Langkau ke kandungan utama

TERIMA KASIH AWAK BAB 15



15


“Dua hari lagi aku dah nak balik ke oversea”  beritahu Ayiez ketika mereka melewati sebuah kedai buku.  Tiba-tiba Qisya ingin mencari sebuah buku untuk dibaca.  Macam lawak pula.  Yalah, sebelum ni Qisya bukan seorang ulat buku.  Ayiez sendiri berasa aneh dengan teman baiknya itu.
            “Aku dah nak last sem.  Lepas ni aku akan berkerja dengan abang aku. Ee, macam tak nak pula aku bekerja dengan dia”
            “Apa la masalah awak  dengan dia, Ayiez.  Perkara yang dah lepas tu sudah-sudah la”
            “Kau tak faham apa yang pernah aku alami sebelum ni Qisya.  Dan kalau aku ceritakan semula pun kau dah lali dengar benda tu semua”
            “Saya faham la Ayiez”
            Ayiez mengeluh berat.
            “Aku ingat lepas tamat belajar ni aku nak cari kerja sendiri.  Biarlah jadi orang bawahan pun asalkan bukan berada bawah abang aku.  Tak nak r!”
            “Macam-macam la awak ni Ayiez”
            Dia sudah dapat tajuk buku yang dia mahu dan kemudiannya ke kaunter dan membayar harga buku tersebut.
            “Jom lepak kat Sweet Apple”  ajak Ayiez dan Qisya mengikut sahaja.
            “Kau beli lebih ni untuk siapa?”
            “Untuk Marsha”
            “Ouh”
            Sengaja dia membeli lebih dan donut yang lebih tu dibungkusnya.  Yang hendak dimakan diasingkan dan diletak di dalam pinggan.  Mereka memilih tempat kosong dan duduk di situ.
            “Weh, kau kau beli buku apa tu?”  dia mencapai plastik buku di atas meja mereka dan mengeluarkan buku yang dibeli oleh Qisya tadi.

100 Cara Bahagia Kawan Sejati

            “Hey..hey..kalau ya pun tak perlu kot nak beli buku ni bagai.  Kita okay ajekan”  Ayiez ketawa kerana dia fikir Qisya beli buku tersebut untuk mereka berdua.
            Qisya merampas kembali dan meletak semula buku tersebut ke dalam plastik dan meletakkan di tempat duduk sebelahnya.
            “Jangan nak perasan boleh tak,  saya beli ni untuk hubungan saya dan Marsha”
            “Ha?  Macam aneh je kau ni.  Kau ada masalah ke dengan Marsha.  Bukan ke kau tak suka dengan cara dia tu yang asyik nak menempel dengan kau je 24 jam, asal tiba-tiba sampai nak kena beli buku bagai.  Kau dengan aku kau tak macam ni kan?”  Ayiez kedengaran tidak suka dan menarik muka masam.
            Merajuklah pula mamat ni.
            “Ayiez, jangan berfikir macam budak sekolah boleh tak.  Persahabatan antara saya dengan awak tu dah lama.  Lebih dari BFF tahu tak.  Awak kenal saya, saya kenal awak”
            “Ha elok sangat la tu.  Jom ajelah kahwin dengan aku sebelum aku balik ke oversea semula”  serius wajah Ayiez.
            “Awak serius sikit boleh tak?  Dengar sini. Awak, awak,  dia, dia.  Saya sekarang ni ada kawan baru yang saya kena bagi perhatian lebih lagi”
            “Perhatian lebih?  Asal pula dengan minah tu”
            “Dia ada nama Ayiez”
            Qisya mengeluh.
            “Awak tak faham apa yang telah berlaku.  Mungkin saya memang atau patut beri perhatian kepada dia.  Sebab dia ada penyakit berbahaya.  Dia ada penyakit sirosis.  Penyakit yang berkaitan dengan masalah hati”
            “Okay, sebab dia ada masalah hati dan kau kena beri perhatian yang lebih kepada dia.  So aku ni macam mana?  Kau nak campak aku ke mana?”
            “Ayiez!”
            Ya Allah kenapa dia nak cemburu tak tentu pasal macam ni pulak.  Situasi macam ni nak kena ketawa ke atau menangis sebab kawan dia yang seorang ni kaki cemburu rupanya.
            “Dah la aku tak ada masa nak spent time masa dengan kau.  Hari ni pun kau luangkan masa untuk aku pun sebab aku tak banyak masa dekat sini.  Barulah kau nak luangkan masa untuk aku.  Itu pun aku puas pujuk kau macam nak rak”  Ayiez membebel tidak semena-mena.
            “Sudahlah Ayiez.  Simpan sikit cemburu awak tu.  Makan ni.  Membebel pula”
SAMPAI sahaja di halaman rumahnya, dia melihat ada sebuah kereta di situ.  Macam kereta Fairuz.  Erhgg, dia buat apa pulak kat sini?
            “Ha tu pun Qisya dan balik”
            Fairuz pantas menoleh ke arah Qisya dan Qisya sekadar melintasi ruang tamu dan ke dapur.  Tiba-tiba tekak terasa haus sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
            “Qisya, marilah sini.  Duduk sini bersembang”
            “Qisya nak mandi dululah bu.  Badan penat lagi ni berjalan dengan Ayiez.  Ha sekejap lagi Qisya nak pergi rumah Marsha.  Nak hantar donut dekat dia.  Qisya singgah Sweet Apple tadi”  katanya dan berlalu naik ke atas.
            Biar ibu ajelah yang melayan kau.  Nak tunggu aku duduk kat situ, memang tak lah.  Hati ni dah tawar.  Maaf ajelah.  Tapi kalau nak difikirkan semula kenapa dia nak emosi sangat.  Kenapa dia nak kena marah sampai macam tu sekali dengan Fairuz kalau Fairuz tahu isi hatinya dan menolak dengan baik.  Kenapa dia nak kena marah ey?  Haih, confius kau ni Qisya.  Sampai berdendam kau dengan dia.
            “Qisya”  panggil Fairuz.  Dia mengerja Qisya sehingga ke luar rumah sebaik sahaja gadis itu selesai mandi dan membawa bungkusan donut.  Qisya berhenti dengan hati yang sebal.
            Nak apa lagilah mamat ni?
            “Ya kenapa?”  nak tak nak dia terpaksa mengukir senyuman. Dia kena maintainkan emosi dia supaya Fairuz tak menganggap yang dia seorang gadis yang lemah.
            “Qisya nak kemana? Nak abang hantarkan?”
            “Tak apalah bang.  Jalan kaki pun dah sampai.  Boleh exercise.  Saya pergi dulu la ya”
            Ah, memang tak aku nak naik kereta kau.  Memang tak akan.  Tapi masih pelik sebenarnya.  Asal aku beria-ria sangat nak marah dia bagai.  Hisyyh, sawan kau ni Qisya.
            Pin..pin..
            Qisya menoleh kebelakang sebaik sahaja dia dah separuh jalan.  Dan dia melihat kereta vios putih sedang dipandu secara perlahan dan mengikut langkahnya.  Ya Allah nak apa lagilah dia ni.  Cakap ada kekasihkan.  Nama Lisa Suritangga. Erghh.. tengok, terlampau marah sangat sampai suka hati tambah nama orang.
            Vios tersebut dipandu dengan laju dan membrek mengejut di hadapannya.  Nak tercabut jantung Qisya.  Ingatkan dia nak dilanggar tadi.
            “Hisyhh, nak apa lagilah mamat ni”
            “Qisya..”  Fairuz keluar dari kereta dan berjalan mendapatkannya.
            “Qisya tunggu dulu Qisya.  Dengar apa yang abang nak cakap.  Abang nak selesaikan masalah kita ni.  Abang tak boleh buat kerja sebab asyik fikirkan masalah kita ni.  Sampai bila Qisya nak kena bermasam muka dengan abang  macam ni?”
            Qisya mengukir senyuman tidak ikhlas.  Tadi cakap bermasam mukakan. Sekarang dia sedang senyum kepada lelaki itu dan lihat lelaki itu nak cakap apa dengan dia.
            “Dan cuba jauhkan diri dari abang”
            “Abang cukuplah.  Qisya rasa ini adalah jalan yang mudah untuk Qisya lupakan abang.  Abang sendiri yang suruh Qisya lupakan perasaan Qisya tu”
            “Ya Qisya, tapi bukan dengan cara yang macam ni. Qisya sebelum ni kita okay ajekan,  kenapa sekarang nak kena sampai macam ni sekali”
            “Mungkin selepas Qisya dapat tahu yang abang dah ada Lisa.  Jadi Qisya rasa tak ada ruang untuk Qisya di hati abang.  Jadi jalan yang mudah untuk Qisya lupakan abang adalah dengan cara yang macam ni.  Jauhkan diri dan jangan datang ke rumah, sekali pun abang nak jumpa ibu dan ayah Qisya.  Qisya tak boleh terima dan tak suka”
            “Qisya..”
            “Please abang.  Ini adalah kali terakhir, Qisya merayu dengan abang.  Kita tak boleh teruskan hubungan ni lagi.  Qisya tak nak hati Qisya sakit bila tengok abang dengan orang lain.  Ya Qisya tahu Qisya tak boleh paksa abang untuk terima Qisya tapi abang please jangan datang cari Qisya lagi”
            “Qisya tak boleh ke kalau kita macam dulu-dulu.  Kenapa susah sangat Qisya nak berbaik semula dengan abang.  Salah ke abang tolak cinta Qisya”
            “Abang stopped!  Qisya rimas tahu tak dengan cara abang yang macam ni.  Kalau Qisya dah tak nak.  Abang jangan pujuk Qisya lagi.  Abang jangan sampai Qisya bencikan abang”
            “Jangan, Qisya.  Abang tak nak Qisya bencikan abang.  Baiklah Qisya, kalau itu yang Qisya nak, abang akan buat.  Tapi Qisya abang tak menyesal dapat kenal dengan Qisya.  Banyak memori kita berdua yang masih abang simpan dan abang akan sentiasa ingat tu Qisya”  Fairuz melangkah semula ke keretanya dan memandu keretanya pergi meninggalkan Qisya yang berdiri seperti patung tidak bernyawa sambil memegang kotak donut.


“ASAL ni?  Macam kalah loteri je”  tegur Farhan sebaik sahaja dia menemui gadis itu sedang duduk di atas kerusi batu berhampiran dengan tiang lampu sambil memegang kotak donut yang masih belum sampai kepada Marsha.
            “Hmm”   Qisya mengeluh.
            “Kenapa ni.  Muka macam orang putus harapan nak hidup je”
            “Abang jangan nak buat spekulasi macam-macam boleh tak?”  dia mula nak naik angin.
            “Okay”  Farhan mengangkat kedua-dua tangannya.
            “Yalah, kenapa muka macam ni.  Apa yang dah berlaku?”
            “Entahlah… tak tahu dan Qisya tak tahu nak cerita macam mana dekat abang”
            “Cerita ajelah.  Bukannya susah pun.  Bukak mulut ha cerita dekat abang”
            Qisya mengeleng tidak mahu.
            “Ke fikirkan Fairuz?”  teka Farhan sengaja.  Dia ketawa kecil apabila Qisya menjeling maut ke arahnya.
            “Abang rasa tadi abang ada nampak kereta dia kat halaman rumah Qisya.  Datang jumpa Qisya ke?”
            “Taklah, ya.. entah.. entahlah Qisya tak tahu dan tak akan ambil tahu dia datang sini untuk cari siapa”
            “Qisya ni jawab macam entah apa-apa je”
            “Kenapa abang cakap Qisya macam tu pulak?”
            “Jawab dengan rasa tidak yakin”
            Farhan melihat kotak donut di pangku Qisya.
            “Donut tu untuk Fairuz ke?”  sengaja dia kan!
            “Apa abang ni!”  nak je dia sepak tulang kering Farhan untuk sekian kalinya.  Tak serik-serik asyik nak sakitkan hatinya sahaja.
            “Habis tu untuk siapa donut tu.  Qisya pun tak makan”
            “Untuk Marsha”
            “Ouh, lepas tu berjanji dengan Marsha kat sini ke nak jumpa?”
            Qisya bangun.  Malas sebenarnya dia nak melayan karenah Farhan yang banyak tanya ni dan tak habis-habis nak anginkan dia dengan menyebut sesuatu yang berkaitan dengan Fairuz.
            “Dah la bang”
            “Eh Qisya nantilah dulu.  Abang nak ajak Qisya keluar ke taman petang ni.  Kita berjoging nak?”
            “Tak nak.  Tak ada mood”  jawabnya cepat.  Dia meninggalkan Farhan termangu-mangu di kerusi batu.


“DONUT ni kan saya bawa untuk awak, kenapa awak hidangkan untuk kita pulak?”
            “Eh tak apalah.  Kita makan bersama-sama.  Takkan saya nak makan seorang diri kut”  Marsha menuang minuman berjus ke dalam gelas mereka dan kemudiannya mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.  Pertama kali Qisya datang ke rumahnya dan bawakan sesuatu untuk dia.
            “Awak sihat hari ni?”  tanya Qisya. Dia melihat Marsha berbaju sweater labuh dan mukanya tampak pucat mungkin dia tidak menyolek apa-apa di wajahnya seperti hari-hari biasa.
            “Saya sihat je. Kenapa awak tanya saya macam tu.  Dah dua kali awak tanya kepada saya benda yang sama”
            “Ouh ya ke?”
            Marsha diam dan mengigit sedikit donut Sweet Apple yang berperisa hirisan coklat dan berkrim itu.  Qisya meneguk minumannya sedikit.
            “Tunggu sekejap.  Saya ada sesuatu untuk awak”  Marsha bingkas bangun dan masuk ke dalam.  Tidak lama kemudian dia keluar dengan beg kertas berwarna hijau.
            “Untuk awak”
            “Apa ni?”
            “Harap awak suka”
            Qisya mengambil dan mengeluarkan barang tersebut dan melihat ianya sweater berwarna ungu, kegegemaran Qisya.
            “Souvenir saya dari Singapore”
            “Eh awak  ni kan saya dah cakap tak payah belikan apa-apa untuk saya.  Hari tu awak dah hadiahkan anak beruang kat saya,  sekarang awak hadiahkan sweater pula.  Mesti mahal ni.  Kain macam berkualiti ni”
            “Awak, anak beruang tu hadiah hari lahir awak.  Sweater ni souvenir saya dari Singapore.  Dah la tak ada apalah.  Lagipun saya memang suka belikan orang hadiah”
            “Terima kasih”
            “Sama-sama”
            Qisya menyimpan kembali sweater tersebut ke dalam beg kertas dan meletakkan beg tersebut di tepinya.
            “Mana mama awak?”
            “Mama, ouh ya awak tak pernah jumpa mama saya lagi kan.  Ala dia keluar pergi beli barang dapur”
            “Saya dah pernah datang sini cari awak hari tu.  Waktu tu awak pergi Singapore”
            “Ha?  Mama ada cakap apa-apa tak kat awak?”  kelihatan Marsha sedikit terkejut.  Janganlah mama menceritakan kenapa dia kena pergi ke Singapore tu.  Dia tak nak Qisya tahu yang dia berpenyakit.  Dia takut Qisya akan menjauhkan diri daripadanya selepas itu.
            “Dia cakap macam yang awak cakap.  Papa awak ada urusan kerja dekat sana dan awak ikut dia sekali”
            “Ouh, baguslah kalau macam tu”  Marsha menarik nafas lega.
            “Apa yang bagus?”
            “Ha?  Eh tak. Tak ada apa-apa”
            Ketika Marsha memandang ke arah lain, Qisya memandang ke arah temannya itu.  Marsha tidak mahu Qisya tahu yang dia ada penyakit.  Kenapa gadis itu terlalu berahsia dengannya.


AYAH telah ke overseas selama sebulan.  Kini tinggal dia dan ibunya sahaja berdua di rumah.  Keesokkan harinya, dia perlu menghantar Ayiez ke airport pula.  Ayiez telah bersiap-siap dan Qisya menemani dia ke sana.  Puan Marina tidak dapat menghantar anaknya itu kerana ada  aktiviti persatuan yang perlu diuruskan.  Jadi hanya Qisya sahaja yang menemani dia.
            “Kenapa muka awak nampak macam tak happy je.  Hey ini last sem awakkan.  Nanti awak terus balik sini”
            Ayiez diam sahaja di tempat duduknya.  Flightnya pada pukul Sembilan malam.  Sekarang baru pukul lapan.  Ada sejam lagi  masa untuk mereka bersama.
            “Nah, air coffe hangat untuk awak.  Saya belanja”  cawan kertas bersaiz sederhana kecil disua kepada Ayiez.  Ayiez mengambil.
            “Awak  nak apa-apa lagi tak?  Nak terasa nak makan something ke.  Saya nak belanja awak.  Yalah lepas ni awak dah nak balik sana kan.  Tak dapat nak merasa saya punya belanja”  sengaja Qisya berkata begitu.  Melihat sahaja Ayiez menarik muka, dia ketawa.
            “Eh dah la.  Senyumlah sikit.  Nak masam muka je ni dah kenapa?”
            “Entahlah banyak benda yang aku fikirkan”
            “Fikirkan apa?”
            “Aku risaukan kau”
            “Aha, asal nak risaukan saya.  Saya sihat aje ni.  Dah tak payah nak fikir yang bukan-bukan.  Itu satu doa tahu tak?”
            “Aku risau sesuatu akan berlaku kepada kau”  wajah Ayiez tampak risau.
            “Hey, saya tak apa-apalah.  Saya okay.   Kenapa awak cakap macam tu.  Awak mimpi yang buruk tentang saya ke.  Mimpi macam mana tu.  Saya kena langgar ke atau pun saya jatuh sakit”
            “Qisya being serious okay!”
            Qisya diam.  Dia mengukir senyuman kecil.
            “Sekarang ni memang kau okay, tapi lepas ni.  Entahlah aku dapat rasakan macam ada sesuatu yang akan menimpa kau sepanjang aku kat sana nanti.  Aku tak tahu apa tapi aku dapat rasakan macam ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.  Dan aku tak nak sesuatu timpa kau.  Kau tahukan kita dah lama berkawan.  Kau tahukan aku tak suka sesuatu berlaku kepada kau”
            “Okay, dengar sini.  Allah ada.  Kalau awak berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan saya, saya akan okay awak.  Percayalah”
            Ayiez diam dan menundukkan wajahnya.  Entahlah dia pun tak tahu kenapa dia seperti ini.  Dia asyik berasa risau dengan keselamatan Qisya.  Dia tidak mahu Qisya disakiti atau diapa-apakan.
            “Aku harap kau akan okay Qisya”
            “Ya,,saya tak akan apa-apalah.  Dah la jangan risau saya lagi”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TERIMA KASIH AWAK BAB 3

BAB 3                                                                                                                   12 tahun kemudian,             “Sayang, cepat cuba dress ni?”   terdengar laungan dari luar bilik.   Qisya bergerak malas.   Rambutnya yang pendek itu sudah kusut masai.   Dia baru sahaja tersedar dari lena panjangnya apabila terdeng...

TERIMA KASIH AWAK BAB 2

BAB 2 Qisya memandang lama ke arah seorang budak lelaki yang berada di hadapannya.   Aneh.   Kenapa dia berjalan sambil meraba-raba seperti itu.   Kenapa dengan dia.   Penglihatan matanya tidak apa-apakah.             “Awak kenapa?” tegur Qisya dan menyebabkan budak lelaki itu terkejut beruk.             “Siapa tu?”             “Saya Qisya, er awak tak nampak saya ke?” Qisya berjalan merapati budak lelaki itu dan berdiri dihadapannya dan jangkaannya betul yang budak lelaki itu tidak dapat melihatnya.             “Pergi dari sini!” marah budak lelaki itu dengan rasa tidak senang.             “Awak nak kemana?   Awak nak saya tolong ke?”      ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 25

25 Sebelum memulakan kerja Marsha telah diperkenalkan kepada semua staf di café itu.   Kebanyakkannya menyambut baik kehadirannya di situ Cuma seorang sahaja yang nampak tidak berminat untuk berbaik dengan Marsha iaitu, Intan.   Dia tidak suka melihat cara layanan Qisya terhadap gadis itu.   Baginya gadis itu suka menarik perhatian Qisya sahaja.   Intan bertambah marah dan cemburu.             Kenapa Qisya tidak sebaik itu dengannya?             “Qisya, awak buat apa tu?”   tanya Intan yang seperti biasa mencipta alasan untuk merapatkan hubungan mereka, tetapi seringkali Qisya cuba menjarakkan dirinya.             “Buat kerja”   jawab Qisya berbalas dingin.             “Eh, saya nak tanya awak la.   Kenapa awak nampak...