33
“Kenapa diam?” tanya Ayiez. Ketika itu dia dan Qisya bersarapan pagi
bersama. Melihat Qisya yang tiba-tiba
berubah senyap itu membuatkan Ayiez tidak senang dengan keadaan seperti itu.
“Ha?” Qisya mengeleng dan meneguk minuman
berjusnya.
“Aku dengar kawan baik
kau tu masuk hospital. Kenapa?”
“Dia jatuh pengsan kat café dua hari lepas. Rasanya sekarang ni mesti dia dah balik
rumah”
“Disebabkan penyakit dia
tu ke?” Ayiez mengetahui hal itu.
Qisya mengangguk
lemah. Ady pun mesti dah balik sekarang
ni. Tiba-tiba dia teringatkan tentang
Ady pula. Patut tak dia pergi melawat
Ady selepas ini sebelum masuk kerja.
Hurmm, dia langsung tak berasa bersemangat untuk masuk kerja malam ni.
“Kau jangan lupa malam ni
mama dan papa nak bertemu dengan ibu dan ayah kau. Kau kerjakan petang ni sampai malam?”
Qisya mengangguk
lemah. Dia mengigit hujung roti yang
tidak disapu jem sambil mengelamun.
KELETUK!
“Aduh!” Qisya mengosok-gosok kepalanya.
Ayiez meletakkan kembali
botol jem strawberry di atas meja berdekatan dengan bakul roti.
“Apa awak ni? Sakit la!”
marah Qisya sambil masih mengosok kepalanya.
“Elok sangat la tu, buat
makanan macam tu. Tak baik mengelamun
depan makanan” tegur Ayiez.
“Saya tahulah!”
“Tahu tapi buat juga
kejap lagi”
Qisya mengeleng dan
berpura-pura ingin memberi siku kepada Ayiez.
Ayiez buat tidak tahu
sahaja.
“Lepas ni kita keluar
pergi beli cincin” ajak Ayiez.
“Erm, awak kalau kita
pergi lain hari boleh tak. Saya nak
pergi melawat kawan saya. Dia baru lepas keluar dari hospital sebab
accident. Saya rasa bersalah dengan dia
jadi boleh tak kalau saya nak pergi melawat dia”
“Siapa?”
“Ady?”
“Ady? Siapa Ady?”
“Ady? Siapa Ady?”
“Adiriana” ha bedal ajelah nama tu. Nampak macam kawan perempuankan.
“Adiriana? Kawan perempuan kau bukan Marsha ke?”
“Bukan Marsha je kawan
yang saya ada. Adiriana tu kawan saya
waktu sekolah dahulu. Sekolah menengah.
Jadi kita beli cincin lain hari ya.
Sorry..” Qisya membuat muka
comel.
Ayiez berpura-pura tidak
mahu tersenyum.
Hisyhh, kenapa dia ni
makin lama makin comel pula. Dia pakai
naik seri ke apa. Getus hati Ayiez.
“Herm okay”
Apabila Qisya mula
memakan sarapan paginya dengan bersemangat, Ayiez cuba memandang muka Qisya
pula. Dia ni memang comel. Hihi.
“Awak?” Qisya bersuara cepat dan membuatkan Ayiez
yang merenunginya tadi lantas mengambil roti panjang dan mengigitnya. Cuak juga kalau Qisya dapat tahu yang dia
sedang memandang Qisya secara sembunyi-sembunyi tadi.
“Awak ni kenapa?” Qisya menegur apabila melihat tingkah laku
Ayiez yang tidak tentu hala itu.
“Tak ada apa!” Ayiez mengeleng cepat dengan mulut penuh
dengan roti.
“Awak tak potong dulu ke
roti tu. Kan ke panjang roti tu”
Ayiez mengeleng dan terus
menyumbat roti tersebut semakin dalam ke mulutnya. Qisya ketawa kecil. Buat lawak pula mamat ni. Haih!
Kemudiannya, sebagaimana
yang telah dirancang dia pergi ke rumah Ady.
Dia sendiri yang meminta alamat rumah dari Cik Sue. Cik Sue pula tidak berkata banyak. Biarlah mereka berkawan biasa sahaja.
Sampai di rumah besar
Ady, lelaki itu hanya tinggal dengan dua
orang pembantu rumahnya sahaja.
Kedua-dua orang tuanya berada di luar negara. Menjenguk saudara mereka di sana.
Ady nampak terkejut
dengan kehadiran Qisya di situ. Tanpa
berkata apa-apa dia mempelawa Qisya masuk ke dalam rumahnya dan menyuruh
pembantu rumahnya menyediakan makanan dan minuman ringan buat Qisya. Kelihatan hanya dahi Ady yang masih bertampal
serta bahagian sikunya yang berbalut di bahagian sebelah kanan.
“Awak dah okay ke
sekarang ni Ady?”
“Erm, dah. Lagi seminggu baru saya boleh buat kerja saya. Banyak benda yang tertangguh” beritahunya.
Tidak lama kemudian,
minuman dan makanan ringan sampai. Ady
menyuruh Qisya merasai makanan ringan tersebut.
Qisya mengambil dan merasa dalam dua tiga keping biskut kecil yang mempunyai
perisa yang sangat manis di dalamnya.
“Saya hanya nak tengok
keadaan awak dan nampaknya awak semakin pulih Ady”
“Saya akan semakin pulih
sekiranya awak terus berada di sisi saya Qisya”
kata Ady yang masih menaruh
harapan terhadap Qisya.
“Minta maaf Ady. Saya tak mungkin boleh buat hal itu
lagi. Saya dah ada seseorang yang akan
menjaga saya selepas ini”
Ady terkejut dengan
kata-kata Qisya namun dia belagak tenang.
“Awak dengan Farhan ke?”
“Tidak. Saya bersama dengan kawan baik saya sejak
dari kecil”
“Kawan baik?”
“Hem ya. Kawan baik saya. Dia mencintai saya selama ini, kerana itu
saya membuat keputusan untuk menerima dia”
“Saya juga mencintai
awak. Kenapa awak tidak boleh menerima
saya. Ouh saya lupa, kita tak berkenalan
sejak daripada kecil. Rasanya kalau awak
mahukan perhubungan awak kena mengenali mereka dengan lebih lama bukan”
“Awak silap Ady. Awak bukan mencintai saya. Awak hanya mencintai wajah saya yang seiras
tunang awak”
Ady diam dan mengeluh
lama. Dia termenung kemudiannya. Memikirkan kata-kata Qisya.
“Sebab itu saya tidak
boleh memilih awak. Sebab saya tak nak
awak dihantui dengan tunang awak dan bukannya diri saya yang sebenar”
“Sekurang-kurangnya awak
kena beri peluang kepada saya. Tapi awak
langsung tak beri peluang kepada saya untuk menerima awak seadanya. Awak pun tahukan saya tak kisah diri awak
sekarang. Saya hanya mahukan awak. Itu sahaja”
“Tapi tidak cukup bagi
saya. Awak hanya mahukan saya berada di
sisi awak tetapi awak tak boleh mencintai saya kerana saya tahu hati awak masih
pada Alia”
“Lagi-lagi Alia! Alia! Alia! Sampai bila awak akan terus
menyebut nama dia Qisya. Dia dah lama meninggal!” Ady kelihatan sedikit naik angin. Dia langsung tidak memandang wajah Qisya.
“Sudahlah, Saya tak mahu kita bergaduh. Saya nak balik dulu” Qisya bangun.
“Awak tak boleh
tinggalkan tempat ni macam tu sahaja Qisya”
tiba-tiba Ady bersuara tegas.
Qisya buat tidak tahu sahaja.
Sampai saja dia dimuka
pintu dia merasakan ada tangan yang begitu kuat memeluk bahunya daripada belakang
dan mulutnya dicekup dengan kain. Sebaik
sahaja dia menghidu, dia merasakan sangat pening dan kemudiannya melihat dia
sudah tidak bermaya untuk berdiri, tubuhnya dicempung oleh seseorang.
“Tak mungkin saya akan
lepaskan awak dengan sebegitu mudah Qisya.
Awak tahukan saya sayangkan awak.
Kenapa awak terlalu menjual mahal sangat..” tubuh itu dibaringkan di tempat duduk
belakang keretanya dan dengan senyuman
lebar dia menutup pintu dan memandu keretanya keluar menuju ke sesuatu tempat,
jauh daripada gangguan manusia.
“QISYA tak masuk kerja ke?” tanya
Fairuz kepada pekerja shift malam.
Masing-masing mengelengkan kepala.
Mereka sendiri tidak tahu mengenai Qisya. Selalunya kalau ada apa-apa Qisya akan
menghubunginya dahulu.
Aneh? Ke mana pula Qisya ni dah pergi. Sudah berkali-kali dia menelefon gadis itu
tetapi asyik berasa tidak sedap hati sahaja.
Kemudiannya, dia menghubungi Marsha.
“Hello” kedengaran suara Marsha di hujung
talian. Gadis itu masih dalam MC
memandangkan dia perlu berehat selepas keluar dari hospital.
“Qisya ada telefon awak
tak. Dia tak masuk kerja hari ni” beritahu Fairuz.
“Saya tak tahulah
bang. Sebab saya pun ada kat rumah je
sepanjang hari ni” beritahunya. Aneh, mana Qisya. Takkan tak masuk kerja kot.
“Erm, nanti kalau Qisya
ada hubungi kamu ke apa ke terus beritahu abang ya?”
“Okay”
Selepas panggilan
ditamatkan, Marsha menolak dirinya bangun dari pembaringannya. Dia menyarung baju sejuk dan juga memakai
cekak di kepalanya. Kemudiannya dia
melangkah keluar dari rumah dan sempat ditegur oleh mama.
“Marsha nak pergi rumah
Qisya sekejap. Ada hal” beritahunya dan kemudian melangkah keluar
dari rumah dalam keadaan yang masih belum pulih sepenuhnya.
Sampai sahaja di rumah
dia melihat ibu dan ayah Qisya sedang duduk menonton televisyen.
“Eh, Marsha. Kamukan tak sihat. Kenapa ke sini?”
“Mak cik, Qisya ada tak
kat rumah?” tanyanya terus.
“Qisya tak ada. Katanya pergi
keluar beli cincin dengan Ayiez tengah hari tadi. Lepas tu rasanya dia terus masuk kerja”
Marsha memegang tangan
ibu Qisya. Badannya benar-benar masih
belum pulih. Dia seakan-akan ingin loya
sahaja. Namun dia ketepikan dahulu kesakitannya
itu.
“Abang Fairuz beritahu
yang Qisya tak masuk kerja hari ni”
“Ha.. mungkin dia ada
dengan Ayiez tak. Malam ni orang tua
Ayiez nak datang ke sini dan bincangkan mengenai pertunangan Ayiez dan Qisya..”
“Pertunangan?” Marsha tidak tahu apa-apa mengenai sahabatnya
itu. Tiada pula Qisya bercerita apa-apa.
Tahu-tahu dia akan bertunang dengan Ayiez.
Dia mula berasa sedikit kecewa dengan Qisya. Sampai hati tidak memberitahunya apa-apa.
“Ha tu macam kereta Ayiez
tu”
Marsha terus keluar dalam
keadaan lemah. Biar dia selemah mana pun
tetapi bila ianya berkaitan dengan sahabatnya dia akan berusaha.
Ayiez turun dari
kereta. Dia melihat Marsha menuju ke
arahnya dengan wajah kerisauan.
“Mana Qisya?” tanya Marsha terus.
“Qisya? Dia bukan sekarang berada di tempat kerja
dia”
Marsha mengeleng lemah.
“Abang Fairuz telefon
tadi dan bertanyakan tentang Qisya. Dia
tak masuk kerja pun lagi”
“Ha?” Ayiez mula rasa tidak senang. Ke mana pula Qisya pergi kalau sekarang dia
masih belum masuk kerja. Tapi sebelum
itu dia ada beritahu yang dia mahu melawat kawan baiknya yang bernama
Adiriana. Takkan masih tak balik lagi.
Kemudiannya muncul ibu
Qisya di muka pintu.
“Mak cik, Qisya ada kawan
bernama Adiriana tak?”
“Adi apa?”
“Adiriana”
Ibu Qisya mengeleng
kepalanya terus. Rasanya belum pernah
dia mengenali kawan Qisya yang bernama Adiriana. Siapa pula tu?
“Mak cik tak kenal kawan
Qisya yang bernama Adiriana. Kenapa
Ayiez?” wajah ibu jelas kerisauan
juga. Di tempat kerja pun tiada. Telefon pun tak berangkat. Kemanalah anak daranya yang seorang ni dah
pergi.
“Tak ada apa mak
cik. Mak cik terus hubungi Qisya. Kalau ada apa-apa mak cik hubungi saya” Ayiez
pantas membuka pintu keretanya. Dia
ingin mencari Qisya dengan segera.
“Ayiez, saya nak
ikut!” Marsha memberitahu. Ayiez memandang wajah pucat Marsha. Sakit-sakit macam ini pun nak ikut.
“Tak yahlah Marsha. Marsha duduk rumah dengan ibu Qisya. Biar aku je yang pergi cari dia. Kau tak sihat sepenuhnyakan”
Marsha tidak berkata
apa-apa lagi. Ayiez memandu keretanya
keluar dari halaman rumah dan sebelum itu dia berhenti di suatu tempat. Dia cuba menghubungi Farhan. Mana nak tahu Qisya bersama dengan Farhan ke.
Farhan tidak mengangkat
panggilan telefonnya. Farhan juga sudah
seminggu tidak pulang ke rumah. Mungkin
masih membawa hatinya yang duka lara kerana ditolak oleh Qisya. Kalau ya pun marah ketepikanlah dulu marah
tu. Sekarang ni ada hal yang lebih
penting daripada itu.
Tak mungkin Qisya
berbohong dengan dia mengenai sahabatnya yang bernama Adiriana. Nama itu juga baru pertama kali didengarinya.
Qisya mana kau sekarang?
Kemudiannya telefon
bimbitnya berbunyi. Nombor yang tidak
dikenali. Siapa pula ni? Dia mengangkat sahaja dan kemudian kedengaran
suara seorang lelaki yang kelihatan bunyinya seperti ditapis dengan sesuatu
cuba menutup suaranya yang sebenar.
“Kau Ayiezkan. Kawan baik Qisya..” suara itu kelihatan sedang risau sahaja.
“Hello..siapa ni. Mana Qisya.. hello..” panggilan kelihatan putus-putus pula. Line mana tak betul ni. Line sini ke atau line sana.
“Qisya ada dengan
aku. Aku nak tengok setakat mana kau
mampu selamatkan Qisya. Aku nak tengok
boleh tak kau selamatkan dia..ahahhahahahha”
suara itu kelihatan bergetar pula.
“Hello..apa yang kau dah
buat dengan Qisya ha!? Kau nak mati ke
ha!?”
“Siapa yang akan mati
dulu. Kau ke aku… aku nak kau datang ke
alamat ni. Kau dengar baik-baik. Jalan merbok, no 14. Rumah biru.
Disebelah tu ada dua lorong aku nak kau masuk lorong sebelah kanan. Dekat situ ada cabin. Qisya yang kau sayang sangat tu ada dekat
situ..ahhahahahaha”
“Hello..hello..” panggilan putus secara tiba-tiba. Ya Allah aku tak pernah menghadapi situasi
secemas ini. Tapi ini berkaitan dengan
gadis yang aku cintai. Kuatkanlah
semangat aku.. kemudiannya dia menerima mesej pula daripada nombor yang sama.
Jangan cuba menghubungi
sesiapa. Polis atau orang lain. Aku nak kau datang ke sini. Aku nak tengok berani tak kau kalau kau anak
jantan!
Mesej yang menyakitkan hati. Mesti
si penculik ni tak betul gamaknya. Dia
tak tahu apa bahana kau menculik Qisya dalam keadaan dia tidak sedarkan diri. Silap hari bulan kau merayu dengan dia untuk
lepaskan kau. Memandangkan Qisya ada
ilmu mempertahanan diri dia sedikit tidak risau. Tapi masalahnya, Qisya mesti
tidak sedarkan diri sebab itu dengan mudah dia diculik.
Tidak aku kena selamatkan
Qisya walau apa pun yang berlaku.
Qisya tunggu aku! Aku janji akan selamatkan kau dan aku
berharap kalau sesuatu berlaku kepada aku kau kena selamatkan aku pula.
LEHERNYA berasa sakit kerana terlentok ke sebelah kanan. Dia menegakkan kepalanya dan matanya yang
berasa pedih dibuka perlahan. Seketika
dia masih belum memahami apa yang telah berlaku kepadanya. Ada seseorang yang telah mencekup mulutnya
sehinggakan dia tidak sedarkan diri. Oh,
dia sebenarnya telah dipengsankan. Dia
melihat tali yang diikat tubuhnya dan juga kerusi yang didudukinya.
Lokasi tempat dia tidak
pasti. Dia melihat keadaan sekeliling
yang kelihatan suram sahaja. Dia cuba
mengerakkan kerusinya menuju ke tingkap yang tertutup rapat.
Kemudiannya seseorang
masuk ke dalam. Lelaki yang tidak
dikenali. Berbadan kurus dan
tinggi. Mukanya juga berceloreng dengan
sesuatu yang hitam. Qisya tidak bergerak
selepas itu dan kemudiannya memandang muka lelaki itu dengan renungan marah.
Lelaki itu kelihatan
mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
Sekotak rokok dan kemudiannya menarik sebatang rokok dan dibakar
hujungnya dengan api liter. Bau asap
rokok mula menusuk hidung Qisya. Dia
benci bau asap rokok. Kemudiannya dia
menoleh ke tempat lain.
Lima belas minit
kemudian, lelaki itu sedang memeriksa telefon bimbitnya. Qisya masih senyap di tempat dia diikat
langsung tidak merengek minta dilepaskan atau apa-apa. Buat apa dia nak menjerit, tak guna juga
sebab dia pasti kawasan ini jauh daripada laluan orang. Dan juga kalau dia menjerit dilepaskan pun lelaki
itu tidak akan bodoh-bodoh membuka ikatannya.
Jadi kerana itu dia diam sahaja di tempat duduknya tetapi sedang
memikirkan cara untuk dia membuka ikatan di tangannya dan juga melarikan diri
selepas itu.
Kemudiannya, lelaki itu
memandang ke arah Qisya.
“Kenapa kau tak minta aku
lepaskan kau. Kau ni bisu ke apa?”
Qisya tersenyum sinis.
“Kau tak takut bila kau
kena culik macam ni”
Qisya masih diam lagi dan
kemudiannya, lelaki itu cuba menghampirinya.
Tidak lama kemudian, seorang lelaki lain masuk pula. Sama tinggi dengan lelaki pertama. Cuma yang ini lebih berisi sedikit dan
berotot.
“Kau nak buat apa?” tanya lelaki kedua dengan wajah bengis. Lelaki pertama tersenyum nipis. Dia masih mahu menghampiri Qisya dan kemudian
membongkokkan badannya dengan kedua-dua tangannya memasuki kocek jaket hitam
yang dipakainya. Dia memandang wajah
Qisya yang langsung tidak menunjukkan tanda-tanda cuak atau sebagainya.
“Kau ni tak berasa takut
ke ha? Dalam keadaan macam ni pun kau
masih boleh tenang lagi”
Satu saat,
Dua saat,
Tiba-tiba dagu Qisya
dicengkamnya kuat. Anak mata hitamnya
mengecil kelihatan sedikit marah kerana Qisya tidak menunjukkan tanda-tanda
mahu menjerit meminta tolong daripadanya.
“Woi kau nak buat apa
dengan dia tu?” lelaki kedua menegur.
“Aku rasa dia ni ada
masalah nak bercakap. Dari tadi senyap sahaja.
Langsung tidak mahu bersuara”
“Dah dia senyap tu
biarkan ajelah dia dekat situ. Boss
suruh kita tengokkan dia ajekan. Bukan
apa-apakan dia”
Wajah Qisya dilepas
dengan kasar. Dia tersenyum sinis dan
kemudian menjauhi Qisya.
“Aku nak ke tandas!” tiba-tiba Qisya bersuara.
“HA?” lelaki pertama menoleh cepat ke arahnya. Dia kelihatan terkejut.
“La, aku ingat kau bisu”
“Bukakanlah ikatan dia
tu. Kau bawa dia pergi tandas” arah lelaki kedua. Nampak macam dia tidak perlu berhati-hati
dengan gadis itu. Gadis je pun. Bukan dia boleh buat apa-apa.
Ikatan Qisya dibuka. Tali yang diikat dikaki pun dibuka.
“Memandangkan kau tak
merengek minta tolong , jadi aku akan buka ikatan kau ni. Dah cepat jalan!” badan Qisya ditarik dan menuju ke tandas
belakang.
“Hello boss.. ya
boss. Dia tak apa-apa. Dia masih selamat dengan kami. Ya boss.. baik!” lelaki kedua baru sahaja selesai menjawab
panggilan. Qisya ingin sangat tahu siapa
yang telah menculiknya. Rasanya kali
terakhir dia berada di rumah Ady.
Rasanya Ady yang telah mencekup mulutnya dan dia pengsan selepas itu.
Tidak syak lagi, ini Ady punya kerja!
10 minit selepas itu,
rakannya masih belum kembali dari tandas.
Lelaki kedua sudah mula tidak senang duduk. Dia kemudiannya pergi menjenguk mereka. Kemudiannya dia melihat rakannya itu sudah
terbaring di tepi tandas. Apa yang telah
berlaku!?
Dia berlari ke cabin
semula dan melihat boss yang telah tiba dan kelihatan marah kerana Qisya tiada
di kerusinya.
“Mana perempuan
tu?!” dia menjerit.
“Bo..boss.. tadi.. tadi..
dia ke nak ke tandas dan kemudian, Jo bawa dia.
Tapi lepas tu saya cari Jo dia dah terbaring di tepi tandas boss..”
“ARGHHH! Tak boleh harap
korang ni. Aku nak kau pergi cari dia
sebelum dia pergi lagi jauh dari sini!
CEPAT!”
“Baik boss!”
“TAK GUNA!” Ady menyepak kaki meja yang berada
berdekatan dengan wajah yang
bengis. Mana kau pergi Qisya?
Kemudiannya, Qisya
kembali dengan wajah dingin. Ady sendiri
terkejut apabila Qisya sebenarnya tidak cuba melarikan diri, malah dia sendiri
yang menyerahkan dirinya kepada Ady tetapi dengan rupa yang kelihatan sedang
memikirkan sesuatu.
Tiba-tiba muncul perasaan
serba salah kerana telah menculik Qisya.
Mereka berdua terus berpandangan.
“Qi..Qisya..?”
“Awak nak apa daripada
saya? Kenapa awak culik saya?” tanya Qisya dengan suara dinginnya.
Seperti dirasuk sesuatu
dia menolak tubuh Qisya ke dinding sehingga kedengaran kuat badannya terhentak
pada dinding. Tetapi wajah Qisya masih
dalam keadaan biasa. Tidak pula dia
menangis sambil merayu-rayu minta dilepaskan oleh Ady.
“Aku dah beritahu kepada
kawan baik kau suruh dia ke sini. Aku
nak kenal dengan lelaki yang dah ambil kau daripada aku!”
“Awak silap. Dia tidak pernah mengambil saya. Saya sendiri yang mahukan dia. Dia tidak pernah meluahkan rasa cinta kepada
saya secara berhadapan tetapi saya tahu yang dia sangat sukakan saya. Sebab itu saya memilih dia”
Wajah mereka sangat dekat
sehinggakan Qisya boleh mendengar Ady bernafas dengan sangat pantas.
“Apa kurangnya saya
kepada awak Qisya? Apa kurangnya
saya. Saya ada segala-galanya yang awak
nak. Kalau awak terima saya mungkin saya
tak akan bertindak bodoh macam ni. Saya
tak mungkin akan sakiti awak”
“Awak dah mula sakiti
saya daripada awal”
“Ha?”
“Awak sakiti saya tanpa
saya sedar. Awak berkawan baik dengan
saya hanya kerana wajah saya yang semirip Alia. Awak mula mahu mencintai saya tanpa
memberitahu saya tentang hal yang sebenar.
Awak tak beritahu saya yang wajah saya semirip Alia. Kalau awak beritahu saya daripada awal
mungkin saya akan jauhkan diri daripada awak”
“Kerana itu saya tak mahu
beritahu awak tentang apa-apa pun… saya tak nak awak jauhkan diri daripada
saya…”
Ady melepaskan Qisya dan
dia kelihatan mahu menangis. Mungkin dia sedang dirunding dengan perasaannya
yang bercelaru. Dia hilang tumpuan dan
tidak yakin dengan apa yang dia telah lakukan.
Dia bingung dan berasa gelisah.
“Sebab itu saya tak mahu
awak tinggalkan saya lagi..”
“Alia dah lama
pergi. Awak kena tahu hal itu. Dan saya tak mungkin boleh menjadi seperti
Alia”
“Saya terlalu mencintai
dia. Saya kesal kerana lambat selamatkan
dia. Saya lambat selamatkan dia.. dia
mati kelemasan. Salah saya..salah saya
kerana fikir dia boleh berenang. Tapi
kaki dia tiba-tiba krem. Saya langsung
buat tidak tahu terhadap dia. Waktu itu
dia cuba memujuk saya untuk pulang ke rumah tapi saya berdegil, sehingga dia
melompat ke dalam air. Dia
mengapai-gapai memanggil saya tapi saya buat tidak tahu kerana saya pentingkan
diri..sehingga saya nampak dia sudah tidak timbulkan diri..dan saya mulai sedar
ada sesuatu yang telah berlaku kepada dia”
mengingat kembali peristiwa itu membuatkan hatinya pedih dan sakit.
Air matanya mula berjuraian.
“Kerana itu selepas saya
bertemu dengan awak, saya tak akan
mengulangi sikap saya yang pentingkan diri itu dan berjanji akan menjaga awak”
“Awak menganggap saya
Alia”
“YA..saya tahu itu. Awak bukan Alia” dia menghampiri Qisya semula.
Kemudiannya lelaki kedua
masuk dengan memegang seseorang.
Ayiez!
Ayiez terus memandang
muka Qisya dengan wajah risau.
“Qisya!”
Ady menarik Qisya ke tepi
sisinya. Dia menjarakkan dirinya dengan
Ayiez.
“Belasah dia” arah Ady dengan suara dingin.
Kemudiannya, Ayiez
ditendang dari belakang. Dia
terjelepuk jatuh kerana belum bersedia untuk berlawan. Ayiez bangun sesaat kemudian dan menyerang kembali
orang suruhan Ady.
Ady menghalang Qisya dari
menghampiri Ayiez.
“Saya nak tengok dia
dapat tak kalahkan orang upahan saya.
Saya nak tengok dia dapat tak melindungi awak” kata Ady perlahan dengan matanya masih
melihat adegan tumbuk menumbuk di hadapan mata mereka.
“Awak tak perlu buat
semua ni..” kata Qisya. Sebenarnya dia sudah tidak senang melihat
Ayiez diapa-apakan. Dia tidak mahu Ayiez
tercedera kerananya.
Tidak lama kemudian,
lelaki pertama datang sambil memegang belakang kepalanya. Dia kemudiannya mencerlung tajam ke arah
Qisya kerana gadis itulah yang telah menyerangnya tadi sewaktu dia sedang leka
menghisap rokok. Dan kemudiannya
terhenti apabila melihat rakannya sedang bertumbuk dengan seorang lelaki asing.
Ayiez terjatuh sambil
memegang bibirnya yang telah tercedera dan berdarah. Kemudiannya kepalanya disepak oleh lelaki
pertama yang tidak menahan sabar apabila melihat rakannya yang kedua keletihan akibat banyak berlawan.
Kaki Qisya terlangkah
setapak kehadapan. Dia tidak menahan
diri melihat Ayiez dipukul seteruk itu oleh dua orang lelaki. Dadanya berombak kerana rasa marah.
Ketenangannya tadi tercabar. Ady masih
mahu menghalangnya.
“Awak tak dapat membantu
dia…” kata Ady.
“Awak silap..”
“Ha..?”
Tidak semena-mena Ady
telah diserang oleh Qisya. Ady tersentak
dan berasa terkejut kerana gadis itu telah membuatkan dia terjelepuk jatuh dan
perutnya berasa senak kerana telah ditendang kuat. Kemudiannya dia melihat Qisya melindungi
Ayiez dengan melawan orang-orang upahannya.
Satu persatu teknik telah digunakan.
Pantang musuh berada di hadapan mereka, jika mereka berniat untuk
mencedera wajar kita melindungi diri sendiri.
“Qisya..” Ady bersuara lemah.
“KAMU BERDUA
BERHENTI!” tiba-tiba, Ady menjerit
kepada mereka.
Qisya membangunkan Ayiez
dan dia bersedia jika mereka cuba menyerang kembali.
Ady terus memandang ke
arah Qisya.
Qisya? Siapa dia yang sebenarnya? Dia..dia pandai berlawan..
“Saya lepaskan awak
Qisya. Sekarang saya sedar awak sangat
menyayangi dia sehinggakan awak sanggup bertarung tenaga dengan kami. Maafkan saya Qisya..maafkan saya..”
Qisya diam dalam keadaan
tercungap-cungap. Kemudiannya dia
menarik nafas singkat. Tidak ada apa-apa
yang dia mahu katakan lagi dan kemudiannya dia dan Ayiez meninggalkan tempat
itu. Ayiez yang kelihatan sedikit
tercedera berjalan di sebelahnya sambil memegang sebelah bahagian tulang rusuknya.
Dia yang mahu selamatkan
Qisya tapi alih-alih, Qisya yang telah menyelamatkannya kembali.
“Kita buat repot Qisya”
“Jangan. Saya tak nak Ady ditahan. Dia dah sedar kesilapan dia” kata Qisya dan mereka meninggalkan tempat
itu.
Ady meraup wajahnya dan
kelihatan matanya berbinar-binar. Benar
kita tidak boleh memaksa orang untuk menerima kita. Apatah lagi kalau ianya berkaitan dengan
hati.
Maafkan saya Qisya.
Ulasan