”
            “Oo, patut tak pernah nampak muka awak sebelum ni”  beritahu Qisya.  Dia mengukir senyuman dan lirikan matanya itu membuatkan Marsha berkata
            ‘Wowww..’
            Dia ni betul-betul perempuan ke atau sebenarnya lelaki yang nampak macam perempuan.  Keliru sudah.  Kulit muka dia pun cantik.
            “Awak ni sebenarnya apa ya.. tak maksud saya…”
            “Tomboy?   Awak nak cakap macam tu kan dekat saya sebenarnya?”
            “Huh?”
            “Tak kisahlah semua tu.  Yang penting saya jadi diri saya sendiri dan saya pun pencinta lelaki”
            Marsha mengaru kepalanya yang tidak gatal.
            “Umur awak berapa?”
            “21.  Awak?”
            “Saya 20”
            “Adiklah ni”
            Marsha tersengih.
            “Awak tinggal kat sini jugak ke?”  tanya Marsha.
            “Yup, situ rumah saya”  Qisya menunjuk ke arah bumbung rumahnya.  Marsha memanjangkan lehernya dan mengangguk.  Okey set rumah dia dah tahu.
            “Erm, nampak macam awak dah okey sebab banyak pula awak bercakap.  Kalau macam tu boleh saya sambung jogging saya?”  tanya Qisya selamba.
            “Huh..er boleh.  Eh tunggu sekejap”  Marsha merapati Qisya.
            “Nak ikut awak sekali jogging boleh?”
            “Jomlah”
            Marsha tersenyum lebar dan mereka berjogging bersama-sama.
            Farhan merenggangkan badannya dan kemudian matanya dapat menangkap kedatangan dua orang manusia yang sedang berjogging bersama-sama.  Eh itu macam Qisya.  Qisya yang tomboy tu!
            Eh, itu bukan ke awek yang aku tegur tadi tu ke.  Awek sombong.  Oo.. dengan aku tadi kau buat tak layan, tapi dengan minah tu juga kau jogging bersama-sama.
            Farhan mengerutu geram.  Ceih!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 31

31 Qisya tersentak apabila ada sesuatu yang sejuk dilekatkan di pipi kanannya.   Dia menoleh dan melihat ada seseorang yang menyua air tin perisa ice tea lemon kepadanya.   Minuman itu masih disua kepadanya, sehinggalah dia tersenyum dan mengambilnya.             “Awak fikirkan apa?   Jauh aje termenung”   tegur Ady.   Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.             “Sedang memikirkan seseorang”             “Fikirkan saya ke?”   Ady cuba untuk bergurau dan dia melihat Qisya tersenyum simpul.             “Ke awak fikirkan kekasih awak tu.   Farhan?”             “Buat apa saya fikirkan dia kalau dia tak fikirkan perasaan saya”   jawab Qisya bernada k...

TERIMA KASIH AWAK BAB 13

13 Qisya menarik kain langsir menutup cermin tingkap panjang dan menyambung kembali tidurnya.   Hari ni dia benar-benar berasa malas ingin melakukan apa-apa pun.   Macam ni nak pergi kerja dengan Fairuz.   Nak bangun pun bukan main liat.   Waktu nak subuh pun kena take five dulu barulah nak bangun selepas tu.   Dapat tidur seminit pun dah tak apa.   Asalkan dia boleh melayan rasa mengantuknya itu.             TUK..TUK..             “Qisya bangun sayang.   Ada tetamu ni”             Aduh siapa pula yang datang ni.   Hujung minggu kot.   Walaupun tak bekerja tapi bagilah aku peluang nak tidur lewat sikit.    Hisyhh siapalah yang mengacau di hujung waktu aku ni?             “QISYA!”   ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 9

BAB 9 “Amboi berseleranya kau makan”   Ayiez mengeleng kepala.   Al- maklumlah dah dua hari dia memprotes di dalam bilik tanpa mengambil sebarang makanan.   Ini terlampau sedih sangat sampai menyeksa diri sendiri.             “Tu lah lain kali protes macam tu lagi.   Eee, kau ni aku cakap bukan nak dengar”   telinga Qisya dipiatnya.   Dah macam gaya mak-mak pula si Ayiez ni kalau membebel.             “Sakitlah mak”             “Mak?   Mak hotak kau”   Ayiez kalau bercakap dengan Qisya macam layan kawan lelaki dia pula.   Cakap je apa yang dia nak cakap.             Qisya menghabiskan sepinggan nasi bubur.   Tadi baru sahaja dia menghabiskan dua keping pizza saiz regular.     ...