25
Sebelum
memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu. Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di
situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha
iaitu, Intan. Dia tidak suka melihat
cara layanan Qisya terhadap gadis itu.
Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja. Intan bertambah marah dan cemburu.
Kenapa Qisya tidak sebaik itu
dengannya?
“Qisya, awak buat apa tu?” tanya Intan yang seperti biasa mencipta
alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba
menjarakkan dirinya.
“Buat kerja” jawab Qisya berbalas dingin.
“Eh, saya nak tanya awak la. Kenapa awak nampak macam rapat je dengan
budak baru tu?”
“Marsha? Dia kawan baik saya”
“Ouh patutlah baik semacam. Tapi awak nampak macam selalu nak beri
perhatian kepada dia”
“Maksudnya?”
“Taklah. Dia tu macam manja sangat. Boleh ke dia buat kerja. Petang nanti dia masuk dan awak dah balik
waktu tu, hmm, tak tahulah apa yang akan berlaku kepada dia. Mungkin menangis kot” Intan ketawa menyindir.
“Saya kenal dia lebih daripada awak
kenal dia” Qisya berdiri di hadapan
Intan dengan renungan tajam. Intan mula
merasai kemarahan Qisya.
“Jangan suka nak pandang rendah pada
orang lain. Mana nak tahu dia lebih baik
daripada awak”
“Ouh, sebab tu awak tak baik dengan
saya. Saya ajak pergi sana sini awak tak
pernah nak kata nak. Macam tu kan?”
“Saya sebenarnya tak nak cakap benda
ni tapi saya kena cakap juga. Awak
merimaskan saya. Saya tak selesa dan tak
suka. Harap awak faham” kemudiannya Qisya berlalu pergi ke bahagian
belakang. Intan berdecit marah dan
memalingkan mukanya ke arah lain.
Petang itu, Marsha mula masuk
kerja. Qisya sengaja melebihkan masa
kerjanya sebanyak satu jam untuk mengajar Marsha cara mengambil pesanan
pelanggan dan juga menolong bahagian perpustakaan di tingkat atas. Nampak Marsha bersungguh-sungguh
mempelajarinya. Dia nampak serius dan tekun untuk melakukannya
nanti.
“Bagaimana dah faham
kesemuanya?” tanya Fairuz.
“Erm, rasanya boleh. Mungkin ada banyak lagi benda yang saya kena
belajar. Tak apa, Qisya boleh ajarkan
saya” beritahunya.
“Baiklah. Abang sambung kerja kat bawah dulu. Nak kira stok bekalan bahan dapur. Lepas dah siap semua ni boleh la turun bawah,
belajar nak kira stok pula. Okay?” Fairuz beredar meninggalkan mereka.
Qisya sudah bersiap-siap ingin
pulang.
“Awak berhati-hati kerja kat
sini. Kalau ada air basah atas lantai
ambil mop dan lap. Nanti jatuh. Kalau nampak pelanggan dah tiada kat meja
pergi lap meja dan kemas semua barang yang ada dekat situ. Bekalan kek dan biskut yang ada kat belakang
kaunter ni kena selalu periksa. Kalau
dah habis boleh beritahu kepada chef Amar kat belakang. Malam ni awak jaga kaunter sahaja. Pandaikan bermain dengan duit?”
“Mestilah saya tahu”
“Kalau harga makanan dan minuman
sebanyak RM20 dan dia beri kat awak RM100 awak nak kena pulangkan berapa?”
“Awak ni. Mestilah RM80 balik. Tak kanlah yang tu pun saya tak tahu”
Qisya mengangkat kening sebelah dan
mengangguk-ganggukkan kepalanya.
“Mana nak tahu kalau awak tersilap
bagi ke. Awak kena kira betu-betul guna
mesin ni. Saya dah ajarkan cara nak guna
tadi. Kalau ada pelanggan baru masuk
sentiasa buat eye contact, ucap selamat datang dan selamat pulang, terima kasih
dan yang paling penting..”
“Senyum!” Marsha mengukir senyuman lebar.
“Bagus. Okay apa lagi ya. Ha awak punch card belum yang awak punya?”
“Dah. Saya dah punch card dah”
“Okay apa lagi yang tertinggal. Erm, yang tu jelah kot buat masa
sekarang. Semoga berjaya. Jangan nangis kalau saya tak de” Qisya mengusik dan kemudiannya ketawa. Sebelum dia benar-benar pergi dia berpesan
lagi,
“Malam ni lepas habis kerja awak
balik dengan apa? Awak ada beritahu mama
dan papa awak tak?”
“Erm saya beritahu mereka yang saya
nak balik sendiri. Saya naik bas”
“Baju sejuk ada bawak tak?”
“Baju sejuk?” Marsha tidak memahami kenapa dengan baju
sejuk. Dia kena pakai sambil buat kerja
ke. Sejuk sangat ke café ni? Hmm.
Qisya meninggalkan Marsha
sebentar. Dia menuju ke lokernya dan
kemudiannya kembali dengan sweater yang berlipat itu. Dia memberi kepada Marsha.
“Ambil ni. Pakai nanti waktu nak tunggu bas malam
ni. Embun tak elok kena pada waktu
malam”
Marsha tersenyum gembira. Qisya terlalu ambil berat tentangnya. Berbeza dengan dulu. Sikap Qisya berlainan. Mungkin Qisya benar-benar dapat terima dia
sebagai BFF.
“Erm, dah la tak ada apa dah
kot. Ha, nanti kalau awak tak tahu
apa-apa, awak boleh tanya dengan abang Fairuz atau pun pekerja lain kat sini”
“Baiklah saya faham Qisya. Dah la.
Awak dah boleh balik dah ni. Saya
nak terus buat kerja ni”
Qisya mengangguk dan kemudian keluar
dari café tersebut dengan rasa lega. Dia
berharap Marsha boleh melakukan kerja yang disuruhnya tadi. Tak adalah berat mana. Setakat mengambil pesanan daripada pelanggan,
lap cermin dan meja, jaga kaunter dan memeriksa kuantiti kek dan biskut di
belakang kaunter. Pastikan semuanya
tidak berkurang.
DAlAM
perjalanan pulang, Qisya merasakan seperti ada orang yang mengikutinya. Dia berjalan seperti biasa dan kemudian bila
ada peluang, cepat-cepat dia menoleh ke belakang. Hmm, tak da pula. Tapi rasa macam ada orang yang ikut dia. Argh, perasaannya je tu. Bukan apa pun.
Sampai di rumah, Qisya terus menukar
baju dan mandi. Kemudian solat
Asar. Walaupun dia macam ni tetapi solat
dia jarang tinggal.
Nampak macam tak ada sesiapa berada
di rumah. Dia turun ke bawah dan membaca
nota pelekat yang dilekatkan di pintu peti ais.
Ibu dan ayah tiada
di rumah malam ni. Ayah kena pergi
Pulau Pinang kerana
urusan kerja. Jadi malam ni ajak Marsha temankan Qisya ya.
Love u mom and
dad. Muah!
ajak Marsha
tidur rumah malam ni? Hmm, dia pun balik
pukul 12 malam. Kasihan kat dia pula nak
suruh teman. Ala, kunci ajelah pintu
dengan tingkap. In Syaa Allah,
selamatlah aku nanti. Amin!
Malam itu tiba-tiba dia teringatkan
Marsha. Dia risaukan temannya itu. Dia mengangkat tangan dan melihat jam di
tangan kirinya menunjukkan pukul 11:29 malam.
Sekarang ni mereka mesti sedang sibuk closing. Patut tak dia pergi ke café dan balik dengan
Marsha malam ni. Mana nak tahu Marsha
pengsan ke apa ke. Memanglah dia nampak
sihat atau pun suka berpura-pura yang dia sihat.
Tanpa membuang masa dia bersiap
biasa dan bergerak ke Bandar dengan menahan teksi yang lalu di hadapan
perumahan istana. Mujurlah! Tak perlu nak tunggu bas.
Dia sampai ke café dalam pukul 12:12
malam. Dari luar café dia melihat dua
orang pekerja lain dan termasuk Marsha sedang bersiap-siap ingin pulang. Dia menunggu Marsha di tepi pokok. Gadis itu kelihatan sedang berbual dengan
pekerja café yang lain. Kelihatan
seperti pekerja lelaki itu mahu Marsha menumpang motosikalnya. Marsha nampak menolak tetapi pekerja lelaki
itu asyik memujuk Marsha.
Qisya berjalan mendekati mereka
sambil bersilang tangan dan memandang pekerja lelaki tersebut.
“Eh Qisya!” pekerja tersebut nampak terkejut dengan
kehadiran Qisya di situ. Dia tersengih.
“Marsha balik dengan aku malam
ni. Jadi tak perlu kot dia tumpang motor
kau ni” kata Qisya.
Pekerja lelaki itu nampak macam
tidak senang. Dia kemudiannya beredar
pergi.
Marsha berjalan di hadapan Qisya.
“Kenapa awak datang sini?” tanya Marsha sedikit aneh.
“Awak balik seorang diri malam-malam
macam ni bahaya tahu tak?” Qisya nampak
macam nak marah sahaja.
“Kenapa tak suruh papa awak datang
ambil je. Senang cerita. Tengok tadi tu budak tu asyik pujuk awak naik
sekali dengan dia. Dia tu gatal
sikit. Awak jangan suka nak bagi muka
kat dia”
Selepas kena membebel, Marsha diam
sahaja. Manalah dia boleh nak melawan
Qisya. Qisya tua setahun daripada dia
dan dia kena hormat Qisya. Dah lama dia
pegang prinsip itu.
Mata Qisya mencorot ke arah baju
sejuk yang berada di tangan Marsha.
“Pakai baju tu. Nanti awak sejuk” kata Qisya dengan nada tidak senang dan
kemudiannya berjalan dahulu ke perhentian bas yang tidak jauh dari café.
Marsha cepat-cepat memakai. Bukan tak
nak pakai masalahnya dia baru sahaja siap mengemas dan badannya
berpeluh. Dia takut baju sejuk kepunyaan
Qisya berbau nanti. Tetapi bila dia
mendengar sahaja arahan Qisya terus disarungkan baju itu ke tubuhnya. Tak apalah balik nanti boleh basuh terus.
Dan malam itu Qisya menemani Marsha
pulang ke rumah dengan selamat. Qisya
pun malas nak menyusahkan Marsha menemaninya di rumah malam ini. Tak ada apalah. Hanya semalaman sahaja.
KEESOKKAN
harinya, seperti biasa awal pagi itu dia membuat opening dahulu. Menyediakan barang keperluan. Memeriksa kuantiti kek, muffin dan juga
biskut bersama-sama dengan Intan, Epul dan seorang pembantu chef dan juga Chef
Amar. Qisya terpandang ke arah seorang
pemuda yang berjalan dengan memakai topi yang menutup hampir sebahagian paras
matanya. Jadi mukanya tidak jelas
kelihatan.
Mencurigakan sebab dua tiga kali
jugalah dia lalu di hadapan café.
Kemudiannya dia tak berfikir banyak dan terus masuk ke dapur meninggalkan
Intan bersendirian di kaunter.
Tidak sampai lima saat dia terdengar
suara Intan menjerit. Qisya pantas
berlari ke hadapan semula dan melihat pemuda yang mencurigakan itu masuk sambil
mengacu pisau ke arah Intan. Dia
menyarung mukanya dengan sesuatu dan memaksa Intan mengeluarkan semua duit di
dalam mesin. Dia kelihatan terdesak
apabila Qisya berlari ke arahnya dan tiba-tiba terus menyerangnya dengan buah
serangan yang dipelajari oleh Qisya.
Tidak sempat dia mahu menyerang Qisya, apa yang dia tahu dia sudah
tertiarap di atas lantai marmar. Intan
berlari naik ke atas dan mendapatkan Fairuz.
Qisya memulas tangan pemuda itu
sehingga pemuda itu mengerang sakit dan minta Qisya melepaskannya dengan
segera. Dia tidak mahu ditangkap
lagi. Kali ini sudah dua kesalahan yang
dia telah lakukan. Dia tidak mahu
melakukan kesilapan lagi tapi nampaknya lawannya lebih pantas dan mempunyai
ilmu mempertahanan diri.
Chef Amar yang turut berada dalam
keadaan cemas menghubungi pihak polis.
Melihat sahaja Qisya terlewa
sedikit, pemuda itu mencapai pisau yang terletak di bawah kakinya dan dia terus
mencederakan tapak tangan Qisya. Qisya
menahan sahaja walaupun dia tahu dia telah tercedera. Dia menjatuhkan pemuda itu dengan teknik yang
dipelajarinya dan Chef Amar serta pembantunya memegang pemuda tadi.
Fairuz dan Intan sudah berada di
bawah dan melihat pemuda yang cuba merompak mereka tadi tanpa melihat keadaan
Qisya. Dan kemudiannya, Fairuz perasan
ada titisan darah di atas lantai marmar sepanjang ke singki dan dia melihat
Qisya berada di situ.
“Qisya!” dia berlari anak mendapatkan Qisya dan
melihat Qisya sedang membasuh luka sambil menahan sakit.
“Tangan awak terhiris ni, mari kita
ke hospital” dan kemudiannya, Fairuz
membawa Qisya ke hospital sementara yang lain tunggu kereta polis sampai untuk
mengambil pemuda itu.
Setelah dirawat Qisya mendapat MC
sebanyak seminggu. Sementara menunggu
lukanya sembuh dan Fairuz terhutang budi dengan Qisya kerana berjaya menangkap
perompak itu dari merompak cafenya.
Berdebar jika keadaan buruk berlaku jika Qisya tidak bertindak pantas
pagi tadi.
“Risau betul abang kalau sesuatu
berlaku kepada awak tadi”
Qisya mengeleng.
“Tak ada apalah bang. Sekurang-kurang tak ada yang tercedera selain
daripada saya”
“Abang terhutang budi dengan kamu Qisya. Terima kasih Qisya”
“Abang terhutang budi dengan kamu Qisya. Terima kasih Qisya”
Ketika mereka sedang berbual-bual
mengenai kejadian tadi, Qisya seperti ternampak wajah Farhan sedang memandang
ke arahnya.
“Abang?” dia berjalan perlahan ke muka pintu dan dia
sangat pasti itu adalah Farhan.
Dia menarik pintu kasar dan berlari
menyeberang jalan. Kedengaran bunyi hon
nyaring ke arahnya. Fairuz yang melihat
memekik memanggil Qisya. Semua orang
kelihatan panik. Qisya mengangkat
tangannya dan berdiri kaku di tengah-tengah jalan raya kecil.
SRETTTT! Bunyi tayar kereta membrek secara
mengejut. Berombak-ombak dada Fairuz
kerana menyangkakan yang Qisya akan dilanggar.
Satu saat,
Dua saat,
Hanya nafas Qisya berdesah
resah. Wajahnya pucat kerana terkejut
dengan bunyi seretan tayar tadi begitu kuat.
Penunggu di perhentian bas masing-masing memanjangkan leher mereka ingin
melihat apa yang berlaku. Ada
kemalangankah? Masing-masing membuat
spekulasi sendiri.
Pemandu tadi pantas keluar dari
kereta dan terus memekik ke arah Qisya.
“WOI! BUTA KE HA? NAK MELINTAS TU
AGAK-AGAKLAH” pemandu tampan itu
mendekati Qisya dan menaggalkan rayban yang dipakainya. Qisya sedang menundukkan wajahnya kerana
masih dalam keadaan cuak dan terkejut.
Hilang terus coolnya itu.
“KAU PEKAK KE APA HA. KAU TAK NAMPAK KE KERETA AKU NAK LALU KAT
SINI. MAIN LINTAS JALAN MACAM TU
JE. KAU INGAT NI JALAN MAK BAPAK KAU KE
BUDAK!” jerkahan demi jerkahan telah
habis diluahkan namun dia melihat Qisya masih diam membatu. Pengsan sambil berdiri ke apa ni? Bisik pemuda itu. Yalah orang tengah marah bukannya nak minta
maaf ke apa ke ni tak diam macam batu.
PIN..PIN.. kenderaan lain
membunyikan hon dan beredar setelah melintasi mereka.
“LALU AJELAH. JALAN ADA DUAKAN. AKU TENGAH ADA MASALAH KAU TAHU APA!” tak pasal-pasal pemandu lain terkena tempias.
Qisya mengangkat mukanya dan
memandang wajah pemuda yang lebih tinggi daripadanya itu. Sangkanya pemuda itu akan memaki hamunnya
lagi tetapi wajah lelaki itu berubah 360 darjah. Dia nampak sangat terkejut.
Tanpa meminta maaf, Qisya ke
seberang jalan dan berlari menuju ke sesuatu tempat.
“Qisya!” Fairuz mengejar Qisya. Pemuda itu terus menahan Fairuz. Memandangkan Qisya telah melakukan kesalahan
tadi, Fairuz terus meminta maaf kepada pemuda itu.
“Tak apa. Saya nak tahu dia siapa?”
“Ha?” dalam keadaan macam ni pun masih ada masa nak
berkenalan. Tadi bukan main ligat dia
memaki hamun Qisya ni tiba-tiba sibuk
nak tahu siapa gadis yang hampir dilanggarnya tadi.
FAIRUZ
mengeleng kepala dan meninggalkan Qisya yang duduk bersendirian di bangku
luar. Selepas dia menyakinkan Qisya apa
yang dilihatnya tadi bukanlah Farhan tetapi hanya perasaan Qisya sahaja. Kalau Farhan dah pulang, sekarang dia sudah
pun kembali ke rumah keluarganya. Kenapa
dia nak kena menyorok dan memerhati Qisya daripada jauh. Mustahilkan?
“Saya yakin yang itu adalah dia..
ya..” dia berkata bersendirian dan
memejamkan matanya. Tidak lama kemudian
dia terbaukan perfume yang selalu dipakai oleh Farhan. Dia hanya nampak kasut berjenama Levise di
situ. Tak mungkin itu Farhan.
Dia mengangkat muka dengan pandangan
biasa dan melihat seorang pemuda yang nampak macam pakai baju kot tapi tak
macam baju kot, berkemeja di dalam dan juga berseluar jeans gelap. Dari atas sehingga ke bawah kemas dan teratur
sahaja. Kasutnya juga nampak bersih.
Aih! Tapi bukan ke dia ni tadi yang
marah macam Angry Bird tadi. Melenting macam apa entah. Sakit hati pun ada. Yalah kena jerkah depan-depan orang
awam. Panas muka ni sebenarnya tapi
disebabkan salahnya juga dia mengambil jalan mudah untuk mendiamkan diri tanpa
meminta maaf.
“Erm.. aku.. aku nak minta maaf
pasal tadi. Marah lebih-lebih pula dekat
kau. Sepatutnya aku bersyukur yang kau
tak apa-apa. Kau tercedera ke?” tanya pemuda yang tidak diketahui namanya
itu.
Qisya mengeleng.
“Kau pasti?”
Qisya mengangguk dan kemudiannya
menoleh ke arah seseorang yang memandang ke arah mereka. Pemuda itu turut memandang ke arah tempat
yang dipandang oleh Qisya. Sebenarnya
tak ada apa pun. Sengaja Qisya nak
pandang ke arah orang itu.
Pemuda itu melihat tangan Qisya yang
berbalut itu.
“Kau kenapa dengan tangan tu?”
“Tercedera” balas Qisya sekali tanpa memandang wajah
pemuda itu.
Aih, nak cakap apa lagi ni. Tak ada idea nak berborak panjang dengan dia.
“Pemilik café ni cakap kau bekerja
dengan dia, sekarang ni kau tak bekerja ke?”
Soalan bodoh! Dah tahu aku duduk lepak kat luar ni, pakai
pula baju biasa lepas tu dengan tangan aku yang berbalut macam ni mestilah aku
tengah bercuti sekarang ni. Aih! Muka dah macam artis. Kacak.
Tapi malang IQ letak kat lutut.
“Aku tahu mesti kau nak cakap apalah
dia ni tanya soalan yang bukan-bukan.
Mengarut betul!”
Aih, psikik ke apa dia ni boleh baca
pemikiran orang lain. Haha, banyak lawak
dia ni.
“Tak tadi café nak kena rompak. Mujur seorang je. Jadi sambil bergelut dengan ni, tangan ni
tercedera kena pisau dia”
“Ouh. Ya ke?
Dah buat repot polis dah? Okay
maaf, mestilah dah kan. Soalan bodoh
lagi aku tanya”
Qisya ingin ketawa dengan gaya
lelaki itu.
“Aku Ady” lelaki itu memberitahu nama singkatnya kepada
Qisya.
“Kau Qisya kan? Pemilik café ni beritahu tadi. Aku sempat interview dia”
Qisya mengangguk.
“Maaflah, saya tak sengaja
tadi. Saya pun sepatutnya minta maaf
sebab melintas macam tu je” akhirnya
Qisya meminta maaf.
“Eh tak apalah. Masing-masing nak cepat tadi. Tapi sebenarnya kau nak kejar apa?” sibuk sahaja Ady nak tahu. Macam dah kenal lama pula dia. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.
“Saya macam nampak seseorang yang
saya kenal. Dia macam tengah pandang ke
arah saya… sebab tu saya berlari macam tu je sebab nak dapatkan dia. Tapi bukan dia. Saya silap orang” beritahunya.
Mungkin kalau dia menceritakan apa yang berlaku kepadanya tadi, Ady
tidak akan menindakkan kata-katanya seperti mana Fairuz. Padahal Fairuz juga yang cakap Farhan masih
hidup tetapi dia pula yang menindakkan kata-kata Qisya. Sedikit hampa dengan lelaki itu.
“Siapa orang tu?”
“Kekasih saya” beritahunya.
Diri sendiri terkejut kerana mengaku Farhan sendiri adalah kekasihnya. Mungkin juga ingatannya kepada kata-kata
Farhan yang meminta dia menunggu lelaki itu pulang.
Ady diam. Entah apa yang telah membuatkan dia terdiam
seperti itu sambil mengelamun jauh pula.
Namun dia cepat-cepat tersedar dan memandang ke arah Qisya yang
tiba-tiba beremosi itu. Sangkanya gadis
yang kelihatan nampak tomboy ini kuat dan tidak pernah menangis tetapi
rupa-rupanya gadis itu telah menumpahkan air mata di hadapannya, sedangkan
mereka masih baru kenal.
“Maaf,” Qisya ingin cepat mengesat
air matanya namun Ady pantas menarik tangan Qisya dan menjatuhkan tangan itu
perlahan ke riba Qisya semula.
“Jangan” beritahunya dengan nada suara perlahan. Mereka berdua saling berpandangan.
“Jangan kesat air mata tu kalau air
mata itu akan melupuskan segala-galanya.
Kau akan rasa lebih baik selepas itu kan?” dia mengukir senyuman lebar sambil melihat
mata Qisya yang berkaca-kaca itu.
Ady,
berkali-kali berpesan kepada tunangnya itu supaya jangan menangis, tetapi kerap
kali tunangnya itu menangis kerana sesuatu hal.
Pernah jugalah dia naik angin suatu hari apabila gadis itu menangis. Dia berasa rimas dan selalu berfikiran yang
perempuan ini terlalu lemah dan kolot.
Sehinggalah suatu hari air matanya pula yang mengalir kerana tunangnya
Dia berasa menyesal selepas itu.
Kerana itu
selepas dia melihat Qisya menangis untuk seseorang dan gadis itu ingin mengesat
air matanya, dia menghalang. Air mata
itu anugerah dan tidak harus dipersia-siakan seperti itu. Dia telah mempelajari sesuatu dalam hidupnya.
Ulasan