31
Qisya tersentak apabila ada sesuatu yang sejuk dilekatkan di pipi
kanannya. Dia menoleh dan melihat ada
seseorang yang menyua air tin perisa ice tea lemon kepadanya. Minuman itu masih disua kepadanya, sehinggalah
dia tersenyum dan mengambilnya.
“Awak fikirkan apa? Jauh aje termenung” tegur Ady.
Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.
“Sedang memikirkan
seseorang”
“Fikirkan saya ke?” Ady cuba untuk bergurau dan dia melihat Qisya
tersenyum simpul.
“Ke awak fikirkan kekasih
awak tu. Farhan?”
“Buat apa saya fikirkan
dia kalau dia tak fikirkan perasaan saya”
jawab Qisya bernada kecewa.
“Dia dah balik?”
Qisya mengangguk.
“Saya berikan alamat dia
kepada ayah dan ayah saya berikan alamat itu kepada Tuan Badrul. Ayah Farhan”
beritahunya.
“Mesti dia marah?”
“Lebih daripada itu” dia menarik picu pembuka mulut tin dan
kemudian menenguk sedikit minuman itu.
Kerongkongnya mulai berasa sejuk.
“Awak bergaduh dengan dia
ke?”
“Yup. Saya marah dengan dia. Sepatutnya dia tak patut lari daripada
masalah. Dia kena selesaikannya”
Ady mengangguk.
“Habis tu awak mesti nak
beri peluang kepada diakan?”
“Maksud awak?”
“Awak pernah beritahu
saya yang dia nak awak tunggu dia.
Maksudnya dia nak awak” wajah Ady
kelihatan sedikit kecewa. Gadis yang
diminatinya kini sedang dalam dilema dalam memilih pasangan hidup.
“Awak cemburu ke
Ady?” tanya Qisya membuatkan wajah Ady
berubah.
Ady diam dan kemudiannya
mengangguk kecil. Comel sahaja
lagaknya. Dengan muka tidak
bersalah. Qisya ingin ketawa di dalam
hatinya yang hanya mampu mengukir senyuman lebar pada wajahnya.
“Kenapa awak rasa
cemburu?” sengaja Qisya ingin tahu. Nak sangat tahu ni! Hihi.
“Sebab saya suka
awaklah. Sebab tu saya berasa
cemburu” Ady berterus-terang.
“Ady awak datang ke café
pada awal pagi macam biasa ke?”
Ady mengeleng.
“Tak, saya datang sebab
nak jumpa awak je tiap-tiap pagi. Tapi
lepas dapat tahu awak bertukar shift malam saya terus tak singgah ke café” beritahunya.
Jujur betul Ady.
Qisya mengangguk masih
dalam senyuman.
“Awak, kalau saya tak dapat
balas perasaan awak, awak macam mana ya?”
tanya Qisya.
Ady diam. Sedang memikirkan sesuatu.
“Sedih mungkin. Hilang harapan untuk hidup”
“Hey, awak janganlah
macam tu sekali. Kalau saya tak dapat
teruskan dengan awak, awak janganlah berputus asa untuk mencari cinta yang
baru. Sebab saya rasa, tak layak untuk
awak. Tengoklah, saya kasar. Tak macam perempuan lain. Awakkan tampan, model majalah, dan pandai
bernyanyi. Awak ada pakej yang
lengkap. Siapa-siapa pun nakkan awak”
“Tapi orangnya tak sama”
Qisya diam. Jelas wajah hampa pada wajah Ady. Sedih semacam sahaja mukanya.
“Kita tak boleh paksa
orang untuk terima kitakan?” dia
bertanya dengan suara baik kepada Ady.
Ady mengangguk lemah. Sedangkan
hatinya sedang terluka.
“Kenapa tiba-tiba awak
bercakap tentang hal ini Qisya. Awak tak
nak beri peluang kepada saya ke?”
“Bukan tak nak beri
peluang. Tapi saya takut kalau saya tak
boleh terima awak lagi”
“Maksudnya saya masih ada
peluang untuk bersama dengan awak?” Ady
berwajah gembira kembali. Qisya
mengangguk perlahan. Terpaksalah cakap
macam ni. Nanti takut tak memberi
harapan pula.
“Saya janji akan buat
yang terbaik!” Ady tersenyum lebar dan Qisya turut membalas senyuman Ady.
HENDAK ke kiri dilihatnya ada Ayiez, hendak ke kanan dilihatnya ada
Farhan. Kedua-dua lelaki itu sedang
memandang ke arahnya. Ketika itu Ady
berada di sebelahnya. Adoi, tak tahu
pula yang mereka akan terserempak macam ni.
Dia mengetap bibir dan
kemudian melepaskan keluhan.
‘Mamat mana pula yang
berada di sebelah Qisya tu? Haih,
diam-diam dah ada BFF lain’ getus hati
Ayiez dengan pandangan marah.
‘Qisya dengan siapa pula
tu? Tak kenal pun. Kawan dia ke?
Tapi kenapa cara lelaki itu pandang dia lain macam sahaja. Macam dia terlalu suka akan Qisya’ bisik Farhan yang kelihatan tidak senang.
Qisya mengerakkan
tubuhnya. Dia memegang pergelangan
tangan Ady dengan kejap sekali.
“Awak, saya kira satu,
dua, tiga kita lari..”
“Ha?”
“Satu, dua..TIGA!” Qisya menarik Ady berlari dengannya.
Ayiez dan Farhan
mengejarnya dari belakang. Nampak macam
tengah dalam scene action pula.
Haha. Ini yang aku suka. Dah lama aku nak macam ni. Berlari dari orang yang nak dapatkan
penjelasan daripada aku.
“Kereta awak” Qisya memberitahu dan Ady pantas menceluk tangannya
ke dalam poket seluar dan menekan butang buka.
Dari jarak dekat sudah kedengaran bunyi bip kereta Ady. Kedua-duanya berlari masuk dan Ady terus
menghidupkan enjin dan memandu keretanya keluar dari kawasan parking dan terus
ke jalan raya.
Qisya menoleh ke belakang
dan melihat Ayiez dan Farhan tercungap-cungap dan masing-masing kelihatan
merenung masing-masing. Arhgg,
biarkan. Mereka nak gaduh ke nak
bercakar ayam ke. Tiada kena mengena
dengan dia. Dah besarkan. Mesti pandai buat keputusan sendiri.
Qisya kelihatan gembira
sewaktu mereka berjaya melarikan diri.
Ady yang tenang memandu menoleh sejenak ke arah Qisya.
“Kita pergi ke tempat Cik
Sue ya. Saya ada photoshoot kat sana”
“Okay!”
Dia terpaksa silent kan
handphonenya memandangkan dah nak dekat lima enam kali ianya berdering. Memang sengaja dia tidak mahu
mengangkat. Sebab dia pun tak tahu nak
cakap apa dan kenapa dia lari daripada mereka tadi. Macam tiada punca pun ada. Dia hanya suka-suka sahaja. Haha.
Saja, nak tengok stamina mereka.
Agak-agak boleh lawan tak dengan stamina dia yang selalu bersenam ini.
Sampai sahaja di sana,
mereka ditegur oleh seorang lelaki berkepala botak dan kemudiannya, Ady
menyuruh dia menunggu di bilik mekap kerana sebentar lagi dia akan ke
sana. Sampai sahaja di sana, Cik Sue
datang lalu memeluk pingangnya daripada belakang. Dia terkejut kecil.
“Qisya..” wanita itu menegurnya dengan baik.
“Dah lama tak datang sini
melawat Cik Sue. Qisya sihat?”
“Ya saya sihat”
Cik Sue membawa dia duduk
dan melihat wajahnya di ruangan cermin yang besar dan panjang mengikut dinding
itu. Qisya direnungi lama oleh Cik
Sue. Berasa malu dan tidak selesa dengan
renungan itu membuatkan ketawa Qisya meletus secara kecil.
“Kenapa, Cik Sue pandang
Qisya macam tu?”
“Qisya ni kalau berambut
panjang mesti cantik. Kalau muka tu
disolek mungkin lagi comel, Qisya nak tak kalau Cik Sue makeover Qisya” kelihatan wanita itu sedang menawar sesuatu
kepadanya.
“Eh, tak nak la Cik
Sue. Saya tak biasa bermekap-mekap
ni. Tak nak la” dia menolak dengan baik.
“Ala, sekali ni je. Cik Sue nak tengok Qisya bermekap dan pakai
wig panjang. Mesti cantik. Herm, Cik Sue rasa macam nak ambil gambar
kamu berdua. Alang-alang Ady ada photoshoot hari ni, apa kata kalau Qisya sekali dengan Ady”
“Eh, tak nak la Cik Sue.
Saya bukan pandai pun nak bergambar.
Keras macam batu pun ada”
“Ala, bolehlah. Herm.
Hari ni birthday Ady tau. Tapi
kamu jangan cakap dengan dia. Cik Sue
nak buat kejutan pada dia..”
“Birthday Ady? Hari ni?”
“Ya..nanti kamu yang akan
bawakan kek untuk dia. Sebelum tu Cik
Sue nak makeover kamu dulu. Herm,
mungkin kita kena mula dengan pakaian dahulu.
Mungkin..” dia menyuruh Qisya
berdiri seketika. Dan dia melihat Qisya
daripada atas sehingga ke bawah.
“Herm, pakaian apa ya
yang sesuai untuk kamu”
SEBELUM photoshoot dijalankan, ketika Ady berada di tengah-tengah kamera,
tiba-tiba lampu tengah terpadam. Semua
orang kelihatan hairan. Berpura-pura
kononnya bekalan elektrik terputus.
Padahal semua orang telah berpakat memandangkan hari ini adalah hari
lahir Ady.
Dalam ketika itu Ady
masih teringatkan Qisya. Qisya tak
apa-apa ke. Dia ada dengan siapa
sekarang. kerana dari tadi dia tidak
melihat Qisya. Sewaktu dia ke bilik
mekap, Qisya juga tidak berada di situ.
Takkan balik kot.
Kemudiannya dia terlihat
ada cahaya dari hujung tempat dan kelihatan seperti ada orang yang membawa kek
kepadanya. Kek?
Happy birthday to you,
Happy
birthday to you,
Happy
birthday to Ady,
Happy
birthday to you…
La, dia sendiri terlupa hari ini adalah hari lahirnya. Ini mesti kejutan daripada Cik Suenya
ini. Kemudian matanya membundar apabila
melihat gadis cantik yang membawa keknya itu.
Matanya berbinar-binar dan reaksi wajahnya nampak sangat terkejut.
Alia!
Gadis itu berjalan di
hadapannya. Kelihatan semua orang sedang
menyaksikan mereka berdua.
Ady lama merenung Qisya.
“Happy birthday Ady!”
ucap Qisya dengan senyuman lebar.
“Ady tiup la lilin
tu” kata Cik Sue menyentakkannya. Ady meniup sebatang lilin yang dicacak di
atas kek tiramisu dan kemudian, lampu di sekitar mereka kembali terbuka
semula. Wajah Qisya yang cantik bermekap
dan ber wig itu kelihatan sangat cantik.
Sebiji macam Alia. Dress paras
lutut yang dipakai Qisya juga nampak sangat cantik. Dan dia berstoking panjang paras lutut
juga. Sangat cantik dan comel.
Kemudiannya, kedengaran
letupan serta letupan kecil di kiri kanan mereka. Demi memeriahkan hari lahir Ady, mereka
bersorak dan bernyanyi lagu selamat hari lahir sekali lagi kepada Ady. Qisya ketawa sahaja tanpa menyedari yang Ady
ralik merenung ke arahnya. Mungkin masih
lagi tidak dapat mengesan gadis yang berada di hadapannya kini Qisya atau Alia
sebenarnya. Senyuman mereka sama sahaja,
mungkin perwatakan mereka sahaja berlainan.
Qisya mendongak mukanya
dan melihat mata Ady yang merenunginya itu dan kemudian menyedari sikapnya yang
terlampau nampak sangat memberi renungan kepada Qisya, Ady menoleh ke arah
tempat lain dan ketawa kecil. Ini mesti
kerja Cik Suenya yang makeover Qisya sehingga menjadikan Qisya seperti Alia.
“Hadiah saya mana?” Ady menyua dua-dua tangan meminta kepada
Qisya yang masih memegang kek hari lahirnya.
“Ni!” Qisya meletakkan kek hari lahirnya di atas
tangan Ady.
“Hadiah awak”
“Ala, ini kek”
“Saya baru tahu hari ni
hari lahir awak. Cik Sue yang beritahu
saya. Jadi saya tak sempat nak belikan
awak hadiah. Lain kali ajelah” dia tersengih.
Ady mengangguk. Tanpa mereka sedar, Cik Sue telah menyuruh
jurugambar mengambil gambar mereka dalam keadaan candid. Baru hari ini Cik Sue melihat anak buah
kesayangannya itu tersenyum segembira itu.
Adakah dia menganggap itu adalah Alia.
Kalau dia anggap itu adalah Alia, bermasalahlah nanti.
Qisya pun tak tahu
mukanya seiras dengan arwah tunang Ady.
Kalau dia tahu dia telah dimakeoverkan dan merupai Alia, agak-agak dia
marah tak. Tapi dia tahu ke yang Ady
pernah ada tunang sebelum ini.
“Awak nampak sangat
cantik Qisya. Macam bidadari yang baru
turun dari langit” puji Ady.
“Haih, mana adalah. Bidadari ada kepak. Saya mana ada kepak”
“Ada. Awak je tak
nampak” Ady senyum lebar kepada
Qisya. Mereka berdua berdiri secara
bertentangan.
“Qisya awak tak nak
terima saya lagi ke?” tiba-tiba Ady masih mahu mencuba nasib.
“Awak, ramai orang kat sini. Nanti ada wartawan ke. Mana kita nak tahu”
Ady diam dan kemudiannya
mengeluh. Qisya beredar dari situ. Dia mula berasa tidak selesa, dan ingin
menukar pakaiannya semula.
Qisya sangka Ady tidak
akan mengejarnya dan kemudiannya, Ady pantas memintas jalannya. Dan kini hanya mereka berdua sahaja di
situ. Qisya cuba melihat jika ada orang
lain yang berdekatan dengan mereka.
“Qisya, saya tak boleh
tanpa awak” beritahu Ady membuatkan
Qisya berasa tidak senang.
“Ady, kan saya dah cakap
dengan awak yang saya..”
“Saya tak kisah kalau
hati awak ada pada orang lain, apa yang
saya nak sekarang adalah awak berada di sisi saya. Itu sahaja yang saya nak”
“Ady, saya tak nak awak
terluka nanti. Boleh ke awak bersama
dengan seseorang tapi hati dia ada pada orang lain. Awak tak kan boleh terima perasaan itu Ady”
“Saya boleh!”
Qisya mengeleng dengan
wajah hampa. Sebenarnya dia kasihan dengan Ady yang kelihatan
bersungguh-sungguh mahukannya. Tetapi
hatinya tidak tetap. Diri sendiri tidak
pasti perasaan apakah ini. Ya memang Ady
ada pakej yang lengkap, tapi tak mungkin perasaan ini adalah cinta?
“Qisya, tolong beri saya
peluang. Saya akan perbaiki kelemahan
diri saya sendiri. Saya akan cuba
gembirakan awak, dan saya tak akan halang awak kalau awak nak menangis sebanyak
mana pun. Saya tak akan cemburu kalau
awak masih berhubungan dengan lelaki lain yang awak anggap tak lebih daripada seorang kawan. Saya nak awak kembali dalam hidup saya itu
sahaja”
“ADY!” terdengar suara pekikan Cik Sue. Dia menghampiri mereka dan tiba-tiba dia
menarik kasar lengan baju Ady yang kelihatan tidak sedar dengan siapa dia
sedang bercakap sekarang. Dia sedang
bayangkan itu adalah Alia, kerana itu dia bercakap seperti orang yang merepek.
Qisya juga pelik dengan
kata-kata Ady yang langsung tidak difahaminya.
Tiba-tiba lelaki itu
mengalirkan air mata dan wajahnya tertunduk.
Dia kelihatan kecewa sangat.
“Ady, sedar Ady. Dia bukan Alia..” Cik Sue mengoncang badan Ady berkali-kali
dengan suara yang tegas.
“Siapa Alia?” kini Qisya bersuara tegas pula. Hairan dia, kerana nama itu seringkali
didengarinya tetapi dia tidak mengenali siapa Alia.
“Dia tunang saya” jawab Ady dengan suara serak basah. Dia mengeluarkan handphone bimbitnya dan
menunjukkan kepada Qisya. Qisya tidak
mengambil tetapi sekadar melihat sahaja profile gambar di telefon bimbit Ady.
Sebaik sahaja dia
mengecam wajah gadis disebelah Ady, matanya terus terbuntang luas dan dadanya
berombak. Dia terkejut melihat wajah
gadis itu sangat menyerupai wajahnya.
Rambut panjang yang dipakainya sama dengan rambut Alia. Jadi Cik Sue telah mengubah dia menjadi Alia
sempena menyambut hari lahir Ady.
Kenapa? Apa semua ni!
Qisya selangkah ke
belakang dengan wajah bingung.
“Dia tunang saya. Wajah awak mirip dengan dia. Tersangat mirip..” beritahu Ady.
“Ady dah la tu..” Cik Sue
mencelah tidak senang dengan apa yang sedang dilakukan oleh anak saudarnya
itu. Kalau Ady beritahu segala-galanya
pasti Qisya akan mengamuk besar. Mana
nak tahukan, dia belum pernah melihat Qisya mengamuk lagi, Cuma mengandaikannya
sahaja.
“Nama dia Alia”
“Jadi awak minta saya
kembali kepada awak sebab awak bayangkan saya ni adalah Alia, macam itu. Jadi awak tak ikhlas menyukai saya. Awak tipu saya Ady. AWAK TIPU SAYA!”
Ady meraup wajahnya.
“Qisya, saya ikhlas
mahukan awak..”
“Tapi bukan sebagai
pengganti yang wajahnya semirip Alia.
Saya bukan Alia! Saya tak nak
awak mencintai saya kerana muka saya seiras Alia!”
“Qisya!” melihat gadis itu berlari meninggalkannya,
dia ingin mengejar tetapi kemudiannya Cik Sue menarik tangannya dengan
kejap. Dia tidak mahu Ady mengejar Qisya pada saat-saat
ini.
“Biarkan dia tenang
dahulu” pujuk ibu saudaranya itu.
AYIEZ yakin gadis yang sedang menangis di tepi fountain itu adalah
Qisya. Dia kenal gadis itu biarpun gadis
itu berpakaian lain daripada yang lain.
Dia tidak takut menegur kerana dia yakin gadis itu adalah Qisya. Ya dia adalah Qisya!
“Qisya, kenapa menangis
ni?” tegurnya dengan rasa sedikit risau.
Qisya tersentak. Melihat Ayiez di situ makin mencurah-curah
air matanya. Terlupa langsung yang dia
sedang berpakaian seperti ini dan juga rambut palsu yang dia sendiri tidak
dapat nak cabut kerana ada penyepit yang disepit kemas di rambutnya.
Seseorang patut
membantunya membuang rambut palsu itu nanti.
“Hey kenapa ni?” melihat Qisya yang masih teresak-esak
menangis dia duduk secara melutut di hadapan Qisya dan memandang wajah Qisya
dengan rasa simpati.
“Siapa buat kau macam
ni?” soalnya. Mungkin ada seseorang yang
telah memaksa dia berpakaian seperti ini.
Dia tahu Qisya tidak suka berpakaian seperti ini. Pasti dia telah dipaksa. Dan kemudiannya dia melarikan diri, kerana
berasa kecewa dan terlalu sedih dia menangis di sini, bersendirian.
“Qisya..?” dia memanggil lembut.
Qisya masih tidak mahu
bercakap apa-apa. Sedari sejak Ayiez
datang tadi dia terus menangis dan menangis.
“Farhan buat kau macam ni
ke?” dia mula berfikirkan tentang
Farhan.
Qisya mengeleng perlahan.
“Habis tu kenapa menangis
teruk macam ni? Siapa yang buat
kau. Beritahu aku!” tiba-tiba dia berasa ingin naik angin pula.
“Awak…” akhirnya Qisya bersuara dan Ayiez terus
memberi perhatian.
“Tolong saya.. bawa saya
dari sini..saya nak pergi jauh dari sini..” pintanya.
Ayiez bangun dan dia
mengangguk serta membawa Qisya tinggalkan tempat itu dengan segera. Untung dia
jumpa Qisya di situ kalau tidak tak tahulah dia nak cari Qisya di mana. Sebenarnya dia dan Farhan masing-masing
sedang mencari Qisya, dan akhirnya Ayiez sendiri yang menemui Qisya.
Cuaca pada petang itu menyuluh
tepat ke muka Qisya sehinggakan dia melarikan wajahnya ke tempat lain. Ayiez memberhentikan keretanya berdekatan
dengan laut. Dia membawa Qisya ke situ
untuk menenangkan Qisya.
Mereka berdua turun dari
kereta dan masing-masing mendekati angin laut.
Qisya memejamkan matanya dan menghidu bau angin laut. Menyegarkan.
Memberikan sedikit ketenangan kepadanya.
“Tempat ni selalu memberi
aku ketenangan kalau aku ada masalah, jadi aku nak pinjamkan kau tempat
ni. Macam mana sekarang?” dia memandang muka Qisya daripada tepi.
Tiba-tiba diri sendiri
rasa terkejut, Qisya dia nampak sangat
cantik apabila disimbah pancaran matahari pada waktu petang. Dia nampak sangat lain. Wajahnya yang dingin itu nampak sangat
lembut. Mungkin kerana dia berambut
panjang pada ketika itu. Dia nampak
sangat manis dan kelihatan lemah lembut.
Dup..dap..dup..dap..
Perasaan ini dia datang
lagi dan menyebabkan muka sendiri berubah merah. Lantas dia menoleh ke hadapan semula dan
tersenyum nipis. Hatinya seakan-akan
digeletek, dan berasa ingin ketawa sahaja.
“Ayiez, boleh saya tanya
awak sesuatu?”
“Hem?” dia menoleh cepat ke arah Qisya.
“Tanyalah” eh, kenapa tiba-tiba dia
bersuara lembut pula ni. Kebiasaannya
dia tidak sebegini. Haha. Kau dah gila Ayiez.
“Kalau awak suka kepada
seseorang, maksud saya sebelum ni awak ada kekasih dan kekasih awak meninggal,
tiba-tiba muncul seseorang yang wajahnya mirip dengan wajah kekasih awak
tu. Awak akan suka kepada dia hanya
kerana rupa dia yang seiras atau awak memang jatuh cinta dengan dia?”
“Hem?” Ayiez menongkat dagu. Kemudiannya kedua-dua tangannya menceluk
poket seluar. Soalan yang agak sukar
untuk dijawab. Tapi dia akan cuba
menjawab.
“Kalau aku betul-betul
mahukan dia, aku akan terima dia dan tak mungkin akan samakan dia dengan
kekasih aku yang dulu”
Qisya diam memikirkan
jawapan yang diberi oleh Ayiez.
“Tapi awak mungkin tak
faham perasaan dia. Mungkin dalam masa
yang sama awak masih terlalu sayangkan kekasih awak sehinggakan awak tak dapat
nak membezakan mereka berdua”
“Ya, mungkin wajah mereka
seiras tapi perwatakan mereka berlainan bukan.
Tak mungkin sama”
“Tapi bagi awak mereka
adalah orang yang samakan…” Qisya
mengeluh perlahan.
“Awak mungkin mencintai
dia, tapi mencintai dia melalui orang lain”
dia kemudiannya mengeluh ringan. “Oh bodohnya, saya tak dapat nak
menerimanya..” Qisya meraup wajahnya.
“Qisya?”
Ayiez mula berfikir akan
sesuatu. Adakah Qisya berada di dalam
situasi itu sekarang. kalau tidak takkan
la Qisya terlalu beremosi sewaktu bertanya kepadanya tentang hal ini.
Mungkin?
“Qisya awak jatuh cinta
dengan sesiapa ke?”
“Ha?” Qisya pantas mengeleng.
“Tak..saya tak..” dia menindak cepat.
“Tak..”
Ayiez berasa lega dengan
jawapan yang diberikan oleh Qisya tadi.
Walaupun leganya itu tak terlalu banyak.
Tidak lama kemudian,
perhatian mereka tertarik apabila sebuah kereta sport dipandu laju dan berhenti
secara mendecit bunyi tayarnya.
Farhan? Hati Ayiez berbisik. Macam mana dia boleh tahu yang mereka berada
di sini. Farhan mendekati Qisya dan dia
kelihatan terkejut dengan pemakaian Qisya pada petang itu. Tidak nampak seperti Qisya langsung.
Ayiez? Dia transform kan Qisya ke tadi. Masih sempat.
“Mana kau tahu aku ada
dekat sini?” tanya Ayiez tidak senang.
“Aku ikut GPS kau. Kau on kan tadi” Ayiez mengeluarkan telefon bimbitnya dan off
kan semula GPS nya. Hisyhh, benda ni kenapa ter’on’ pula.
“Qisya?” Farhan bersuara memanggil gadis itu dengan
panggilan lembut. Tiba-tiba je jadi
macam ni selepas melihat Qisya berubah menjadi betul-betul seorang gadis. Dia suka melihat Qisya seperti itu. Barulah nampak macam perempuan sikit.
“Puas abang cari Qisya,
rupa-rupanya Qisya ada dengan Ayiez.
Ayiez dah janji akan beritahu abang kalau jumpa Qisya. Tapi nampaknya dia tak buat macam apa yang
dia katakan” dia merenung tajam kepada
Ayiez. Dan Ayiez berwajah biasa sahaja.
“Qisya abang dah beritahu
dan berterus terang kepada kedua-dua belah pihak yang abang tidak mahu bersama
Diana. Mungkin mereka sedikit marah tapi
abang dah yakinkan mereka yang abang dah ada pilihan abang sendiri. Abang nak Qisya jadi peneman hidup abang”
Ayiez dan Qisya
masing-masing terkejut. Patut tak Qisya
suruh Ayiez lempang muka dia dan sedarkan dia cepat yang sebenarnya mereka
sedang bermimpi dan bertemu di tempat yang sama dan tiba-tiba Farhan datang
melamar dia.
Melamar?
Farhan sedang melamar dia
ke? Tapi.. tapi.. Ayiez.. dia macam
mana?
Ha? Kenapa nak kena fikirkan tentang Ayiez
pula. Tapi Ayiez pun separuh dalam
hidupnya juga. Dia suka setiap kali dia
di timpa kesedihan lelaki itu akan memunculkan diri.
“Sekarang ni tiada siapa
boleh halang abang, abang serius mahukan Qisya.
Abang akan mencintai Qisya sepenuh hati abang dan abang tak kisah, Qisya kasar ke? Tomboy ke?
Yang penting abang nak Qisya ada bersama dengan abang”
Ap..apa patut jawapan
yang harus diberi.
Ya atau tidak?
Dia menoleh ke arah Ayiez
yang nampak macam menagih simpati daripadanya dengan memberi isyarat ‘jangan
terima dia Qisya’. Jangan!
“Abang perlukan jawapan
Qisya sekarang. Abang tak akan paksa
Qisya. Tapi abang harap, Qisya masih
beri harapan kepada abang. Qisya ingat
lagi tak kotak cantik yang Qisya berikan semula kepada abang. Kotak tu abang masih simpan dan guna sampai
sekarang. Itu kerana betapa pentingnya Qisya
buat abang. Kalau abang tak nak kotak
tu, dah lama abang buang. Bagi orang
lain kotak tu mungkin kotak biasa tapi bagi abang kotak tu sangat istimewa bagi
abang”
“Abang?”
Ayiez memandang tepat
muka Qisya. Kelihatan Qisya sudah
membuat keputusan. Dia menarik nafas
panjang-panjang dan menghembus perlahan dan kemudian berkata sesuatu yang
mengejutkan mereka berdua. Qisya pun
terkejut dengan keputusannya itu.
Ulasan