Langkau ke kandungan utama

Catatan

TERIMA KASIH AWAK BAB 33

Catatan terbaharu

TERIMA KASIH AWAK BAB 32

32 Perlahan-lahan dia menarik kertas kecil yang terselit di bawah pelapik kotak itu.   Dia duduk di birai katil dengan perasaan berdebar.   Kemudian dia membaca bait-bait sebaris ayat di dalam nota kecil itu dengan rasa terharu dan langsung tidak menjangka yang Ayiez akan buat sebegitu. Mungkin aku bukanlah yang terbaik bagi kau tapi aku akan terus cuba dan mencuba untuk menghampiri kau kerana aku dah lama mencintai kau Qisya.   Always feeling love in you and missing you. J Ibu!   Ibuuuuuu…             Kerana tidak pasti dengan apa yang dibacanya dia memberitahu kepada ibunya.   Ibu juga nampak terkejut dan dia berasa sedikit gembira kerana anaknya yang tak macam perempuan ni ada juga orang jatuh hati dengannya.   Syukur alhamdulillah.             “Jadi selama ni Ayiez sukakan Qisya..”             Qisya mengangguk dan tersengih.   Aih macam mana pula mamat ni boleh jatuh hati dengan aku.   Apa yang menariknya mengenai aku pun aku tak tahu.   Haha.