Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 10



BAB 10

                       
Farhan kelihatan segak dengan sut hitamnya.  Dia nampak sangat bergaya.  Maklumlah ini adalah kali pertama dia akan menguruskan syarikat papa dan memegang jawatan sebagai CEO.  Dia memandu kereta sportnya di dalam kawasan rumah kediaman dan berhenti apabila dia menghampiri seseorang yang sedang berjalan kaki dengan menyangkut beg gitar di bahu. Dia sudah tahu itu siapa.  Dia mengukir senyuman dan memperlahankan keretanya.
            “Qisya!” dia memanggil dan menyuruh gadis itu masuk.
            Qisya membuka pintu kereta.  Sebelum ini Farhan telah menghantar mesej kepada Qisya mengajak gadis itu minum bersama-sama pagi ini sebelum dia masuk office.  Setelah itu mereka ke sebuah restoren.  Qisya telah bersarapan dan sekadar memesan minuman berjus sahaja manakala Farhan memesan roti bakar bersama telur separuh masak dan juga minuman panas.
            “Abang nampak smart pakai dalam sut ni.   Nampak macam orang yang paling susah nak didekati”
            “Apa yang susah, Qisya boleh je rapat dengan abang”
            Qisya tersenyum simpul.  Dia menyedut minumannya sedikit.
            “Nanti mesti ramai  staf perempuan yang akan jatuh cinta dengan abang.  Yalah CEO kat tempat tu.  Muda pula.  Single.  Lagilah masing-masing nak tackle abang”  kata-katanya berbau cemburu tetapi tidak dapat dihidu oleh Farhan.  Farhan ketawa dan mengeleng perlahan.
            “Hati abang ni susah nak terpikat dengan mana-mana wanita.  Apatah nak ajak keluar”
            “Habis tu Qisya ni abang ingat lelaki ke.  Qisya tahu cara Qisya, pakaian Qisya, dan apa yang Qisya buat semua orang nampak semua tu.  Mereka pandang negatif pada Qisya.  Abang dulu pun pernah jugakan kutuk-kutuk Qisya.  Qisya tahu tu abang”
            “Qisya, abang minta maaf kalau abang dah melukakan hati Qisya dulu, tapi waktu tu abang tak tahu kenapa, abang main lepas je apa yang abang nak cakap, tapi sebenarnya abang tak bermaksud nak cakap macam tu.  Abang minta maaf banyak-banyak kat Qisya”
            “Yalah bang.  Manusia tak lari daripada buat kesilapan.  Qisya bukan tak nak jadi macam perempuan-perempuan lain tapi Qisya dah cuba, Qisya cuba pakai heel, cuba pakai dress macam yang selalu ibu syorkan tapi Qisya tak selesa nak pakai tu semua.  Qisya rasa rimas sangat”  beritahunya jujur.
            “Qisya, kalau kita nak berubah kita tak boleh berubah secara drastik.  Kita kena mula dengan perlahan-lahan.  Inn Sya Allah, kalau Qisya mula dengan perlahan-lahan, Qisya akan dapat buat semua tu dengan baik.  Percayalah cakap abang”
            Qisya mengukir senyuman.
            “Tapi lebih baik jadi diri sendiri.  Kalau Qisya rasa diri Qisya sekarang lebih baik, terserah.  Orang lain tak akan boleh mengubah Qisya tapi hanya Qisya sahaja yang boleh ubah diri Qisya.  Ingat tu pesanan abang Qisya”



“WOI!  Nak tercabut anak tekak aku ni duk panggil dia, boleh pula dia buat pekak kat sini”  tegur Ayiez.
            “Hisyhh awak ni mana ada saya dengar awak panggil saya”  beritahunya.
            “Yalah tu, ni ha.  Aku bawa Sham ni”
            Qisya memandang ke arah Sham yang sedang tersengih ke arahnya.  Mereka saling menyapa dengan mengangkat tangan dan kemudian Sham mengambil tempat duduk kosong disebelah Qisya.
            “Dia datang dengan berhajat tu.  Dah lama sebenarnya dia nak tanya kau something tapi sampai sekarang duk teragak-agak lagi”  Ayiez memeluk tubuh dengan rasa kurang senang.  Kenapa dia sendiri rasa tak suka dengan apa yang dia perkatakan ni.
            “Hajat.  Nak sambung belajar gitar ke?”
            “Entahlah dia.  Nanti dia cakap dengan kau.  Korang duduk kat sini, aku nak duduk kat sana sekejap.  Dah siap datang sana tau Sham”  beritahunya kepada Sham.
            Ayiez meninggalkan mereka berdua dengan rasa tidak senang.  Hai kenapa aku rasa marah sangat ni.  Ke sebenarnya aku cemburu dengan Sham.  Aih..apa sudah jadi ni.
            “Awak nak cakap apa?”  tanya Qisya.
            “Erm, aku..aku nak ajak kau keluar date malam ni, kau nak tak?”
            “Date?”
            “Eh tak maksud aku, keluar minum malam ni.  Jomlah”  ajak Sham penuh bersemangat.
            “Minum?  Er..”
            “Ala, jomlah.  Ayiez ada sekali tu”
            “Erm, lama tak?”
            “Ala minum-minum lepas tu baliklah.  Tak lama pun.  Jomlah”
            “Erm tengoklah macam mana”
            “Ala kau ni.  Jomlah,  bukan selalu aku dapat cuti ni.  Lagipun aku nak belanja korang.  Hari ni gaji aku masuk.  Aku berniat nak belanja korang makan”
            “Ermm..”  dia memandang ke arah Ayiez yang sedang menunggu Sham di tepi pokok.
            “Kalau Ayiez ikut saya pergilah”
            “Okey, dia mesti pergi punya.  Nanti aku datang ambil kau pukul Sembilan malam”
            “Okey”
            “Yes.. thanks Qisya”  Sham bangun dan menuju ke arah Ayiez.  Mungkin dia mengajak Ayiez mengikut mereka bersama dan kemudian mereka berdua beredar pergi dan Qisya meneruskan bermain gitarnya sambil menulis not-not lagu.


MALAM ITU,
            Qisya sudah bersiap-siap ingin keluar setelah meminta izin daripada ibunya yang dia mahu keluar sebentar bersama Ayiez.  Ibu sangat mempercayai Ayiez dan sebab itu dia mudah melepaskan Qisya jika ada Ayiez bersama.
            “Jangan balik lewat sangat”  pesan ibu.
            “Ya bu”
            Qisya menuju ke ruang halaman rumahnya sambil menunggu kereta Sham datang menjemput.  Lima minit kemudian Sham sampai dengan pancuan empat rodanya.  Qisya menjengul kepala ke dalam sebelum masuk ke dalam jip Sham.
            “Kau cari siapa?”
            “Mana Ayiez?”
            “Ouh, Ayiez dah pergi dulu.  Dia suruh aku datang ambik kau kat sini dan jumpa dia dekat kedai makan.  Dia tengah order pesanan untuk kita”  beritahu Sham.
            Ayiez pergi dulu?  Kenapa Ayiez tak beritahunya apa-apa pun.
            “Jomlah.  Tak payah takutlah.  Aku okeylah”  Sham ketawa cuba menyedapkan hati Qisya.
            Tanpa berfikir panjang, Qisya menaiki jip Sham dan Sham mula memandu keluar dari halaman perumahan istana.  Qisya mengeluarkan telefon bimbitnya.  Sham menoleh sejenak ke arah Qisya.
            “Kenapa?” tanya Sham memecah kesunyian.
            Qisya mengeleng kepala.  Jari jemarinya cepat sahaja menekan mesej kepada Ayiez.  Dia ingin tahu kenapa Ayiez pergi dahulu.  Dia menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket sweaternya.  Dia diam.
            Dia sendiri berasa tidak selesa dalam keadaan sebegitu.  Dia merasakan seperti sedang ditipu oleh Sham.
            “Asal ni diam je.  Cubalah tanya-tanya sikit.  Tak bestlah macam ni”  Sham bersuara lagi.
            “Entahlah tak tahu nak tanya apa”
            Sham memandang tangan Qisya.  Dengan pantas dia mencapai tangan itu dan memegangnya erat.  Tersentak dengan perilaku tidak bersopan Sham, Qisya menarik tangannya cepat dengan muka menyinga.
            “KAU APAHAL?”  marah Qisya.  Tertukar terus bahasa panggilan.
            “Ala, pegang sikit pun nak melenting”  Sham tenang memandu.
            “SUKA HATI KAU JE NAK PEGANG TANGAN ANAK DARA ORANG!  Agak-agak la”
            “Aku ingatkan kau ni mudah disentuh-sentuh.  Kau tomboykan”
            “Tak kisahlah aku tomboy ke apa, tapi aku tetap perempuan. Aku tetap kena jaga maruah aku, mak ayah aku.  Kau jangan nak ambil kesempatan macam tadi.  Kau belum kena dengan aku lagi”
            Dengan tiba-tiba, Sham membrek jipnya secara mengejut.  Tubuh Qisya terperlantun sedikit ke hadapan.  Lagi sekali muka Qisya berubah drastik.  Cari nahas budak ni!
            “KAU APAHAL NAK MAIN BREK BREK KERETA MACAM TU?”
            Sham tersengih.  Dia menekan butang kunci pintu jip kesemua sekali.  Qisya menunjukkan tanda-tanda nak meradang besar.  Sham merapatkan tubuhnya kepada Qisya.
            “Relaxlah Qisya.  Aku tahu walaupun kau macam ni tapi hati kau lembut.  Kau masih nak ada orang belai kau.  Sayang kau.  Biar aku sahaja yang buat semua tu untuk kau”  dia menarik topi yang dipakai oleh Qisya.  Qisya menumbuk terus mata kanan Sham.  Sham pantas mencekup matanya dan mengelupur sakit.
            Sham menghalang Qisya dari melintasinya untuk menekan butang membuka pintu di sebelah Sham.  Kedua-duanya saling berlawan.
            “Aku memang suka kasar-kasar macam ni.  Baru best.  Baru seronok nak main”  kata Sham umpama sengat lebah yang paling jahat dan bertanduk syaitan.
            “CIS!  Tak guna punya TOMBOY, aduh!”  tanpa semena-semena Qisya mengunakan taktik mempertahankan dirinya.  Sham tidak sempat membuat apa-apa kepadanya.
            Qisya tersentak apabila dalam keadaan seperti itu Sham sempat mengeluarkan pisau belati dan mengacah Qisya dengan pisau itu jika Qisya cuba berlawan dengannya.  Namun Qisya cuba mempertahankan dirinya.  Dalam keadaan yang kalut seperti itu, entah macam mana lengan baju Qisya terkoyak hasil dari torehan pisau belati tersebut dan kemudian Qisya merasakan seperti ada haba panas yang mengalir keluar dari lengannya.
            “BEDEBAH KAU!”  Qisya menumbuk lagi sekali muka Sham dan Sham mempercepatkan pergerakannya dengan menampar mulut Qisya sehingga berdarah.  Melihat keadaan Qisya seperti itu Sham ketawa seperti orang yang tidak siuman.
            Qisya berjaya menjatuhkan pisau belati tersebut dan pantas menolak pintu jip dan dia melompat keluar dari jip tersebut dalam keadaan tercungap-cungap.  Dia perlu meminta pertolongan.
            Ayiez!


“ASSALAMUALAIKUM…”  wajah Ayiez suram sahaja.  Dia mendekati ibu Qisya.  Wajah ibu Qisya jelas hampa memandangnya.
            “”Qisya ada mak cik?”
            “Hmm, dia tengah berehat, Ayiez apa yang dah jadi ni.  Terkejut mak cik bila balik-balik je tengok Qisya dan berbalut macam tu.  Apa yang dah berlaku.  Mak cik tanya dia, dia cakap dia jatuh sebab kerja pencuri yang nak meragut seorang mak cik ni”
            “Saya tak tahu mak cik.  Saya pun terkejut bila mak cik cakap yang Qisya dah cedera macam tu.  Dia dah pergi hospital belum?”
            “Hmm dah.  Dia baru je balik.  Risau betul mak cik.  Dialah satu-satunya anak tunggal mak cik, kalau sesuatu berlaku kepada dia,  susah hati mak cik ni ha”
            “Saya nak tengok dia dulu mak cik”  Ayiez berjalan naik ke atas dengan perasaan gemuruh.  Risau dia bila melihat keadaan Qisya.  Entah macam manalah keadaan Qisya.
            Dia menolak pintu ke dalam dan melihat gadis itu sedang berbaring mengiring membelakanginya. 
            Merasakan seperti ada orang yang datang, Qisya bangun dengan perlahan.  Dia menoleh ke arah Ayiez.  Ayiez tergamam melihat keadaan Qisya.  Bebola matanya bergerak-gerak melihat keadaan teman baiknya itu.  Dengan kesan lebam pada bawah bibirnya, dan juga lengannya yang berbalut menjadikan Ayiez bertambah marah dan geram kepada orang yang memperlakukan sedemikian rupa kepada Qisya.
            “Hey, lambatnya awak datang melawat”  Qisya masih mampu mengukir senyuman.
            “Qisya, apa yang dah berlaku kepada kau?”
            “Hmm, ni ala tadi”
            “Kau keluar berduakan dengan Sham malam tadi.  Apa yang dia dah buat dengan kau.  Kau jangan nak bohong aku macam kau tipu ibu bapa kau.  Aku tahu ini semua kerja Shamkan.  Sham paksa kaukan?” 
            Qisya diam dan wajahnya kembali sedih semula.  Tiba-tiba matanya sudah bergenang dengan air mata.  Dia mengangguk kepala perlahan.
            “Aku dah agak!  Lepas aku dapat mesej kau aku terus pergi cari Sham dan aku tahu dia nak buat benda yang bukan-bukan dengan kau.  Waktu tu semua perkara dah terbongkar.  Dia sendiri mengaku yang dia nak..nak..”  Ayiez meraup wajahnya kasar.  Tak sanggup dia nak menyebut perkataan itu.  “Dia nak meratah kau!”
            Melihat Qisya terus dihantui dengan perasaan sedih, Ayiez melutut dihadapan Qisya.  Qisya terkejut dengan tiba-tiba sahaja Ayiez seperti itu.  Dia juga nampak Ayiez sedang menahan air mata.
            “Aku minta maaf Qisya, aku tak patut kenalkan kau dengan dia.  Aku ingat dia betul-betul nakkan kau.  Maafkan aku Qisya”
            “Awak, bangunlah, bukan salah awak pun.  Tak apa asalkan dia tak sempat nak buat apa-apa pada saya.  Jangan risau.  Saya baik-baik je”
            “Aku tak patut kenalkan dia dengan kau.  Maafkan aku Qisya”
            “Awak bangunlah.  Saya tak apa-apa.  Sudahlah.  Saya dah lupakan hal tu”
            “Aku dah hantar Sham ke balai polis.  Dia dah mengaku yang dia nak  buat benda yang tak elok dengan kau”
            Qisya diam.  Tak guna dia nak memaki hamun tindakan Sham itu, baginya biarlah undang-undang yang menentukan perbuatan Sham.
            “Sakit hati aku tengok kau macam ni Qisya.  Aku tak suka tengok kau macam ni”  luah Ayiez dengan rasa simpatinya.
            “Jangan beritahu ibu ya tentang perkara yang sebenar.  Saya tak nak ibu risau”
            “Qisya, aku janji Qisya selepas ni aku akan jaga kau.  Itu janji aku Qisya.  Aku tak nak situasi macam ni berlaku kepada kau lagi.  Sumpah Qisya, aku risau gila tengok kau macam ni.  Aku tak nak sesuatu yang buruk berlaku kepada kau lagi”
            “Ayiez..”
            Kedua-duanya menahan hiba dan perasaan sedih membelenggu mereka berdua.  Ayiez mengukir senyuman dan begitu juga Qisya.  Qisya sayang akan persahabatan ini buat selama-lamanya.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 31

31 Qisya tersentak apabila ada sesuatu yang sejuk dilekatkan di pipi kanannya.   Dia menoleh dan melihat ada seseorang yang menyua air tin perisa ice tea lemon kepadanya.   Minuman itu masih disua kepadanya, sehinggalah dia tersenyum dan mengambilnya.             “Awak fikirkan apa?   Jauh aje termenung”   tegur Ady.   Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.             “Sedang memikirkan seseorang”             “Fikirkan saya ke?”   Ady cuba untuk bergurau dan dia melihat Qisya tersenyum simpul.             “Ke awak fikirkan kekasih awak tu.   Farhan?”             “Buat apa saya fikirkan dia kalau dia tak fikirkan perasaan saya”   jawab Qisya bernada k...

TERIMA KASIH AWAK BAB 13

13 Qisya menarik kain langsir menutup cermin tingkap panjang dan menyambung kembali tidurnya.   Hari ni dia benar-benar berasa malas ingin melakukan apa-apa pun.   Macam ni nak pergi kerja dengan Fairuz.   Nak bangun pun bukan main liat.   Waktu nak subuh pun kena take five dulu barulah nak bangun selepas tu.   Dapat tidur seminit pun dah tak apa.   Asalkan dia boleh melayan rasa mengantuknya itu.             TUK..TUK..             “Qisya bangun sayang.   Ada tetamu ni”             Aduh siapa pula yang datang ni.   Hujung minggu kot.   Walaupun tak bekerja tapi bagilah aku peluang nak tidur lewat sikit.    Hisyhh siapalah yang mengacau di hujung waktu aku ni?             “QISYA!”   ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 9

BAB 9 “Amboi berseleranya kau makan”   Ayiez mengeleng kepala.   Al- maklumlah dah dua hari dia memprotes di dalam bilik tanpa mengambil sebarang makanan.   Ini terlampau sedih sangat sampai menyeksa diri sendiri.             “Tu lah lain kali protes macam tu lagi.   Eee, kau ni aku cakap bukan nak dengar”   telinga Qisya dipiatnya.   Dah macam gaya mak-mak pula si Ayiez ni kalau membebel.             “Sakitlah mak”             “Mak?   Mak hotak kau”   Ayiez kalau bercakap dengan Qisya macam layan kawan lelaki dia pula.   Cakap je apa yang dia nak cakap.             Qisya menghabiskan sepinggan nasi bubur.   Tadi baru sahaja dia menghabiskan dua keping pizza saiz regular.     ...