Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 30



30


Dia tersentak bangun dari tidur apabila alarm handphonenya berbunyi pada pukul enam pagi.  Dia pantas  mematikan dan kemudiannya, menolak diri bangun dan bergerak ke bilik air untuk mengambil air sembahyang.  Tapi dah alang-alang tu mandi teruslah.  Dia nak bersenam pada pagi ini.  Gembira kerana hari ini dia bekerja di sebelah petang.
            Apa yang penting dia tidak akan bekerjasama dengan Intan lagi.  Malas dia nak mencari masalah dengan gadis yang suka mencari alasan untuk menempel dengannya itu.
            Pukul enam setengah pagi dia keluar dari rumah dan bersenam bersendirian.  Berjoging yang mengambil masa setengah jam juga tanpa berhenti.  Kemudiannya dia membuat regangan badan sedikit di tasik buatan. Pukul tujuh setengah pagi dia masih berada di tasik buatan sambil menghirup udara segar.
            Dia mengelamun sejenak dan tiba-tiba ingatannya melayang tentang kisah malam tadi.  Ady meluahkan perasaan kepadanya.  Lelaki itu tidak kisah dia tomboy sekali pun.  Ady tetap mahu menerima dan akan mencintai Qisya.
            Hmm, tak sangka pula dalam tomboy, tomboy aku macam ni pun ada juga makhluk yang hendakkan aku.  Siap bagi masa untuk aku berfikir.  Terima dia atau tak?
            Qisya tersengih tiba-tiba dan mengosok-gosok rambutnya.  Kemudian dia melekapkan kedua-dua tapak tangannya dan menjerit Gyahhh!  Dia suka sebenarnya.  Kalau boleh dia nak sangat melompat tapi takut kalau orang lain ternampakkan dia dan mengatakan dia tidak siuman.  Dah la tomboy, tidak siuman pula tu.
            Hey, aku bukan tomboy okay, Cuma kasar je… dia tersengih kembali.
            Sesaat kemudian dia merasakan ada telapak tangan yang melekap di atas kepalanya dan dengan cepat dia membuat serangan.
            GEDEBUS!
            Si mangsa itu terjatuh di kakinya setelah ditumbangkan.
            “Aduhhhh…”  si mangsa  merengek kesakitan.
            Qisya macam kenal dengan si mangsa  dan dia pantas membongkok dan menolak bahu lelaki itu.
            “AYIEZ!”  dia menjerit kerana tidak sangka yang lelaki itu berada di situ.
            “Bila awak balik?”
            “Flight aku malam tadi la..aduh..kuat gila penangan kau.  Sakit badan aku ni..” dia bangun dengan dibantu oleh Qisya.
            “Mana kau tahu aku kat sini?”  tanya Qisya.
            “Akukan psikik.  Boleh rasa kau ada dekat mana”  dengan wajah yang serius dia berkata.
            “Padan dengan muka awak.  Mana saya nak tahu itu awak.  Ha, kan dah kena penangannnya”
            “Aduh..aku  rasa, macam  tulang rusuk aku dah lari sedikit..”  kata Ayiez masih dengan muka serius walaupun dia mahu membuat kelakar sebenarnya.
            “Kata balik malam tadi, kenapa tak berehat aje kat rumah.  Kan lebih baik dari awak datang sini dan dapat hadiah istimewa dari saya”
            “Ha..biarlah aku nak berehat ke tak nak”  muka Ayiez nampak masih merah-merah menahan rasa senak pada perutnya.  Dahsyat betul minah ni.  Sekali dia buka langkah macam nak mati ha dia bagi.  Tak ada nak bagi signal dulu ke apa ke.  Terus dia bagi penangan.  Memang tak boleh ajak bergurau dia ni.
            Qisya langsung tidak berasa serba salah.  Salah Ayiez juga.  Kononnya nak buat kejutan tapi tak menjadi.  Last sekali dia yang  sakit.  Baru padan dengan muka dia tu.  Tapi dalam  masa yang sama dia gembira kerana, Ayiez telah pun pulang.  Banyak benda yang ingin dia ceritakan kepada Ayiez.
            “Kau apa khabar?”  selepas semuanya selesai, mereka berdua duduk sebelah-sebelah mengadap tasik dan sambil memeluk lutut.
            “Baik, awak?”
            “Sakit lepas kena belasah dengan kau!”
            Qisya ketawa kecil.
            Mereka diam buat seketika.
            “Kau okay?”  tanya Ayiez.
            “Kenapa awak tanya saya soalan macam tu?”
            “Aku ni walaupun duduk kat luar negara tu hari-hari aku teringatkan kau.  Hari ni kau tengah buat apa?  Esok kau buat apa?  Kau sihat ke tak?  Setiap masa aku asyik risaukan kalau ada benda buruk berlaku dekat kau.  Sebab tu selepas solat aku doakan agar kau selamat Qisya”
            “Terima kasih Ayiez.  Awaklah kawan saya dunia dan akhirat”
            “Kawan je?”
            “Yalah habis tu nak apa.. ouh, lupa.  Awakkan BFF saya. Best Friend Forever”
            “Aku tak nak jadi BFF kau”
            “Habis tu?”  Qisya kelihatan menahan ketawa.  Dah kenapa dengan muka dia ni.  Serius lain macam sahaja.
            “Qisya jom kahwin!”  tiba-tiba Ayiez mengajaknya berkahwin pula.
            Qisya ketawa panjang.  Ini kali berapa Ayiez nak mengenakan dia.  Dia tak akan tertipu dengan lelaki itu dah selepas ini.
            “Asal kau ketawa?”  Ayiez berwajah tidak senang.
            “Yalah dulu awak suka kenakan perasaan sayakan.  Bagi gula hacks, sebab apa, sebab Hanya Aku Cinta Kau Seorang.  Banyaklah.  Lepas tu cakap suka kat saya kemudian gelak terbahak-bahak.  Memang taklah saya nak percaya cakap awak yang tak pernah nak serius ni”
            Ayiez diam.  Dia memandang tasik.  Qisya masih dalam sisa ketawanya.
            “Adoi, kenapa awak tak nak cakap kena tipu ke?  Apa ke?  Selalunya awak akan cakap macam tu”
            “Qisya aku dah fikir akan benda ni.  Aku takut bila aku pangku jawatan CEO, papa akan jodohkan aku dengan Diana.  Itu yang aku tak nak.  Sekarang Farhan tak ada.  Jadi mesti dia nak aku gantikan tempat abang aku.  Aku tak nak!”
            Qisya tidak ketawa lagi apabila melihat wajah kerisauan yang sangat jelas pada wajah Ayiez.
            “Aku risau..aku risau kalau aku kena bersama dengan orang lain, kau macam mana?”
            “Kenapa awak nak kena risaukan saya.  Saya tak apa-apalah awak”
            “Aku tetap risau.  Aku rasa mesti kau tak periksa habiskan kotak yang aku hadiahkan gelang pada kau waktu birthday kau yang lepas.  Ada sesuatu di dalam kotak tu yang kau kena tahu bila kau dah berputus ada dengan semua orang.  Aku nak kau buka pelapik bawah kotak tu nanti. Tapi bila kau betul-betul fikirkan tentang aku, Qisya..”  selepas berkata-kata, Ayiez bangun dan mengimbas punggung seluarnya yang terlekat dengan rumput-rumput kering. 
            Qisya mendongak memandangnya.
            “Semua jawapan aku ada dalam tu dan janji dengan aku, bila kau rasa kau perlukan aku baru kau buka dan baca apa yang ada dalam tu”  Ayiez meninggalkannya dengan minda Qisya yang tengah kosong.
            Ap..apa maksud Ayiez.  Kenapa dia cakap macam itu?


“QISYA?”  Marsha memanggil apabila melihat sahabatnya itu baru sahaja punch card masuk.  Hairan, bukan ke Qisya sepatutnya bekerja awal pagi tadi.  Qisya terus ke belakang.  Kaunter dijaga oleh Marsha kerana tugas itu tidak terlalu berat.  Marsha tak perlu ke hulu dan ke hilir.
            “Qisya”  dia memanggil lagi kerana perasaan ingin tahu kenapa Qisya mengubah  shiftnya pula.  Qisya merapati dan berdiri di sebelahnya.
            “Ada apa?”
            “Awak kerja belah petang ke Qisya?”
            “Dah tu, nampakkan saya baru je punch card masuk.  Mesti awak sukakan saya sama shift dengan awak”
            Marsha diam.  Nak kata gembira pun tak.  Cuma dia nak tahu kenapa Qisya bekerja di sebelah petang pula.
            “Kenapa tiba-tiba awak nak sama shift dengan saya?”
            “Ha?  Tak boleh ke?  Biarlah saya nak kerja bila-bila shift.  Tak ada kaitan dengan awaklah Marsha.  Jangan nak fikir yang bukan-bukan”
            Kalau Qisya sekali shift dengan dia, dia takut Qisya akan tahu yang dia hanya bekerja di bahagian kaunter sahaja.  Kerja-kerja berat Fairuz tidak membenarkan dia melakukannya.  Dia risau Qisya akan mengesyaki sesuatu kepadanya.  Kenapa dia tak oleh buat kerja yang berat-berat.
            “Abang tak tukarkan Qisya tapi Qisya yang nak shift petang”  Fairuz memberitahu Marsha lewat petang itu.  Fairuz ingin pulang ke rumah sekejap untuk menukar pakaian.
            “Hey, tak suka ke sama shift dengan kawan baik?”
            “Tak adalah macam tu Cuma saya tak nak dia syaki saya kalau saya tak buat kerja yang lain.  Biasanya dia yang jaga kaunter.  Nanti mesti dia pelik kalau saya tak mampu nak buat kerja lain.  Abangkan tak bagi saya kerja yang berat-berat”
            “Abang nak balik tukar baju ke?”  tiba-tiba Qisya datang menyampuk.  Dari mana dia muncul pun tak tahu.  Marsha terus masuk ke dalam dan Qisya memerhati ke arahnya.
            “Marsha cakap apa dengan abang?”
            “Tak ada apa.  Dia suruh abang bawa kereta berhati-hati”
            “Abang ada apa-apa ke dengan Marsha?”
            Fairuz ketawa.
            “Kenapa jealous”
            “Langsung tak.  Nak buat apa jealous dengan abang.  Saya bukan ada apa-apa pun dengan abang”  jawabnya dengan muka selamba.
            “Okaylah abang.  Nak masuk kerja.  Ha lagi satu, abang nanti nak tumpang bilik.  Nak solat maghrib”
            “Ha, okay.  Gunalah”  katanya dan Qisya mengangkat tangan serta kening sebelahnya dan dia beredar pergi.
            Marsha menunggu Qisya solat mahgrib dahulu dan kemudian barulah dia masuk. Kerana bilik tersebut sederhana kecil.  Kalau nak bentang sejadah dua pun tak muat.  Muat-muat untuk seorang sahaja bersolat.
            Qisya memandang muka Marsha dan Marsha menuru masuk tanpa memandang mukanya.  Macam ada sesuatu yang tidak kena dengan Marsha.  Dia macam tidak gembira yang mereka satu shift yang sama sekarang.  kenapa ya?
            Marsha duduk di kaunter selepas itu dan menunggu pelanggan datang membayar menu.  Agak lama dia berdiri sehingga sesekali dia memegang pinggangnya yang terasa lenguh.  Qisya datang dengan membawa kerusi.
            “Duduklah!”  suruhnya.
            Marsha memandang. Dia kemudiannya mengeleng.
            “Tak nak.  Saya tengah bekerja sekarang.  Takkan nak kena duduk”
            “Awak ingat saya tak tahu yang awak lenguh-lenguh pinggang apa semua.  Tak payah nak bohong sangatlah”
            Marsha menarik muka sejenak dan kemudian melabuhkan punggung di atas kerusi.  Qisya mengeleng.
            “Kalau pelanggan tak ada duduk ajelah.  Buat apa awak nak berdiri sepanjang masa”  katanya dengan suara baik, secara menegur sahabatnya itu.
            Kemudian, dia menyambung kerjanya kembali dan membiarkan Marsha berseorangan di meja kaunter.
            Jam telah menunjukkan pukul 9:45 malam.  Ketika Qisya sedang mengemas di bahagian kaunter sementara Marsha berada di bilik stor, seorang pelanggan wanita masuk.
            “Qisya”  wanita itu memanggilnya dan kemudian, Qisya seakan kenal dengan wajah wanita itu.  Itu bukan ke Diana.
            Diana ingin bercakap dengannya dan Qisya memanggil Marsha untuk menyambung tugasan di kaunter sementara dia mengikut wanita itu keluar dari café sebentar.
            Sebaik sahaja mereka mencari posisi yang sesuai untuk berbual, Diana menarik baju cardigan labuhnya kerana angin malam menyucuk-yucuk tubuhnya dan menjadikan dia berasa dingin, sementara Qisya kelihatan biasa sahaja.  Padahal dia pun sejuk juga.  Cuma dia lebih suka belagak cool.  Tidak mahu nampak terlalu lemah.
            “Farhan nak jumpa dengan awak”  Diana memulakan perbualan dengan wajah serius.
            Tiada sebarang reaksi wajah yang dia mahu pamerkan.  Terkejut pun tak.  Gembira apatah lagi.  Kerana dia tahu Farhan masih hidup dan tidak terlibat dengan kapal terbang terhempas itu.
            “Farhan nak jumpa dengan awak dan dia nak saya berikan awak alamat ni dan cari dia di sana”  Diana mengeluarkan alamat yang ditulis di dalam kertas dan menyua kepada Qisya.
            Lambat Qisya mengambil.  Dia melihat alamat itu.
            “Dia nak sangat jumpa dengan awak sekarang Qisya”
            Qisya ketawa bersahaja.
            “Buat apa dia nak jumpa dengan saya?  Kenapa dia tak datang sini sahaja?  Kenapa dia nak kena menyorok?”
            “Saya tak tahu.  Awak kena tanya dia sendiri”
            Qisya melihat cincin di jari manis Diana dan mengesyaki itu adalah cincin pertunangan mereka berdua.
            “Qisya awak marah ke dengan pertunangan kami ni. Qisya awak kena tahu yang kami terpaksa melakukannya”
            “Terpaksa atau memang sengaja memaksakan diri.  Sudahlah.  Rasanya saya malas nak ambil tahu hal dia.  Buat ajelah apa yang dia nak.  Kalau dia nak terus menyorok, teruskan.  Sebab Tuan Badrul tak akan putuskan pertunangan ini sebab dia tahu anaknya masih lagi hidup”
            “Qisya, awak tak boleh cakap macam tu..”
            “Bukan ke awak cakap awak nak mencuba dahulu.  Kalau awak rasa Farhan tak sesuai awak akan tarik diri dan kembali kepada Ryzal.  Itukan yang pernah awak beritahu saya dulu”
            Diana terpempan.  Termakan dengan kata-katanya sendiri.  Dia mengakui Qisya tidak menyukai dengan caranya itu.  Kerana pertunangan ini dia dan Ryzal menghadapi masalah. Ryzal marah akannya kerana tidak berusaha mempertahankan cinta mereka dan sanggup bertunang dengan lelaki yang tidak dicintai.  Kerana itu Ryzal menjauhkan diri, dan Diana sedar yang dia tidak boleh kehilangan Ryzal.
            “Tolonglah maafkan saya.  Saya mengaku saya dah silap memilih jalan”  tiba-tiba Diana mencekup mukanya dan mula menangis.
            Qisya mengeluh.  Baru sekarang nak menyesal.
            “Dah la, nanti saya pergi jumpa dia..”


SUDAH hampir seminggu dia tidak juga mencari Farhan mengikut alamat yang diberi.  Tak terasa pula dia nak pergi.  Entah dia berasa tawar hati dengan cara lelaki itu.  Kerana lelaki itu juga sudah banyak air mata yang dibuang kerananya.  Masih tidak mahu serik-serik.  Sampai bila!?
            Kemudiannya dia menyerahkan alamat itu kepada ayahnya.  Menyuruh ayahnya memberikan kepada Tuan Badrul sendiri.  Biar Tuan Badrul sahaja yang menjemput anak kesayangannya itu.
            Seperti apa yang dia gambarkan, Farhan kini sedang terpacak berdiri di hadapannya dengan muka marah.  Marah kerana Qisya tidak mencarinya dan lagi satu, dia bergaduh hebat dengan orang tuanya gara-gara menghilangkan diri dan menyusahkan ramai orang.  Apa yang dirancang tidak menjadi gara-gara Qisya.
            Qisya berwajah biasa sambil bersilang tangan.  Langsung tiada perasaan serba salah.
            “Seronok?”  kata Farhan.
            “Apa yang seronok?”
            “Seronok kenakan abang”
Qisya ketawa tidak berbunyi.  Dia menjeling bersahaja.
            “Qisya abang serius  ni!”
            “Qisya serius juga sebab tu Qisya berikan alamat abang kepada Tuan Badrul”
            “Abang nak Qisya yang datang cari abang bukan suruh Qisya beritahu kedudukan sebenar abang kepada papa abang!”
            “Jadi, abang dah selamat balik ke rumah.  Sekurang-kurangnya, abang tak adalah nak kena lari sana sini”
            “Qisya!?”
            Qisya berwajah serius semula.  Dia merenung mata bundar Farhan.  Nampaklah yang lelaki itu dalam api kemarahan.
            “Abang ingat apa yang abang rancangkan tu bagus.   Abang fikir tak perasaan orang lain?  Abang langsung tak fikir!  Abang buat sahaja apa yang abang nak buat!”
            “Abang buat macam tu sebab abang nak papa putuskan pertunangan abang ni.  Abang tak nak ada kaitan dengan Diana.  Abang tak mahu hidup dengan orang yang abang tak cinta”
            “Habis tu abang sepatutnya tegaskan pendirian abang yang abang tak nak teruskan pertunangan abang!  Yang tu pun abang tak berani nak melakukannya.  Abang pengecut tahu tak?  Pengecut!”
            “Qisya tak faham situasi abang”
            “Kalau Qisya faham sekali pun abang tetap sama sahaja.  Abang ada masalah abang tak perlu lari macam tu sahaja.  Abang selesaikan masalah tu sendiri”
            Kedua-duanya terdiam.  Masing-masing sedang menahan sabar.  Kalau diikutkan hati Qisya, dia mahu sahaja menghadiahkan sebiji penumbuk kepada Farhan.  Keras kepala tak tahu tahap berapa.
            “Sudahlah, Qisya malas nak bertekak dengan abang!”  Qisya meninggalkan Farhan dan membiarkan Farhan menyelesaikan sendiri masalahnya.
           






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...