18
Sudah hampir
seminggu Qisya menyepikan diri seperti ini.
Tak boleh dia tak boleh berputus semangat macam ni. Mana Qisya yang bersemangat tu? Walau apa pun yang berlaku dia kena lalui
kehidupan ini dengan gembira. Dia kena
kuat dan terus tabah.
“SELAMAT PAGI IBU” dia menyapa siap berlirik-lirik lagi
bunyinya. Dia menghampiri ibu dan
memeluk ibu dari belakang dan meletakkan dagu di atas bahu ibunya.
“Ibu nak masak apa tu?” dia bersuara keanakkan.
Ibu mengerut dahi. Aneh dengan sikap anaknya itu. Tiba-tiba je ni. Ada yang mengembirakanlah tu.
“Masak makanan kegegemaran
Qisya. Laksam. Dah lama ibu tak buat Laksam untuk Qisya”
“Ala, ibu ni. Lecehkan nak buat Laksam tu. Tak payahlah bu”
“Ibu dan beli bahan apa ni semua tak
kan nak membazir macam tu je”
Qisya melepaskan ibu dan mengambil
pisau sayur dan memotong kacang panjang yang baru separuh disiapkan itu.
“Ibu, Qisya nak minta izin dengan
ibu ni”
“Kamu nak kahwin ke? Alhmdulillah akhirnya Allah makbulkan
cita-cita ibu nak kau kahwin. Ibu pun
tak sabar nak tengok Qisya pakai baju pengantin. Barulah nampak macam perempuan sikit” perli ibu sengaja.
“Ala ibu ni. Main-main dengan Qisya pula. Bukanlah bu.
Qisya nak minta izin dengan ibu, Qisya nak kerja dengan Fairuz. Boleh?”
“Kerja dekat café dia tu ke?”
“Ya”
“Kerja ajelah. Ibu okay je kalau Qisya nak kerja kat
sana. Ibu tak ada masalah. Lagipun sekarang pekerjaan tu kita tak boleh
nak memilih sangat. Suruh kerja dengan ayah
Qisya tak nak. Nak cari kerja lain. Ha ni dah ada peluang pergilah kerja dengan
Fairuz tu. Ibu benarkan”
“Betul ni. Terima kasih bu”
“QISYA
serius nak kerja dengan abang?” tanya
Fairuz ingin meminta kepastian daripada Qisya buat kali ketiga. Qisya mengangguk serius.
“Ya, Qisya serius nak kerja dekat
sini”
“Baiklah. Kalau macam tu bila Qisya boleh nak start
kerja?”
“Hari ni pun boleh abang”
Dan bermulalah kerja pertama di café
sebagai waitress. Rambutnya yang ala-ala
korea itu dan juga tubuhnya yang sederhana tinggi sebagai seorang perempuan dan
pekerja baru serta mempunyai rupa yang comel membuatkan pekerja-pekerja Fairuz
suka memandang ke arahnya. Dia nampak
seperti seorang pemuda yang comel.
Walaupun kenyataan dia adalah seorang perempuan.
Sehingga ada pekerja Fairuz yang
tergugat dengan ‘ketampanan’ Qisya.
“Order cik?” dia mengeluarkan buku kecil dan juga pen dari
apron yang dipakai separuh paras pusat.
Dua orang pelanggan yang merupakan
pelajar sekolah menengah tingkatan enam ralik memandang wajah Qisya dan
kemudiannya tersenyum-senyum sesama sendiri.
“Order?” dia mengulangi pertanyaannya dengan nada
lembut.
“Eh, perempuan rupanya. Huhu” salah seorang berkata dan memandang terus
wajah Qisya.
“Erm, bagi saya air chocolate mocha
satu dengan potongan tiramisu. Wey kau
nak apa?”
“Ha?
Ouh..hihi..” seorang lagi
kelihatan malu tidak menentu apabila Qisya memandang ke arahnya. “Samalah
dengan kau punya”
“Okay dua set yang sama”
“Itu sahaja?”
“Yup. Terima kasih”
Qisya beredar dari situ dan menuju
ke dapur. Dan kemudian keluar semula dan
menuju ke kaunter. Dua orang pelajar
tadi asyik curi-curi memandang ke arahnya.
“Smart doh. Tapi sayang perempuan. Tapi aku suka wey tengok muka dia. Comel, macam muka sepupu aku yang kacukan tu
pun ada jugak”
“Weh..weh..kau rasa dia bengkok ke
lurus?”
“Manalah aku nak tahu. Tapikan serius ini kali pertama aku pandang
perempuan macam tu. Nasib baik
perempuan. Kalau tidak nak juga aku
minta nombor telefon. Buat stok. Hahaha”
“Berapa banyak stok yang kau nak
buat ha?”
“Ala, tak salahkan. Kawan-kawan macam tu”
“Tapi dia macam tak berminat je
dengan kita”
“Yalah kitakan budak sekolah”
“Ala, tengok dia pun muda lagi. Entah-entah sebaya je kut. Cuma tak sambung belajar je”
“Mana kau tau”
“Akukan psikik”
“Psikik hotak kaulah sangat”
Fairuz datang mendekat. Dia berdiri di sebelah Qisya yang sedang
ralik menulis sesuatu pada buku log panjang.
Kemudian dia perasan pada dua orang budak sekolah yang sedang
memandang-mandang ke arah Qisya.
“Nampak macam ada orang berminat
dengan Qisya. Dari tadi lagi asyik
pandang-pandang sini” Fairuz berbunyi
perlahan.
Qisya tersenyum simpul tanpa
mengangkat mukanya.
“Abaikan ajelah mereka abang. Bukan mereka kacau kerja kita pun”
“Yalah tapi nampak macam mereka
berbual tentang Qisya. Abang takut Qisya
tak selesa bekerja dekat sini”
“Tak da apalah bang. Biarkan mereka tu. Dah letih nanti diamlah”
“Pesanan siap!” kedengaran suara abang Lokman yang merupakan
pekerja yang paling tua di situ memanggil waitress.
“Kejap” Qisya meninggalkan ruang kaunter dan mengangkat pesanan milik dua
orang pelajar tersebut. Dia menghantar
pesanan dan kemudian kembali semula dengan mengangkat kening sebelah kepada
Fairuz.
“Kenapa Qisya?” tanya Fairuz.
“Diaorang nak nombor telefon
Qisya. Adoi, geli hati ni. Rasa nak gelak berbukit-bukit”
“Dah tu Qisya bagi ke?” tanya Fairuz dengan wajah gusar.
“Takkanlah bang. Abang Qisya bukan senget macam tu. Qisya normal lagi kot”
“Apalah diaorang ni. Tak boleh ke nak membezakan antara lelaki dan
perempuan” Fairuz menoleh cara pemakaian
Qisya. Dadanya kecil dan tidak terlalu
menonjol, kedua-dua belah lengan baju
seragamnya disinsingkan. Bahunya
tegap. Mesti suka bersenam ni. Bentuk badannya juga ideal. Hmhh, perfect. Dengan rambutnya ala-ala korea. Mukanya juga licin. Dia juga kelihatan seorang yang kemas.
Tak tengok lagi bilik dia. Bukan main bersepah. Yalah kalau kemas, dia sendiri tidak tahu di mana dia letakkan sesuatu barang tu.
“Abang tengok apa?”
“Ha?
Tak ada apa-apa” Fairuz
tersengih.
Kemudiannya loceng pintu berbunyi
menandakan ada pelanggan yang masuk.
“Hai Hon.. Qisya?” baru je dia menegur Fairuz, Lisa terkejut
apabila melihat Qisya berada di dalam kaunter.
“You kerja dekat sini ke. Fairuz, you tak beritahu I pun yang Qisya ada” Lisa kelihatan gembira melihat Qisya di
situ. Qisya membalas senyuman.
“Saya baru je start kerja hari
ni” beritahu Qisya.
“Ouh, baguslah tu. Nanti you boleh tolong tengok-tengokkan my
Hon ni. Takut dia mengorat pelanggan
yang cantik-cantik kat sini”
“You, takkanlah I nak buat macam tu”
“I gurau je you” Lisa ketawa kecil.
“Kaki awak dah okay?” tanya Qisya.
“Dah. Terima kasih tau sebab tolong I hari tu. I terhutang budi dengan you”
“Eh, tak ada apalah”
Dan selepas itu Lisa membawa Fairuz
ke tingkat atas. Mungkin ingin bercakap
secara private. Qisya tidak mahu
mengambil tahu dan menyambung tugasnya.
Dia bekerja dari pukul lapan
sehingga pukul empat petang. Shift malam
orang lain yang akan berjaga. Café akan
ditutup pada pukul 12 tengah malam.
Sudah hampir dua minggu dia bekerja
di situ dan langsung tidak memberitahu Farhan yang dia bekerja di situ. Dia tidak mahu Farhan memikirkan yang dia
bekerja di situ kerana Fairuz. Dan
sekarang pun dia jarang menghubungi Farhan.
Farhan pun begitu. Mungkin dia
terlalu sibuk menguruskan syarikatnya.
Masing-masing sedang membuat hal
masing-masing.
Pagi yang seterusnya seelok café
dibuka pada jam lapan setengah pagi, dua
tiga orang pelanggan sudah berada di café itu.
Dua orang pelanggan berada di atas.
Membaca di library.
Qisya sedang berada di kaunter dan
kemudiannya hadir salah seorang rakan sekerjanya, Intan. Dari awal lagi dia melihat Intan cuba mencari
masa untuk berbual dengan Qisya yang dirasakan sangat ‘tampan’.
“Erm, Qisya hari ni awak habis kerja
pukul empatkan? Saya pun habis pukul
empat. Apakata kita pergi
jalan-jalan. Alang-alang dah ada kat
Bandar” ajak Intan.
Qisya menoleh sekilas.
“Ouh, tak boleh. Saya ada hal selepas itu” beritahu Qisya menolak dengan baik.
“Ala, saya baru nak ajak awak pergi
makan sashimi halal kat sini. Saya tahu
awak mesti minat k-pop kan? Yalah dari
gaya awak ala-ala korea gitu. Saya suka
tengok potongan rambut awak. Cantik
sangat” puji Intan.
“Ya ke? Terima kasih”
“Dik, meja B-12. Berapa ya dik?” seorang wanita menghampiri
kaunter dan bertanya kepada Qisya. Qisya
melihat senarai menu meja. dia
mengangkat mukanya dan mengukir senyuman kepada pelanggan tersebut.
“RM23 sahaja kak” beritahunya.
Wanita itu mengeluarkan duit
secukupnya dan kemudian beredar dengan cepat.
“Datang lagi”
“Eh Qisya awak ada boyfriend
tak?” Intan bertanya.
“Tak ada”
“Huhu, yalah mana ada lelaki yang
berani nak tackle awak. Awak nampak
lebih cool daripada diaorang”
Qisya tersenyum sedikit dan masih
ralik melihat buku log panjang dan memeriksa sesuatu di dalam buku log
tersebut. Fairuz ada mengajar dia
sesuatu tentang perniagaan.
“Tapi saya ada BFF” beritahu Qisya.
“Ouh ya ke? Er, lelaki ke perempuan?” kelihatan berhati-hati Intan menyoal.
“Lelaki” jawabnya.
Dia teringatkan Ayiez. Entah apa
khabar dia disana?
“Dan juga perempuan” dia teringatkan Marsha juga yang sering
bersamanya dan sering mengatakan yang dia adalah BFFnya. Hari ini Marsha ke Singapore lagi. Dia harap Marsha tidak apa-apa. Harap awak dapat bertahan Marsha. Bisiknya.
“Ouh, awak ada dua oranglah ni” Intan mengangguk.
“Erm, awak tak nak tambah BFF awak
lagi ke?” kelihatan Intan ingin
mengesyorkan dirinya kepada Qisya. Mana
nak tahu Qisya nak berkawan rapat dengannya ke?
“Tak!” Qisya beredar dari situ apabila ada dua orang
pelanggan memanggilnya. Mungkin ingin
menambah pesanan lagi.
Intan menarik muka. Hisyhh sombong
ey. Okay, kita lihat berapa banyak kau
nak sombong dengan aku Qisya.
“HELLO” kedengaran suara Marsha lemah dihujung
talian. Mungkin dia baru sahaja selesai
menjalani rawatannya. Mesti
sakitkan? Marsha bertahanlah.
“Awak buat apa sekarang”
“Oh, saya baru terjaga dari
tidur” bohong Marsha. Dia takut Qisya dapat mengesan suaranya yang
lemah itu. Selepas habis kerja, Qisya
mengambil peluang untuk menelefon Marsha.
Kalau boleh dia ingin tahu bagaimana keadaan temannya itu.
“Hari ni saya penat sangat sebab
jadi guide tour kepada sepupu saya”
bohong Marsha.
“Oh ya ke? Hmm, tak apalah awak
berehatlah dulu. Awak mesti penatkan?”
“Eh, nantilah dulu. Saya nak cakap, mungkin saya akan lama berada
di Singapore. Saya tinggal di rumah
sepupu sepanjang cuti semester ni. Jadi
saya tak ada di rumah istana tu nanti”
“Ouh ya ke? Erm, tak apalah kalau macam tu. Awak kena jaga diri awak. Jangan lupa ambil ubat..”
Alamak, hampir-hampir terlepas
kata. “Tak maksud saya, sekarang ni
musim hujan. Tak tahulah kalau kat sana
tidak. Tapi di sana cuaca sejukkan. Erm, kalau demam ke cepat-cepatlah makan
ubat dan berehat. Kalau hujan, jangan
keluar rumah okay. Dan lagi satu, jangan
lupa pakai baju sejuk. Awak mudah
selsemakan.. erm apa lagi ya.. hello.. Marsha awak dengar tak apa yang saya
cakapkan ni.. hello?”
Kedengaran Marsha ketawa kecil
dihujung talian.
“Saya dengar. Saya sedang dengar pesanan awak tu. Qisya, saya terharu sebab awak mengambil
berat tentang diri saya. Saya rasa happy
sangat sebab awak adalah kawan saya, maafkan saya Qisya kalau saya tak
sempurna..” kedengaran suara Marsha
berubah menjadi sebak.
“Hey awak cakap apa ni. Sepatutnya saya yang kena cakap macam
tu. Saya yang tak sempurna macam
awak. Apa pun yang saya buat awak tetap
cari saya. Ajak saya berbual dan
mengenali awak adalah perkara terindah yang pernah saya terima. Terima kasih sebab jadikan saya sebagai kawan
awak Marsha”
Marsha diam. Mungkin dia terharu dengan kata-kata Qisya.
“Qisya, saya mengantuk
sekarang. Maaf sebab tak dapat berbual
panjang dengan awak. Jumpa lagi Qisya”
“Baiklah. Bye Marsha”
Panggilan dimatikan selepas
itu. Qisya mengeluh dan berdiri di tepi
jalan sambil memegang telefon bimbitnya.
Dia teringatkan kawan
baskingnya. Dah lama dia tidak bersama
dengan mereka. Mungkin mereka berasa
hati keran Qisya sudah tidak mahu bermain bersama mereka lagi. Qisya juga lupa nak beritahu mereka yang
sekarang dia telah bekerja. Dia
mengambil masa yang ada untuk menemui sahabat-sahabat baskingnya.
“Qisya, mana kau dah pergi?” tegur Sopie.
Si gadis bertudung yang bermain dengan alat violin.
“Aku ada je ni” jawabnya sambil ketawa.
“Hisyhh janganlah bergurau. Kitaorang rasa macam tak cukup tau kau tak
ada kat sini”
“Aku nak bagitahu kat korang ni yang
sebenarnya aku dah bekerja sekarang.
Tapi korang janganlah risau aku akan cari ruang dan kita akan bermain
bersama. Tapi korang boleh jugakan
bermain tanpa aku. Lagipun aku nak kena
fikir pasal masa depan aku juga. Takkan
selamanya aku nak macam ni. Macam kau
diam-diam buat business online shawl kau tu”
Sopie tersengih.
“Kau tahu ey?”
“Of course lah aku tahu”
“Qisya!” Lutfi datang mendekati. Dia juga pemain gitar seperti Qisya.
“Weh, mana kau pergi beb. Aku call bukan nak berangkat. Asyik tutup je”
“Aku kerja lah sekarang?”
“Kau kerja dengan ayah kau ke?”
“Eh tak lah. Aku kerja kat café. Dekat-dekat dengan sini je. Nanti bolehlah kau dan yang lain-lain datang
jenguk aku kat sana”
“Gila, tak bagitahu aku pun
kan” Lutfi mengeluh ringan. “Bagitahulah
aku lain kali, tak adalah aku nak kena buat laporan polis yang kau hilang”
“Weh, kau jangan nak buat gila, aku bukannya hilang tak tentu arah”
“Tak adalah Qisya, Lutfi ni tipu kau
je. Tak payah nak percaya sangat cakap
dia”
“Hahaha, sakai lah kau Sopie. Aku nak bagi minah ni gertak sikit”
“Erm, mana yang lain?”
“Ali ada kelas sampai pukul enam. Azlan dengan Nani ada hal keluarga. Diaorang pun sibuk tanya mana partner gitar
aku. Hilang tanpa khabar berita macam tu
je” Lutfi nampak sedikit merajuk dengan
Qisya.
“Ala kau ni, tak payahlah nak touching dengan aku. Aku pergi betul-betul nanti kau terkejut
pulak, tak apa aku ada buat satu lagu ni.
Nanti aku faks kat kau Lutfi. Kau
cubalah main. Kalau okay boleh main lagu
tu dan buat rakaman”
“No hal beb. Memandangkan kau dah ada ni apa kata kau
belanja kitaorang minum. Kerjakan. Mesti ada gajikan”
“Argh, banyaklah. Gaji aku hujung bulan nanti baru masuklah”
“Ala minum je kut” kata Sopie.
“Okay, order air sejuk je”
“Takkanlah”
“HAHAHA, okaylah. Nak makan ke nak minum ke. Jom aku belanja korang, sebagai nak tebus
kesalahan aku, tapi korang zip mulut tu jangan nak beritahu yang
lain-lain. Kalau kau bagitahu siaplah
korang”
“Tak da masalahlah kawan. Cepatlah, tak sabar ni” kata Lutfi gembira.
Selepas belanja Lutfi dan Sopie
makan, Qisya menahan Lutfi balik. Sopie
terpaksa pulang dahulu kerana menerima panggilan telefon dari maknya yang
memanggilnya balik. Hihi.
“Aku nak tanya kau something la”
“Tanya apa?”
“Erm, pasal kakak kau”
“Kenapa dengan kakak aku. Aku ada dua orang kakak ni. Kakak yang tua atau kakak yang atas aku
setahun?”
“Diana?”
“Diana? Kenapa dengan dia?”
Ulasan