19
Selesai
mandi dan bersolat Asar, Qisya duduk di meja solek yang tak berapa nak
solek. Cuma ada bedak tabur Enchantuer,
lip balm, sikat rambut, toner, bedak cake, foundation, dan beberapa barang yang
biasa. Dia melihat dirinya di cermin
dengan muka ‘toya’.
“Kenapa kau nak tahu pasal kakak
aku?”
“Tak, mesti kau tahukan yang dia
akan dijodohkan dengan Farhan?”
“Farhan? Ouh, dia tu ke. Aha aku ingat nama lelaki
tu. Weh, aku dengar lelaki tu CEO ya. Wah tak sabar nak jadi adik ipar CEO”
Qisya menarik nafas perlahan. Asal
dia rasa nak marah ya bila Lutfi teruja macam tu. Macam nak kena bagi kaki je kat muka dia tu.
“Asal kau tanya?” Farhan kembali kepada perbualan mereka yang
utama bila dia melihat wajah Qisya yang macam nak bagi sesuatu yang menyakitkan
dekat dia.
“Diana tu ada kekasihkan?”
“Aha, Ryzal namanya. Dia pernah berniat nak bawa Ryzal pulang ke
rumah tapi takut ibu bapa kami tak dapat terima. Yalah kalau nak dibandingkan dengan CEO tu,
Ryzal berjawatan biasa-biasa je. Tapi
sekarang ni aku dengar dia ada buat business sikit”
“Ouh ya ke? So macam mana hubungan mereka sekarang?”
“Erm, masih okay. Mereka dah kenal nak dekat empat tahun
kut. Ryzal pernah bawa Diana jumpa
ibu bapa dia di kampung. Erm, lelaki tu
orang biasa-biasa je. Mungkin sebab tak
nak terlepas peluang, ayah terima untuk menyatukan Diana dengan CEO tu. Tapi aku tak tahulah macam mana sekarang. Diana tu nampak macam okay je. Tak da pula nak cakap kat ayah jangan kahwinkan
dia dengan CEO tu”
“Tuan Badrul dan ayah kau tu kawan
baikkan. Mungkin sebab tu juga mereka
nak sangat satukan Farhan dengan Diana, supaya hubungan persahabatan menjadi
kepada besan pula”
Qisya mengeluh dan terus
mengeluh. Kalau nak dibandingkan dirinya
dengan Diana. Tak ada apa-apa yang
istimewa pada dirinya. Dia tak selembut,
secantik dan sehebat Diana. Hmhh, apa
yang akan berlaku seterusnya..
Qisya memeluk kedua-dua lututnya dan
menundukkan wajahnya. Arghh, tension
nya!
“MACAM
nilah, you jangan ganggu urusan I lagi dan kita break sekarang jugak. Sebab I tak tahan dengan lelaki yang buaya
macam you ni. Dengan amoi mana entah pun
you boleh nak masuk!”
“Sayang, please..jangan buat I macam
ni. I serius sayang dekat you. I tak boleh hidup tanpa you” lelaki itu memegang tangan teman wanitanya
dan kemudian teman wanitanya itu pantas menarik tangannya semula.
“Jangan sentuh I! Jijik you pegang
I”
“Sayang..sayang!”
Wah..wah..kalau ya pun nak break,
tak ada tempat lain ke. Aku nak mengemop
lantai depan ni. Getus hati Qisya.
“Encik, saya nak mengemop lantai
ni. Boleh tak bawa kekasih encik ni dan
gaduh kat tempat lain. Ini kawasan café
encik. Sekejap lagi café nak
dibuka. Saya nak kena siapkan kerja ni
cepat” beritahu Qisya, berani saja dia
menegur pasangan yang nak putus tu.
Ahaks.
Apalagi menyinga lelaki itu kerana
ditegur. Potong line betul. Lupa
langsung ayat dia nak memujuk kekasihnya itu.
“Eh, kau.. arghh, lupa langsung aku
nak cakap apa. Kau nak mengemop pergilah
mengemop kat tempat lain dulu. Yang kat
sini jugak kau nak mengemop. Aihs,
sayang. Please jangan tinggalkan I. I tak boleh kalau you tak ada. I, I still love you” dia menyambung memujuk kekasihnya itu.
“But, I hate you!” ha kan dah dapat. Tak pasal-pasal hari ni dapat tengok wayang
percuma. Sambil memegang batang pengemop
dan juga baldi beroda dia berdiri di tengah-tengah mereka.
“Encik, saya nak mengemop lantai
ni. Boleh ke tempat lain tak?”
“Arghh, tak habis-habis kau
nilah!” lelaki itu mendengar kata-kata
dan menarik tangan kekasihnya ke kawasan lain pula.
“Gaduh la kat tempat lain. Sini orang nak buat kerja” Qisya mengomel geram.
Kemudiannya dia ke kawasan lain pula
dan kawasan yang belum dimop itu berdirinya si lelaki dengan teman wanitanya
itu. Ya Allah, asal tak boleh berganjak
jauh sikit. Ini dekat-dekat sini juga
dia nak bergaduh. Ke sebenarnya ada
rakaman. Macam Wakenabeb ke? Tak pun Terjah ke. Yalah nak tengok reaksi orang awam kalau
terdapat situasi pasangan couple sedang bergaduh.
Argh, tapi nampak macam makin parah
ni. Si lelaki ni macam nak mengecam
wanita tu pun ada. Aih, nak tolong ke
tak? Ke biar je. Tak payah masuk
campur. Tapi nanti kalau berlaku
pertumpahan darah ke, tak ke aku akan dipersalahkan sebab buat tak tahu
je. Tapi inikan masalah mereka. Buat apa aku nak masuk campur. Nak nasihat lebih-lebih nanti aku ni bercinta
pun tak pernah.
Tapi?
“Encik, lepaskan tangan dia
encik. Kalau ya pun nak selesaikan
masalah. Ha duduk kat dalam, selesaikan
masalah tu elok-elok. Semua benda boleh
setel ma” akhirnya dia tak boleh kalau
tak masuk campur. Dia kena tolong sama.
“Kau ni sapa ha? Ini masalah aku dengan kekasih aku. Kau jangan nak masuk campur boleh tak? Bisinglah kau ni”
“Encik, macam ni ke cara encik nak
pujuk kekasih encik ni. Tak boleh ke
kalau jangan nak menengking. Mentadak
mentadu kalau dengar pun boleh ikut gaya bermacam-macam sebab terkejut dengan
jerkahan encik” terangnya dengan penuh
sabar.
Si wanita tersebut kelihatan mahu
ketawa apabila mendengar perumpaan Qisya.
Tetapi kemudian, mukanya kembali tegang apabila si lelaki merentap
tangannya kasar menjauhi Qisya.
“Kau jangan nak masuk campur hal
aku. Kau ingat kau boleh kalahkan aku
perempuan!”
“Eh tahu pulak encik yang saya ni
perempuan. Saya ingatkan saya dah
berpakaian macam ni orang tak akan sangka saya perempuan. Haha, baguslah”
“Kau pergi buat kerja kau tu tak
boleh ke ha?”
“Eee, sakitlah you. Apa ni!”
si wanita tersebut mengaduh sakit.
“You diam!”
“Hey, encik. Relax encik.
Tak boleh ke kita setelkan masalah ni elok-elok. Kalau encik sayangkan dia, encik tak akan
sakitkan dia”
“Arghh”
“Encik saya beri amaran kepada
encik. Jangan sampai saya hubungi polis
untuk bawa encik ke balai. Encik nak?”
“Kau..” si lelaki itu menunding jari ke muka Qisya
dengan menahan rasa marah membuak-buak.
Dan kemudiannya, dua orang lelaki
dan seorang jurukamera hadir. Si lelaki
dan wanita tersebut ketawa kecil tiba-tiba.
“ANDA SEKARANG BERADA DALAM
RANCANGAN LUKENABEB!”
Aku dah agak dah. Memang dah agak. Hmm, popularlah aku lepas ni masuk
televisyen.
Fairuz yang
baru tersedar keluar dan melihat ada ramai orang di luar cafenya dan dia
melihat Qisya sedang ditemu ramah.
Kelihatan Qisya sedang malu-malu memberitahu perasaannya apa yang telah
berlaku sebentar tadi, sama ada dia cemas atau risau kalau ada apa-apa yang
berlaku kepada si wanita tersebut. Mujur
dia tak buka langkah tadi kalau tak
memang berbalaulah muka lelaki tu. Huhu.
“Senyum sorang-sorang, masih
teringatkan hal tadi ke?” tegur
Fairuz. Ketika itu dia berada di tingkat
atas sedang melekatkan kod buku dan Qisya menolong dia.
“Mestilah. Muka bakal masuk televisyenkan” kata Qisya bangga.
Fairuz tersenyum simpul. Melihat Qisya gembira seperti itu hatinya
turut sama gembira. Dia tidak mahu ada
masalah dengan Qisya. Dia rasa Qisya
mungkin sudah tidak menyimpan apa-apa perasaan kepada lagi. Baguslah kalau macam tu. Gadis itu boleh bercakap biasa dengannya
seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Abang suka kalau Qisya terus
tersenyum macam tu” beritahu Fairuz.
“Kenapa. Ha, Qisya tahu sebab Qisya nampak
cantikkan. Haha. Tak apa, Qisya dah lama
tahu tu” sengaja mengangkat bakul
sendiri. Yalah kalau tak siapa lagi nak
tolong angkatkan.
Fairuz ketawa.
“Aha, Qisya memang cantik pun. Sebab tu abang suka rapat dengan..” Fairuz tidak meneruskan kata-katanya apabila
dia merasakan seperti ada kejanggalan antara mereka berdua bila mula bercakap
tentang hal ini.
“Maaf” kata Fairuz.
Qisya tersenyum kelat. Dia diam dan cuba mengubah topik.
“Yang buku ni nak tanda macam mana,
sebab kalau guna gam tak lekat ni”
tanyanya.
“Ouh buku tu biarkan dulu. Tak apa abang akan cari sesuatu nanti untuk
lekatkan buku tu”
“Okay”
DIA
teringatkan Qisya dan kerana itu dia membeli patung Smurf, kerana dia tahu
Qisya menyukai watak kartun yang comel itu.
Dia tidak mahu naik ke rumah setelah diajak oleh ibu, dan dia menunggu
Qisya di halaman rumah dengan beg kertas sederhana besar. Wajahnya kelihatan berseri-seri sahaja. Tidak sabar dia ingin memberitahu berita
gembira kepada Qisya yang dia akan akan ke UK dan sambung pengajian di sana
setelah berjaya memujuk Tuan Badrul untuk tidak mengahwinkan dia jika dia terus
memegang jawatan sebagai CEO, kerana itu dia mencari alasan tidak mahu berkahwin
kerana ingin menyambung pengajian yang seterusnya. Tuan Badrul tidak pula menghalang anaknya
untuk sambung pengajian, kerana lagi tinggi ilmu yang ditimba lagi banyak
pengetahuan yang dia akan dapat dan kemudiannya dapat menguruskan syarikat
mereka dengan lebih baik. Dan
kemudiannya, Farhan akan mencari cinta sejatinya sendiri dan akan berkahwin
dengan pilihannya sendiri. Tuan Badrul
tak akan dapat menghalang Farhan selepas itu.
Qisya mengerut dahi apabila melihat
kereta Farhan di situ. Dia datang
sini? Dia melihat Farhan duduk di kerusi
batu dengan beg kertas bersaiz sederhana besar.
Dia berjalan mendekati lelaki itu.
“Hmm” dia berdehem dan lelaki itu menoleh.
“Qisya!” lelaki itu tampak sangat gembira.
“Ada apa ni. Nampak happy je?” tanyanya.
“Sebelum tu Qisya dari mana?”
“Erm Qisya dari Bandar. Jumpa kawan basking” bohongnya. Padahal baru balik dari
kerja. Baju seragam dia tukar dekat sana
je. Sekarang ni dia pakai baju biasa je.
“Gitar mana?” kebiasaan kalau dia berjumpa dengan
kawan-kawan baskingnya itu dia akan membawa gitarnya sekali.
“Ouh, tak. Qisya jumpa dengan mereka je. Qisya tak main” beritahunya.
Menipu tu tak sedapkan. Hati akan
rasa sangat tidak senang. Tak sia-sia
buat dosa kering.
“Qisya duduklah” suruh Farhan.
Lain macam sahaja gembiranya itu.
Macam baru lepas menang loteri pula.
“Abang nak beri Qisya hadiah
ni” dia menolak beg kertas yang berada
di atas meja ke arah Qisya.
“Apa ni?” tanyanya sambil tangannya menarik objek yang
nampak macam berkepala itu. Dia menarik
keuar dan mulutnya melompong melihat patung Smurf. Comel sangat.
“Abang, dah lama Qisya cari patung
ni. Abang beli kat mana?”
“Adalah, Qisya tak payah tahu” Farhan tersenyum.
“Abang bagi Qisya ni ke. Thanks abang”
“You are most welcome. Sekarang ni abang nak bagitahu berita gembira
dekat Qisya yang abang tak jadi kahwin!”
“Apa? Ma..macam mana boleh jadi
macam tu..” dalam terkejutnya ada
perasaan sedikit gembira. Gembira mendapatkan patung Smurf ini atau pun gembira
mendengar yang Farhan tak jadi kahwin.
Tak marah ke Tuan Badrul. Macam
mana perkara ini boleh berlaku sedangkan mereka telah membuat pengumuman kepada
orang ramai yang Farhan akan disatukan dengan Diana. Aneh ni.
“Abang dah fikir masak-masak yang
abang akan sambung belajar di luar negara tidak lama lagi. Bila Ayiez balik dia akan memangku jawatan
CEO itu buat sementara waktu dan abang akan bebas Qisya..abang akan bebas. Kemudiannya abang akan cari jodoh abang
sendiri. Lepas tu papa tak akan boleh
buat apa-apa dah sebab abang dah bawa pilihan abang sendiri. So bagus tak rancangan abang?” dengan gembira
Farhan bercerita namun hanya sedikit senyuman kelat yang terukir pada wajah
Qisya. Entah kenapa tangannya sedikit
mengigil. Jantungnya berdegup dengan
sangat kencang.
Kenapa dia rasa tidak suka dengan
rancangan Farhan. Maksudnya dia dan
Farhan akan berjauhan lagi. Tinggalkan
dia lagi?
“Apa yang paling penting abang tak
akan berkahwin buat masa sekarang, Qisya abang tak tahu nak cakap macam mana,
abang happy sangat sekarang” luah
Farhan.
Qisya terdiam. Kerana dia tidak tahu ingin membuat reaksi
wajah yang mengembirakan. Dia tak tahu
macam mana nak bagi dirinya nampak gembira.
“Qisya..kenapa nampak pucat je muka
ni. Qisya tak sihat ke?” Farhan mula berasa
risau.
“Ha? Erm, tak. Qisya okay.
Baguslah kalau abang tak dapat kahwin.
Qisya tumpang gembira. Sekurang-kurangnya
abang tak akan berkahwin dengan pilihan Tuan Badrulkan. Erm..abang..abang bila nak ke sana?”
“Kalau boleh dalam waktu yang
terdekat ni. Dan abang nak luangkan masa
dengan Qisya. Nanti abang rindu dengan
adik abang yang seorang ni…hey, kenapa menangis ni. Janganlah menangis. Abang ada lagikan depan Qisya”
Sungguh dia tidak dapat menahan air
matanya daripada jatuh. Hatinya sebak bila
dia kena berjauhan lagi dengan Farhan.
Mungkin setahun, dua tahun atau mengambil masa yang bertahun-tahun. Dan kemudian, apa yang akan berlaku kepada
dirinya selepas itu. Mungkinkah dia akan
berumah tangga selepas itu. Tapi dengan
siapa? Siapa yang lebih memahami dia
selain Farhan.
Tak, dia tak bermaksud nak ada
hubungan dengan Farhan, Cuma di sini hanya Farhan sahaja yang memahami dia
selain daripada Ayiez. Tapi dia langsung
tidak mempunyai apa-apa perasaan kepada Ayiez walaupun dia tahu Ayiez sering
beri petanda kepadanya dan kemudiannya ketawa berdekah-dekah mengenakan dia. Dia tahu Ayiez tidak serius dengannya.
“Qisya, shyy janganlah macam
ni. Qisya buat abang serba salah nak
pergi. Qisya abang dah selamatkan diri
abang dari berkahwin dengan entah siapa abang sendiri tak kenal hati budi dia,
dan sekarang abang kena teruskan juga niat abang untuk terus belajar di
oversea. Abang tak nak terus berada di
sini dan kalau abang berada di sini abang kena berkahwin dengan pilihan papa
lagi. Abang tak nak” serius wajahnya menerangkan kepada Qisya.
Qisya menyeka air matanya.
“Kalau abang nak pergi, pergi
ajelah, Qisya tak kisah. Qisya tak boleh
tahan kalau itu keputusan abang teruskanlah.
Sekurang-kurangnya abang tak akan berkahwin dengan Diana”
Farhan hilang untuk terus
berkata-kata apabila dia melihat air mata Qisya berlinang sahaja. Kenapa?
Keputusannya untuk sambung belajar menyukarkan Qisya ke? Atau Qisya tidak mahu berpisah dengannya
lagi?
Qisya..
“TAHNIAH,
sebab kau tak jadi kahwin” ucap Fairuz
kerana dia tahu Farhan memang tak suka dengan perkahwinan yang dirancang oleh
keluarga. Dia menemui Farhan di pusat
membeli belah dan Farhan mengajak mereka minum bersama.
“Kau tahu tak aku rasa macam baru
bangun daripada mimpi yang sebenarnya mimpi tu tak betul pun” terang Farhan dengan rasa gembira.
“Aku seronok sebab aku tak akan
berkahwin dengan sesiapa pun. Lagipun
aku masih muda dan banyak hal yang belum aku buat lagi” dia menyedut minumannya dengan rasa masih
tidak percaya.
“Kau dah fikir masak-masak ke nak
sambung pengajian tu?”
“Ya.
Aku dah tak kisah dah. Asalkan
papa dah bersetuju dengan aku. Aku
langsung dah tak kisah dah” bila
bercakap tentang hal dia untuk menyambung pengajian di luar negara, tiba-tiba
dia teringatkan Qisya. Jelas pada
matanya yang Qisya tidak suka dia menyambung pengajian tersebut. Tetapi itu sahaja jalan yang boleh dia
fikirkan. Itu sahaja!
“Tapi, aku rasa Qisya macam tak suka
dengan keputusan aku untuk sambung pengajian tu” beritahunya dan mengeluh kecil.
“Maksud kau?”
“Dia macam tak nak aku pergi. Yalah kau pun tahu aku pernah tinggalkan dia
macam tu je dahulu. Bila aku balik
sini semula, bermacam-macam cara aku nak
kena layan karenah dia. Betapa marahnya
dia bila aku pergi tanpa berkata apa-apa pun sehinggalah aku berbaik semula
dengan dia”
“Dia sedih gila waktu kau pergi
dulu. Hari-hari menangis. Jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Yalah orang yang paling rapat dengan dia
waktu tu hanya kau seorang”
“kejap, jatuh sakit dan masuk
hospital? Qisya?”
“Kau tak tahu ke?”
“Tak, serius memang aku tak tahu
yang aku tahu dia hanya sedih bila aku pergi.
Tu je yang aku tahu”
Fairuz tersenyum sinis.
“Bodohnya kau Farhan?”
“Ha?”
“Kau rapat dengan dia tapi kau
langsung tak ambil tahu apa yang berlaku kepada dia selepas tu. Papa kau tak beritahu kau apa-apa ke?”
“Tak, serius aku memang tak tahu
apa-apa” wajah Farhan berubah terkejut.
“Qisya separuh nyawa sewaktu ditahan
di hospital. Kami sangka yang dia akan
pergi dalam usia yang terlalu muda. Dia
nak sangat jumpa kau. Tapi Tuan Badrul
tak nak kau terganggu jadi dia tak beritahu kau apa-apa. Mungkin itu yang aku rasa. Waktu tu aku fikir Tuan Badrul seorang
lelaki yang kejam sebab dia tak beritahu
kau apa-apa pun tentang Qisya. Dia
sangka kau dan Qisya hanya rapat seperti itu sahaja dan dia tak anggap itu
semua penting”
Farhan ternyata lebih terkejut
apabila dia mendengar cerita Fairuz. Tak
mungkin Fairuz akan membohonginya. Tapi
kenapa papa langsung tak beritahu dia apa-apa sedangkan dia tahu yang Farhan
dan Qisya rapat sejak dari kecil.
QISYA sedang
mengelap dinding jernih yang berdekatan dengan meja kaunter. Ketika dia asyik mengelap sambil mendengar
lagu melalui earphone, tiba-tiba pergerakannya terhenti apabila dia melihat
Farhan sedang memandang ke arahnya.
Dari mana yang dia tahu yang aku
bekerja di sini. Ah, mesti Fairuz yang beritahu.
“Abang buat apa kat sini? Nak minum
ke?” tanya Qisya lalu mengeluarkan buku kecil dan pen yang berada di dalam
poket apronnya.
“Duduk dulu abang nak bercakap
dengan Qisya. Lagipun Fairuz tak
akan marahkan” wajah Farhan serius sahaja.
“Eh, mana boleh abang. Qisya tengah bekerja sekarang ni. Kalau Fairuz tak kisah tapi pekerja-pekerja
lain nampak, nanti apa pula yang dia orang akan cakapkan nanti”
Farhan diam.
“Erm, tak apalah. Abang nak pesan minuman ajelah”
“Okay!”
Sesudah memesan minuman, dari tadi
lagi dia melihat Farhan asyik terus memandang ke arahnya. Setiap apa yang dia buat akan diperhati oleh Farhan. Aneh kenapa dengan lelaki itu secara
tiba-tiba. Nak dekat setengah jam
jugalah Farhan begitu. Minuman segelas
je. Tapi dia lebih suka duduk mengarah
ke kaunter untuk melihat Qisya.
Dengan rasa tidak selesa, Qisya naik
ke atas untuk menghantar minuman kepada Fairuz.
“Abang beritahu dekat Farhan ke yang
Qisya kerja kat sini?” tanyanya terus
ketika lelaki itu sedang menggunakan laptopnya.
“Dia tanya sebab dia hairan Qisya
selalu tak ada di rumah sejak beberapa minggu ni. Qisya balik rumah bila waktu petang sahaja. Jadi abang beritahu dia yang Qisya bekerja
dengan abang”
“Kenapa abang beritahu dia” wajah Qisya kelihatan tidak berpuas hati.
“Kenapa Qisya. Qisya bergaduh dengan dia ke?”
“Tak, Cuma Qisya tak nak dia tahu
yang Qisya bekerja dengan abang sebab..sebab”
“Sebab apa Qisya?”
“Dia mungkin akan terfikir yang
Qisya nak kerja dengan abang mungkin sebab Qisya masih sukakan abang”
Fairuz terdiam sejenak. Jari jemarinya dilarikan daripada keyboard
laptop. Dia menarik minumannya dan
meneguk sedikit. Menghilangkan rasa
dahaga di tekaknya. Dan kemudiannya
matanya di arah kepada Qisya.
“Jadi Qisya masih simpan apa-apa
perasaan kepada abang?”
“Tak. Abang dah ada Lisa”
“Kalau abang tak ada Lisa”
“Abang tetap tak akan terima
Qisya. Qisya yakin dan pasti yang abang
tak akan pilih Qisya. Sudahlah Qisya dah
pernah nak ceritakan hal yang sama.
Qisya nak pergi sambung kerja dahulu”
Qisya bangun dari kerusi dan memeluk
pelapik cawan.
“Qisya tak beritahu kepada Farhan
yang Qisya hampir-hampir meninggal dahulu”
kata-kata Fairuz membuatkan langkah Qisya terhenti.
“Abang dah beritahu dia hal yang
sebenar”
“APA?! Kenapa abang beritahu dia?” terbuntang mata Qisya. Dia tidak mahu Farhan tahu yang dia
hampir-hampir meninggal dahulu. Dia tidak mahu lelaki itu dihantui dengan
rasa serba salah. Patutlah Farhan
merenungnya seperti itu, rupa-rupanya dia dah tahu segala-galanya.
“Sebab abang rasa dia memang patut
tahu”
“Tapi abang tak boleh buat dia macam
tu. Qisya sehabis boleh nak merahsiakan
hal ni. Kenapa abang nak kena masuk
campur urusan Qisya. Qisya tak sukalah!”
“Ini untuk kepuasan semua
orang. Abang tak nak dia sambung
pengajian dia di sana dan tinggalkan Qisya lagi. Abang tahu sebenarnya itu yang Qisya nak. Qisya tak nak berjauhan dengan dia lagi”
“Qisya dah tak kisah kalau dia nak
ke luar negara dan ambil masa bertahun-tahun untuk tinggal di sana lagi. Qisya dah tak kisah. Asalkan dia bahagia dan tak perlu berkahwin
dengan pilihan keluarga” suara Qisya
kembali rendah. “Qisya nak ambil
emergency left” beritahunya dan kemudian
cepat-cepat beredar pergi.
“Qisya!”
Ulasan