Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

TERIMA KASIH AWAK BAB 32

32 Perlahan-lahan dia menarik kertas kecil yang terselit di bawah pelapik kotak itu.   Dia duduk di birai katil dengan perasaan berdebar.   Kemudian dia membaca bait-bait sebaris ayat di dalam nota kecil itu dengan rasa terharu dan langsung tidak menjangka yang Ayiez akan buat sebegitu. Mungkin aku bukanlah yang terbaik bagi kau tapi aku akan terus cuba dan mencuba untuk menghampiri kau kerana aku dah lama mencintai kau Qisya.   Always feeling love in you and missing you. J Ibu!   Ibuuuuuu…             Kerana tidak pasti dengan apa yang dibacanya dia memberitahu kepada ibunya.   Ibu juga nampak terkejut dan dia berasa sedikit gembira kerana anaknya yang tak macam perempuan ni ada juga orang jatuh hati dengannya.   Syukur alhamdulillah.             “Jadi selama ni Ayiez sukakan Qisya..”       ...

TERIMA KASIH AWAK BAB 31

31 Qisya tersentak apabila ada sesuatu yang sejuk dilekatkan di pipi kanannya.   Dia menoleh dan melihat ada seseorang yang menyua air tin perisa ice tea lemon kepadanya.   Minuman itu masih disua kepadanya, sehinggalah dia tersenyum dan mengambilnya.             “Awak fikirkan apa?   Jauh aje termenung”   tegur Ady.   Dia mengambil tempat duduk di sebelah Qisya.             “Sedang memikirkan seseorang”             “Fikirkan saya ke?”   Ady cuba untuk bergurau dan dia melihat Qisya tersenyum simpul.             “Ke awak fikirkan kekasih awak tu.   Farhan?”             “Buat apa saya fikirkan dia kalau dia tak fikirkan perasaan saya”   jawab Qisya bernada k...