Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 14



14


“Sedih je ibu tengok Qisya ni.  Makan malam tadi pun sikit.  Tu pun tak habis.  Qisya kenapa ni sayang?”  ibu datang menjenguknya di bilik selepas solat maghrib.  Risau juga dia melihat anaknya yang tampak kesedihan itu.
            “Ibu”  dia bangun dari pembaringannya dan ibu duduk di atas katil.  Dia mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang seorang ibu.
            “Kenapa ni.  Nampak sedih je lepas balik tadi.  Gaduh dengan abang Qisya ke tadi. Yalah sebab Qisya  balik dengan dia tadi”
            “Taklah.  Qisya tak gaduh dengan dia pun ibu.  Qisya okey je dengan dia”
            “Kalau macam tu kenapa hari ni muka Qisya monyok je”
            Qisya mengeleng kepala perlahan.
            “Beritahulah ibu.  Mana nak tahu ibu boleh bagi pendapat ibu”
            Ini hal hati dan perasaan ibu.  Nanti kalau Qisya bagitahu ibu yang Qisya patah hati ibu rasanya ibu mesti akan gelak berguling-guling.  Yalah anak dia yang tomboy ni pun ada perasaan nak bercinta.
            “Tak da apalah bu.  Biasalah bu. Takkan asyik nak happy je setiap masa”
            “Qisya kalau ada masalah sharing dengan ibu.  Jangan pendam seorang diri.  Masalah tu tak akan selesai kalau Qisya tak beritahu masalah Qisya tu kat siapa”
            “Qisya faham bu, tapi buat masa sekarang Qisya nak bersendirian dulu ibu”
            “Ermm, yalah ibu faham.  Kalau tak tahan sangat tidurlah.  Usahkan fikirkan.  Walaupun ibu tak tahu apa masalah sebenarnya, ibu tetap ada disamping Qisya”
            “Terima kasih bu, good night bu”
            “Good night sayang”  ibu mengucup dahi anaknya dan keluar dari bilik.
            Qisya melepaskan keluhan.  Dia teringatkan sesuatu dan mengeluarkan telefon bimbitnya.  Patut tak dia buang nombor telefon Fairuz.  Patut atau tak.  Lagipun hatinya masih sakit dan kecewa.  Mungkin selama ni Fairuz tak tahu betapa sukanya dia kepada Fairuz.  Tak apalah mungkin mereka berdua memang tak ada jodoh.
            Tersentak dia apabila telefon bimbitnya berbunyi.
            Ayiez?
            “Hello”  dia menjawab dengan suara malas.
            “Weh, kau ni mengalahkan artiskan.  Nak jumpa bukan main payah.  Asyik menghilangkan diri je.  Dah tak ada masa untuk aku ke?”  marah Ayiez tiba-tiba.
            Qisya menarik nafas dan melepas perlahan.
            “Awak cari saya masa saya tengah tak ada.  Lepas tu nak membebel pulak orang tak ada masa dengan dia”
            “Yalah, susah gila nak jumpa kau.  Ini panggilan yang ke lapan baru kau nak angkat.  Kau kenapa buat aku macam ni weh!?”
            “Hissyhh, awak ni membebel pulak.  Kalau rindu saya cakap ajelah.  Nak marah-marah pulak macam ni”
            Ayiez menarik muka merajuk.  Macamlah Qisya boleh nampak muka dia.
            “Saya ada masalah hatilah awak”  dia membuka cerita mungkin dia patut ceritakan kepada Ayiez.
            “Apa? Apa masalahnya?”
            “Hmm, terlalu payah untuk saya ceritakan”
            “Dah tak payah nak cerita kalau benda tu payah!”
            “Awak ni.  K lah, bye”  dia mematikan panggilan.  Orang dah la macam ni, asyik nak sakitkan hati aku je.
            Ayiez menelefon kembali, mungkin terkejut kerana tiba-tiba Qisya mematikan panggilan telefon.
            “Hmphh!”  dia  mengangkat dengan rasa menyebalkan.
            “Eh kau ni aku tak sempat nak cakap apa-apa dah letak.  Entah apa-apa je dia ni”
            “Ha, dah awak tu yang buat mood saya lagi teruk tau tak”
            “Yalah, yalah, cerita kat aku apa masalahnya.  Aku nak dengar”
            “Awak kenal Fairuz?”
            “Fairuz mana pulak?”
            “Ala yang sebaya dengan abang Farhan tu.  Fairuz?”
            “Fairuz?  Jap.  Bagi aku masa nak fikir jap.  Fairuz?  Hmhh.. aku rasa macam kenal dia tu.  Ouh, jap Fairuz yang kau pernah rapat selepas Farhan pergi luar negara tu?”
            “A’ah dialah.  Erm, dia balik sini semula.  Saya gembira dapat jumpa dia.  Ingatkan tak dapat jumpa dengan dia dah.  Dia ada buka café kat bandar.  Hari ni dia bawa saya pergi ke café dia dan kalau boleh nak saya bekerja dengan dia.  Awak nak tahu satu rahsia tak?”
            “Hmm, apa?”
            “Saya sebenarnya sukakan dia”
            “Okay, pastu?”
            “Tapi saya terkejut sangat hari ni dia kenalkan saya dengan Lisa”
            “Lisa mana pulak?”
            “Lisa tu kekasih dia”
            “Okay, pastu?”
            “Lisa tu cantik orangnya.  Tinggi, feminin habis.  Sama cantik dan padan mereka berdua.  Dan saya rasa macam tak layak nak jadi sebahagian daripada hidup Fairuz”
            “Habis tu si Fairuz tu tahu ke kau sukakan dia?”
            “Erm, dia ada tanya kat saya, sama ada saya masih sukakan dia atau tak sebab waktu kecil dulu saya pernah beritahu dia yang saya nak kahwin dengan dia bila dah besar.  Tapi saya cakap time tu saya masih budak-budak lagi.  Fikiran pun tak matang jadi saya cakap benda tu tak betul”
            “Bodohlah kau ni!”  kan dah kena sejibik dengan Ayiez.
            “Kenapa?”
            “Kau sebenarnya betul-betul sukakan diakan.  Habis tu kenapa kau cakap macam tu.  Nampak sangat la kata-kata kau tu tak diambil serius.  Kau ni”
            “Ala,  takkan la saya nak mengaku yang saya betul-betul sukakan dia”
            “Kau patut beri peluang kepada diri kau tu.  Kalau kau sukakan dia cakap yang kau sukakan dia.  Macam aku nak cakap dekat kau.  Qisya sebenarnya aku sukakan kau”
            Qisya diam.
            “Aku sukakan kau”
            Qisya diam lagi tanpa mengambil serius apa yang diucapkan oleh Ayiez.  Dia tahu Ayiez tak pernah serius kalau cakap macam tu dengan dia jadi kali ini dia tak akan terjatuh dalam penipuan Ayiez lagi.  Tak akan!
            “Hmm”
            “Okaylah.  Aku nak mengaji dulu.  Tahun ni aku nak bagi khatam lagi sekali.  In Shaa Allah.  Okay bye. Assalamualaikum”
            Qisya mengerut dahi.  Eh ingatkan mamat tu nak ketawa besar lepas tipu dia tadi.  Hmh, Ayiez, Ayiez.  Awak ajelah yang faham perasaan saya ni.
            Lima minit kemudian panggilan lain pula masuk. 
            Abang Farhan?
            “Hello”  kali ini suaranya lebih lemah dari menjawab panggilan telefon Ayiez tadi.
            “Dah makan.  Jom makan kat luar”
            “Dah malam la abang.  Tak apa”
            “Mak cik telefon saya tadi, dia cakap awak moody je lepas abang hantar Qisya balik tadi.  Masih fikirkan hal siang tadi ke?”
            “Taklah.  Hmm, tak tahulah abang. Qisya…Auchmm”  dia terbersin.
            “Tak, Qisya okay je.. Auchumm..”
            “Suara pun sengau je.  Selsema la ni.  Tulah main sangat hujan tadi”  perli Farhan.
            “Jangan lupa makan ubat tu”
            “Hmm, okay”
            “Betul ni tak nak keluar makan.  Abang nak pergi makan stemboat ni”
            “Betul.  Steamboat ke, stemkapal ke.  Qisya tak nak.  Terima kasih”
            Farhan ketawa kecil.  Eh, eh bergurau pula dia.
            “K lah.  Bye.  Jaga diri.  Jangan lupa makan ubat.  Lepas tu tidur.  Assalammualaikum”
            “Waalaikummusalam”  dia menjawab dan menutup telefon bimbitnya.  Langsung terlupa nak membuang nombor telefon Fairuz.


“SELAMAT Pagi Qisya!”  awal-awal pagi lagi Marsha telah datang bertandang ke rumahnya.
            “Hmmh.. selamat pagi”  nak tak nak sahaja dia menyambut sapaan itu.  Adoi rasa hari  ni mood nak spoil lagi.
            “Awak jom pergi berkelah kat tasik sini.  Jom.. jom..”  ajak Marsha dengan suara excited.  Kelihatan dia sedang meletakkan barang-barang makanan ke dalam bakul rotan.
            “Jomlah spent time bersama.  Saya dah lama tak jumpa awak”
            Er, lama dah ke?
            “TA-DA..”  dia mengeluarkan sandwich, air jus, nasi goreng, potongan buah epal dan juga makanan ringan yang lain.  Mereka membentang tikar kecil di hadapan tasik buatan.  Dia mengimbas tempat di sebelahnya dan menyuruh Qisya duduk di situ.
            “Duduklah.  Hari ni saya dah suruh mama masakkan saya nasi goreng ni.  Saya takut kalau rasa sandwich saya tak jadi dan sebagai penggantinya ada nasi goreng yang mama masakkan”
            “Awak ni susah-susah je”
            “Tak apalah”  Marsha membuka penutup tapaware sandwich dan menyua tapawarer tersebut kepada Qisya.
            “Rasalah.  Lepas tu bagi komen”
            Qisya mengambil dan mengigit kemudian mengunyah perlahan.  Erm, rasanya boleh tahan.  Lebih baik daripada sandwich pertama yang pernah dia buat dahulu.
            “Sedap.  Ada peningkatan”
            “Serius.  Seronoknya. Saya dah pandai buat sandwich.  Yes!”
            Dia menyua nasi goreng yang telah dicedoknya ke dalam pinggan kecil dan menyua kepada Qisya.  Qisya mengambil dan Marsha menuang air jus epal ke dalam cawan Qisya.  Layanan dia tu nampak macam dia sedang melayan kekasih hatinya pula.  Marsha telah selesai membuat itu dan ini untuk Qisya. Sesudah makan, Marsha merenung muka Qisya daripada tepi.
            “Kenapa awak pandang saya macam tu?”  tanya Qisya.
            “Tak, tak ada apa”  bohongnya.
            “Kenapa, kalau ada yang tak kena cakap ajelah”
            “Awak okay ke?”
            “Hai kenapalah semua orang nak tahu saya okay ke tak.  Ya sekarang ni saya dah okay.  Puas?”  jawabnya.
            Marsha menundukkan kepala.  Mungkin kata-kata Qisya agak berasa di hatinya.
            “Maaf”  sepatah daripada mulut Qisya.
            “Tak apa”
            Marsha mencapai  sebiji buah epal dan mengigit serta memakannya.
            “Kenapa awak tetap nak berkawan dengan saya kalau awak tahu yang saya ni bukan jenis lemah lembut macam awak?”
            “Ha? Er.. kenapa awak tanya saya macam tu?”
            “Saya hairan je”
            “Saya terima kawan saya itu seadanya.  Saya tak kisah awak macam ni ke macam tu ke.  Awak dah pernah selamatkan saya dulu.  Ingat tak waktu saya hampir-hampir nak pengsan.  Awak datang dekat dengan saya dan awak tolong saya.  Dan lagi satu awak selamatkan saya daripada dilanggar”
            “Tak ada apalah semua tu.  Tak perlu nak diungkit”
            Marsha diam.  Dia meneruskan memakan epalnya tanpa mempelawa Qisya untuk makan sekali.  Dia tahu Qisya pun mesti dah kenyang, makan itu dan ini tadi.
            “Dah la saya nak balik”  Qisya bangun dan meninggalkan Marsha bersendirian.
            Lantaklah Marsha nak fikir apa-apa pun pasal dia, yang penting sekarang ni dia tak ada mood nak buat apa-apa pun.  Nak berborak pun tak ada mood.
            Kemudianya dia mengeluh berat.  Aihh, tak elok pula dia buat macam itu kepada Marsha.  Marsha dah buat sehabis baik untuk memujuknya dan mengambil moodnya.  Tengok-tengok dia buat perangai macam ni pula.
            Qisya berlari ke tasik semula dan mendapati yang Marsha tidak berada di situ.  Cepatnya dia kemas.  Qisya bercekak pingang sebelah.  Ah lantaklah!


SELEPAS pulang dari basking, Qisya melewati di café Fairuz.  Eh kenapa kaki aku boleh bawak aku sampai ke sini.  Eh tak boleh jadi ni.  Kena pusing balik sebelum dia nampak aku ada kat sini.
            “QISYA!”  nah kau, dah tak sempat nak lari dah.  Dia dah nampak.
            “Er..Hai”  dia melambai tangan ke arah Fairuz.  Alamak pin rambut.. pin rambut.  Pakaian aku ni.. arghh.. jadi diri kau ajelah.  Tak perlu nak plastik sangat.  Tunjukkan kepada dia siapa diri kau yang sebenarnya.  Kau kuat Qisya.
            “Qisya, singgahlah dulu.  Abang nak belanja minum”  pelawa Fairuz dengan senyuman lebarnya.  Qisya berjalan menghampiri dengan beg gitar di galas di bahunya.  Fairuz memandang Qisya dari atas hingga ke bawah.  Mungkin sebenarnya dia agak terkejut tetapi dia masih nampak gembira kerana ternampak Qisya tadi.
            “Jom”  ajak Fairuz tanpa sebarang komen bila melihat Qisya yang sempoi habis tu.  Dah tak nampak macam perempuan Melayu terakhirkan.
            “Sekarang ni musim tengkujuh.  Asyik nak ribut dengan hujan je.  Abang risau tengok Qisya berjalan berseorangan macam tadi.  Qisya nak kemana?”
            Dia membawa gadis itu ke bilik rehatnya.  Jauh dari pelanggan dan pekerja yang lain.
            “Qisya baru balik dari basking dengan kawan”
            “Basking.  Erm, Qisya pandai main gitar ke?”
            Qisya mengangguk.  Dia meneguk minuman chocolate panasnya.
            “Qisya okay?”
            “Ha?  Kenapa abang tanya Qisya macam tu?”
            “Tak, nampak macam ada sesuatu yang berubah pada Qisya.  Style rambut Qisya, pakaian Qisya nampak macam..”
            “Tomboy?”  dia memotong percakapan Fairuz. Fairuz diam mungkin dia dah buat gadis itu berasa hati.
            “Kenapa Qisya macam ni.   Setahu abang, Qisya yang abang kenal bukan macam ni”  muka Fairuz nampak serius.
            “Qisya biasa bermain dengan budak-budak lelaki.  Sebab tu Qisya macam ni.  Dekat rumah istana pun Qisya dah biasa dengan mereka.  Qisya lebih rapat dengan kawan lelaki.  Mereka tak leceh macam perempuan”  tiba-tiba dia terbayangkan Lisa yang mengedik di sebelah Fairuz sambil mengurut-gurut bahu Fairuz.
            “Honey, I missss youuu soooo muchhhh” cup.  Kucupan demi kucupan hinggap di wajah Fairuz.
            “Err..”  Qisya membuat geli geleman tiba-tiba.  Gaya macam orang nak muntah.
            “Qisya kenapa ni.  Okay tak. Kenapa dengan air tu?”
            “Tak, tak ada apa”  Qisya ketawa.
            “Qisya, being serious”
            “Yalah”  Qisya menghabiskan ketawanya dan meneguk lagi minumannya.
            “Tak teringin ke nak jadi macam perempuan lain.  Sweet, manja.  Sopan santun..”
            “Plastiklah semua tu abang”
            “Qisya tak boleh cakap macam tu.  Normal bagi seorang perempuan untuk mempunyai sikap macam tu”
            Qisya ketawa semula kali ini ketawanya itu macam buat-buat.  Qisya macam ni sebab abang yang dah patahkan hati Qisya.  Abang tahu Qisya sukakan abang daripada kecil tapi abang tak beri peluang kepada Qisya.  Dia mengetus geram.
            “Qisya, berubahlah Qisya.  Tak kasihan pada ibu dan ayah ke?”
            “Abang nampak Qisya ada buat hal yang salah ke bang”  mukanya serius.  “Abang ada nampak Qisya bersosial sana sini ke?  Kalau tak ada abang tak ada hak nak menghalang Qisya.  Qisya tahu jaga diri Qisya sendiri”
            “Qisya, abang..”
            “Abang ingat Qisya macam ni Qisya jatuhkan maruah ibu dan ayah.  Abang kalau nak bercakap berlapik r sikit.  Qisya masih tahu nak jaga maruah kami sekeluarga.  Abang tak ada hak nak tuduh Qisya itu dan ini.  Kalau Qisya macam ni, kenapa hati Qisya masih sukakan abang!”  nah, kan dah terkeluar benda yang tak sepatutnya keluar.
            “Qisya?”
            Qisya menghabiskan minumannya.  Mencapai beg gitarnya dan kelihatan ingin keluar dari tempat itu secepat yang mungkin.  Tetapi kemudiannya, Fairuz lebih cepat dan menangkap pergelangan tangan Qisya.
            “Tunggu Qisya.  Qisya beritahu abang ayat terakhir yang Qisya cakapkan pada abang tadi”
            Qisya diam.  Aduh, kau ni Qisya.  Tak pandai nak cover langsung.
            “Qisya, abang cakap dengan Qisya”
            “Lepaskan Qisya”
            “Abang tak akan lepaskan Qisya kalau Qisya tak beritahu hal yang sebenarnya kepada abang, please Qisya ulang balik apa yang Qisya cakapkan pada abang tadi,  abang nak tahu”  suaranya seakan-akan sedang merayu.
            “Dari kecil, Qisya suka rapat dengan abang.  Sebab abang baik dengan Qisya.  Lepas abang Farhan pergi ke luar negara,  abang datang dan layan Qisya macam puteri.  Cita-cita Qisya nak kahwin dengan abang dulu memang benar.  Dan Qisya tahu abang tak mungkin akan terima Qisya”
            “Qisya, abang minta maaf.  Abang..abang tak mungkin dapat balas perasaan Qisya.  Kasih sayang abang kepada Qisya selama ni hanya sebagai adik beradik sahaja dan tak lebih daripada itu.  Abang harap Qisya faham abang.  Maafkan abang Qisya, abang tak mungkin boleh terima Qisya.  Kalau disebabkan abang Qisya jadi macam ni, abang benar-benar minta maaf Qisya”
            “Lepaskan Qisya..”
            Fairuz melepaskan tangan Qisya kemudiannya.
            Tanpa memandang muka Fairuz, dia meninggalkan café itu dengan menolak pintu secara kasar.
            “Qisya”


DALAM perjalanan pulang, Qisya berasa ingin singgah sebentar di rumah Marsha.  Mungkin dia perlu meminta maaf kepada gadis itu tentang hal pagi tadi.
            “Ni kawan Marsha yang bernama Qisya tu ke?”  tanya mama Marsha.  Orangnya nampak lembut sahaja.  Patutlah Marsha mengikut sikap mamanya itu.
            “Ya”
            “Duduklah dahulu.  Marsha tak ada di rumah.  Dia kena pergi kemoterapi kat Singapore.  Esok dia balik sini”
            “Kemoterapi?  Er, kemoterapi apa mak cik?”
            “Ouh, Marsha tak beritahu Qisya ke?”
            “Bagitahu apa?”


SELESAI mandi, Qisya duduk di birai katilnya sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala baru.  Dia kelihatan sedang mengelamun seketika.
            ‘Anak mak cik tu sebenarnya ada penyakit.  Sirosis. Penyakit yang berkaitan dengan hati, jadi setiap hujung bulan dia kena ke hospital pakar Singapore untuk membuat kemoterapi di sana.  Marsha selalu cerita tentang Qisya.  Dia cakap Qisya dah dua kali selamatkan dia.  Terhutang budi mak cik Qisya.  Sebelum ni, Marsha tak segembira macam selepas kami berpindah di sini.  Dia nampak happy sangat.  Tapi dia tak ramai kawan sebab dia tak suka bergaul.  Dia takut orang tahu tentang penyakit dia dan menjauhkan diri daripada dia’
            Terngiang-ngiang suara mama Marsha bercerita.  Marsha ada penyakit hati?  Kenapa dia tak pernah beritahu hal mustahak ini pada Qisya.  Marsha tak boleh selalu tertekan.  Tapi Qisya selalu marah-marah dia tanpa sebab.  Halnya berpunca daripada orang lain tapi Marsha yang kena.  Kasihan Marsha.
            Dia mengambil keputusan untuk menghubungi Marsha.
            Panggilan pertama terputus secara tiba-tiba.  Dia cuba menghubungi lagi dan berjaya.  Panggilan bersambung.  Rasanya ini adalah kali pertama dia menghubungi Marsha.  Selalunya, Marsha yang selalu menghubungi dia.
            Kedengaran suara Marsha ceria sahaja.  Dia tak apa-apakah?
            “Hello awak.  Excitednya saya sebab awak call saya.  Ada apa awak?”
            “Awak..awak sihat?”
            “Ha?  Mestilah saya sihat.  Pagi tadikan kita berjumpa.  Saya nampak sihatkan.  Kenapa awak nampak saya macam orang tak sihat ke?”  suaranya kelihatan mencurigakan.
            “Eh taklah. Bukan macam tu.  Erm, awak kat mana sekarang.  Jom lepak rumah saya.  Tonton cerita hantu.  Awak suka cerita hantukan?”
            “Ala, awak saya tak ada kat Malaysialah sekarang.  Erm, saya ada kat Singapore.  Ikut papa. Kebetulan papa ada urusan kerja kat sini.  Jadi saya ikut papa.  Awak nak souvenir dari Singapore tak?  Saya belikan untuk awak nanti”
            Marsha cuba menipu dia dengan mengatakan yang dia berada di Singapura kerana mengikut papanya.  Mungkin Marsha tidak mahu dia tahu tentang penyakitnya itu.
            “Eh tak payahla.  Buat susah-susah awak je. Tak apa”
            “Erm, first time awak call saya.  Kenapa awak call saya?  Awak rindu saya ey”
            “Eh, buat apa saya rindukan awak”
            “Awak tak rindukan BFF awak ni ke?”  kedengaran suara Marsha sedih sahaja.
            Qisya diam sambil menggaru belakang tengkuknya seperti biasa kalau dia tak tahu nak cakap apa.
            “Hmm, tak apa.  Saya rindukan awak Qisya.  Kalau boleh saya nak awak ada dekat sini”
            Qisya diam lagi.
            “Saya nak awak tahu yang awak adalah BFF saya.  Saya sayang awak.  Okaylah, papa dah datang.  Bye Qisya”  panggilan terputus selepas itu.
            Tut..tut..
            Qisya mengeluh.
            Marsha melihat seorang jururawat berseragam pink cair menuju ke arahnya dan menolak wheel chair yang didudukinya menuju ke sebuah bilik.  Marsha menahan rasa sedih.  Maafkan saya Qisya andai saya bukan seorang teman yang sempurna.  Bisiknya perlahan.











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 31

31 Qisya tersentak apabila ada sesuatu yang sejuk dilekatkan di pipi kanannya.   Dia menoleh dan melihat ada seseorang yang menyua air tin perisa ice tea lemon kepadanya.   Minuman itu masih disua kepadanya, sehinggalah dia tersenyum dan mengambilnya.             “Awak fikirkan apa?   Jauh aje termenung”   tegur Ady.   Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.             “Sedang memikirkan seseorang”             “Fikirkan saya ke?”   Ady cuba untuk bergurau dan dia melihat Qisya tersenyum simpul.             “Ke awak fikirkan kekasih awak tu.   Farhan?”             “Buat apa saya fikirkan dia kalau dia tak fikirkan perasaan saya”   jawab Qisya bernada k...

TERIMA KASIH AWAK BAB 13

13 Qisya menarik kain langsir menutup cermin tingkap panjang dan menyambung kembali tidurnya.   Hari ni dia benar-benar berasa malas ingin melakukan apa-apa pun.   Macam ni nak pergi kerja dengan Fairuz.   Nak bangun pun bukan main liat.   Waktu nak subuh pun kena take five dulu barulah nak bangun selepas tu.   Dapat tidur seminit pun dah tak apa.   Asalkan dia boleh melayan rasa mengantuknya itu.             TUK..TUK..             “Qisya bangun sayang.   Ada tetamu ni”             Aduh siapa pula yang datang ni.   Hujung minggu kot.   Walaupun tak bekerja tapi bagilah aku peluang nak tidur lewat sikit.    Hisyhh siapalah yang mengacau di hujung waktu aku ni?             “QISYA!”   ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 9

BAB 9 “Amboi berseleranya kau makan”   Ayiez mengeleng kepala.   Al- maklumlah dah dua hari dia memprotes di dalam bilik tanpa mengambil sebarang makanan.   Ini terlampau sedih sangat sampai menyeksa diri sendiri.             “Tu lah lain kali protes macam tu lagi.   Eee, kau ni aku cakap bukan nak dengar”   telinga Qisya dipiatnya.   Dah macam gaya mak-mak pula si Ayiez ni kalau membebel.             “Sakitlah mak”             “Mak?   Mak hotak kau”   Ayiez kalau bercakap dengan Qisya macam layan kawan lelaki dia pula.   Cakap je apa yang dia nak cakap.             Qisya menghabiskan sepinggan nasi bubur.   Tadi baru sahaja dia menghabiskan dua keping pizza saiz regular.     ...