Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 2



BAB 2


Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.  Aneh.  Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.  Kenapa dengan dia.  Penglihatan matanya tidak apa-apakah.
            “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.
            “Siapa tu?”
            “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.
            “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.
            “Awak nak kemana?  Awak nak saya tolong ke?”
            “Tak payah  aku boleh buat sendiri”  kasar kata-katanya.
            “Nanti awak langgar pasu bunga tu”
            PRANGG!
            Kedengaran bunyi pasu kecil jatuh pecah di atas lantai.  Kedua-duanya terkejut.  Qisya perasan ada orang yang lalu berhampiran mereka.  Tanpa berfikir panjang dia menarik tangan budak lelaki itu dan membawanya lari dari situ.
            “Kalau awak nak selamat, lebih baik awak diam!” 
            Setelah merasakan tiada orang yang mengejar mereka atau hanya mereka sahaja yang merasakan ada orang yang mengejar mereka,  Qisya dan budak lelaki itu berhenti di sebalik dinding dan Qisya terus memegang dadanya seraya melepaskan rasa sakit pada dadanya.
            “Kenapa kita lari?”
            “Nanti awak kena marah sebab awak dah jatuhkan pasu tu”
            “Biarlah.  Cakap sahajalah aku yang buat.  Kenapa kau tarik tangan aku?”  marah budak lelaki itu dan merengus marah.
            “Awak ni saya dah selamatkan awak pun bukan awak nak ucap terima kasih pun”  Qisya menarik muka.  Kononnya merajuk.
            “Bila kita dah buat salah tak perlu nak lari dari kesalahan yang kita dah buat”
            “Qisya!”  Farhan berlari anak ke arah Qisya yang ketika itu sedang bersama-sama dengan adiknya Ayiez.
            Ayiez perasan akan suara itu.
            “Ayiez kenapa ni?”  tanya Farhan.  Dan kemudian dia memandang  ke arah Qisya yang kelihatan tidak berpuas hati itu.
            “Entahlah.  Dia nilah, tiba-tiba je tarik tangan aku.  Tak sukalah dengan dia”
            “Saya selamatkan dia tadi sebab tadi dia dah jatuhkan pasu bunga kat hujung sana.  Saya takut ada orang yang perasan dan marah dia nanti, tapi dia ni sombong tak nak ucapkan terima kasih pada Qisya”  adunya dengan muka tidak senang.
            Ayiez meninggalkan mereka dan terus meraba dinding.  Farhan sekadar memandang dan mengeleng kepala.
            “Maaflah, adik abang memang macam tu.  Dia tak boleh nampak”
            “Maksudnya dia benar-benar buta ke?”
            “Ya, setahun yang lepas dia telah ditimpa kemalangan.   Papa dah cuba mencari mata baru untuk Ayiez sehingga sekarang masih belum ada penderma lagi.  Dia sedikit angkuh, dia tak suka orang tolong dia jadi lepas ni biarkan dia sahaja”
            “Ha, macam mana sesuatu berlaku pada dia” 
            “Abang pun sebenarnya risaukan dia juga tapi dia yang tak nak.  Jadi abang tak boleh buat apa-apa”


SEBELUM ini dia belum pernah melihat Ayiez.  Hal kemarin membuatkan dia berasa sedikit kasihan dengan Ayiez.  Dia tak ada kawan ke?  Kelihatan dia sering dilihat bersendirian.  Tanpa teman disisi bukankah ianya sesuatu yang membosankan.
            “Siapa tu?” 
            Qisya tersentak terkejut.
            “Saya Qisya”
            “kau nak apa?”
            “Saya nak kawan dengan awak?”
            “Aku tak perlukan kawan macam kau.  Aku lebih suka bersendiri sebab aku tahu tak akan ada seorang pun yang akan tertawakan aku dalam keadaan aku yang macam ni”
            “Kenapa orang nak ketawakan awak?”
            “Sebab aku buta dan aku tak celik macam kau!”
            “Orang yang celik pun kadang-kadang buat salah juga”
            “Maksud kau?”
            “Yalah, awak ingat semua orang  yang normal tu tak ada orang yang diketawakan juga ke?”
            Ayiez diam dan sedar yang Qisya telah pun mengambil tempat duduk disebelahnya.  Dia mengesot sedikit ke sebelah kanan kerana tidak mahu terlalu rapat dengan Qisya.
            “Awak nak gula-gula?”  Qisya menceluk tangan ke dalam baju sweater kecil yang dipakainya dan mengeluarkan lolipop berperisa strawberi.  Lolipop itu dihulur kepada Ayiez.  Ayiez langsung tidak perasan yang lolipop itu sedang dihulurkan kepadanya.
            “Oh lupa”  Qisya menarik tangan kiri Ayiez dan meletakkan lolipop itu di atas tangan Ayiez.
            “Ayah saya akan pujuk saya dengan gula-gula kalau saya marah dan merajuk dengan dia”
            “Kenapa kau bagi aku?”
            “Sebab saya nampak wajah awak sangat menyedihkan dan sebab itu saya berikan awak gula-gula ni.  Awak nak makan sekarang.  Saya tolong bukakan”  tanpa meminta kepastian Ayiez, dia menarik semula lolipop daripada tangan Ayiez dan membuka balutan lolipop tersebut dan menghulur kembali kepada Ayiez.  Dan dia perasan yang Ayiez tidak nampak lolipop yang dihulurnya, dia menarik semula tangan Ayiez dan meletakkan batang lolipop di tangan Ayiez.
            “Makanlah”
            Ayiez memasukkan lolipop ke dalam mulutnya dan merasa dengan perlahan.
            “Er, saya ada perisa strawberi je, tak apakan”  tak  apa ke kalau budak lelaki makan perisa strawberi tu.
            Ayiez diam tanpa sebarang reaksi.  Dan kemudian dia bersuara.
            “Tak bermakna aku dah makan lolipop kau ni, kita berdua dah jadi kawan”
            “Tak apa, saya tahu awak segan dengan sayakan?”
            “Buat apa nak segan dengan kau.  Tak ada makna nak segan dengan kau”
            Qisya ketawa.
            “kenapa ketawa?”
            “Awak ni comellah bila marah”
            “kau nak ambil hati aku ke apa?”  Ayiez merengus kecil.  Walaupun masih dalam keadaan tidak suka dia tetap makan lolipop itu dengan rasa senang hati.
            “Saya yakin suatu hari nanti awak mesti nak berkawan dengan saya.  Sebab saya tahu saya seorang yang menyeronokkan”   kata Qisya bersemangat.
            “Siapa yang cakap kau menyeronokkan?”
            “Abang Farhan”
            “Abang aku tu aneh.  Dengan sesiapa pun dia akan puji walaupun orang tu nampak jelas kurang pada mata dia”
            “Tak baiklah awak cakap macam tu”
            “Suka hati akulah.  Dia tu abang aku.  Nak kutuk ke nak apa ke.  Aku punya suka”
            “Awak ni bercakap memang tak suka berlapikkan.  Menyesal pulak saya berikan gula-gula tu pada awak.  Dah la tak ucap terima kasih langsung”
            “Kau sendiri yang nak bagi aku makan lepas tu nak mengungkit pulak.  Buruk siku!”
            “Hisyhh”  Qisya bingkas bangun dan mengetap bibir geram.  Dia sempat menjelir lidah ke  arah Ayiez dan meninggalkan budak lelaki itu bersendirian.
            Dalam perjalanan dia meninggalkan taman buatan itu, Qisya terserempak dengan seorang budak lelaki yang sedang bermain dengan violin kecilnya.  Macam dia pernah nampak budak itu sebelum ini.  Tapi di mana ya?  Dan perasaan ingin mengetahui siapa budak lelaki itu telah membuatkan langkahnya semakin hampir dan tiba-tiba kaki kanannya tersandung.  Mukanya tercium rumput.  Lututnya berasa perit dan pedih.  Pasti dia mengalami luka sedikit.
            Tiba-tiba dia perasan ada sepasang kasut berada di hadapan mukanya.  Dia mendongak dan melihat seseorang sedang menghulurkan tangan kepadanya.  Dia mencapai tangan itu dan merasakan tubuhnya ditarik bangun.
            “Aduh”  dia merengek kecil kerana, lututnya yang sedikit luka itu amat memedihkan.
            “Awak okey?”  tanya si penyelamat kecilnya itu.  Budak lelaki itu membawa dia ke sebuah kerusi di mana tempat dia bermain violin tadi.  Mata Qisya sempat memandang violin yang berada di atas kerusi tersebut.
            “Mari saya tengok lutut awak”  pinta budak lelaki itu.
            “Ahhhh”  Qisya memejamkan mata menahan rasa sakit pada lututnya.  Dan dia dapat merasa ada tiupan halus dan hangat yang mengenai isi lututnya.
            “Saya balutkan dulu lutut awak ni dengan sapu tangan saya”  beritahu budak lelaki yang memakai cermin mata bulat itu. 
            Eh, macam budak lelaki tempoh hari.  Dia pernah melanggar budak lelaki itu.
            “Awak buat apa kat sini?” tanya budak lelaki itu.
            “Saya lalu kat sini dan terdengar ada bunyi alat muzik yang sedang dimainkan dan sebab itu saya singgah.  Maaf saya tak berniat nak menghendap awak”
            “Sebab tu awak tersadung jatuh sebab awak nak menghendap sayakan?”  budak lelaki itu bangun sesudah membalut luka Qisya.
            Dia mencapai violin kecilnya dan menyimpan di dalam beg sarung.
            “Saya harap lepas ni awak tak akan buat macam tu lagi”  kata-katanya seakan arahan yang tidak membenarkan Qisya melakukannya lagi.  Qisya diam.
            “Tapi saya tak sengaja.  Saya tak sengaja nak dengar awak main benda tu”
            Shahmin ketawa menyindir.  Tiba-tiba dia berasa lucu melihat wajah Qisya yang seperti mahu menangis itu.
            “Nama awak Qisyakan?”
            “Ya.  Mana awak tahu  nama saya?”
            “Farhan yang beritahu.  Kami sebaya.  Awak panggil dia abang kan?”
            “Ya”  jawab Qisya perlahan.
            “Jadi awak kena panggil saya abang juga”
            “Susah saya nak panggil awak abang walaupun awak lebih tua daripada saya.  Saya tak biasa.  Saya hanya rapat dengan abang Farhan dan sebab itu saya panggil dia abang”
            Shahmin tersenyum nipis.  Kata-kata Qisya tidak diambil hati olehnya.
            “Saya Shahmin.  Boleh panggil saya Shah.  Saya sepupu kepada Farhan.  Kami berdua kenal sejak dari sekolah tadika lagi.  Tapi kami tak berapa rapat sekarang”
            “Kenapa?”
            “Tak perlu kut nak tahu semua benda.  Cukuplah sampai di sini.  Saya nak masuk ke dalam.  Maaf sebab tak dapat papah awak.  Sebab saya pun tengah kerja masa”  Shahmin meninggalkan Qisya dengan lututnya yang masih berasa sakit.
            Hisyyhh, sekurang-kurangnya tolonglah hantar ke rumah sekejap.


“KENAPA dengan lutut tu?”  tanya Farhan sedikit risau.
            “Jatuh kat taman  semalam”  beritahunya.  Lututnya itu telah digantikan dengan toplast comel yang berbentuk corak haiwan.
            “Jatuh sendiri ke atau ada orang tolakkan”
            “Saya jatuh sendirilah”
            “Lain kali berhati-hati”  pesan Farhan.
            “Baik”
Farhan membuka pintu dan kemudian, muncul Ayiez yang berada disebalik pintu tersebut.  Qisya memanjangkan kepala dan melihat Ayiez yang menuru ke sesuatu tempat.
            “Kau dari mana?”  tanya Farhan.
            “Dari bawah”
            “Kau dah makan?”
            Ayiez mengangguk.  Dia mengeluarkan sesuatu dan kelihatan seperti sebuah anak patung kecil yang disimpan di dalam kocek seluarnya.  Anak patung kecil itu dimainnya bersendirian.  Qisha datang merapati sambil bersilang tangan.
            “Awak ikut saya ke?”  dia bersuara.
            Wajah Ayiez  berubah 350 darjah.  Dia mengerenyet dan menunjukkan wajah tidak senang.  Mukanya mengarah ke arah suara gadis itu.
            “Siapa yang ikut siapa?”
            “Awak la.  Saya memang ada kat sini dah lama”
            Ayiez menoleh ke arah tempat lain.
            “Abang Farhan nak gula-gula tak?”  soalnya kepada Farhan.  Sengaja dia menanya kepada Farhan, dia ingin Ayiez  mahukan gula-gula daripadanya juga.
            “Abang tak suka makan gula-gula.  Nanti gigi rosak”  tolak Farhan sambil tersenyum.
            “Ala, nanti lepas makan abang boleh gosok gigi”
            “Abang memang tak makan makanan yang manis-manis.  Lagipun abang kena jaga berat badan abang.  Sekarang ni abang ada latihan lumba lari di sekolah.  Jadi abang kena maintain kan berat badan abang”
            Qisya terasa hampa kerana Farhan menolak pemberiannya mentah-mentah.  Dia melihat ke arah Ayiez yang buat-buat tidak mendengar itu.  Sedikit sebanyak dia berasa malu dengan Ayiez yang sememangnya dapat mendengar dengan jelas.
            “Abang nak kena pergi dulu.  Bye jumpa lagi Qisya”  Farhan beredar pergi.
            Setelah Farhan pergi, Ayiez mengerakkan kepalanya ke arah Qisya apabila dia terdengar bunyi seperti ada orang yang duduk di sebelahnya.  Kemudian dia terdengar suara orang melepaskan keluhan.
            Qisya menoleh ke arah Ayiez.
            “Awak nak gula-gula?”  soalnya perlahan kepada Ayiez.  Dia mengeluarkan sebiji gula-gula berperisa oren.  Dia menyeluk gula-gula tersebut ke dalam tangan Ayiez.  Wajah Ayiez berubah.
            “Walaupun awak bukan kawan saya tapi awak tak pernah menolak pemberian yang saya bagi”
            “Tapi kau yang paksa akukan.  Kau yang letakkan gula-gula dalam tangan aku”
            Qisya mengetap bibir.   Macam ni pun masih nak belagak.  Baru kecik ni belum lagi dah besar. Er..
            “Kalau macam tu bak balik gula-gula saya”
            “Ah, dah bagi buruk siku pulak.  Memang tak lah nak bagi balik kat kau!”  Ayiez cepat-cepat memasukkan gula-gula yang diberi ke dalam kocek bajunya.
            Qisya menahan ketawa.
            “Awak, saya nak tanya sesuatu kat awak?”
            “Apa?”
            “Kenapa awak tak nak berkawan dengan saya ye?”
            “Sebab aku tak kenal kau siapa”
            “Kan saya dah cakap nama saya Qisya”
            “Setakat tahu  nama kau tak memungkinkan yang kita boleh jadi kawan baik”
            “Siapa cakap nak jadi kawan baik awak?”
            Ayiez termengkelan.  Oh dia salah dengar ey? Huhu.
            “Seronok sangat ke berseorangam macam ni?  Awak tak ada kawan yang lain ke?  Awak tak pergi sekolah?  Umur awak berapa?”  banyak pula soalan yang ditanyanya.
            “Aku ada kawan yang lain cuma mereka yang tak datang melawat aku kat sini bila dapat tahu yang aku dah jadi macam ni.  Jadi mereka menjauhkan diri.  Itu yang aku fikir sekarang.  Umur aku 13 tahun.   Sekarang ni aku belajar melalui guru peribadi aku”  beritahunya.
            “Kasihan awak”
            “Kenapa?”
            “Kawan-kawan awak yang lain hanya akan ada waktu kita senang.  Bila kita susah semua larikan diri.  Tak adilkan macam tu.  Melihat keadaan awak yang macam sekarang, tak ada peneman disisi, mesti awak sunyikan?”
            “Aku dah biasa.  Hampir setahun aku macam ni”
            “Tapi kadang-kala mesti terdetik kat hati awak jika suatu hari nanti awak nak melihat macam orang lain juga.  Jika saya boleh pinjamkan sehari penglihatan kepada awak, awak nak terima tak?”
            Ayiez diam.  Terharu sebenarnya dia dengan kata-kata gadis itu.  Siapa dia?  Kenapa dia masih mahu bercakap dengan aku walaupun aku berkasar dengan dia.
            Pertanyaan Qisya dibiarkan tanya jawapan.  Qisya juga tidak bertanyakan apa-apa lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...