BAB 11
“QISYAAAA!!” Marsha menerpa ke arahnya dan terus memeluk
Qisya sambil menangis setelah dia
mendapat tahu daripada ibu Qisya yang Qisya telah tercedera kerana menolong
seorang mak cik yang kena ragut. Qisya
menahan rasa sakit pada lehernya. Marsha
terlalu erat memeluknya.
“Qisya, awak tak apa-apa ke? Awak ada sakit kat mana-mana ke? Awak okey ke sekarang?” bertubi-tubi soalan daripada Marsha jelas dia
begitu risau akan sahabat barunya itu.
“Er, saya dah okey sekarang” beritahunya.
Padahal baru dua hari dia berehat di rumah. Itu pun dia lemas berehat di rumah terlalu lama. Dia ingin keluar berjalan-jalan di luar
mengambil angin.
“Serius awak tak apa-apa. Geramnya saya bila dapat tahu yang awak jadi
macam ni. Peragut tu patut dihukum bunuh
sahaja. Hidup asyik nak menyusahkan
orang. Mujur awak tak apa-apa” serius Marsha berkata.
Qisya tersenyum sahaja.
“Awak dah makan?” tanya Marsha. “Awak nak saya masakkan sesuatu untuk awak tak?”
“Eh tak payah. Saya dah kenyang” beritahunya cepat. Makan masakan dia karang lagi kronik
kecederaan aku ni nanti.
“Ermm, saya risau awak macam
ni” muka Marsha jelas sedih pula. Dia mengusap rambut pendek di bahagian dahi
Qisya. Dia mengusapnya sebanyak tiga kali.
“Kalau sesuatu yang buruk berlaku
kepada awak lebih teruk daripada ni saya sendiri akan menghukum peragut tak
guna tu”
“Eh, tak perlu. Undang-undangkan ada Marsha” Qisya bangun.
“Awak nak ke mana?”
“Adalah”
“Cakaplah. Saya nak ikut”
“Nak ke tandas. Sakit perut.
Nak ikut ke?”
“Huh? Er, tak apalah. Saya tunggu kat luar” Marsha tersengih dan Qisya berlalu ke tandas.
FARHAN
berjalan cepat menghampiri Qisya yang sedang duduk di atas bangku batu
bersendirian. Dua tiga kali dia memandang ke arah Qisya apabila dia melihat
lengan gadis itu berbalut dan kelihatan seperti dia telah tercedera.
“Qisya!”
Qisya tersentak. Terkejut dia dengan teguran Farhan yang
nampak serius itu. Farhan mendekatinya
dan kepalanya mendongak memandang lelaki itu.
“Kenapa ni. Apa yang dah berlaku?”
“Ha, ni..” ala nak kena berbohong lagi ke. Nanti kalau beritahu hal yang sebenar,
mungkin Farhan akan marah dengan Ayiez sebab Ayiez yang kenalkan Sham
kepadanya. Dan semua ini tak akan
berlaku kalau dia tidak mengenali Sham.
“Saya tolong seorang mak cik
ni. Dia nak kena ragut. Jadi saya bantu dan kami bergelut. Akibatnya saya jadi macam ni. Tapi peragut tu tak berjaya melarikan beg mak
cik tu” bohongnya lagi.
“Gila ah!.. Qisya okey ke tak ni
sekarang?” tanyanya dengan muka cuak
separuh risau.
“Ah?
Er, dah okey dah ni. Dah tiga
hari duduk kat rumah”
“Dah tiga hari jadi macam ni kenapa
tak beritahu abang?” marah Farhan dengan
suara menderam.
. “Er,
abangkan sibuk. Jadi Qisya tak nak
beritahu abang. Lagipun Qisya cedera
biasa-biasa je” beritahunya sambil
mengaru belakang kepala yang tidak gatal.
“Abang sibuk ke apa ke, Qisya tetap
kena cakap dengan abang. Dah jadi macam
ni baru nak cakap dengan abang. Dah tiga
hari pula tu” Farhan kedengaran separuh kecewa.
“Abang janganlah marah. Qisya okey je sekarang ni. Ni pun dah rasa sihat sikit. Kalau tidak takkan la ibu nak benarkan Qisya
keluar ambil angin kat sini”
Farhan mengeluh berat.
“Abang tak marah Qisya. Abang Cuma risau kalau sesuatu yang buruk
berlaku macam ni lagi. Abang tahu Qisya
ada ilmu mempertahankan diri. Tapi cara
Qisya tak kena. Qisya tak fikirkan
keselamatan Qisya. Itu yang abang
risaukan tentang Qisya”
Qisya diam. Dia sayang aku ke? Tapi aku tahu dia sayangkan aku. Mungkin kasih sayang seorang abang terhadap
adiknya sahaja. Tak mungkin lebih
daripada itukan.
“Nampak dah kurang hantaran. Dah luka-luka macam ni. Daripada RM10,000 tinggal RM9,800 je” kata Farhan dengan muka yang serius.
Qisya ketawa kecil.
“Tak apa, Qisya tak kisah hantaran
kurang asalkan kasih sayang bakal suami
Qisya tak berkurang daripada RM10,000 tu”
beritahunya tanpa memikirkannya secara mendalam. Eh nak pula kau fikirkan soal kahwin ya
Qisya. Ahaks!
Farhan tersenyum mendengar kata-kata
Qisya. Dia diam dan begitu juga
Qisya. Tidak lama kemudian,
“Aduhh” Qisya mengaduh sakit secara tiba-tiba dan
membuatkan Farhan pantas memaling muka ke arah Qisya.
“Qisya, kenapa ni. Qisya sakit kat mana?” tanya Farhan dengan kadar kerisauan yang
mendadak.
Qisya membongkokkan dirinya sambil
mengaduh sakit.
“Qisya jawablah Qisya sakit kat
mana?” tanya Farhan tidak tenteram di
tempat duduknya.
“HAHAHAH! Kena TIPU!
Qisya gurau ajelah abang” dia
ketawa dan terus kembali normal.
Farhan melepaskan nafas lega. Dia sempat menarik telinga kanan Qisya.
“Aauuu, sakit..sakit..” Qisya
mengaduh sakit.
“Ha, ni balasan kalau suka bergurau macam ni. Suka sangat buat abang risau. Sekali lagi buat abang macam ni, abang tak
nak kawan dengan Qisya” kedengaran
Farhan merajuk. Aneh kalau tiba-tiba
lelaki merajuk ni.
“Sorry, Qisya nak tengok abang
prihatin dengan Qisya ke tak. Rupa-rupanya
abang risau akan Qisya. Qisya rasa
gembira sangat” beritahunya. Tiba-tiba bila dengan Farhan dia terus
menjadi wanita Melayu terakhir. Sifat
manja dan mengadanya itu terserlah.
“Hishyy, saja je kan?”
“Huhuhu, comel lah abang marah-marah
macam ni. Perangai ayah macam abang”
“Ayah?”
“Aha, ayah kalau merajuk dengan ibu
macam ni. Memang sebiji. Copy and paste” dia galak mentertawakan Farhan yang sudah
membuntangkan matanya.
“Qisya..” Farhan berbunyi amaran. Qisya pantas bangun. Sebelum telinganya dipiat, lebih baik dia
melarikan diri. Dan kemudian berlaku
adegan kerja mengerja di situ. Dah macam
zaman kanak-kanak mereka berulang balik.
Tetapi waktu itu Qisya tidak boleh terlalu penat kerana atas faktor
kesihatannya. Apabila meningkat dewasa,
penyakitnya semakin sembuh. Qisya galak
mengusik Farhan. Dia berharap masa akan
terhenti di situ untuk seketika. Segala
kesakitan yang dialaminya terasa hilang buat seketika. Dia terus
mengukir senyuman bahagia.
SEWAKTU dia
berjalan bertentangan dengan Ayiez, dia pantas menyambar pergelangan tangan
Ayiez dan membuatkan langkah Ayiez terhenti secara tiba-tiba. Waktu itu, mereka berada di balkoni ruang
panjang di tingkat atas.
Tiada siapa pun di situ melainkan
mereka berdua. Walhal sekalipun pembantu
rumah.
“Aku nak cakap sikit dengan
kau” suara Farhan merendam sahaja. Dia dan Ayiez saling berpandangan.
“Cakap apa?”
“Aku tahu kau rapat dengan Qisya,
kenapa kau tak beritahu aku yang Qisya tercedera?”
bibir Ayiez tersungging. Dia memandang bersahaja kepada abangnya.
bibir Ayiez tersungging. Dia memandang bersahaja kepada abangnya.
“Aku ingat kau tak kisah dengan
Qisya lagi. Lagipun sebelum ni bukan ke
kau sibuk mengutuk dia itu dan ini”
Ayiez merentap pergelangan tangannya
dan tersenyum sinis memandang Farhan.
“Kau kan tak suka dengan gaya tomboy
dia tu”
“Itu dulu. Sekarang aku dah berbaik dengan dia dan aku
sendiri dah terangkan apa permasalahan aku dan dia faham. Dia sendiri yang dah memaafkan aku”
“Maafkan kau? Hmphh baguslah
tu. Jadinya kenapa dia tak beritahu kau
yang dia dah tercedera. Dan kalau kau
kisahkan dia kau sepatutnya selalu ambil peduli tentang dia” sindir Ayiez.
“Kau belum lagi berada di tempat aku
dan kau tak layak nak cakap apa-apa pun kepada aku. Aku ada tanggungjawab aku sendiri”
Ayiez berpura-pura ketawa. Dia memandang sekilas kepada Farhan.
“Ouh, aku lupa yang abang aku ni
CEO, hmphh”
“Ayiez, aku tak faham apa masalah
kau dengan aku. Dari kecil lagi kita
macam ni. Aku langsung tak faham kenapa
kau tak pernah setuju dengan apa yang aku buat.
Kau macam tak pernah anggap aku ni abang kau. Ke kau tak suka aku rapat dengan Qisya. Ke kau suka dia?”
“Hal ni tak ada kaitan dengan
Qisya. Kau patut tahu aku memang tak
suka kau sejak dari kecil lagi dan aku rasa kau pun tak pernah anggap aku ni
adik kau”
Farhan mengeluh. Bilalah mereka akan berterusan macam ni. Langsung tak ada keharmonian. Mereka pandai berpura-pura bila di hadapan
ibu bapa mereka sahaja. Belakangnya,
mereka umpama orang luar.
“Sampai bila kita nak macam
ni?” tanya Farhan dan menatap mata Ayiez
yang lebih suka memandang benda lain daripada merenung ke arah matanya juga.
“Kita dah besar, boleh berfikir yang
mana baik dan yang mana buruk. Kalau
kita berterusan macam ni, apa akan berlaku pada masa hadapan kita Ayiez?”
“Kita tak ada masa hadapan yang
sama. Kau, kau. Aku, aku”
“Ayiez?”
“Aku tahu kau anak kesayangan
papa. Apa yang kau nak semua papa
dapatkan untuk kau. Kau tahu waktu aku
buta, aku harap papa sentiasa ada disisi aku dan aku harap kau pun sama. Tapi kau dan papa macam nak pinggirkan aku
dan anggap aku ni tak berguna. Budak
lelaki yang buta!”
“Ayiez! Kau salah anggap. Aku dan papa tak pernah pinggirkan kau”
“Kalau kau cakap, kau dan papa tak
pernah pinggirkan aku kenapa aku buta terlalu lama. Sampaikan mama yang berusaha pulihkan
penglihatan aku semula. Kau dan papa
kejam”
PANG!
Pertama kali dia menyentuh kulit
muka Ayiez dengan tamparan hangat.
Sebaik sahaja dia menjatuhkan tangannya,
dia kelihatan sedikit mengigil.
Dia sendiri tidak menjangka yang dia akan bertindak sedemikian
rupa. Sungguh, dia tidak bermaksud untuk
melakukan hal seperti itu. Wajah Ayiez
yang putih jelas tampak kemerahan kesan daripada tamparan oleh Farhan.
Ayiez menyentuh kulit mukanya dengan
wajah bengang dan mata yang merah.
Matanya mencerlung memandang muka Farhan yang serba salah. Bertambah benci dia dengan lelaki itu.
“Maafkan aku, aku tak berniat nak
tampar kau..”
“Aku benci kau” Ayiez meninggalkan Farhan dengan langkah
panjang. Farhan meraup wajahnya dan
bercekak pinggang sebelah dan sempat melemparkan pandangan ke arah Ayiez yang
menuruni anak tangga tanpa menoleh ke arahnya.
SEMASA di
meja makan keluarga Tuan Badrul Hisham berkumpul untuk makan malam
bersama-sama. Puan Marina sentiasa duduk
berdekatan dengan suaminya. Dihadapannya
terdapat Farhan di situ dan Ayiez yang berada di sebelahnya. Ayiez lebih manja dengan mama berbanding
dengan papanya memandangkan papanya sering mengutamakan Farhan
daripadanya. Tetapi mama juga suka
memanjakan Farhan kerana Farhan seorang anak yang baik, rajin, pandai dan
menghormati orang tua.
Sedang Ayiez makan malam tanpa
sebarang perbualan dia terdengar tiga beranak itu berbual dan ketawa
bersama-sama.
“Pa, nanti hujung minggu ni sekolah
Farhan mengadakan majlis penyampaian Anugerah Bestari kepada pelajar
cemerlang. Papa kena hadir tau”
“Untuk anak papa seorang ni, apa pun
papa sanggup sayang”
“Mama pun kena datang sekali”
“Tak bolehlah sayang, mama nak bawa
adik kamu pergi check up hujung minggu ni”
Puan Marina memberi alasan munasabah.
Dia mengusap kepala anak bongsunya itu.
“Pukul berapa check up tu?” kedengaran suara papa dingin sahaja. Ayiez diam sahaja di tempat duduknya.
“Erm, pukul 10 pagi abang”
“Majlis tu mula pukul berapa
Farhan?” tanya papa yang berminat dengan
majlis Anugerah Bestari itu.
“Mula pukul lapan setengah. Nanti papa hantar Farhan pergi sekolahlah
terus. Nanti papa dapat duduk
depan. Dapat tengok muka Farhan jelas-jelas”
“Ha, check up tu tak boleh ditunda
ke?” tanya papa kepada mama.
“Abang ni, kita dah buat appointment
dengan doktor nak bawa Ayiez pergi check up nanti. Tak apalah,
saya pergi hantar Ayiez, abang pergilah majlis tu dengan Farhan. Boleh ya sayang?” dia melihat Farhan sudah menarik muka. Farhan memandang tidak suka ke arah Ayiez.
“Hisyhh, kenapa asyik nak buat check
up je kalau sampai sekarang masih tak boleh nampak. Menyusahkan betul lah!”
“Farhan?” mama menegur.
Farhan membuat tidak tahu sahaja.
Ayiez makan dengan senyap tanpa
sebarang suara. Sungguh kata-kata
abangnya itu membuatkan dia berasa hati.
Kejamnya kata-kata kau abang.
AYIEZ
mengesat air matanya dengan kasar. Dia
membaling batu tepat ke dalam tasik buatan di kawasan petempatan rumah istana
itu.
“Kau berhutang dengan aku Farhan”
“Awak buat apa tu?” seorang gadis menegurnya tiba-tiba. Gadis itu berbasikal raga. Raga hadapannya dipenuhi dengan bunga
matahari segar yang telah diikat.
Marsha rupanya. Gadis itu bertocang dua. Dia kelihatan comel dengan berbasikal begitu.
“Tak. Aku tak buat apa-apa pun. Kau nak ke mana?” tanyanya.
“Saya nak ke rumah Qisya”
“Bunga tu?”
“Ouh, ini untuk dia. Qisya suka bunga matahari”
“Dia suka bunga matahari?” sejak bila minah tu suka bunga-bunga ni.
“Ouh.. okey”
Marsha tidak berlama di situ dan dia
mengayuh basikalnya ke rumah Qisya.
“Assalamualaikum mak cik” sebaik sahaja dia sampai di halaman rumah
Qisya dia memberi salam dengan suara riang.
Kebetulan ketika itu, ibu Qisya sedang mencabut rumput berbulu di
halaman rumah dengan tangannya.
“Waalaikummusalam. Eh, Marsha”
sambut ibu Qisya dengan senyuman.
Dia memerhati anak gadis itu yang nampak sangat comel dengan tocang
duanya dan juga berbasikal ke rumahnya.
Dia nampak sangat manis dan bersopan santun. Oh kenapalah Qisya tak macam Marsha. Sejuk sikit hatinya melihat anak gadisnya
jika berwatakkan sebegitu. Mungkin jika
Qisya semakin rapat dengan Marsha, anaknya itu akan mengikut cara Marsha. Mana nak tahukan. Huhu.
“Mak cik buat apa? Qisya ada?”
“Ouh, dia ada kat dalam. Tengah pasang lampu”
“Pasang lampu? Dia dah boleh buat kerja ke. Nanti dia tercedera macam mana?” dengan sepantas kilat dia berlari masuk ke
dalam rumah dan mencari Qisya di aras bawah dahulu. Dan kemudiannya dia menemui Qisya di bilik
stor.
“AWAK JANGAN NANTI AWAK JATUH!” teriakannya itu mengejutkan Qisya. Hampir nak tercabut separuh nyawa dengan
suara guruh Marsha.
“Aih, awak ni kenapa? Terkejutlah saya” Qisya mengurut dadanya.
“Maaf, nanti awak jatuh. Awak dah tak apa-apa ke. Luka awak dah pulih?” dia melihat Qisya yang masih sedang memasang
lampu bulat di dalam stor itu.
“Saya dah okeylah” kata Qisya yang masih ralik memasang lampu
bulat. Tidak semena-mena dia merasakan
Marsha sedang memeluk separuh dari badannya tatkala dia berada di atas kerusi.
“Nanti awak jatuh. Saya risau”
beritahunya dengan suara perlahan.
Aih, rasa nak ketawa dengan sikap
Marsha yang risau tak habis-habis dengannya.
Bukannya dia nak apa-apa pun.
“Okey, saya dah siap. Boleh awak lepaskan saya?” kata Qisya.
“Ha..er.. yaa..” macam sayang pula nak lepaskan. Bestnya dapat peluk dia. Rasa macam peluk lelaki pula.. choii.. kau
dah mengarut apa ni setan. Haha.
Qisya melompat turun. Reaksi wajah Marsha sekali lagi berubah.
“Awak hati-hati”
“Ibu pun tak sekecoh awak lah. Tengok dia percaya je saya buat kerja apa
pun. Bukannya kena loading buah pun”
“Loading buah? Apa tu?”
“Tak tahu ey. Balik nanti buka discovery channel. Ha kat situ nanti ada terangkan apa itu
loading buah. Kalau adalah” Qisya keluar dahulu dari stor dan membiarkan
Marsha berfikir sendiri. Tidak lama
kemudian, melihat Marsha yang msih belum keluar dari bilik stor, dia menjengul
kepala ke dalam.
“Awak nak kemas stor ni ke?”
“Ha, eh mana ada” Marsha berlari
anak keluar.
“Kenapa datang sini?” macam tak biasa pula kalau Marsha selalu ke
sini. Memang selalunya kat sinilah
Marsha suka melepak. Belajar memasak
dengan ibu Qisya.
“Saya ada bawak sesuatu untuk
awak. Mama ada tempah bunga segar. Jadi saya minta mama tempahkan lebih untuk
awak. Jom keluar. Saya nak letak dalam pasu bilik awak.. saya
perasan ada pasu kosong. Boleh letak
bunga segar tu”
“Bunga apa?”
“Jomlah” Marsha menarik tangan Qisya. Mereka berdua keluar dan mata Marsha
terngeleng-ngeleng mencari bunga matahari di dalam raga basikalnya.
“Mana bunga saya?”
Qisya turut sama mencari. Selepas itu kedua-duanya memandang ke arah
satu tempat di mana ibu Qisya berada di situ.
Wanita itu sedang menanam pokok bunga matahari itu di kawasan tanah yang
telah dibatas. Terngaga mulut
Marsha. Wajahnya cuak dan dia berlari
mendapatkan ibu Qisya.
“Mak cik, bunga ni..bunga ni..
kenapa mak cik tanam kat sini?”
“Yalah. Kan bunga segar ni. Elok mak cik tanam sahaja dekat sini”
“Tak..mak cik bunga tu..”
Tidak lama kemudian sebuah kereta
berhenti di atas jalan hadapan pagar rumah Qisya. Qisya yang melihat menuju ke arah kereta
sport itu. Dia membiarkan Marsha dan
ibu bergaduh anak mengenai hak
pemilikan bunga matahari itu.
Cermin kereta belah tempat duduk
pemandu diturunkan. Farhan segak dengan
cermin matanya.
“Kenapa tu?” tanya Farhan melihat sebentar ke arah Marsha
dan ibu Qisya.
“Entahlah” jawab Qisya malas nak menerangkan apa yang
berlaku sebab dia pun tak pasti benda apa yang dah berlaku sebenarnya.
“Abang nak kemana?”
“Jom ikut abang kejap ke
bandar. Abang nak cari hadiah, tapi
Qisya dah okey ke. Lengan berbalut
lagi?”
“Abang ada sweater?” tanyanya.
“Ada”
Setelah memakai sweater kepunyaan
Farhan, kedua-duanya menuju ke bandar.
Sementara itu Marsha yang telah
berjaya mengambil lima batang bunga matahari daripada 11 batang, mencari-cari
Qisya di sekelilingnya. Dia tidak
perasan yang Qisya telah pun dijemput oleh Farhan tadi. Ibu berjaya menanam enam batang bunga
matahari dibatasnya. Hihi.
Marsha masuk ke dalam rumah
semula. Mungkin Qisya ada di biliknya
sekarang. Kemudiannya dia tidak menemui
Qisya di situ. Dia melihat bilik Qisya
kelihatan tidak terurus. Hmm, dia perlu
melakukan sesuatu tapi sebelum itu dia kena letak bunga matahari ini ke dalam
pasu bunga dahulu.
“ABANG nak
beli hadiah untuk siapa ni?”
“Kawan abang ada buat birthday. Qisya nak ikut? Jomlah”
“Birthday party? Erm, seganlah dengan kawan abang”
“Ala, kenapa nak segan. Bukannya Qisya pergi tak pakai baju ke
apa. Lagipun abang adakan?”
“Hmm”
“Jomlah. Please..”
Kalau sebut tentang majlis ni
pakaian mesti kena formal. Takkanlah dia
nak kena pakai dress, mekap, dan bertumit lagi. Ee.. semaklah.
“Qisya fikirkan apa lagi. Jomlah ikut abang. Lagipun mereka datang semuanya bawa teman
tau. Jadi abang pun nak juga bawa
teman. Qisya teman abang boleh? Jomlah ya”
“Ermm, tengoklah macam mana. Qisya fikirkan nanti” beritahunya dengan rasa tidak gembira. Kalau tak pergi pula kasihan dekat dia tak
ada teman. Buatnya dia bawa orang lain
tak ke melepas aku. Cemburu aku nanti.
Cemburu?
Kenapa aku nak kena cemburu
tiba-tiba pulak ni. Aihh!
“Qisya pakai macam biasa-biasa pun
tak apakan?” tanyanya kepada Farhan.
“Ouh, Qisya fikirkan tentang pakaian
ke apa ni?” Farhan ketawa kecil.
“Qisya pakai apa pun tak apa. Kan abang dah cakap bukannya Qisya tak pakai
baju ke apa ke”
Qisya tersenyum simpul.
Kalau dah Farhan cakap macam tu,
pakai baju biasa sudahlah. Buat
apa nak berdress-dress bagai.
Mereka memasuki pusat
membeli-belah. Kelihatan ada ramai orang
yang berada di situ. Macam-macam jenis
barang, aksesori, perabut, pakaian dan juga salon berada di situ. Banyak sangat barang, kalau tak tahu nak
pilih memang rambang mata. Tapi, harga
dia sahajalah mahal. Sebabnya barang
yang dijual berkualiti.
“Kawan abang tu lelaki ke
perempuan?”
“Lelaki. Abang sebenarnya tak tahu nak beli hadiah apa
untuk dia. Sebab kami hanya kenal sekali
dua dekat luar negara dahulu dan tak sangka yang dia masih ingat abang dan jadi
kenalan abang di Facebook, kemudiannya menjemput abang ke majlis harijadinya
itu” beritahu Farhan.
“Abang belikan dia pakaian” Qisya mencadang apa yang terlintas di
fikirannya ketika itu. Sebabnya dia hanya nampak butik sahaja di kiri, kanan,
dan depan belakangnya.
“Pakaian? Tapi abang tak tahulah saiz dia yang sebenar
Qisya”
“Erm, dia tu anak orang kaya jugak
ke?”
“Yup”
“Erm, beli apa ya”
“Jom Qisya kita jalan-jalan dulu kat
atas dan lepas tu kita tengok-tengok dulu kalau ada yang sesuai kita ambil yang
tu dan beli”
“Okay”
Setengah jam ke hulu ke hilir di
tingkat tiga, Qisya terlihat dua orang wanita anggun sedang memandang ke arah
mereka sewaktu mereka sedang memilih pakaian.
Tidak tahulah mereka berdua sedang memandang ke arah siapa. Farhan atau pun dia. Ke sebab mereka merasakan citarasa Farhan
‘terlalu’ mungkin. Yalah pasangannya
seorang gadis yang perwatakkan tomboy.
Ah, lantaklah! Nak gossip ke nak apa ke, ikutlah!
“Hai Farhan” tiba-tiba salah seorang daripada dua orang
gadis itu datang merapati mereka dan menegur Farhan.
“Ouh, hey” Farhan membalas dengan rasa sedikit aneh
kerana dia tidak mengenali siapa wanita cantik yang sedang menegurnya itu.
“You buat apa kat sini?” tanya wanita yang Farhan tidak kenal nama dan
statusnya itu.
“Er, I? I tengah cari barang. Hadiah untuk birthday kawan. Er, you siapa ya? Sorry, sorry I lupa. Mungkin kita pernah bertemu kat mana-mana
ke?” Farhan kelihatan tertarik untuk
mengenali wanita itu pula.
“Ouh, ya. I Kina.
Panggil I Kina sudah” tangan
wanita itu melurut ke jaket yang dipakai oleh Farhan. Kelihatan ingin mengoda Farhan.
“Kina? Macam mana you kenal I?”
“Orang sepopular macam you ni takkan
la I tak kenal. Dulukan you pernah
datang ke majlis hari jadi kawan I, Rossa”
“Rossa?” dia cuba mengingatinya semula. Kalau tak silap, dua tahun yang lepas dia
pernah menghadiri jamuan hari jadi di luar negara dahulu. Satu-satunya kenalan wanita dari
Malaysia. Ouh Rossa yang rambut macam
anak mat salleh tu rupanya.
“Ouh, Rossa. Ya..ya.. I kenal dengan dia. So, macam tak sangka pula dapat bertembung
dengan kawan dia kat sini. Serius I
ingat, ingat lupa je sekarang tentang you”
“Yalah, I tak sepopular waktu
tu. Waktu tukan, I hanya nampak you
seorang sahaja. You kacak sangat. Sekarang ni lagilah bertambah-tambah kacak. Gourgeous”
puji Kina dengan senyuman dan lirikan mata yang penuh mengoda. Farhan galak berbual dengan Kina sehingga
lupa untuk kenalkan Qisya yang dari tadi memandang ke arah mereka dengan penuh
tanda tanya.
“Ouh ya. I nak kenalkan. Erm Qisya. Qisya ini Kina”
Mata Kina mencorot memandang ke arah
Qisya dari atas sehingga ke bawah.
Nampak macam tidak suka melihat gaya pemakaian Qisya. Qisya sudah mula rasa tidak selesa. Kalau Farhan tiada di situ rasanya dah lama
dia angkat kaki dan belah dari situ.
“Qisya? Dia ni siapa bagi you?” tanya Kina.
Matanya tidak tertarik untuk merenung ke arah Qisya dengan lama. Dia memandang galak ke arah Farhan.
“Qisya, she is..”
Qisya menunggu jawapan yang akan
diberikan oleh Farhan. Dia nak tahu
siapa dia bagi Farhan.
“Dia adik I” jawab Farhan.
“Adik? Er, lelaki ke atau perempuan. Opss sorry, I Cuma nak pastikan je”
“Dia perempuan” balas Farhan tanpa memandang wajah Qisya.
“Ouh, tapi.. kenapa you dengan dia
berbeza. Mati, mati I ingat yang dia ni
lelaki tau tadi. Kawan I macam berminat
nak kenal dengan dia tadi. Ouh yang
duduk kat sana tu Suzan”
“Tak, dari kecil kami dah kenal”
Farhan macam tak berminat untuk mengenali Suzan memandangkan Suzan bangsa
Cina. Dia tertarik dengan Kina yang ada
mix Arab itu.
“Dari kecil”
“Ya, dari kecil”
“Maksud you dia ni bukan adik
kandung youlah. Ouh baguslah. I ingatkan dia ni adik you. Yalah, takkanlah orang macam you, keturunan
macam you ada generasi tomboy macam ni”
Kina ketawa tanpa mempedulikan perasaan Qisya. Wajah Farhan sedikit berubah dan dia menoleh
sekilas ke arah Qisya yang kelihatan masih tenang itu. Tapi nampak macam ketenangan dan mula
berkocak. Dia sendiri dapat merasakan
bahang panas disebelahnya.
“Opss, sorry. You okay ke Qisya. Mulut I ni memang suka cakap main lepas
je. Sorry ya” Kina meminta maaf dan kemudiannya
ketawa. Minta maaf tak ikhlas. Wanita ni macam minta pelempang je dari
aku. Bisik Qisya.
“By the way I nak tanya kat you ada ke mana-mana lelaki
yang sanggup keluar dengan you? Dari pakaian you, rambut you. Ada ke.
You nak I tolong perbetulkan you
dan jadi macam I. you nak tak Qisya”
Farhan mengangguk. Kalau Qisya jadi macam Kina mungkin dia tak
akan malu kalau keluar berdua dengan Qisya nanti.
“Saya selesa dengan cara saya. Rasanya tak perlu kot” jawab Qisya.
“Hey, you kena berubah. You akan jadi lebih feminin. Cuba you tanya Farhan apa perasaan dia bila
keluar berdua dengan you. You kena tahu
apa yang dia rasa”
Qisya tidak memandang ke arah
Farhan, sementara Farhan memandang ke arahnya lama.
“Saya rasa dia okey”
“Okay? You serius yang dia okay?” Kina nampak terkejut dan dia memandang muka
Farhan yang serba salah itu. Farhan
mungkin dah dapat merasakan yang Qisya cuba menahan sabar dengan karenah Kina.
“Farhan beritahu dia yang you
sebenarnya tak okay. I nampak la dari
cara you berjalan dengan dia tadi. You
macam nak ada jarak antara you dengan dia.
I tahu yang you tak tak selesa
keluar dua dengan dia”
“Err?” Farhan pura-pura untuk tersenyum. Wajah Qisya ketat sahaja.
“I, okay je. I tak rasa apa-apa pun. Lagipun itu dah memang cara Qisya”
“You..” Kina memotong percakapan Farhan dan
mengangkat tangan menyuruh Farhan tidak meneruskan kata-katanya lagi.
“I tahu you sebenarnya tak
selesakan. Dari muka you tu I tahu yang
you nak jaga hati dia je”
“Kau apahal nak peduli dengan cara
pakaian aku ke apa ke? Kau siapa yang
nak arah orang itu dan ini. Kau ingat
cara pakaian kau tu feminin sangat.
Hello kita ni orang Islam. Tak
bertudung kepala pun tapi tolonglah tutup sikit pakaian tu. Macam nak terluah balik semua. Kain macam tak cukup. Tu kau nampak tak kat kedai butik sana tu ada
jual kain pasang banyak-banyak, dan aku syorkan kau pergi beli lagi empat meter
kain sambung baju kau yang tak cukup ni!
Terima kasih” Qisya berjalan
meninggalkan mereka.
Terngaga mulut Kina mendengar
ceramah panjang daripada Qisya. Sekali
dia tak buka mulut tak apa. Kalau dia
dah buka mulut kau rasalah sengatan dia.
Dah lama Qisya tahan telinga.
Panas bukan main lagi. Nah
sekarang rasakan.
“Err, sorry I kena pergi dulu” Farhan meminta diri dan mengerja Qisya yang
sudah jauh dari pandangan matanya.
Ulasan