27
Hampir
setiap hari, Ady akan datang ke café.
Kebiasaannya pada awal pagi, sebaik sahaja café dibuka. Dia akan memesan menu yang sama. Chocolate Mocha panas dan juga biskut bakar
yang sebesar piring cawan. Biskut itu
diadun semalaman dan kemudiannya di bakar.
Rasanya sangat sedap selepas ditabur dengan hirisan keju dan juga
chocolate gelap. Itulah menu Ady.
Ady akan senyum kepada Qisya setiap
kali dia memesan menu yang sama dan Qisya mengambil pesanan yang sama
juga. Kadang-kadang Ady akan cuba
mengajak Qisya berborak sedikit dan barulah dia ke tempat duduknya. Dia tidak pernah duduk dahulu di meja sebaik
sahaja sampai di café. Tidak seperti
pelanggan yang lain dia akan mengambil pesanannya daripada Qisya. Intan yang melihat kelihatan sangat cemburu
akan mereka berdua. Mesra semacam
sahaja.
“Macam biasa” kata Qisya apabila lelaki itu mahu membayar
harga pesanannya.
Selepas membayar dan menerima sebiji
gula-gula daripada Qisya, lelaki itu menganggukkan kepalanya sekali dan
mengukir senyuman kepada Qisya.
“Jumpa lagi” kata lelaki itu dan kemudiannya keluar dari
café dengan senyuman lebar.
Selepas habis kerja, Qisya tertentang mata dengan Fairuz yang
turun dari tingkat atas. Tiba-tiba dia
teringatkan kata-kata Intan yang dahulu Fairuz pernah memberitahu kepadanya
yang Qisya pernah mempunyai perasaan kepadanya.
Tak perlu kot nak kena beritahu kepada semua orang. Itukan hal privasi. Kenapa nak kena beritahu semua orang. Erghh.
Kemudiannya tanpa menegur lelaki
itu, dia punch card dan terus menyandang beg silangnya dan kemudian keluar dari
café. Malas nak tegur. Biarkan!
“Marsha!” dia menegur Marsha sebaik sahaja Marsha turun
dari bas.
“Saya dah lambat.. jumpa awak
nanti” Marsha berlari ke arah café. Dia tidak mahu card yang buruk kerana,
terlebih minit masuk kerja.
Qisya tidak berasa apa-apa pun dan
kemudiannya dia macam perasan ada Ady di tempat duduk kayu. Namun lelaki itu tidak pula duduk kerana
takut seluarnya kotor. Nampaklah dari cara
dia yang lelaki ini seorang yang kemas dan teratur.
Nak tegur ke tak nak. Tegur?
Tak yahlah? Tegur?
“Hmm” Qisya berdehem kecil.
Lelaki itu terperanjat sedikit dan
kemudiannya tersenyum memandang Qisya.
“Awak dah habis kerja dah kan. Erm, jom teman saya pergi ke sesuatu tempat”
“Ha?
Nak ke mana?”
“Jomlah. Saya memerlukan pendapat awak”
DIA dan Ady
memasuki sebuah tempat yang dipenuhi dengan peralatan-peralatan menangkap
gambar dan memang jangkaannya betul apabila ada seorang model yang sedang
beraksi di hadapan kamera. Gaya dan
wajahnya nampak serius sewaktu gambarnya di ambil. Mungkin model majalah.
Ady membawanya kemudian dia menegur
seseorang dan wanita yang berusia 30 an itu menoleh ke arah Ady dan dia
mengeluh.
“Kamu pergi ke mana? Cik Sue cari kamu merata tempat tadi. Call bukannya nak angkat”
“Maaflah cik Sue. Cik Sue ni saya nak tunjuk seseorang kepada
cik sue”
“Ha?
Siapa?” dia memanjangkan
leher. Ady ke tepi dan memberi ruang
kepada Qisya untuk ke hadapan dan berdiri di sebelahnya. Wajah Ady nampak tidak sabar untuk melihat
reaksi wajah ibu saudaranya itu.
“Alia..” ibu saudaranya membuntangkan biji matanya dan
dia kelihatan terkejut memandang wajah Qisya.
Makin aneh Qisya dengan wanita itu.
Dia puas mengukir senyuman tetapi kenapa wanita itu memandangnya dengan
pandangan teruja tak pun nampak macam terkejut.
“Alia..”
Alia? Siapa Alia?
“Kenalkan ini Qisya” Ady memberitahu namanya. “Ini ibu saudara
saya. Saya panggil dia Cik Sue” dia memberitahu kepada Qisya pula. Mereka berdua bersalaman. Qisya dapat merasakan pegangan tangan wanita
itu sangat kejap memegang tangannya.
“Qisya awak tunggu sini kejap
ya. Saya ada hal dengan Cik Sue” beritahu Ady dan dia menarik ibu saudaranya
meninggalkan Qisya dan menuju ke suatu tempat yang tidak terlihat oleh Qisya.
“Itu..itu.. Aliakan?” ibu saudaranya nampak masih dalam keadaan
terkejut. Mukanya berubah keterlaluan
berubah.
“Ya, muka dia je nampak sama, tapi
sebenarnya dia orang lain. Dia anak
tunggal. Mereka berdua nampak macam
kembarkan? Cuma yang ni kasar
sedikit” beritahu Ady.
“Dia nampak sangat-sangat sama
dengan Alia. Cuma Alia berambut
panjang. Muka mereka sangat sama. Patutlah kamu terlewat ke sini. Rupa-rupanya kamu pergi ambil dia dan datang
ke sini”
“Cik Sue, walaupun dia bukan Alia,
tapi saya gembira sangat bila ada dengan dia.
Saya rasa macam Alia masih ada Cik Sue”
beritahu Ady dengan nada gembira.
“Dia kerja di café. Setiap pagi saya akan bersarapan di situ
semata-mata nak berjumpa dengan dia”
“Berapa umur dia?”
“21”
“Ouh, Alia 22. Beza setahun sahaja. Tapi Ady pertama kali berjumpa dengan dia,
Cik Sue terkejut sangat. Muka mereka ada
iras yang sama. Cik Sue ingat itu adalah
Alia”
Ady mengukir senyuman.
“Saya bawa dia ke sini sebab nak
tunjuk kepada Cik Sue yang saya tak mungkin salah anggap atau hanya berangan
yang dia adalah Alia. Tapi Cik Sue pun
perasan yang dia nampak macam Alia”
“Yalah. Dalam dunia ni ada tujuh orang muka yang
sama. Eh kamu pergi bersiap. Ada
photoshoot sekejap lagi. Alia..eh tak..
apa nama dia tadi?”
“Qisya”
“Ah, Qisya Cik Sue akan uruskan
dia. Kamu pergi bersiap-siap dahulu”
“Baiklah Cik Sue” Ady pergi dengan rasa bersemangat untuk
photoshoot kali ini
“ERM, kamu
boleh panggil saya Cik Sue macam Ady panggil Cik Sue” wanita itu mengajak Qisya duduk bersama
dengannya.
Qisya tersenyum nipis dengan gaya
tidak selesa. Dia nak balik tapi kenapa
Ady lama sangat ni. Cakap sekejap
je. Dah pukul lima dah ni. Takut terlepas Asar pula.
“Qisya tinggal dekat mana?”
“Saya orang sini juga”
“Macam mana boleh kenal dengan Ady?”
“Erm, panjang kalau nak cerita”
“Ceritalah, Cik Sue nak tahu” wanita itu nampak sangat peramah dan murah
dengan senyuman.
Qisya memulakan cerita mengenai
perkenalannya dengan Ady yang tidak sengaja itu dan dia turut menceritakan
kenapa dia berlari sehingga ke seberang jalan dan kelihatan wanita itu nampak
terkejut dengan ceritanya. Fokus betul
dia mendengarnya.
“Itu yang berlaku. Maaflah lebih-lebih pula saya bercerita”
“Ouh, kiranya Qisya ada kekasih,
tapi penyelamat masih tidak menemui dia sampai sekarang. dah dua bulan lebih macam tu. Cik Sue adalah baca cerita tu kat surat
khabar. Dengarnya tragis sekali. Menyayatkan hati. Erm, maaflah kalau Cik Sue buat kamu
teringatkan dia balik. Habis tu sekarang
ni macam mana? Belum ada berita apa-apa,
macam mereka masih belum menemui dia”
Qisya mengeleng perlahan dengan rasa
tidak bersemangat.
“Kalau betul dia terhempas mesti
orang dah jumpa tubuh dia atau kad identiti dia. Tapi masih belum ada berita mengenainya” saya risaukan apa yang akan berlaku
seterusnya”
“Bersabar ya Qisya. Mungkin ada hikmah disebaliknya”
Qisya mengangguk dan cuba untuk
tersenyum. Wanita itu mengusap-gusap
bahunya.
Ady melangkah ke arah mereka.
“Ada apa ni?” melihat wajah Qisya sedih semacam,
cepat-cepat dia menyoal ingin tahu.
Kedua-dua wanita itu memandang ke
arahnya.
Ady nampak sangat kacak dan bergaya, sehinggakan Qisya asyik memandangnya lama. Mamat ni betul-betul kacak sebenarnya; kalau dia pakai baju biasa pun dia masih
nampak sangat kacak inikan pula kalau dah bergaya macam ni.
“Ouh, tak kami berbual-bual. Erm dah siap photoshoot ke?”
“Dah. Sekejap je.
Ady nak hantar Qisya balik”
beritahunya.
“Erm, baiklah kalau macam tu. Qisya Cik Sue seronok berbual dengan
Qisya. Nanti datanglah ke sini. Tak apa, Cik Sue selalu ada kat sini sebab
tempat ni Cik Sue punya” dia tiba-tiba
mengusap pipi Qisya dan menatap mata Qisya dengan penuh bermakna. Dia nampak macam sedih pun ada.
“Bersabar ya. In Syaa Allah dia tak akan apa-apa. Kalau ada jodoh Qisya dengan dia adalah”
Qisya mengangguk. Dan kemudiannya dia dan Ady keluar dari
tempat itu dan menuju ke kereta Ady.
Sebenarnya hendak saja Ady tahu siapa yang Cik Suenya maksudkan. Kalau ada jodoh? Hmm, Qisya ada kekasih dah ke? Tapi sebelum ini dia memang tahu mengenai
kemalangan yang menimpa kekasih Qisya.
Wajarlah kalau Qisya masih mengenang kekasihnya itu.
Sepanjang perjalanan tidak banyak
yang mereka bualkan. Kemudiannya,
telefon bimbit Qisya berbunyi. Qisya
mengangkat dan menjawab.
“Ya, saya dalam perjalanan
balik. Ha? Lepas tu dia macam mana sekarang? okay, okay saya ke sana sekarang!” selepas mematikan panggilan dia menoleh ke
arah Ady.
“Ady, boleh awak hantar saya ke
hospital sekarang. kawan saya pengsan
secara tiba-tiba”
“Okay, okay..” Ady terus memecut keretanya menuju ke
hospital. Nasib tak kena buat pusingan
U. taklah jauh sangat nak kena pusing
balik nanti.
Tak sangka pula yang Marsha akan
jatuh pengsan di tempat kerja. Aduh,
Marsha pun dah tahu tak sihat kenapa nak kena datang kerja juga. Dalam hatinya dia berdoa semoga Marsha tak
apa-apa.
Sampai sahaja di sana, dia terus ke
bilik rawatan di mana Fairuz berada di situ.
Dia yang membawa Marsha ke hospital.
“Abang mana Marsha?” tanyanya terus dengan wajah risau.
“Dia ada kat dalam” beritahu Fairuz dan kemudiannya dia menyambut
salaman seorang pemuda tampan yang segak dengan pakaian photoshootnya. Ady tidak sempat nak tukar gara-gara dia
tidak mahu Qisya menunggunya dengan lama.
“Kenapa awak datang kerja kalau
badan tak sihat?” kata Qisya sebaik
sahaja Marsha memandang ke arahnya dengan muka yang terkejut. Siapa yang beritahu Qisya yang dia jatuh
pengsan. Dia tidak mahu Qisya tahu dan
buat gadis itu risau mengenainya. Ini
mesti Fairuz yang memberitahu.
“Awak saya tak apa-apalah. Kenapa awak datang sini?”
“Tak apa-apa? Ini sampai jatuh pengsan tadi, masih cakap
tak apa-apa. Dapat MC tak?”
“Hem, dapat. Hari ni je.
Esok saya boleh bekerja lagi”
“Hisyhh awak ni!” Qisya kelihatan risau melihat keadaan Marsha
yang masih berbaring di atas katil.
“Ni berapa lama nak duduk kat sini?”
“Sekejap lagi doktor datang
periksa. Kalau saya dah okay, saya dah
boleh balik dah. Awak, mama dan papa tak
tahu yang saya jatuh pengsan. Awak
jangan beritahu mereka apa-apa ya. Saya
tak nak mereka risau. Nanti mereka tak
bagi saya kerja pula. Saya nak kerja”
“Keluarga awak orang senang, kenapa
nak kena kerja bagai. Awak tu masih lagi
student. Kenapa tak nak dengar cakap
sangat ni. Kalau sesuatu yang buruk
berlaku bagaimana?” Qisya kelihatan nak
marah sahaja. Marsha sekadar tersenyum
nipis.
“Awak janganlah risau. Mungkin saya penat sangat kut hari ni. Pagi tadi ada kelas sampai pukul dua. Kemudian saya balik ke rumah dan terus ke sini. Mungkin sebab itu saya letih sangat”
“Dah tahu macam tu tak payah lah nak
bekerja. Awak bukannya sihat sangatkan!”
Marsha terdiam. Tak mungkin Qisya tahu mengenai
penyakitnya. Dia tak mungkin tahu.
Qisya menarik nafas panjang selepas
melihat wajah Marsha berubah sedih.
Mungkin sedang memikirkan kata-katanya tadi.
“Saya nak awak berhenti kerja” kata Qisya membuat keputusan.
“Saya tak nak”
“Habis tu kalau awak jatuh pengsan
lagi macam mana?”
“Biarlah saya nak cari duit
sendiri. Takkan saya asyik nak harapkan
duit orang tua saya”
“Awak ni degilkan!”
Marsha diam lagi. Qisya tak tahu kenapa dia nak bekerja. Dia hanya mahu bersama-sama dengan
Qisya. Dia tidak mahu kehilangan Qisya. Dia sayangkan Qisya kerana Qisya ikhlas
berteman dengannya. Qisya tidak seperti
yang lain. Dia tidak memilih untuk
berkawan. Dia takut bila masanya tiba,
mereka tak dapat bersahabat lagi dan kemudian Qisya mungkin akan tahu mengenai
penyakitnya. Dia tidak mahu Qisya tahu
mengenai penyakitnya.
“Sudahlah, buatlah apa yang awak nak
buat, susah bercakap dengan orang keras
kepala macam awak ni!” Qisya
meninggalkannya dengan perasaan marah.
Sebaik sahaja Qisya keluar, Ady dan
Fairuz berhenti berbual. Wajah Qisya
nampak macam tengah menahan marah.
“Awak hantar saya balik
sekarang” katanya kepada Ady tanpa
memandang muka Fairuz.
“Okay” dia sempat bersalam dengan Fairuz dan
mengikut belakang Qisya yang laju semacam itu.
‘ kenapa dengan Qisya. Kenapa dia nampak marah sangat. Fairuz masuk ke dalam dan melihat Marsha
sudah duduk di atas katilnya. Mereka
sedang menunggu doktor untuk datang memeriksanya.
“Kenapa dengan Qisya? Nampak macam tengah marah je?” tanya Fairuz.
Sibuk nak ambil tahu.
Sebelum berkata, Marsha menarik
nafas panjang.
“Dia suruh saya berhenti kerja”
“Kenapa?”
“Sebab dia risau saya akan jatuh
pengsan lagi”
“Dia tahukan tentang penyakit awak
tu?”
Marsha mengeleng perlahan.
“Tak. Dia tak tahu”
“Awak tak cakap dengan dia ke?”
“Tak, saya takut dia tak nak
berkawan dengan saya. Saya berpenyakit. Tak mungkin dia nak berkawan dengan orang
yang berpenyakit macam saya ni”
“Awak nak tahu tak pertama kali
abang baca awak punya laporan kesihatan tu abang terkejut sangat sebab awak ada
penyakit berbahaya. Sepatutnya awak tak
boleh buat kerja terlalu berat. Awak
kena kurangkan aktiviti awak tu”
“Saya hanya nak dekat dengan
dia. Dia buatkan saya lupa tentang
penyakit saya sekejap”
“Awak tahu Marsha, awak bertuah
sebab kenal dengan dia. Ya, abang
mengakui abang mungkin pernah buat
silap. Abang tak fikirkan tentang
perasaan dia sebelum ni. Tiba-tiba
sekarang, abang berasa menyesal sebab biarkan dia macam tu. Abang patut beri peluang kepada dia tapi
abang persiakan dia macam tu je. Abang
rasa menyesal sekarang. Bila lihat dia
dengan lelaki lain abang rasa sedikit cemburu.
Dia boleh tersenyum dan ketawa bila dengan lelaki yang membuat dia
ketawa. Bodohnya abang sebab lepaskan
dia dulu”
Marsha tidak tahu ingin berkata
apa-apa. Fikirnya Fairuz bodoh kerana
tidak memberi peluang kepada Qisya.
Kenapa tak beritahu Qisya supaya jangan berhenti suka kepadanya. Kalau tidak mungkin selepas apa yang Lisa
buat kepadanya mungkin dia masih ada Qisya.
Tapi sekarang hati Qisya dah rapuh dan mungkin telah berpaling kepada
orang lain.
QISYA diam
sahaja di tempat duduknya. Ady menoleh
ke arahnya sesekali. Selepas dia
memberitahu alamat rumahnya dia langsung tidak bercakap apa-apa lagi. Sepanjang perjalanan mereka diam sahaja. Ady membuka siaran radio Era fm, bagi mengisi
kesunyiaan mereka di dalam kereta.
Selepas habis tiga buah lagu, Qisya bersuara dan Ady memperlahankan
radio.
“Awak model ke Ady?” tanya Qisya.
Nak juga dia tahu apabila melihat Ady dengan style dan cara dia berjalan. Betul-betul macam pernah ambil part time
bekerja dengan ibu saudaranya sebagai model tak pun cover majalah.
“Biasa-biasa je. Saya bekerja dengan ibu saudara saya selepas
tamat belajar dalam jurusan muzik.
Cita-cita saya nak mengubah sebuah lagu yang dapat dimainkan di radio”
“Awak boleh bernyanyi?” nampak macam Qisya berminat dengan perbualan
mereka itu.
Ady mengangguk.
“Wah! Saya sebenarnya bekas pelajar muzik
juga. Saya ada basking sendiri. Sekarang masih aktif kalau ada masa saya akan
pergi basking dengan kawan-kawan saya”
“Ya ke? Erm, nanti bolehlah awak kenalkan saya dengan
kawan-kawan awak tu”
“Haih, mestilah boleh. Petang esok awak ambil saya. Saya akan bawa awak pergi jumpa mereka. Mana nak tahu kalau awak boleh bermain dengan
kami semua”
Ady mengangguk dan kemudian
tersenyum gembira. Sekejap sahaja Qisya
sudah nampak ceria dan masalahnya tadi tidak difikir dengan lama. Macam mana dia mengatasi masalahnya itu? Hmm?
Sampai di rumah, Qisya ada mengajak Ady minum di rumahnya
tetapi Ady menolak kerana dia juga mengerja masa. Kemudiannya, Qisya masuk ke dalam rumah dan
melihat ibu dan ayah sedang duduk di meja makan. Mereka kelihatan sedang berborak akan sesuatu
dan Qisya mencari ruang untuk mencuri dengar.
Lagipun orang tuanya itu tidak tahu yang Qisya sudah pun balik.
“Betul ke apa yang diperkatakannya
itu. Farhan sebenarnya tidak menaiki
pesawat itu, habis tu dia di mana sekarang?”
tanya ibu.
“Hmm, abang rasa Farhan masih ada di
Malaysia Cuma mungkin dia berada di tempat lain. Dia berbohong untuk sambung pengajiannya
itu. Mungkin ada alasan kenapa dia buat
macam tu”
“Tuan Badrul tahu ke tentang hal
ni?”
“Rasanya dia tahu. Sebab itu dia dan isterinya tak kisah
mengenai Farhan. Mereka tahu anak mereka
masih lagi hidup”
Farhan masih lagi hidup? Ya Allah terima kasih kerana selamatkan
dia. Qisya sempat berdoa di dalam
hatinya.
“Saya rasakan bang, saya tahu kenapa
Farhan buat macam tu”
“Sebab apa?”
“Sebab dia tak nak ada hubungan
dengan Diana. Mereka masih tunang lagikan. Hmm, mungkin dia menghilang macam tu sebab
nak Tuan Badrul putuskan pertunangan dia dan Diana kemudian barulah dia pulang”
“Abang rasa apa yang Farhan buat tu
tak betul. Kalau betul dia tak nak
teruskan pertunangannya itu dia kena hadapinya dan bercakap dengan Tuan
Badrul. Tak susahkan semua tu. Kenapa dia nak kena buat cerita palsu yang
dia terlibat dengan hempasan kapal terbang tu.
Dia buat semua orang tak tentu hala.
Tengoklah anak kita. Sedih
sepanjang masa bila teringatkan dia.
Sampai jatuh sakit budak tu.
Sejak dari dulu lagi dia suka buat apa sahaja yang dia nak buat tanpa
fikirkan perasaan orang lain!”
“Abang ni? Perlahankan sikit suara tu, buatnya Qisya
dah balik dia dengar pula apa yang abang cakapkan ni. Berasa hati dia. Abang sendirikan tahu betapa rapatnya mereka
dah macam adik beradik. Apa-apa yang
berlaku kepada Farhan, Qisya akan risau”
“Yalah tapi kenapa masih nak
menyorok macam ni. Semua orang perlukan
dia untuk mengendalikan syarikat tu.
Ayiez pula masih berada di luar negara.
Kalau pengajiannya tamat silap hari bulan jawatan CEO itu akan
diserahkan kepada Ayiez. Adik pula yang
akan pangku jawatan tu nanti. Barulah
nak berputih mata”
“Mungkin ada hikmah apa yang berlaku
tu. Biarkan ajelah mereka”
Mendengar perbualan seperti itu
membuatkan Qisya berasa nak marah secara tiba-tiba. Kenapa Farhan sanggup membohonginya selama
ini. Farhan buat macam dia terlibat
dengan kemalangan tu. Dia buat semua
orang percaya yang dia dah mati dah kemudiannya tiba-tiba akan muncul dan buat
semua orang tertanya-tanya.
Apa sebenarnya yang dia
rancangkan? Kalau betul apa yang ayahnya
berbicara dengan ibu tadi, mengenai Farhan yang menghilangkan diri macam itu
sahaja semata-mata nak Tuan Badrul putuskan hubungan dengan Diana, Farhan
memang pengecut! Dia tidak mahu
pertahankan haknya sendiri. Dia tidak
berani menghadapi situasi sendiri.
Ulasan