Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 5



BAB 5


Sedang mereka minum di sebuah restoren yang umpama taman, tiba-tiba seorang lelaki menerpa Ayiez.
            “AYIEZ!”
            “Sham!”  Ayiez bangun dari kerusi dan memeluk tubuh lelaki itu.  Mungkin sahabat lamanya.  Mereka berbual sedikit.
            “Dah lama tak borak dengan kau.  Rindu gila aku kat kau bro”
            “Samalah dengan aku.  Hey, nanti datanglah ke rumah”
            “In Syaa Allah.  Dah lama jugak tak borak dengan kau macam dulu-dulu.  Tadi aku macam nak tegur kau tapi aku takut salah orang.  Ermm, yang ni siapa?  Member kau.. jambunya”  perkataan ‘jambu’ dibisik ditelinga Ayiez.
            Ayiez menjeling ke arah Qisya yang buat-buat tidak dengar itu.  Dia tersengih.
            “Dia BFF aku.  Namanya Qisya.  Dari kecil kami berkawan”  beritahu Ayiez.
            Ha, dia panggil aku BFF dia.  Best Friend Forever.  Oh, terharunya, aku ingatkan kau manusia yang berhati dingin.  Dulu nak cakap kawan pun payah.  Susah sangat nak buka mulut.  Dan sekarang kau panggil aku BFF kau.  Rasa macam nak terbang pulak.  Terharunya.  Bisik Qisya tanpa riak wajah.  Padahal dalam hati dah berbunga-bunga matahari.
            “Ouh,”  perempuan rupanya.  Aku ingatkan mamat muka jambu mana tadi. Haha.
            “Kenalkan Qisya”   Ayiez memperkenalkan sahabatnya kepada Qisya. 
            Sham menghulurkan tangan ingin bersalam dengan Qisya, namun Qisya sekadar mengukir senyuman dan mengangkat tangan dengan gaya selambanya. 
            Dengan muka separuh malu, Sham cepat-cepat menarik tangannya semula dan mengaru belakang kepalanya.
            “Jomlah minum sekali”  pelawa Ayiez.  Dia menyuruh Sham duduk dengan mereka bertiga.
            “Eh, nanti kawan kau cakap apa pula”
            “Ala, duduk ajelah.  Dia okey je.  Betul tak Qisya?”  tanya Ayiez. 
            “Duduklah sekali”  ajak Qisya.
            Sham mengangguk dan turut memesan minuman.  Kemudian dia menumpu ke arah Ayiez.  Lama jugalah mereka berdua berborak sama, dan Qisya mulai berasa bosan.  Airnya pun dah nak habis disedutnya.  Puas bermain dengan handphone, dia mulai menunjukkan tanda-tanda tidak selesa berada di tempat duduknya.  Sham memandang ke arah Qisya apabila terdengar gadis itu mengeluh.
            “Kau, awak.. ke nak guna apa ni.  Panggilan bahasa..”
            “Ikut keselesaan kau jelah dengan dia.  Aku guna ‘kau’ ‘aku’ je dengan dia.  Tapi dia guna ‘saya’ ‘awak’..”  beritahu Ayiez.
            “Ouh, kalau macam tu guna panggilan namalah.  Cute sikitkan.  Sham, Qisya”
            “Kau tak payah nak buat lawak kat sini Sham”  tegur Ayiez.  Geli pula tekak ni mendengarnya.
            Sham ketawa.
            “Dia muda daripada kita ke?”  tanyanya kepada Ayiez tetapi pandangan matanya ke arah Qisya.
            “kau tanyalah dia sendiri.  Kau pandang dia tapi bercakap dengan aku”
            Sham berdecit.
            “Er, kau muda daripada kitaorang ke?”
            “Hmm”  Qisya mengiyakan sahaja.
            “Ouh, dah kerja?  Ke masih belajar?”
            “Baru habis belajar.  Sekarang ni tengah menganggur lagi.  Tapi kalau ada masa lapang lebih banyak main basking dengan member”  beritahunya.
            “Basking?  Ouh, pandai main apa?”
            “Gitar”
            “Gitar.  Aku teringin nak belajar main gitar.  Nanti kalau ada masa lapang mungkin aku boleh belajar gitar dengan kau”
            “Dia tinggal di rumah istana”
            “Serius?  Kalau macam tu selalulah aku nak ke sana.  Nak belajar gitar dari dia”
            Qisya mengangguk boleh.  Dia okey je kalau ada orang nak belajar muzik dari dia.  Lagipun dia merupakan bekas pelajar muzik.
            Tiba-tiba sahaja Sham menerima panggilan telefon dan dia segera meminta diri dan sempat mengukir senyuman manis buat Qisya.  Dan Qisya membalas sahaja senyuman lelaki itu tanpa sebarang niat.


“ASAl pandang saya macam tu?”  tanya Qisya ketika dia sedang mengajar lelaki itu permulaan bermain gitar.  Dia kena tahu semua jenis kod-kod yang penting sebelum mula memetik gitar.
            “Tak da apa-apa”  bohong Sham.  Padahal sedari tadi dia menilik muka Qisya yang putih bersih itu dan juga bahagian dada Qisya yang nampak macam flat.  Mungkin dia suka memakai baju tshirt yang longgar dan tidak menampakkan dadanya.  Tiba-tiba diri sendiri rasa tergugat sebab ada perempuan yang lebih handsome dan smart daripada dia.
            “Cuba awak main”
            “Aku main?”  gitar telah bertukar tangan.  Sham memetik gitar dengan rasa tidak pasti.
            “Cuba petik yang hujung sekali dan petik yang bahagian tengah.  Bunyinya macam dalam dan bahagian hadapan pula..”  Qisya mengajar dengan penuh teliti dan serius.
            Setengah jam belajar dengan serius, tiba-tiba Sham menunjukkan tanda-tanda malas.  Qisya yang memahami meletakkan gitarnya di dalam beg gitarnya.
            “Siapa yang ajar kau cara bermain gitar?”
            “Saya ambil jurusan muzik sewaktu belajar di Lim Kok Wing dahulu”
            “Ouh, patutlah handal”
            “Siapa-siapa pun boleh bermain kalau mereka nak belajar benda tu dengan bersungguh-sungguh”
            Aih, macam perli aku je nampak.  Bisik Sham.
            “Er, boleh aku tanya kau sesuatu tapi ini berkaitan dengan hal privasi”  dengan berhati-hati Sham menyusun katanya.
            “Tanya apa?”
            “Kau ada teman lelaki?”
            “Tak da”
            “Tak da..ermm”  agak-agak kalau aku tanya dia pasal teman ‘wanita’ pulak dia nak jawab tak.  Ke kejap lagi aku bakal masuk wad ICU kalau aku tanya soalan yang macam tu.  Bukan  apa aku nak tahu status dia yang sebenar.  Mana nak tahu yang dia ni masih pencinta lelaki ke?
            “Asal nak tahu?”  tanya Qisya kembali.
            “Ha?  Er, tak saja je nak tahu”
            Mungkin lebih selamat kalau aku sendiri tanya kat Ayiez je daripada aku tanya kat dia.
            “Entah mana aku tahu dia ada pakwe ke tak.  Kau dengan diakan tadi.  Asal pergi tanya aku pulak”  balas Ayiez yang sedang membaca buku bahasa inggeris yang setebal enam inci itu.  Entah tajuk apa pun tak tahu.
            “Bukan aku takut nak tanya nanti tak pasal-pasal aku makan penumbuk dia.  Mana nak tahu persoalan aku tu agak sensitif”
            “Kau nak tanya apa kat dia?”
            “Tak, aku nak tahu yang dia tu jenis straight ke atau bengkok?”
            “Oo kiranya kau nak tahu dia ada pakwe atau makwe macam tu?”
            “Ha, itulah yang aku nak tahu.  Tapi macam seram pulak nak tanya dia macam tu.  Karang masuk ICU aku nanti”
            Ayiez ketawa.
            “Dia normal lah.  Cuma dia kasar macam tu je”
            “Tapi dia comellah pada pandangan aku”
            “Aku dah tahu tu lama dah”  balas Ayiez perlahan.
            “Kau cakap apa tadi?” Sham kurang jelas.
            “Tak, tak ada apa-apa”
            “Okey”


“KAU tak apa-apa ke?”  tanya Ayiez apabila melihat wajah Qisya yang murung itu.  Baru tadi mereka bergelak ketawa dan tiba-tiba sahaja, Qisya berubah seratus peratus.
            “Qisya?”
            “Hmm”
            “Okey tak ni?  Cuba cerita kat aku apa masalah kau yang sebenarnya”
            Ayiez menutup majalah kereta yang sekadar dibeleknya dari tadi.  Dia menumpukan perhatian kepada Qisya selepas itu.
            “Dari air muka kau tu aku nampak macam orang yang ada masalah je.  Cerita ajelah kat aku.  Mana nak tahu kita boleh sharing caring”
            “Awak tak akan faham masalah yang saya hadapi sekarang ni?”
            “Asal, Sham paksa kau terima dia ke apa.  Ke kau tak selesa dengan cara dia.  Aku boleh cakap kat dia kalau kau tak suka”
            “Huh?   Sham paksa terima dia.. paksa apa ni.  Tak faham”
            “Ouh.. Sham tak cakap apa-apa yang pelik ey?”   maknanya Sham belum meluahkan isi hatinya kepada Qisya lagi.  Baguslah kalau macam tu.
            “Ala, kau ni apa yang aku tak faham tu kau fahamkan aku dah la”
            “Entahlah,  susahlah nak cakap”
            “Qisya, aku kenal kau dah berapa lama.   Aku boleh camlah muka kau tu kalau ada masalah”
            “Hmm, macam mana nak mulakannya ya.  Masalahnya ceritanya panjang”
            “Tak apa pendekkan ajelah”
            “Okey macam tu ajelah ceritanya”
            “Ahaks, ini terlampau pendek Qisya”  dengan selamba dia menumbuk bahu Qisya kuat.  Ops, tersilap orang.  Selalunya dia hanya akan melakukannya kepada kawan lelakinya sahaja.
            “Sorry weh, aku tak sengaja”
            “No hal lah”   kata Qisya.  Takda pula dia nak mengosok bahunya itu walaupun sebenarnya dah berdenyut-denyut sakit.  Biasalah tangan orang lelaki. 
            “Kau ni cool lah, hey aku nak cakap kat kau ni silap hari bulan perempuan yang tengok kau macam ni boleh jatuh hati.  Inikan pulak lelaki macam aku ni”
            “So, awak nak luahkan perasaan ke apa ni kat saya?”  Qisya memandang mata Ayiez.
            Kecik besor, kecik besor je mata Ayiez memandang Qisya.  Hai pandangan macam ni macam nak mengoda aku.  Bisik Ayiez.
            “Kenapa?”  Ayiez menolak dahi Qisya.
            “Tak payah nak pandang aku macam tu sangat, nanti kau beritahu parent kau masuk meminang aku pulak”  kata Ayiez yang bernada gurau itu.
            “Okey apa, awak pun okey.  Kita pun dah kenal dari kecik lagi.  Masing-masing dah tahu kelemahan masing-masing so go on sahajalah”
            Ayiez menghamburkan ketawanya.  Geli hati dia dengan kata-kata Qisya.  Tiba-tiba wajah Qisya berubah.
            “Ha, asal pulak ni muka macam orang mati laki pulak”  hambur Ayiez.
            “Awak ni, entah apa-apa je.  Gelak pulak”
            “La, kau serius nak masuk meminang aku Qisya”
            “HA, LUPAKAN AJELAH.  Lagi pun aku dah ada orang lain yang aku suka”
            Ayiez menoleh dengan cepat ke arah Qisya.
            “Kau dah ada orang yang kau suka.  Kau suka siapa.  Tapi sebelum tu aku  nak cakap dengan kau, maaflah kalau kau nak suka kat aku sebab aku tak mungkin akan sukakan kau”  serius Ayiez berkata.
            Qisya mengerut dahi.
            “Siapa yang nak sukakan awak?”
            “Ada orang yang nak sukakan aku, tapi perempuan betul-betul perempuanlah”  Ayiez ketawa lagi.  Entah apa yang lawak pun tak tahulah mamat ni.
            “Ah, awak kalau bercakap memang ikut sedap mulut je”  Qisya kelihatan ingin beredar.  Baru dia nak ceritakan masalahnya tiba-tiba perbualan mereka berubah ke arah lain pula.
            “Eh, Qisya relax la.  Aku bergurau je”  Ayiez menghalang perjalanan Qisya.  Qisya menarik muka masam.
            “Qisya..”  dia memanggil lembut nama itu.
            “Okey aku minta maaf.  Aku bergurau je tadi.  Kau janganlah nak terasa hati sangat dengan aku.  Aku ada gula-gula, kau nak?”  Ayiez mencelukkan tangannya ke dalam kocek sweaternya dan menghulurkan coklat bar kepada Qisya.  Qisya menjeling pada asalnya ke arah coklat itu.  Coklat kegegemaran dia tu.  Nak merajuk terus ke atau ambil je coklat tu.
            “Okey, saya maafkan awak”  dia merampas coklat itu dari tangan Ayiez.  Ayiez mengukir senyuman lega.
            “Ha, macam tulah BFF aku”  kata Ayiez bernada gembira.
            Qisya turut sama tersenyum.
            Dari jarak dekat ada sepasang mata yang sedang memerhati ke arah mereka yang kemudiannya beredar dari situ dengan rasa tidak senang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 31

31 Qisya tersentak apabila ada sesuatu yang sejuk dilekatkan di pipi kanannya.   Dia menoleh dan melihat ada seseorang yang menyua air tin perisa ice tea lemon kepadanya.   Minuman itu masih disua kepadanya, sehinggalah dia tersenyum dan mengambilnya.             “Awak fikirkan apa?   Jauh aje termenung”   tegur Ady.   Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.             “Sedang memikirkan seseorang”             “Fikirkan saya ke?”   Ady cuba untuk bergurau dan dia melihat Qisya tersenyum simpul.             “Ke awak fikirkan kekasih awak tu.   Farhan?”             “Buat apa saya fikirkan dia kalau dia tak fikirkan perasaan saya”   jawab Qisya bernada k...

TERIMA KASIH AWAK BAB 13

13 Qisya menarik kain langsir menutup cermin tingkap panjang dan menyambung kembali tidurnya.   Hari ni dia benar-benar berasa malas ingin melakukan apa-apa pun.   Macam ni nak pergi kerja dengan Fairuz.   Nak bangun pun bukan main liat.   Waktu nak subuh pun kena take five dulu barulah nak bangun selepas tu.   Dapat tidur seminit pun dah tak apa.   Asalkan dia boleh melayan rasa mengantuknya itu.             TUK..TUK..             “Qisya bangun sayang.   Ada tetamu ni”             Aduh siapa pula yang datang ni.   Hujung minggu kot.   Walaupun tak bekerja tapi bagilah aku peluang nak tidur lewat sikit.    Hisyhh siapalah yang mengacau di hujung waktu aku ni?             “QISYA!”   ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 9

BAB 9 “Amboi berseleranya kau makan”   Ayiez mengeleng kepala.   Al- maklumlah dah dua hari dia memprotes di dalam bilik tanpa mengambil sebarang makanan.   Ini terlampau sedih sangat sampai menyeksa diri sendiri.             “Tu lah lain kali protes macam tu lagi.   Eee, kau ni aku cakap bukan nak dengar”   telinga Qisya dipiatnya.   Dah macam gaya mak-mak pula si Ayiez ni kalau membebel.             “Sakitlah mak”             “Mak?   Mak hotak kau”   Ayiez kalau bercakap dengan Qisya macam layan kawan lelaki dia pula.   Cakap je apa yang dia nak cakap.             Qisya menghabiskan sepinggan nasi bubur.   Tadi baru sahaja dia menghabiskan dua keping pizza saiz regular.     ...