Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 26



26

                       
“Macam mana awak boleh tercedera?”  Marsha mula risau tidak tentu arah.  Dia memusing-musing tubuh Qisya dan melihat jika Qisya ada luka di mana-mana lagi.  Qisya ingin ketawa dengan perbuatan Marsha.
“Hey, saya tak ada apalah, tangan saya je yang tercedera.  Awak ni la risau sampai berkerut muka macam tu sekali.  Kelakar tahu tak!  Hahahahahhah”  dia ketawa sambil menekan-nekan perutnya.
Marsha menarik muka geram.
“Alolo, tak payahlah nak merajuk macam tu.  Awak ni kelakar lah.  Aduh, sakit urat perut ketawa”
Tiba-tiba sahaja, Intan merempuh mereka berdua yang berdiri sebelah-menyebelah, dan menyebabkan Marsha dan Qisya ke tepi secara serentak.  Qisya terus tidak jadi ketawa dan memandang muka Intan yang tidak bersalah itu. 
“Lain kali kalau nak berborak pergi cari tempat lain bukan tempat orang nak lalu lalang!”  marah Intan tidak semena-mena.
Tempat orang lalu-lalang?  Punya bukan main luas lagi kawasan hadapan ni.  Sini juga dia nak lalu.  Dah kenapa dengan perempuan ni.  Rabun siang ke apa?
Qisya menyambung ketawanya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dan menyebabkan Intan bertambah marah dan geram.  Dia cepat-cepat menghidupkan motosikalnya dan pergi membelah jalan raya.
“Okay, okay ketawa yang ni last.  Saya dah tak nak ketawa dah”  Qisya menghabiskan ketawanya.  Dia menarik nafas panjang.  Entah apa yang melucukan pun Marsha tidak tahu.  Ada Maharaja Lawak Mega ke apa kat sini.  Dia kemudiannya beredar masuk ke dalam untuk punch card.  Qisya juga turut pulang selepas itu.
Malam itu, Qisya datang mengambil Marsha.  Dia masih tidak yakin yang sahabatnya itu boleh pulang sendiri atau tidak.  Dia hanya memikirkan keselamatan dan kesihatan Marsha.
“Tak boleh ke awak beritahu papa awak suruh datang ambil awak je”  Qisya memulakan agenda dia untuk membebel lagi.  Seperti biasa Marsha diam sahaja.  Sudahlah hari ini sesuatu telah berlaku kepadanya dan menyebabkan dia kena marah kerana tersalah mengambil pesanan dan dimarahi oleh Chef Amar.  Kebetulan Chef Amar menghadapi masalah keluarga dan dia melampiaskan kemarahannya kepada Marsha.  Marsha menangis di dalam tandas selepas itu.  Dia belum pernah diherdik seperti itu.
Qisya selesai berkata-kata dan selepas itu dia melihat Marsha menangis terus.
“Ala, maaflah.  Tak tahu pula awak menangis lepas saya membebel tadi.  Saya marah sebab saya risaukan keselamatan awak tu.  Bahaya tahu tak kalau awak seorang diri naik bas, balik rumah sorang-sorang.  Kalau jadi sesuatu macam mana.  Saya merangkap BFF awak kena ambil tahu tentang diri awak.  Tak kan saya nak lepaskan tangan macam tu.  Saya tak nak perkara buruk menimpa awak.  Awak fahamkan maksud saya?”  dia memberitahu.
Marsha menundukkan wajahnya.
“Sudah-sudahlah saya minta maaf ya”  Qisya mengurut-urut bahu Marsha.  Adoi menangis pula anak orang malam-malam macam ni.  Siang tadi aku dah menangis puas, ni malam ni Marsha pula menangis.  Hari menangis sedunia ke apa hari ni.
Dan kemudian mereka berdua pulang dengan selamat ke rumah masing-masing.


KEESOKKAN harinya, Qisya terbangun awal lah pulak.  Dia lupa yang dia sedang MC sekarang.  Nak buat apa ya sekarang?  ibu dan ayah pun tak balik lagi.  Mungkin malam nanti mereka akan sampai ke rumah.  Hmm?
            Perut pun tengah lapar sekarang.  patut tak dia masak?  Tapi macam mana nak buat kerja dengan tangan berbalut macam ni. 
            “Hello, Marsha awak habis kelas pukul berapa?  Pukul 12 tengah hari.  Okay beres.  Saya nak minta tolong awak ni.  Belikan saya lunch.  Saya laparlah.  Tak makan apa pun lagi.  Aha.  Okay.  Terima kasih tau.  Okay saya tunggu”
            Okay, makan tengah hari on the way.  Sekarang ni makan roti gardenia sahajalah.  Sungguh enak dimakan begitu saja.  Haha.  Pun boleh.
            Dia ke luar rumah.  Menghirup udara yang segar sambil bersenam sedikit. Aktiviti penting yang akan dilakukannya di awal pagi adalah regangan badan.  Iyeahh. 
            Tidak lama kemudian, dia melihat ada sebuah kereta yang memasuki perkarangan rumahnya.  Macam kereta Shahmin.  Sebab Shahmin pun jarang datang ke rumahnya kerana aktiviti seni yang menyebabkan dia sibuk.  Pemuda itu keluar dari kereta Vios berwarna putih  dan menghampiri Qisya yang sudah mengambil tempat duduk di halaman rumah.
            “Assalammualaikum”  Shahmin memberi salam.  Kelihatan dia membawa buah tangan.
            “Waalaikummusalam”  jawab Qisya.  Wajahnya terus diserikan tatkala Shahmin menghulurkan seplastik buah orange kepadanya.  Shahmin melihat balutan di tangan Qisya dengan kerutan dahinya.
            “Kenapa dengan tangan tu?”  tanya Shahmin.
            “Oh ni. Nantilah saya ceritakan.  Saya pergi buat air dahulu.  Awak tunggu kat sini dulu tau”
            “Mak cik dengan pak cik ada?”
            “Mereka tak ada.  Ada kat Pulau Pinang.  Malam nanti baru mereka balik.  Sejak dari petang semalam lagi”
            “Awak tidur seorang ke kat rumah malam tadi?”
            “Aha”   selepas berbual-bual kecil dia masuk ke dalam dan membuat air untuk pemuda itu.  Buah orange yang dibawa tadi dipotong dan diletakkan di dalam pinggan berbunga-bunga.  Kemudian, dia membawa keluar.
            “Apa yang dah jadi dengan tangan awak tu.  Ceritalah kat saya”  nampak Shahmin nak sangat tahu.
            Qisya memulakan cerita dari mula hingga akhir.  Siap dengan gaya sekali.  Shahmin nampak biasa sahaja mendengar.  Hanya sesekali dia menyoal kerana ingin tahu akan sesuatu mengenai eksiden itu.
            “Sebab tu tangan saya tercedera dan dapatlah saya MC seminggu.  Sementara nak tunggu luka saya ni pulih dan barulah saya boleh masuk kerja semula”
            “Mujur awak ada ilmu mempertahanan diri. Kalau tidak macam manalah nak hadapi situasi cemas macam tu”
            Qisya mengangguk dan tiba-tiba dia teringatkan peristiwa dia ternampak Farhan.  Serius dia memang nampak Farhan.  Bentuk badan lelaki itu dan wajahnya tak mungkin Qisya akan lupa.
            “Shah?”  dia memanggil dan lelaki itu menyahut sambil dia memakan potongan limau tadi.
            “Saya rasa saya nampak Farhan”
            “Awak nampak dia kat mana?”
            “Selepas insiden rompakan yang tak menjadi tu, saya nampak Farhan sedang memandang ke arah café.  Saya tak perasan sebelum tu.  Tapi kemudiannya saya perasan yang dia dah lama memandang ke arah saya dan Fairuz.  Serius saya nampak muka dia.  Saya cuba mengejar tapi tak dapat”
            Shahmin diam.  Mungkin sedang mengambarkan situasi itu.
            “Fairuz cakap mungkin hanya perasaan saya sahaja.  Kalau dia ada, mesti dia akan balik rumah tapi kenapa dia nak kena menyorok macam tu.  Akhir-akhir ni pun saya rasa macam ada orang yang mengikut saya selepas habis waktu kerja.  Saya rasa macam dia memang ada”
            “Mungkin awak terlalu memikirkan dia.  Sebab tu awak merasakan yang dia sememangnya ada Qisya”
            “Sampai sekarang, orang masih tak menemui dia.  Kalau betul dia terlibat sama dengan kemalangan kapal terbang tu mesti penyelamat dah menjumpai dia.  Tapi kenapa sampai sekarang orang masih tak berjumpa dengan mayat atau apa sahaja yang menyerupai dia”  tiba-tiba dia menjadi emosi.  Mayat?  Dia tidak sanggup untuk menyebut perkataan itu.
            Farhan masih hidup!  Dia yakin akan itu.
            Melihat Qisya seperti itu, Shahmin terdiam lama.  Dia juga risaukan akan sepupunya itu.  Walaupun mereka tak serapat seperti sepupu yang lain tapi mereka masih bersaudarakan.  Dia harus simpati akan nasib yang menimpa Farhan.
            “Kita kena banyak berdoa semoga dia selamat”  kata Shahmin dengan suara tenang.
            “Saya terlalu rapat dengan dia.  Jadi bila benda ni berlaku kepada dia, saya jadi risau dan tidak tentu arah.  Saya Cuma nak dia selamat.  Kemungkinan kalau penyelamat telah menemui dia sekarang ada dua kemungkinan sama ada dia masih hidup atau pun..”
            Qisya tidak meneruskan kata-katanya.  Dia tidak mahu menyebut perkataan itu.  Terlalu menyakitkan.
            “Bagaimana dengan rawatan tangan awak. Awak kena buat pembedahan bukan?”  Qisya mengubah topik tidak mahu terlalu beremosi lagi.
            “Entah.  Saya tak tahu nak teruskannya atau tak.  Ia mungkin akan mengambil masa yang lama jika  nak bermain semula.  Lagi sebulan lagi saya ada pementasan muzikal terbesar di sini.  Dah lama saya mengimpikan nak buat pementasan di situ.  Kalau saya tak teruskan, impian saya untuk bermain di situ akan hilang macam tu sahaja.  Saya minta tangguhkan pembedahan itu dahulu”
            “Tapi makin bahayakan kalau awak biarkan macam itu sahaja”
            “Tapi ini impian saya.  Kalau saya buat pembedahan sekarang, mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih.  Saya mungkin tak dapat membuat pementasan itu nanti.  Qisya bermain di dewan besar adalah impian saya dari dahulu lagi.  Dan saya akan teruskan bermain sehingga di peringkat antarabangsa bersama-sama rakan-rakan saya yang lain.  Saya dan muzik memang tak dapat dipisahkan.  Macam awak jugakan Qisya.  Awak sukakan muzik”
            “Tapi awak kena fikirkan diri awak dulu.  Awak dalam bahaya kalau awak biarkan kecederaan tangan awak macam tu je.  Bagaimana kalau awak langsung tak boleh bermain?”  Qisya mengeleng dan kemudiannya mengeluh.  Dia nampak muka Shahmin berubah mungkin tidak suka mendengar kenyataannya itu.
            “Tak apalah.  Saya nak balik dahulu”  Shahmin bangun dan berjalan ke keretanya.  Nampak la macam dia sebenarnya bengang dan tidak mahu meneruskan perbualan mereka lagi.
            Qisya mengejar Shahmin dan menghalang Shahmin dari pergi.
            “Kenyataan awak sekarang, awak tak boleh terima diri awak yang macam ni”
            “Apa maksud awak?”
            “Awak tak boleh terima diri awak sebagai seorang yang tidak berkemampuan walaupun awak sebenarnya berbakat.  Betulkan apa yang saya cakapkan ni.  Shah?  Saya ambil berat tentang diri awak sebab kita kawan dari kecil lagi.  Saya risaukan awak macam saya risaukan kawan-kawan saya yang lain. Macam saya risaukan Farhan, Ayiez dan Marsha”
            “Tapi awak tak faham saya!  Awak tak faham kenapa saya tak nak teruskan pembedahan tu sekarang.  saya risau saya tak boleh pulih dan tak mampu nak membuat persembahan tu nanti!”
            “Shah, sebulan tu masa yang panjang bukan. Awak boleh pulih dengan cepat”
            “Saya tak nak!”  Shahmin masih mahu berdegil.
            “Kalau mak dan ayah awak masih hidup mereka akan buat macam apa yang saya buat sekarang!”
            Kedua-duanya terdiam selepas Qisya menyebut tentang ibu bapa Shahmin.  Ya, orang tuanya terlibat dengan kemalangan sebelum dia belum mengenali Shahmin.  Mereka meninggalkan Shahmin dan Shahmin dijaga oleh Tuan Badrul.  Sehingga sekarang.
            “Saya tak rasa bersalah sebut tentang orang tua awak Shah.  Saya nak awak ingat mereka.  Saya tahu ayah awak pemain violin yang terhebat.  Ramai orang sanjung dia.  Kalau awak fikirkan mereka sekarang awak tahukan apa yang patut awak buat”  dia melihat wajah Shahmin yang tergamam itu.  Matanya merah-merah sudah.  Kemudiannya, Qisya berjalan masuk ke dalam rumahnya dan Shahmin balik selepas itu, tiada apa yang perlu dibicarakan lagi.
            Biar dia membuat keputusan apa yang terbaik untuk dirinya.


Seminggu selepas itu, Shahmin datang menemuinya kembali.  Kali ini wajahnya berseri-seri macam dah menang loteri pula.
            “Ada apa ni.  Gembira semacam je?”
            “Saya dah fikir masak-masak akan buat pembedahan tu.  Tarikh pementasan tu telah diubah dua bulan lagi.  Jadi saya boleh pulih sepenuhnya selepas pembedahan”
            “Baguslah kalau macam tu.  Tak sia-sia saya marah awak dulu Shah.  Nanti saya akan temankan awak waktu pembedahan tu nanti”
            “Baguslah kalau awak ada.  Saya tak akan takut untuk pembedahan tu nanti”
            Kemudiannya, selepas Shahmin beredar pergi Intan datang mendekat.
            “Siapa tu? Pakwe ke?  Happy semacam je korang berbual”  kata Intan dengan muka tak suka pun ada.  Makin hari makin aneh dia dengan sikap Intan.  Asyik nak membentak tak menentu.  Entah apa kena dengan dia pun tak tahu.
            “Kawan saya.  Apa masalahnya kalau happy berbual dengan dia.  Tak menganggu pelanggan lain kan.  Bukan ada ramai mana pun pelanggan sekarang dan kerja saya pun tak banyak”
            “Memanglah tak banyak.  Lepas tu naik atas asyik nak membodek Encik Fairuz je.  Awak ingat saya tak tahu yang awak suka dekat Encik Fairuz.  Dia sendiri pernah beritahu saya yang awak dulu ada perasaan kepada dia”  Intan berdecit dan tersenyum menyindir.
            Fairuz beritahu Intan pasal hal ni.  Apa masalah nak kena beritahu tentang benda-benda macam ni.  Keanakkan betul. Jelas terpancar wajah tidak puas hati.  Intan yang masih sedang sedap mengapi-apikan Qisya tidak perasan yang muka Qisya telah berubah merah.
            “Kelakar betul.  Tak sangka setomboy macam awak ni ada juga perasaan terhadap lelaki”
            “Apa masalahnya kalau dia jatuh cinta dengan lelaki.  Dia perempuankan.  Kau tak ada hak untuk ketawa kepada dia.  Sekurang-kurang kalau kau nak cakap mengenai hal orang lain kau cermin diri kau tu dulu”  kedengaran suara orang lelaki yang tidak dikenali.
            Qisya pantas menoleh ke arah lelaki itu.
            Ady?
            Untung dia masih ingat akan nama lelaki itu.  Entah masa bila pula dia masuk ke dalam café pun mereka tidak tahu.  Tahu-tahu sahaja dia sudah datang dan selepas mendengar Intan mengapi-apikan Qisya dia datang mencelah dengan suara dingin.
            Intan terkedu, tertelan seperti cicak tertelan kapur lagaknya.  Matanya terbuntang.  Handsomenya mamat ni.  Bisik Intan.  Padahal lelaki itu telah membalas kata-katanya.  Intan membetulkan rambutnya dan berpura-pura mengayukan diri sendiri.  Qisya menjeling, menyampah melihat sikap Intan itu.  Nak je dia bagi penampar kat muka Intan, namun mujurlah dia masih boleh bersabar lagi.
            “Encik nak order apa-apa ke?”  tanya Intan dengan suara lemah-lembut.
            “Aku tak nak mengambil pesanan daripada kau.  Aku nak dia yang ambilkan untuk aku”  dia menuding jari ke arah Qisya.  Qisya terkejut kecil dengan gaya lelaki itu.
            Aku?  Aku kena jaga kaunterkan?
            “Qisya..”  lelaki itu memandang tepat muka Qisya.
            “Saya nak awak ambilkan order untuk saya”  tiba-tiba sahaja bertukar terus ‘aku’ ‘kau’ kepada ‘awak’ ‘saya’.  Terkelip-kelip mata Qisya memandang muka lelaki itu.  Kenapa suara dia gentle sangat ni.  Hisyhh telinga salah dengar ke atau dia yang pekak.
            “Qisya..”  Ady ketawa perlahan. “Hey, awak termenungkan apa ni.  Tahulah awak rindukan saya.  Tapi janganlah tengok muka macam tu.  Maafkan saya sebab buat awak marah hari tu.  Saya tak sengaja.  Saya datang sini sebab saya rindukan awak Qisya”
            Intan meremuk geram dan meninggalkan mereka.  Ady menjeling dengan senyuman dan kemudian melayang-layangkan tangannya di hadapan muka Qisya yang masih sedang berangan itu.
            “Awak berangankan apa tu ha?”
            “Awak..awak..”
            “Yalah saya kenapa?  Salah saya tukar cara panggilan.  Lagipun awak kan perempuan”  dia mengukir senyuman dan matanya masih memandang ke arah Qisya.
            “Cepatlah saya nak pesan ni”
            “Ouh okay” 
            Dia mengambil pesanan lelaki itu dan selepas itu Ady mengambil tempat duduk  yang bertentangan dengan kaunter.   Tempat di mana Qisya berada di situ dan menunggu pelanggan datang ke meja kaunter untuk membayar harga menu.
            Berkali-kali dia melihat ke arah Ady yang asyik memandang ke arahnya.  Ada yang tak kena ke dengan pakaian dia.  Rasa macam dah kemas dan okay.  Ke dia berminat dengan style rambut aku. Hmm?  Ke dia rasa aku ni cute?  Huhu.  Angkat bakul sekejap.
            Enam belas minit selepas itu, lelaki itu bangun selepas menghabiskan minuman dan potongan cheese cake.  Qisya melihat lelaki itu berjalan umpama model menuju ke meja kaunter.  Ketika itu hanya dia berseorangan berada di meja kaunter.  Dia sudah tidak nampak pelanggan-pelanggan lain.  Kelopak-kelopak bunga bertaburan di langit. Sehinggalah lelaki itu berdiri di meja kaunter dan mengukir senyuman buatnya.
            Dup..dap..dup..dap…
            Satu saat,
            Dua saat,
            Tiga saat,
Saat lelaki itu berjalan mendekatinya berbeza dengan pertama kali mereka bertemu.  Lelaki itu menjerit-jerit ke arahnya.  Tetapi tidak untuk kali ini.  Lelaki itu lebih banyak mengukirkan senyuman.  Sehingga Qisya terlupa hendak memberitahu harga minuman Ady.  Ady ketawa kecil apabila melihat Qisya tergopoh-gapah di meja kaunternya.
            “RM9.90”  dia menyebut.
            Lelaki itu mengeluarkan duit dari beg dompetnya dan menghulur RM10.00.
            “Baki awak simpan”  beritahu lelaki itu.
            Qisya mengantikan dengan coklat yang berada di dalam balang jika tidak mengembalikan baki sepuluh sen atau lima sen.
            “Ambillah”  kata Qisya.  Ady mengambil.
            “Terima kasih”
            “Harap dapat berjumpa dengan awak lagi.  Saya balik dulu”  kata Ady dan meninggalkan café.
            Qisya mengeleng kepala dan kemudiannya ketawa.  Adoi kelakar betul. Macam drama pula tadi.  Boleh pula bayangkan ada kelopak bunga ros bertaburan dari atas langit.  Ini sebab minat sangat tengok cerita Korea.  Macam nilah jadinya.















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...